Monday, December 20, 2010

Demand & Supply dalam Breastfeeding


opps.... cerita pasal breastfeeding lagi.. *disclaimer : saya bukan sapa2 yg pro dalam memperkatakan tentang breastfesding. saya hanyalah seorang ibu kepada 2 org cahayamata yang memperjuangkan hak anak2 untuk memberikan hak mereka yang sepatutnya. apa yang saya tuliskan di dalam laman sesawang empunya diri ini hanya dijadikan sekadar panduan buat diri sendiri yang masih daif lagi dalam serba serbi tentang penyusuan susu ibu.. hasil tulisan ini hanya berdasarkan pengalaman sendiri dan juga hasil godekanzzz web2 penyusuan dan perkongsian pengalaman bersama ibu2 yang sama2 memperjuangan hak anak2 iaitu MENYUSUKAN DENGAN SUSU IBU..:) ~sharing itu adalah kasih sayang~

demand + supply = KOSONGKAN PAYUDAYA kendian DIISI SEMULA. saya simpulkan konsep ini (dalam istilah breastfeeding) sebagai mengosongkan payudara dan seterusnya payudara akan diisi semula.. SERTA-MERTA!! kenapa? nanti saya akan story mori kan ek.. ehm.. bila cakap pasal konsep ni, ala2 mcm belajar ekonomi pulak kanzzz.. ianya adalah lebih kurang darab bahagi jugak la.. ceritanya begini..

* FULL
Breast
= SLOWER
Milk
Production
* EMPTY
Breast
= FASTER
Milk
Production

ini semua adalah kerja2 yang dilakukan oleh 'dua askar' = sistem dalam memproses air susu ibu.., iaitu ENDOCRINE dan juga AUTOCRINE.


penghasilan susu terbahagi kepada tiga peringkat. pada dua peringkat yang pertama iannya dikawal oleh askar ENDOCRINE iaitu secara hormonal. dan jika semua hormon2 ini cukup, bu-ibu akan mula membuat kolostrum di akhir2 kehamilan sehingga waktu bersalin. endocrine sistem akan terus mengawal pengeluaran colustrum ini sepanjang tempoh ni sehingga 30 hingga 40 jam selepas bersalin. pada ketika ini sistem endocrine ini juga akan mengawal sama IBU2 MENYSUSKAN BAYI @ TIDAK. oleh itu, tempoh ini adalah penting utnuk ibu2 memberikan isyarat kepada breast bahawa SAYA ADALAH IBU YANG MAHU MENYUSUKAN ANAK kerana kejayaan kita memberikan isyarat ini akan memberikan faedah bahawa breast akan terus memproses untuk menghasilkan air susu pada hari2 seterusnya. oleh itu, ibu akan mula merasa pengeluaran susu ini setelah 2-3 hari selepas bersalin.

Selepas daripada peringkat kedua itu, ianya akan bertukar kepada sistem yang dipanggil AUTOCRINE control system. Pada peringkat ini, hormon tidak lagi memainkan peranan utama dalam menghasilkan air susu, pengeluaran susu akan dikawal sepenuhnya di breast iaitu menggunakan konsep PENGOSONGAN breast yang kerap/sentiasa. samada dengan breastfeeding atau breastpumping. dimana, breast akan sentiasa menghasilkan air susu jika air susu sentiasa dikeluarkan dari breast. kepantasan breast menghasilkan susu juga adalah bergantung kepada berapa kerap dan cepat susu dikosong dari breast. tips nya, selepas bayi menyusu, kosongkanlah payudara dengan mengepam.

