Saturday, November 28, 2009

short update~~ Final Exam Day 1~~

alhamdulillah.... tiba lagi peperiksaan akhir semester... dengan berakhirnya exam sem ni, maka tinggal 3 sem lagi masa aku untuk berjuang mendapatkan segulung ijazah... pelik kan??? dah keja baru nak amik degree part time.. sedangkan abang & adik aku belajar full time... huhu~~ tapi syukur alhamdulillah.. aku diberikan rezeki kerja lebih awal selepas abis stpm tahun 2004... sedangkan mereka diberikan rezeki utk terus sambung belajar... Allah jadikan seperti ini semuanya dengan hikmahNya.. sapa sangka, dalam tempoh singkat itu, Allah mengambil semula ayahanda yang tercinta.. seperti dijanjikan, setiap yang hidup pasti akan mati.. alhamdulillah... abg & adik sambung belajar, aku ada untuk menyara keluarga..

rezeki ku lain pulak ceritanya.. belum pun aku confirm keja maybank bandar baru bangi, aku ditawarkan kerja di Lembaga Hasil Dalam NEgeri Malaysia.. walaupun Pembantu Tadbir semata-mata, namun alhamdulillah.. LHDNM sebuah badan berkanun yang dikatakan memberikan upah yang tinggi..

dan kini, Allah memberikan aku rezeki menyambung pelajaran juga.. alhamdulillah... & insyaAllah, lagi setahun setengah nak berjuang.. semoga Engkau permudahkan lah urusan ku Ya Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...