Saturday, May 2, 2015

KETAATAN SEORANG ISTERI

BAB KETAATAN ISTERI

Sesungguhnya sorang isteri itu dikahwini kerana beberapa perkara. Antara salah satu yang menjadi sebab ataupun pilihan seorang suami pastilah menginginkan seorang isteri yang taat kepadanya.

Adakah seorang isteri itu taat kepada suami atau nusyuz kepada suami apabila gagal melakukan beberapa perkara?

Kita perlu faham dahulu apakah yang dikatakan taatnya seorang isteri. Allah SWT memerintahkan sesorang isteri untuk taat kepada suaminya, untuk melayani suaminya seolah-olah dia adalah ladang yang bila-bila masa bersedia untuk didatangi oleh tuannya.

Oleh itu, kita kena faham bahawa tugas seorang isteri sebenarnya adalah melayani suami. Melayani suami dari segi nafkah zahir dan batin.

Hak seorang suami ke atas isterinya adalah selagi isterinya tidak diarahkan untuk melalukan perkara-perkara yg haram atau syubhah.Selagi tidak bertentangan dgn apa sahaja yg Allah larang dan perintahkan.

Selama mana arahan seorang suami keatas isterinya dalam konteks masih dalam ketaatan kepada Allah SWT, maka seorang isteri itu wajib untuk taat.

Cuma yg menjadi perbalahan akhir zaman, perbalahan antara suami dan isteri sekarang adalah kerana tanggungjawab dalam rumah tangga telah diambil alih oleh isteri samada secara paksa atau secara terpaksa.

Yang menjadi isu dikalangan kita kaum isteri ini adalah kerana suami menganggap isteri itu tidak taat apabila isteri gagal untuk membantu urusan rumahtangga, membantu untuk manambah pendapatan, membantu untuk membayar bil-bil yg tertunggak.
Maka suami akan mengatakan isteri itu nusyuz apabil engkar dgn arahan.

Sedangkan Allah SWT memerintahkan seorang isteri itu hanya perlu taat kepada suami dlm hal-hal **lain** daripada tanggungjawab suami terhdap keluarganya.

Saya kira ramai sekarang yang beranggapan bahawa tugas seorang isteri itu termasuk memasak, membasuh dan sebagainya.Sedangkan tanggungjawab seorang isteri lebih tertumpu kepada hal-hal berkaitan menunaikan nafkah zahir dan batin suami sahaja. 

Saya ulas disini bagaimana kesilapan yang berlaku kepada isteri bilamana suami mengambil kesempatan yakni dengan meletakakkan bebanan rumahtangga kepada isteri.

Yang pertama yang merasa beban pastilah isteri-isteri yang berkerja. Dimana isteri yang berkerja mengalami 2 tekanan, iaitu tekanan ditempat kerja dan juga tekanan di rumah.

Sesungguhnya seorang isteri itu tidak perlu bekerja untuk menambah pendapatan. Walaubagaimanapun kita faham bahawa kita juga memerlukan kewangan untuk diberikan kepada ibubapa atau untk membantu suami.

Jadi apabila bila seorang isteri itu bekerja dan mendapat izin dari suaminya untuk bekerja diluar rumah dan berjanji dengan suaminya untk menambah pendapatan, untuk membantu suaminya, untuk keluarga dan mendapat izin maka apabila isteri tu kedekut yakni tidak mahu mengeluarkan belanja seperti yg dijanjikan kpd suaminya, maka suami berhak utk memberhentikan isterinya dari kerjanya. Ianya berlaku kerana isteri itu gagal menunaian janjinya.

Tetapi dalam kes ini tidak boleh disalahkan dipihak isteri semata-mata. Ianya temasuk dalam bermuamalah dalam rumhtangga.Yakni isteri ingin mmbantu semata-mata kerana Allah. Bukanlah sengaja untuk keluar bekerja untuk sengaja lari dari tanggungjawab sebagai seorang isteri. Yang menyebabkan seringkali berlakunya pertikaian dalam rumahtangga ialah apabila isteri yang membantu suami bekerja dan dia juga terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan terbeban dengan kerja-kerja rumah. Ditambah pula dgn tugas menyemak kerja sekolah anak, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

Antara punca yg menyebabkan perselisihan adalah apabila suami sebenarnya telah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Ketaatan seorang isteri bukan terletak pada ketaatannya jika dia tidak mahu memasak,tidak mahu memberi wangnya atau sebagainya.

Isteri berhak untuk menyimpan wang pendapatannya tanpa memberkan sesen kepada suaminya. Isteri juga berhak utk menolak apa-apa arahan atau saranan daripada suami untuk melakukan kerja memasak, mengemas rumh dan sebagainya.