kebanyakan ibu2 risau kalau2 lepas anak bf sehingga kering kontang, apa yg perlu di pam..?? ibu2 jgn risau... breast kita adalah organ badan yang amat BIJAK:)... mcm ni ceritanya..., semalam saya membuat kajian kes terhadap masalah ini..hihi.. ala2 cam buat research pulak.., pada pukul 10:20 pagi, terdengar suara adik ngekkkk ngekkkk... so naluri keibuaan ku segera meluru ke arah adik.. baaa baaa cakkk kejap pastu dukung.. mulut adik dah mula nganga2 sbg isyarat nak nenen... dgn lafaz bismillah, ku suakan adik dengan nipple ku:)... nyotttt nyottt punya nyott.. adik abis menyusu kedua2 breast ibu pada pukul 10:50.. alhamdulillah... ku sendawakan adik dan adik lena semula di dalam baby cot nya.. lalu ku meluru ke dalam bilik, memulakan aktiviti bersama spectra3... pam selama 15 minit... hasilnya = 3.5 oz... see.. air susu masih ada walaupun adik telah memprojek breast ibu tadi... kadang2 ada pulak ibu terfikir **ekceli saya yang terlintas di fikiran masa sebelum start buat xtvt nih... saya terfikir, byk mana adik menyusu tadi?? kenapa pam masih ada yang keluar?? adik kenyang tak?? tapi bila setiap kali adik bf, dan saya pam, hasilnya tetap sama, cara saya ialah 1. saya pantau pulak adik.. amboi2.., sedapnya adik tido... MAKSUDNYA, alhamdulillah adik kenyang juga tadi.. 2.(masa sebelum sambung tido, saya dah tukar CD yang baru) then saya pantau pulak kebasahan CD lepas sejam, hemmmm BASAH.... so maksudnya banyak juga adik menyusu tadi. so ibu2, jgn risau tentang air susu kita akan kurang bila dah 'diprojek' even oleh anak atau pam.. sebabnya, selagi kita demand nak air susu, breast akan sentiasa supply stok susu utk anak2...

~sharing itu adalah kasih sayang... sama2 la kita memperjuangkan penyusuan susu ibu~

wassalam

Saturday, December 11, 2010

Susu Terbaik Selepas Anak 2 Tahun

maafkan saya kepada empunya blog2 yang saya suka suki mengcopy paste artikel daripada blog mereka.. bukan begitu niat saya.. chewah.. sebenarnya, saya masih lagi dalam proses pembelajaran utk memantapkan ilmu tentang breastfeeding.. utk diri saya sendiri.. sebab tu, bila saya tergodek info2 yang mantapzzz... saya suka suki utk semadikan dalam blog ini... hanya sebagai panduan saya semata.. tidak ada kaitan sama ada utk copy 100% atau menjadikannya sebagai artikel saya...

SUMBER : http://duniasusuibu.com/extended-breastfeeding/susu-apa-terbaik-selepas-anak-2-tahun-menyusu/

Susu Apa Terbaik Selepas Anak 2 Tahun Menyusu?

Jul 12, 2010 Author: Ummu Ibtisam | Filed under: Extended Breastfeeding
Sumber: Nor Kamariah Mohamad Alwi (2010). SusuIbu.com. 24 Jun.
Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.
Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.
Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.
Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!
Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing.

Monday, December 6, 2010

Lampin Kain Moden Lunatot's!!



Lampin Kain Moden or dalam erti kata lain Cloth Diaper (CD) yang di borong daripada Lunatot's Kota Kinabalu,.. **makasih kepada kak line yer.. sudah lama saya ingin menulis tentang n3 ini..huhu.. tapi masa memula dapat stok CD yg manyak2 tu...,


**manyak ker??? 30 pcs saja, cukup la utk stok si kakak & si adik..

eh eh.. continue, masa dapat CD ari tu, saya masih dalam era mak buyung.. tak larat nak berblog.. even berfb pun rasa cam ralat sgt.. ya lah, mana lagi sedang menanti adik yg tak mo kuar... mana lagi nak angkut perot yg gumuk... kihkih.. so at last, sekarang baru ada masa nak bercerita tentang CD Lunatots ku di sini..

memula dapat tu.., ada org yg sangat2 gumbira.. yelah, ibu gumbira... dia lagi sgt gumbira..
**"saya suka, ibu setuju" ** cam ayat dalam iklan susu nespray plak.. eh ya ka susu nespray?? memandai jer... ragam dania masa tgk nih... "wahhhh....manyak pepes niyaa...!!" pastu ibu betulkan.. "ni bukan pepes syg.... ni lampin niya & adik".... dania berkata pula... "wahhh... pepes niya amaa adik...." huhuhu.. sabar ja la... after beberapa ari, ibu bawak balik majalah Pa&Ma bulan Disember... memang rutin selalu, kalau ibu beli majalah Pa&Ma, org pertama yg belek2 ialah dania!! siap hafal mana part mandi2.. mana part makanan kut kut = biskut... mana part adik nenen.. but dis time, sambil bukak.. trus dania jerit..... "wah.... acammmm pepes niya... buuu.. buuu.. ni acammm pepes niya kan??...." saya hanya tersengih kambing....ngeeeee~~~

ku bentangkan segala di atas katil... membuka plastik sambil 'dibantu' oleh dania..:)

