Monday, December 20, 2010

Demand & Supply dalam Breastfeeding


opps.... cerita pasal breastfeeding lagi.. *disclaimer : saya bukan sapa2 yg pro dalam memperkatakan tentang breastfesding. saya hanyalah seorang ibu kepada 2 org cahayamata yang memperjuangkan hak anak2 untuk memberikan hak mereka yang sepatutnya. apa yang saya tuliskan di dalam laman sesawang empunya diri ini hanya dijadikan sekadar panduan buat diri sendiri yang masih daif lagi dalam serba serbi tentang penyusuan susu ibu.. hasil tulisan ini hanya berdasarkan pengalaman sendiri dan juga hasil godekanzzz web2 penyusuan dan perkongsian pengalaman bersama ibu2 yang sama2 memperjuangan hak anak2 iaitu MENYUSUKAN DENGAN SUSU IBU..:) ~sharing itu adalah kasih sayang~

demand + supply = KOSONGKAN PAYUDAYA kendian DIISI SEMULA. saya simpulkan konsep ini (dalam istilah breastfeeding) sebagai mengosongkan payudara dan seterusnya payudara akan diisi semula.. SERTA-MERTA!! kenapa? nanti saya akan story mori kan ek.. ehm.. bila cakap pasal konsep ni, ala2 mcm belajar ekonomi pulak kanzzz.. ianya adalah lebih kurang darab bahagi jugak la.. ceritanya begini..

* FULL
Breast
= SLOWER
Milk
Production
* EMPTY
Breast
= FASTER
Milk
Production

ini semua adalah kerja2 yang dilakukan oleh 'dua askar' = sistem dalam memproses air susu ibu.., iaitu ENDOCRINE dan juga AUTOCRINE.


penghasilan susu terbahagi kepada tiga peringkat. pada dua peringkat yang pertama iannya dikawal oleh askar ENDOCRINE iaitu secara hormonal. dan jika semua hormon2 ini cukup, bu-ibu akan mula membuat kolostrum di akhir2 kehamilan sehingga waktu bersalin. endocrine sistem akan terus mengawal pengeluaran colustrum ini sepanjang tempoh ni sehingga 30 hingga 40 jam selepas bersalin. pada ketika ini sistem endocrine ini juga akan mengawal sama IBU2 MENYSUSKAN BAYI @ TIDAK. oleh itu, tempoh ini adalah penting utnuk ibu2 memberikan isyarat kepada breast bahawa SAYA ADALAH IBU YANG MAHU MENYUSUKAN ANAK kerana kejayaan kita memberikan isyarat ini akan memberikan faedah bahawa breast akan terus memproses untuk menghasilkan air susu pada hari2 seterusnya. oleh itu, ibu akan mula merasa pengeluaran susu ini setelah 2-3 hari selepas bersalin.

Selepas daripada peringkat kedua itu, ianya akan bertukar kepada sistem yang dipanggil AUTOCRINE control system. Pada peringkat ini, hormon tidak lagi memainkan peranan utama dalam menghasilkan air susu, pengeluaran susu akan dikawal sepenuhnya di breast iaitu menggunakan konsep PENGOSONGAN breast yang kerap/sentiasa. samada dengan breastfeeding atau breastpumping. dimana, breast akan sentiasa menghasilkan air susu jika air susu sentiasa dikeluarkan dari breast. kepantasan breast menghasilkan susu juga adalah bergantung kepada berapa kerap dan cepat susu dikosong dari breast. tips nya, selepas bayi menyusu, kosongkanlah payudara dengan mengepam.

