Thursday, June 14, 2012

Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 40 Jam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..


Alhamdulillah, baru sempat jari jemari ini mencoret 
Masih terngiang-ngiang perjalanan sepanjang Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 40 Jam anjuran Pusat Laktasi Kebangsaan yang berlangsung di Sumai Apartment Hotel, Kuala Terengganu. kursus bermula 5 Jun hingga 10 Jun 2012.
bermula 4hb Jun, ibu bersama sahabat yg bersemangat kental, kak Rahimah Zaman bertolak daripada KKIA Terminal 2, Kota Kinabalu. setibanya di LCCT Kuala Lumpur, kami diambil oleh kak Siti Asma Moin yang sentiasa bersemangat juang dalam menyebarkan ilmu penyusuan susu ibu. kadang orang sekeliling ibu pelik.., kenapa perlu beria-ria mengejar ilmu penyusuan susu ibu. hehe, korang? dapat tak nak describe kenapa?? hahaha, susah tau..  (cuba angkat tapak tangan kanan, pegang atas dada sebelah kiri....hah...ia bermula di situ... di dalam hati dan jiwa ibu)......

kami bertiga. jiwa kami adalah sama
balik kepada cerita ibu, setiba di LCCT Kuala Lumpur, kak asma ambik kitaorang berdua dan di bawa 'bersiar-siar' sekitar sepanjang perjalanan Kuala Lumpur hingga ke rumah kak asma di Jerantut, Pahang hehe. banyak cerita dan maklumat baru sepanjang bermusafir. transit rumah kak asma satu malam, kemudian bertolak bersama-sama daripada Jerantut ke Kuala Terengganu pada awal pagi 5hb Jun 2012. fuhh, jauh perjalanan, luas story kitaorang bertiga :)

sebelum bertolak, kitaorang sediakan dulu box tempat penyimpanan susu perahan kami bertiga sepanjang 4 jam perjalanan ke Kuala Terengganu. tips : campurkan ais ketul dengan garam kasar, gaulkan dan boleh simpan susu perahan kat dalam ni. sampai kat terengganu, susu perahan kitaorg jadi beku tau.... magik tak??

alhamdulillah, dengan berpandukan GPS, kami bertiga selamat sampai di Sumi Apartment Hotel tepat jam 2.30 petang :) cek in, solat, kemas barang.. (tapi tak sempat singgah makan lagik...hehe, kelakar ingay saat tu). 


disclamer : ini bukan Sumai Apartment Hotel hehehe.. ini adalah salah satu  bangunan di terengganu. unik pada pandangan mata ibu. airport lagi cantik tau, tapi tak sempat ambik gambar...sebab sibuk cuci mata dgn barang2

taraaaa... kami mula berkursus tepat jam 4 petang.. masa mula-mula, semua malu-malu kucing lagi..

mula2 duduk tempat terceruk nun di belakang..

program kursus ada di dalam... hanya gambar hiasan, tidak boleh di buka hihi


breast belum jadik...
selain daripada 'menyerap' seberapa banyak info baru daripada experter, Pusat Laktasi Kebangsaan, kami di minta untuk membuat 'breast' masing2 hehehe.. dan baby doll. kegunaannya adalah untuk digunakan semasa membuat praktikal di hospital selain doll2 ini dan breast2 ini akan dipertandingkan. hehehe... breast siapa paling cantik seksi tetttttt... 

pilih saiz breast anda.
FAKTA : saiz payudara bukan tali pengukur banyaknya pengeluaran air susu  kalian. besar atau kecik breast adalah disebabkan oleh lapisan lemak empunya diri yg menyelaputi kelenjar2 payudara anda. setiap ibu mempunyai KILANG SUSU yang sama. percaya lah..


ibu-ibu kami, susu kan kami hanya dengan susu ibu... plissss ibuuuuu
dengarkanlah suara hati kami.....
selain daripada aktiviti di dalam kelas, perkongsian ilmu daripada yang pakar.. semua peserta juga didedahkan dengan aktiviti praktikal. praktikal bagaiman berhadapan dengan ibu-ibu di luar, bagaimana nak mengaplikasikan teknik kaunseling bersama ibu. cerita lanjut akan ibu kongsikan mengikut tajuk nanti hokeh... 