**alamak.. apesal line on off plak... ehm.. n3 akan bersambung la di episod akan datang.. sekali nak apdet pengalaman pertama saya pakai anak2 CD.. yup, sekarang dah tukar kepada anak2 sebab saya sekarang dah pun menjadi ibu kepada 2 orang cahayamata yang tomei... dania & ryan... hippp hippp horeyyyy!!

.........to be continue ye pasal CD nih.........



Thursday, December 2, 2010

:::Ezz Ammar Rayyan:::


23 November 2010 tepat 11.35 pm, dengan berat 3.45 kg...lahirnya putera yang dinantikan oleh ayah, ibu & kakak dania :) alhamdulillah ya Allah..., Engkau mengurniakan zuriat yang sangat comel... pengalaman menlahirkan kali ini tidak jauh berbeza dengan kelahiran ezz ameera dania(si kakak) tahun lalu... anak2 saya lahir secara czer... sama seperti dahulu.... dania lahir overdue 8 hari... ditolak masuk ke dalam labor room pada hari ke tujuh setelah adanya sign of labor..., keluar darah + mukus.. dipecahkan air ketuban... namun setelah menanti selama 10 jam, progress sangat2 lambat.. akhirnya doktor meminta agar saya dimasukkan ke dalam emergancy czer,... sama juga yang berlaku kali ini.. namun kali ini, saya nekad utk cuba bersalin secara normal... sebelum hari2 kelahiran., saya banyk membuat pembacaan mengenai VBAC.. berjumpa pakar uk mendapatkan nasihat bersalin secara normal... ya! saya tekad... walauapapun yg berlaku, saya mahu melahirkan secara normal.. (sebab niat di hati ingin melahirkan anak yg ramai... if czer... punahlah harapan ku huhu~~~)... alhamdulillah, doktor mengesahkan tidak ada komplikasi yg akan berlaku, mungkin boleh berjaya berdasarkan kedudukan baby, posisi baby dan saiz baby yg kecik.. masa minggu ke 39, baby ibu hanya seberat 2.8kg.. so kebarangkalian utk di 'pushhhh' adalah mudah... hihi.. namun, Allah swt lebih mengetahui nya... baby belum mengeluarkan any sign nak bersalin walaupun kandungan sudah overdue day 1.. day 2.. day 3... day 4.... huhu.. day 5... dan akhirnya atas nasihat doktor, saya dinasihatkan untuk menyerahkan diri pada hari ke 9 overdue... namun saya masih nekad utk bersalin secara normal.. so pada hari ke 10 overdue, saya di tolak masuk ke dalam labor room, di induce.... masa tu saya hanya menyerahkan segalanya pada Allah swt kerna Dia lebih mengetahui segalanya... setelah menanti juga dalam tempoh 11 jam.... bukaan rahim membuka sangat2 lemah... daripada 3 cm..... ke 4 cm selama8 jam... doktor bagi peluang lagi utk menanti.. dalam pada itu, saya sudah menahan kesakitan yang amat,,.. namun saya tetap bertahan... sakit yang saya rasakan berlaku 4:10.. tiap 3 minit... tapi bukaan tetap tidak progress... Allah lebih mengetahui segalanya... rezeki saya kali ini juga bersalin secara czer.... dalam kesakitan, saya menitiskan airmata.. airmata seorang ibu yang ingin merasakan jihad bersalin secara normal tidak kesampaian. namun saya redha Ya Allah.... ENgkau yang mengatur segalanya..

sampai di dewan bedah, saya meminta agar saya diberi peluang untuk menyusukan baby secara skin to skin sejurus selepas lahir.... alhamdulillah.. selepas ezz ammar rayyan lahir.. selepas segala prosedur pembedahan selesai... baby ryan ditiarapkan di atas dada saya.. menitis lagi airmata seorang ibu tatkala hisapan pertama ryan sampai pada puting ibu... syukur ya Allah di atas kurniaan yang limpahkan pada hamba mu ini... walaupun bersalin secara czer, saya masih bisa menikmati saat2 menyusukan bayi sejurus selepas lahir.. walaupun masa tu, badan saya masih menggigil kesan daripada bius pembedahan... alhamdulillah ya Allah.. dengan kelahiran anak yang ke2 ini, maka breastfeeding journey ku bermula lagi.... im so excited!!!