kebanyakan ibu2 risau kalau2 lepas anak bf sehingga kering kontang, apa yg perlu di pam..?? ibu2 jgn risau... breast kita adalah organ badan yang amat BIJAK:)... mcm ni ceritanya..., semalam saya membuat kajian kes terhadap masalah ini..hihi.. ala2 cam buat research pulak.., pada pukul 10:20 pagi, terdengar suara adik ngekkkk ngekkkk... so naluri keibuaan ku segera meluru ke arah adik.. baaa baaa cakkk kejap pastu dukung.. mulut adik dah mula nganga2 sbg isyarat nak nenen... dgn lafaz bismillah, ku suakan adik dengan nipple ku:)... nyotttt nyottt punya nyott.. adik abis menyusu kedua2 breast ibu pada pukul 10:50.. alhamdulillah... ku sendawakan adik dan adik lena semula di dalam baby cot nya.. lalu ku meluru ke dalam bilik, memulakan aktiviti bersama spectra3... pam selama 15 minit... hasilnya = 3.5 oz... see.. air susu masih ada walaupun adik telah memprojek breast ibu tadi... kadang2 ada pulak ibu terfikir **ekceli saya yang terlintas di fikiran masa sebelum start buat xtvt nih... saya terfikir, byk mana adik menyusu tadi?? kenapa pam masih ada yang keluar?? adik kenyang tak?? tapi bila setiap kali adik bf, dan saya pam, hasilnya tetap sama, cara saya ialah 1. saya pantau pulak adik.. amboi2.., sedapnya adik tido... MAKSUDNYA, alhamdulillah adik kenyang juga tadi.. 2.(masa sebelum sambung tido, saya dah tukar CD yang baru) then saya pantau pulak kebasahan CD lepas sejam, hemmmm BASAH.... so maksudnya banyak juga adik menyusu tadi. so ibu2, jgn risau tentang air susu kita akan kurang bila dah 'diprojek' even oleh anak atau pam.. sebabnya, selagi kita demand nak air susu, breast akan sentiasa supply stok susu utk anak2...

~sharing itu adalah kasih sayang... sama2 la kita memperjuangkan penyusuan susu ibu~

wassalam

Saturday, December 11, 2010

Susu Terbaik Selepas Anak 2 Tahun

maafkan saya kepada empunya blog2 yang saya suka suki mengcopy paste artikel daripada blog mereka.. bukan begitu niat saya.. chewah.. sebenarnya, saya masih lagi dalam proses pembelajaran utk memantapkan ilmu tentang breastfeeding.. utk diri saya sendiri.. sebab tu, bila saya tergodek info2 yang mantapzzz... saya suka suki utk semadikan dalam blog ini... hanya sebagai panduan saya semata.. tidak ada kaitan sama ada utk copy 100% atau menjadikannya sebagai artikel saya...

SUMBER : http://duniasusuibu.com/extended-breastfeeding/susu-apa-terbaik-selepas-anak-2-tahun-menyusu/

Susu Apa Terbaik Selepas Anak 2 Tahun Menyusu?

Jul 12, 2010 Author: Ummu Ibtisam | Filed under: Extended Breastfeeding
Sumber: Nor Kamariah Mohamad Alwi (2010). SusuIbu.com. 24 Jun.
Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.
Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.
Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.
Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!
Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing.

Monday, December 6, 2010

Lampin Kain Moden Lunatot's!!



Lampin Kain Moden or dalam erti kata lain Cloth Diaper (CD) yang di borong daripada Lunatot's Kota Kinabalu,.. **makasih kepada kak line yer.. sudah lama saya ingin menulis tentang n3 ini..huhu.. tapi masa memula dapat stok CD yg manyak2 tu...,


**manyak ker??? 30 pcs saja, cukup la utk stok si kakak & si adik..

eh eh.. continue, masa dapat CD ari tu, saya masih dalam era mak buyung.. tak larat nak berblog.. even berfb pun rasa cam ralat sgt.. ya lah, mana lagi sedang menanti adik yg tak mo kuar... mana lagi nak angkut perot yg gumuk... kihkih.. so at last, sekarang baru ada masa nak bercerita tentang CD Lunatots ku di sini..

memula dapat tu.., ada org yg sangat2 gumbira.. yelah, ibu gumbira... dia lagi sgt gumbira..
**"saya suka, ibu setuju" ** cam ayat dalam iklan susu nespray plak.. eh ya ka susu nespray?? memandai jer... ragam dania masa tgk nih... "wahhhh....manyak pepes niyaa...!!" pastu ibu betulkan.. "ni bukan pepes syg.... ni lampin niya & adik".... dania berkata pula... "wahhh... pepes niya amaa adik...." huhuhu.. sabar ja la... after beberapa ari, ibu bawak balik majalah Pa&Ma bulan Disember... memang rutin selalu, kalau ibu beli majalah Pa&Ma, org pertama yg belek2 ialah dania!! siap hafal mana part mandi2.. mana part makanan kut kut = biskut... mana part adik nenen.. but dis time, sambil bukak.. trus dania jerit..... "wah.... acammmm pepes niya... buuu.. buuu.. ni acammm pepes niya kan??...." saya hanya tersengih kambing....ngeeeee~~~

ku bentangkan segala di atas katil... membuka plastik sambil 'dibantu' oleh dania..:)

**alamak.. apesal line on off plak... ehm.. n3 akan bersambung la di episod akan datang.. sekali nak apdet pengalaman pertama saya pakai anak2 CD.. yup, sekarang dah tukar kepada anak2 sebab saya sekarang dah pun menjadi ibu kepada 2 orang cahayamata yang tomei... dania & ryan... hippp hippp horeyyyy!!

