Monday, December 20, 2010

Demand & Supply dalam Breastfeeding


opps.... cerita pasal breastfeeding lagi.. *disclaimer : saya bukan sapa2 yg pro dalam memperkatakan tentang breastfesding. saya hanyalah seorang ibu kepada 2 org cahayamata yang memperjuangkan hak anak2 untuk memberikan hak mereka yang sepatutnya. apa yang saya tuliskan di dalam laman sesawang empunya diri ini hanya dijadikan sekadar panduan buat diri sendiri yang masih daif lagi dalam serba serbi tentang penyusuan susu ibu.. hasil tulisan ini hanya berdasarkan pengalaman sendiri dan juga hasil godekanzzz web2 penyusuan dan perkongsian pengalaman bersama ibu2 yang sama2 memperjuangan hak anak2 iaitu MENYUSUKAN DENGAN SUSU IBU..:) ~sharing itu adalah kasih sayang~

demand + supply = KOSONGKAN PAYUDAYA kendian DIISI SEMULA. saya simpulkan konsep ini (dalam istilah breastfeeding) sebagai mengosongkan payudara dan seterusnya payudara akan diisi semula.. SERTA-MERTA!! kenapa? nanti saya akan story mori kan ek.. ehm.. bila cakap pasal konsep ni, ala2 mcm belajar ekonomi pulak kanzzz.. ianya adalah lebih kurang darab bahagi jugak la.. ceritanya begini..

* FULL
Breast
= SLOWER
Milk
Production
* EMPTY
Breast
= FASTER
Milk
Production

ini semua adalah kerja2 yang dilakukan oleh 'dua askar' = sistem dalam memproses air susu ibu.., iaitu ENDOCRINE dan juga AUTOCRINE.


penghasilan susu terbahagi kepada tiga peringkat. pada dua peringkat yang pertama iannya dikawal oleh askar ENDOCRINE iaitu secara hormonal. dan jika semua hormon2 ini cukup, bu-ibu akan mula membuat kolostrum di akhir2 kehamilan sehingga waktu bersalin. endocrine sistem akan terus mengawal pengeluaran colustrum ini sepanjang tempoh ni sehingga 30 hingga 40 jam selepas bersalin. pada ketika ini sistem endocrine ini juga akan mengawal sama IBU2 MENYSUSKAN BAYI @ TIDAK. oleh itu, tempoh ini adalah penting utnuk ibu2 memberikan isyarat kepada breast bahawa SAYA ADALAH IBU YANG MAHU MENYUSUKAN ANAK kerana kejayaan kita memberikan isyarat ini akan memberikan faedah bahawa breast akan terus memproses untuk menghasilkan air susu pada hari2 seterusnya. oleh itu, ibu akan mula merasa pengeluaran susu ini setelah 2-3 hari selepas bersalin.

Selepas daripada peringkat kedua itu, ianya akan bertukar kepada sistem yang dipanggil AUTOCRINE control system. Pada peringkat ini, hormon tidak lagi memainkan peranan utama dalam menghasilkan air susu, pengeluaran susu akan dikawal sepenuhnya di breast iaitu menggunakan konsep PENGOSONGAN breast yang kerap/sentiasa. samada dengan breastfeeding atau breastpumping. dimana, breast akan sentiasa menghasilkan air susu jika air susu sentiasa dikeluarkan dari breast. kepantasan breast menghasilkan susu juga adalah bergantung kepada berapa kerap dan cepat susu dikosong dari breast. tips nya, selepas bayi menyusu, kosongkanlah payudara dengan mengepam.

kebanyakan ibu2 risau kalau2 lepas anak bf sehingga kering kontang, apa yg perlu di pam..?? ibu2 jgn risau... breast kita adalah organ badan yang amat BIJAK:)... mcm ni ceritanya..., semalam saya membuat kajian kes terhadap masalah ini..hihi.. ala2 cam buat research pulak.., pada pukul 10:20 pagi, terdengar suara adik ngekkkk ngekkkk... so naluri keibuaan ku segera meluru ke arah adik.. baaa baaa cakkk kejap pastu dukung.. mulut adik dah mula nganga2 sbg isyarat nak nenen... dgn lafaz bismillah, ku suakan adik dengan nipple ku:)... nyotttt nyottt punya nyott.. adik abis menyusu kedua2 breast ibu pada pukul 10:50.. alhamdulillah... ku sendawakan adik dan adik lena semula di dalam baby cot nya.. lalu ku meluru ke dalam bilik, memulakan aktiviti bersama spectra3... pam selama 15 minit... hasilnya = 3.5 oz... see.. air susu masih ada walaupun adik telah memprojek breast ibu tadi... kadang2 ada pulak ibu terfikir **ekceli saya yang terlintas di fikiran masa sebelum start buat xtvt nih... saya terfikir, byk mana adik menyusu tadi?? kenapa pam masih ada yang keluar?? adik kenyang tak?? tapi bila setiap kali adik bf, dan saya pam, hasilnya tetap sama, cara saya ialah 1. saya pantau pulak adik.. amboi2.., sedapnya adik tido... MAKSUDNYA, alhamdulillah adik kenyang juga tadi.. 2.(masa sebelum sambung tido, saya dah tukar CD yang baru) then saya pantau pulak kebasahan CD lepas sejam, hemmmm BASAH.... so maksudnya banyak juga adik menyusu tadi. so ibu2, jgn risau tentang air susu kita akan kurang bila dah 'diprojek' even oleh anak atau pam.. sebabnya, selagi kita demand nak air susu, breast akan sentiasa supply stok susu utk anak2...

~sharing itu adalah kasih sayang... sama2 la kita memperjuangkan penyusuan susu ibu~

wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...