Thursday, September 24, 2015

AIDILADHA PENUH KENANGAN

Aidiladha banyak menyimpan kenangan menjadi seorang ibu
Kelahiran Ezz Ammar Rayyan 17 zulhijjah 1431. Tapi awalnya tu sambut 10 zulhijjah kat hospital. Makan buras + ayam lengkuas dalam wad. Lepas tu discharge. Dan masuk semula 15 zulhijjah.
Kelahiran Ezzatul Fatehah pula pada 12 zulhijjah 1434
Ibu sempat masak seperiuk besar sup tulang, menjamah beberapa mangkuk sup tulang... opssss... lepas tu esoknya review dan doktor kata kena admitt dan prepare untuk elektif ceaser...
Alhamdulillah..... kenangan indah yang pasti bertakhta indah dalam memori ibu
Sanah helwah in advance anak-anak ibu. Tiada apa yang mampu ibu lakukan, hanya menyediakan ilmu-ilmu akhirat sebagai bekalan buat kalian. Sedaya upaya membekalkan kalian dengan ilmu Allah.. sedaya upaya belajar dan belajar agar dapat mendidik kalian menjadi umat Rasulullah yang sebenar. Meneruskan sunnah Rasulullah. Dakwah Rasulullah. Walaupun ibu serba jahil....
Doa ibu, moga kalian sentiasa berpegang pada tali Allah...
******
Mode syahdu di pagi raya. Bisakah aku??
Salam Aidiladha 10 Zulhijjah 1436 H

Thursday, September 10, 2015

JADILAH SEORANG YANG BAIK, MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK



Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yg paling indah pernah aku baca:

"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan dgnmu..seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu..seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga mlm..

Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia..jgn kamu layan peristiwa yg berlaku melebihi kadar y sepatutnya

Pastikan dgn sebenar2nya..ketika engkau bersedih, tiada yg boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri..ketika engkau tewas, tiada yg boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri..kemampuanmu utk bangkit semula tiada yg memilikinya selain dirimu..

Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia..carilah ia dlm jiwa kamu sendiri..bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan..bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yg dikatakan kpdmu tiada kesan mudaratnya lagi..

Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah..Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan krn ia adalah di Tangan Allah..

Yg perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yg meredhakan Allah..krn bila engkau meredhakan Allah, Dia akn meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai utkmu

Jgnlah kamu berputus asa dgn kehidupan yg menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dgn kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat..

Kedukaan itu akn hilang dgn satu sujud..manakala kegembiraan akn dtg dgn satu seruan..Allah tidak akn sekali-kali melupakan kebaikan yg telah engkau buat atau keresahan yg telah engkau tolong hilangkan atau mata yg hampir menangis yg engkau tolong ceriakan..

Hiduplah di ats prinsip: Jadilah seorang yg baik, meskipun engkau tidak dilayan dgn baik..bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kpd org yg baik".


CINTA ALLAH... KEPADA YANG BERTAQWA, KAYA DAN TERSEMBUNYI...


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah itu cinta kepada hamba yang bertaqwa serta kaya dan tersembunyi (yakni sebagai orang yang tidak glamor / masyhur dan tidak dikenali orang kerana ia tidak mempunyai kedudukan)."
(dari Saad bin Abi Waqqas - Riwayat Muslim)
وعن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم: يقول: “إن الله يحب العبد التقي الغني الخفي” ((رواه مسلم)).
والمراد: بـ “الغني” غني النفس، كما سبق فى الحديث الصحيح
Yang dimaksud dengan kata 'alghani' yakni kaya itu ialah kaya jiwanya- tak semesti kaya harta benda, sebagaimana dijelaskan dalam Hadis shahih berikut ini Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanya jiwa." (Muttafaq 'alaih)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...