.........to be continue ye pasal CD nih.........



Thursday, December 2, 2010

:::Ezz Ammar Rayyan:::


23 November 2010 tepat 11.35 pm, dengan berat 3.45 kg...lahirnya putera yang dinantikan oleh ayah, ibu & kakak dania :) alhamdulillah ya Allah..., Engkau mengurniakan zuriat yang sangat comel... pengalaman menlahirkan kali ini tidak jauh berbeza dengan kelahiran ezz ameera dania(si kakak) tahun lalu... anak2 saya lahir secara czer... sama seperti dahulu.... dania lahir overdue 8 hari... ditolak masuk ke dalam labor room pada hari ke tujuh setelah adanya sign of labor..., keluar darah + mukus.. dipecahkan air ketuban... namun setelah menanti selama 10 jam, progress sangat2 lambat.. akhirnya doktor meminta agar saya dimasukkan ke dalam emergancy czer,... sama juga yang berlaku kali ini.. namun kali ini, saya nekad utk cuba bersalin secara normal... sebelum hari2 kelahiran., saya banyk membuat pembacaan mengenai VBAC.. berjumpa pakar uk mendapatkan nasihat bersalin secara normal... ya! saya tekad... walauapapun yg berlaku, saya mahu melahirkan secara normal.. (sebab niat di hati ingin melahirkan anak yg ramai... if czer... punahlah harapan ku huhu~~~)... alhamdulillah, doktor mengesahkan tidak ada komplikasi yg akan berlaku, mungkin boleh berjaya berdasarkan kedudukan baby, posisi baby dan saiz baby yg kecik.. masa minggu ke 39, baby ibu hanya seberat 2.8kg.. so kebarangkalian utk di 'pushhhh' adalah mudah... hihi.. namun, Allah swt lebih mengetahui nya... baby belum mengeluarkan any sign nak bersalin walaupun kandungan sudah overdue day 1.. day 2.. day 3... day 4.... huhu.. day 5... dan akhirnya atas nasihat doktor, saya dinasihatkan untuk menyerahkan diri pada hari ke 9 overdue... namun saya masih nekad utk bersalin secara normal.. so pada hari ke 10 overdue, saya di tolak masuk ke dalam labor room, di induce.... masa tu saya hanya menyerahkan segalanya pada Allah swt kerna Dia lebih mengetahui segalanya... setelah menanti juga dalam tempoh 11 jam.... bukaan rahim membuka sangat2 lemah... daripada 3 cm..... ke 4 cm selama8 jam... doktor bagi peluang lagi utk menanti.. dalam pada itu, saya sudah menahan kesakitan yang amat,,.. namun saya tetap bertahan... sakit yang saya rasakan berlaku 4:10.. tiap 3 minit... tapi bukaan tetap tidak progress... Allah lebih mengetahui segalanya... rezeki saya kali ini juga bersalin secara czer.... dalam kesakitan, saya menitiskan airmata.. airmata seorang ibu yang ingin merasakan jihad bersalin secara normal tidak kesampaian. namun saya redha Ya Allah.... ENgkau yang mengatur segalanya..

sampai di dewan bedah, saya meminta agar saya diberi peluang untuk menyusukan baby secara skin to skin sejurus selepas lahir.... alhamdulillah.. selepas ezz ammar rayyan lahir.. selepas segala prosedur pembedahan selesai... baby ryan ditiarapkan di atas dada saya.. menitis lagi airmata seorang ibu tatkala hisapan pertama ryan sampai pada puting ibu... syukur ya Allah di atas kurniaan yang limpahkan pada hamba mu ini... walaupun bersalin secara czer, saya masih bisa menikmati saat2 menyusukan bayi sejurus selepas lahir.. walaupun masa tu, badan saya masih menggigil kesan daripada bius pembedahan... alhamdulillah ya Allah.. dengan kelahiran anak yang ke2 ini, maka breastfeeding journey ku bermula lagi.... im so excited!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...