Saturday, April 9, 2011

FISIOLOGI PENYUSUAN SUSU IBU

assalamualaikum. tukar hat jadik PC pulak...kuangkuang...hihhihi.. *geli pulak hati ku*

kebanyakkan ibu2 di luar sana seringkali mengeluh. tak dapat fully bf bcoz of kurang air susu. tahukah ibu2 bahawa setiap daripada kita, INSAN YANG BERGELAR IBU telah dianugerahkan satu nikmat yang sangat TAK TERNILAI harganya. bermula daripada semasa proses hamil, apa yg kita rasa pada breast kita. breast rasa sakit. mengembang. *saya gunakan bahasa baku utk mudah faham ya. bukan dalam trem BREASTFEEDING* selain itu, nipple akan menjadi kehitaman. nipple rasa sakit sbb mengembang. tahukah anda?? itu adalah proses dimanakan sebagai, berast akan telah bersedia untuk produce air susu ibu utk si manja yang bakal lahir. sejak awal kehamilan lagi, breast sudah memberi signal kepada anda bahawa, insyaAllah, 'IA' akan membantu anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu. oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab kita, sebagai ibu untuk memberikan HAK itu kepada anak.

secara ringkas bagaimana fisiologi penghantaran signal untuk mencetuskan AIR SUSU IBU yang dilakukan oleh 2 hormon penting dalam menghasilkan air susu ibu.



PROLAKTIN

• Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.

• Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.

• Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
dihalang oleh hormon lain.

• Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
hormon ini dikeluarkan.

• Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.

• Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli.

• Lebih kerap bayi menghisap – lebih banyak prolaktin – lebih banyak susu.

Lebih tinggi pada waktu malam.


OKSITOSIN (hormon of love)

• Penting untuk pancutan susu.

• Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.

• Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.

• Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.

• Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.

•Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)

• Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.

• Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.

• Hormon lain yang terlibat – cortisol, insulin, tyroksin.

disini, hormon prolaktin & hormon oksitosin memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan air susu ibu, apa yang perlu anda lakukan hanyalah,

1. kerap menyusukan si manja anda untuk merangsang lebih banyak air susu ibu.
2. pam payudara anda apabila anda tidak bersama bayi selama 20 hingga 30 selang 2-3 jam. ini adalah penting bagi mengelakkan masalah bengkak, clog duct dsb.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...