Islam tidak meletakkan sorang isteri wajib melakukan kerja rumah. Dimana kerja rumah itu jika dilakukan oleh isteri adalah pahala untuk isteri itu.

Saya teringat satu peristiwa saya bersama anak lelaki saya yang berusia 14 tahun sewaktu berada di Medan untuk menziarahi seorang ulamak di sana.

Anak lelaki saya memberi pendapat bahawa seorang isteri itu perlu untuk melakukan pelbagai kerja untuk membantu suaminya. Dan anak saya juga menyatakan bahawa seorang isteri tidak wajib untk melakukan jika tidak mahu untuk melakukan.

Maka saya terus mengatakan yang saya juga tidak mahu melakukan apa-apa dan hanya mahu duduk sahaja. Lantas anak saya berkata “Tidakkah Ummi mahu menambah pahala?”.

Kemudian saya bergurau mengatakan kepada suami saya, walaupun saya pakar dalam bidang jahitan tapi apa lah salahnya jika dia menjahit sendiri seluarnya yang koyak kerana Rasullullah SAW pun menjahit pakaian koyak baginda sendiri. **Sehingga jarum baginda tejatuh di lantai lalu lalu bersinar dek terkena cahaya wajah baginda**.

Lalu saya mengatakan tidakkah abang mahukan pahala melakukan sunnah yakni denagn menjahit pakaian sendiri?. Anak saya lantas menyampuk, “ Bukan tak boleh ayah nak menjahit sendiri mengikut sunnah. Tapi bukankah itu peluang untuk Ummi menambah pahala?”.

Oleh itu wahai isteri-isteri yang dirahmati Allah. Kita fikirkan satu perkara. Apabila kita melakukan ketaatan, memang di dalam rumahtangga ada banyak pahala. Maka kita memerlukan pahala-pahala itu. Maka selagi kita boleh taat, taatlah kepada suami. 

Dan kita mengatakan kita mencintai RASULULLAH SAW.Jadi apabila kita mencintai RASULULLAH SAW, RASULULLAH SAW menyuruh kita meletakkan darjat atau martabat seorang suami di tingkat yang paling tinggi.

RASULULLAH SAW pernah bersabda jika boleh manusia disuruh sujud, maka akan disuruh isteri sujud kepada suami. Menunjukkan mertabat seorang suami yang tinggi.

Saya faham bagaimana penderitaan ramai isteri-isteri yang tertekan dengan sikap suami yang menyuruh kita untuk taat kepada benda yang tidak perlu taat.

Antara perkara-perkara yang kita tidak perlu TAAT , lebih menjurus kepada melakukan perkara yang haram. Kita tidak perlu taat langsung jika suami tidak suka kita berpakaian longgar atau berwajah polos tanpa mekup apabila keluar dari rumah. Atau suami tidak suka kita memakai baju kurung dan lebih suka kita memakai seluar jean. Maka kita wajib engkar perintah itu.

Suami tiada hak untuk menyuruh kita membuka aurat di mana sahaja hatta dalam rumah sendiri selagi ada pandangan lelaki yang bukan ajnabi yang bukan mahram.

Suami juga wajib kita engkari apabila kita tidak melakukan solat lagi tetapi dia mengajak melakukan perkara lain atau pergi ke sesuatu tempat hingga kita hampir-hampir meninggalkan solat lalu menyuruh isteri untuk qada sahaja. Di ketika itu, isteri wajib untuk engkar kepada suami.

Suami juga tiada boleh menyuruh kita membuka puasa di bulan Ramadhan kerana ia adalah puasa wajib yang diperintahkan Allah. Kalau suami melarang untuk berpuasa dan mengugut untuk melakukan sesuatu, maka isteri wajib engkar.

Perumpamaan seorang isteri adalah seperti seorang hamba yang bertakwa. Bukan seorang hamba yang membabi buta.

BERMUAMALAH DENGAN BAIK ANTARA SUAMI ISTERI. ELAKKAN STRESS DAN TERTEKAN.

CUBA SOLUSI MENGELAKKAN STRESS DENGAN HARUMAN KD SPEECHLESS SCENT.

APAKAH ITU KD SPEECHLESS SCENT?
IANYA SEJENIS PATI HARUMAN YANG PEKAT.

~ MEMBANTU MEMBERIKAN KETENANGAN.
~MENGELAKKAN GANGGUAN EMOSI.
~MENENANGKAN SUAMI @ ISTERI @ ANAK BARAN.

Hanya dengan menghidu @ mencalet di mana2 bahagian badan @ pakaian, dapat memberikan aura positif. InsyaAllah.

Dapatkan melalui kdscent.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...