Tuesday, March 30, 2010

myMetro - Minda : Keberkatan susu badan

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.
Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.

Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.

Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.

Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.

Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.

Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.

Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.

Friday, March 19, 2010

novel addicted!! huhu.. facebook dah duk belakang..


Salam. Bismillahiarahhmanirrahim..

semangat ON-OFF.. huh!! pernah tak korang alami saat2 mcm ni?? lama betul aku amek masa utk buat sesuatu.. ntah la..... maybe disebabkan oleh semangat membaca novel yg semakin meluap luap.. dan sepanjang hayat ku membaca novel ala2 cintan cintun.. dis is the best novel yg telah meruntun jiwa naluri ku..huhu...

Thursday, February 25, 2010

kurang sihat??? & dengki ngan ayah dania sbb dania asyik sebut AYAH sahaja...

salam...

1st of all.. allahumma solli 'ala saidini muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam... selawat ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW!!! hari ini baru ada mood nak update blog.. pemalas sungguh diriku ini... hari ni pulak dah 2 hari sick leave.. demam menjejah 38 darjah celcius. huh!! sib baik kes h1n1 dah kian pupus dari minda rakyat malaysia termasuk aku..huhu... mau tak panik kalau degree jejah 38 hikhik... alhamdulillah, so far so gud. demam dah kebah sikit...

nak story pasal dania la.. lately ni mulut dia kepoh sggt.. tak tau apa yg di bebelnya... hahaha... tercuit hati ku... tapi yg paling tak best, dania dah 100% lancar panggil ayah hinggakan dah lupa yang dia dah pun lancar sebt "ibu" walaupun mcm2 bunyik yg keluar.... so apa2 dia nak, semua minta kat ayah..... " ayahhhhhh.... nyommmmm"... kalau nangis dan merajuk..., "ayahhhhhhhhhhh"... kalau nak gi jenjalan kat taman...."ayahhhhhh".. nampak org naik motor pun panggil ayah..... semua la ayah... timbul perasaan jeles dalam hati naluri ku... huhuhu.. patut kah itu?????? hubby kata...."memang tak patut". ye lah, dia syok la... yg aku... ku rasakan seolah-olah ku disishkan...hukhuk... yoyo oooo jerk... tak der ar.... acah jer.. yg pntg, ku bersyukur sgt sebab developtment dania sgt memberangsangkan... dan kini ku akui bahawa kaedah stimulasi seawal dari dalam kandungan itu penting... yup! 100% sgt penting... kesannya anak2 akan cepat respon ttg apa yg kita ajarkan sbb anak2 dah biasa sejak dalam kandungan lagi... hal ini ditambah dgn berkat air susu ibu yg mengalir dalam tubuhnya.... berkat khasiat air susu ibu.. alhamdulillah... masuk saat ini, dania dah aku susukan selama 1 tahun 1 bulan ++ walaupun ku akui ku dah tewas kerana terpaksa top up siiiiiiiiiiikit dgn susu Enfagrow A+ pada waktu2 kecemasan seperti ku terpaksa outstation yg tidak membolehkan ku membawa dania bersama... hati mana yang tak sedih... tapi ku terpaksa... terpaksa mengorbankan jua... walaupun hati ini terasa berat...

Friday, February 12, 2010

~~new image

alhamdulillah.. siap jugak akhirnya buat sedikit perubahan dalam blog.. sedikit perubahan ini akan membawa 1001 pembaharuan pada blog ku di masa akan datang.. insyaAllah... kita hanya mampu merancang,, Allah SWT yang tentukan segalanya..

ibu : orang kata, kalau nak buat sesuatu, kita kena buat senyap2.. takut tak jadi, sindri malu nak berpijak di bumi yang nyata,, ye dok??? hihi.. insyaAllah.. wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...