Tuesday, June 19, 2012

'interprem' @ SabahTimes

sekilas pandang, nampak macam glamor plak... uhuk..uhukk.

tapi disebalik lembaran ini, ibu sangat la segan tau... rasa belum layak kisah diri ini menjadi bacaan masyarakat sabah. ia bermula sewaktu Butik EzzKids bertapak di Lot 2-1-9, Ground Floor, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu. suatu waktu dulu... tak la lama sangat pun... <3 . butik EzzKids mula bertapak pada November 2011 dan riwayat berakhir pada Mac 2012. opps, berakhir di tapak itu, tapi ia belum tamat riwayat lagi. insyaAllah, kini sedang merangkak secara online. (aik? Ini bukan cerita yang ingin ibu kongsi.kisa perniagaan adalah bidang kedua. fokus sekarang ialah kisah susu... <3 lagi-lagi susu ibu. ....

artikel ini adalah hasil tulisan wartawan Sabah Times, Irene. banyak kali beliau menghubungi ibu untuk set temujanji untuk mengadakan temurama ini. at last, ibu sempat bertemu beliau di suatu petang, di saat terakhir EzzKids beroperasi di wawasan plaza. syukur ke hadrat Allah, jodoh pertemuan dgn beliau (hasil daripada artikel ini) sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa kesedaran tentang penyusuan susu ibu di sabah kini mendapat tempat di hati ibu-ibu di sabah. sujud syukur pada mu ya Robb..

*ibu-ibu yang sedang menyusukan anak...anugerah ini tidak ternilai harganya :)

Wednesday, May 30, 2012

Nota EzzKids

bismillah...

alhamdulillah.., permulaan kepada perkongsian ilmu penyusuan susu ibu di buat pada sekeping flyers ini... semoga point simple dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu yg disayangi :)

sayang korang Allah... sayang ilmu penyusuan susu ibu kerana Allah... semoga perkongsian sedikit ilmu dapat dijadikan bekalan di akhirat kelak...



Tuesday, May 29, 2012

Master In Breastfeeding wif Ezz Ammar Rayyan

*toingggg ~ mode kembali berblogger :

salam.. bismillah...


agak2 perlu samak tak blog ibu nih..hehe.. lama ditingalkan :) insyaAllah nak kembali berkongsi ilmu penyusuan dalam blog ibu ni.

mode shukeeee sbb adik rayyan dah genap 1 tahun 6 bulan pada 23 jun 2012 baru2 nih... maknanya 6 bulan lagi perjalanan penyusuan susu ibu bersama adik rayyan + masih direct bf sampai adik wean off sendiri.... opppssss, perlukah generasi penyambung moment indah mengepam ibu?. hihihi... insyaAllah.. ibu dan ayah sedang berusaha

bagaiman corak penyusuan rayyan pada usia ini? Alhamdulillah, ibu masih bekalkan ebm 4oz X 2  botol sehari. kadang rayyan minum. kadang balik rumah, ebm masih dalam kedudukan asal. adik rayyan tak sentuh pun. sebab adik banyak makan makanan keluarga. adik banyak minum jus, fresh milk, dll. tapi bila ibu balik, adik rayyan akan terus bergayut kat ibu :) comel sungguh keletah itu. ibu takut bila adik rayyan wean off nanti..., ibu akan merindui moment indah ini.

apa pulak corak penyusuan kakak dania? Hihihi, anak dara yg berusia 3 tahun 5 bulan ini juga makin kerap nak breastfeed :) ibu tak kisah lah.... ibu shukeee...

apa2pun., yg penting kita enjoy moment indah ibu. orang kata, penyusuan susu ibu merupakan pelaburan masa hadapan. labur hanya 2 tahun penuh, profit nya akan nampak dalam jangka masa yang panjang, insyaAllah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...