selepas sesi kaunseling bersama ibu yg hebat ini... si comel sudah lena  selepas dijamu dengan air susu ibu yang lazat



** sekitar gambar kenangan bersama KAUNSELOR LAKTASI :)

ahli kumpulan ibu.. waktu majlis persembahan dan makan malam

teman seapartmen ibu sepanjang di sumai apartment hotel... kira ikut tangga depan hokeh...
ibu... kak Rahimah Zaman.. kak Siti Asma Moin.. kak Salmiah Dato Hj Talib.. dan kak Hazarina Ishak  (insan yg sangat di admire sejak drpd dulu lagi... kenal kak haza masa beli Spectra3 secara kutu tahun 2009)

hasil susu perahan kami..uppss kami berempat saja tau.... kak Sal sudah pencen..hehehe.. tapi tidak pernah pencen dlm menyebarkan ilmu penyusuan susu ibu..  semangat beliau itu perlu dicontohi..

kenangan bersama.. kak imah zmn... kak Nora Herni dan izzah. zah, kena panggil kak izzah ker lepas nih...hihi

gambar kenangan bersama rakan sebaya ibu...hihi.. mereka juga ibu yang hebat.. semangat juang yg tinggi...
Zilal Saari - lama jugak kenal dalam facebook. first time jumpa...
Aqilah Zaidee - juga kenal kat facebook

bersama kak Hazarina Ishak.. :) lama dah admirer kak haza..hihi... alhamdulillah, kami bertemu di sini :)



bersama kak Salmiah Dato Hj Talib... baru kenal tapi rasa mcam bertahun... terima kasih kak Sal tolong order kopok leko..


dikenali sebagai tokeh Medela Freestyle hehehe... bersama kak Ajasu Breastpump :) kenal lama kat alam maya jugak....first time jumpa... sangat best.. lemah lembut jer org nya..


bersama mama fiza yang awesome.. karakternya yg pasti akan membuatkan kita jatuh cinta dgn beliau..
ikuti kisah beliau dalam www.littlekittle.com. miss u mama fiza..
anak-anak beliau juga awesome !! anak2 homeschooling :


Peserta Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 40 Jam yang hebat...




dan di atas ini adalah wajah ibu yang HEBAT a.k.a debab.. hehe...dengan satu azam yang baru, semangat yang baru, misi 1Sabah, 1 Penyusuan Susu Ibu hehehe... dengan niat kerana Allah swt.. isnyaAllah, ibu akan kendong AMANAH sebagai KAUNSELOR LAKTASI anda. kalian doakan ibu :)

terima kasih pada Mu ya Allah mempermudahkan perjalanan ku menimba ilmu penyusuan susu ibu. sesungguhnya engkau yang memandu hati-hati kami ya Allah, engkau yang memandu hati pihak pengurusan AirAsia, syukur Ya Allah kerana dengan limpahmu, dapat kami membawa balik susu-susu ibu untuk anak-anak kami walaupun menghadapi kesukaran di airport kuala terangganu.. amin ya robb...

buat suami tercinta, kasih mu tidak terbalas oleh isteri mu. terima kasih kerana memberi keizinan untuk sayang pergi menuntut ilmu ini. terima kasi kerana menguruskan anak-anak di rumah. terima kasih kerana bijak menguruskan stok susu rayyan yang seciput itu... lain kali nak lagiii..hehehe sayang abang kerana Allah.

buat ibunda tercinta, terima kasih kerana sanggup stay rumah untuk membantu menjaga anak2 .. sayang mak kerana Allah..

buat anak-anak ibu, kakak dan adik, terima kasih nak kerana jadi good girl dan good boy sepanjang ketiadaan ibu di rumah.... semua ini untuk kalian.... untuk generasi yang bakal penyambung perjuangan ibu.. semoga dengan titisan emas yg mengalir dalam tubuh kalian, kalian menjadi anak2 yg soleh solehah..., penyejuk hati ayah ibu...dan khalifah yang bertakwa kepada Allah..

amin yaa robb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...