Thursday, December 29, 2016

Habiskan Apa Yang Bermula

Teks : Zainab Norazman

Entri #24

Kalian, kita sudah pun memasuki ke minggu-minggu terakhir tahun 2016.

Assalamualaikum sahabat. Kita bertemu lagi dalam mode beralih tahun. Badan terasa mahu berehat, namun tanggungjawab di pejabat, tanggungjawab di rumah dan tanggungjawab dalam perniagaan membataskan.

Kalian bagaimana?

Buat pertama kalinya, hujung tahun begini kak nab menjadi sangat sibuk. Tahun ini kak nab sudah mula menerima tempahan sulam tag nama sekolah secara pukal juga jahit cadar asrama, juga secara pukal.

Kak nab baru setahun jagung dalam bidang ini. Tapi sungguh, kak nab punya impian besar dalam bidang jahitan ini.

Sebenarnya, menjahit ini sungguh-sungguh datang dari hati. Mana tidak, kak nab sebenarnya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas menjahit atau menyulam. Hanya sekali kak nab pernah belajar jahit labgsir dan telekung di Kelas Kursus Jahit Al Mujahid. Berguru dengan Ustazah Sahida Said.  Hanya berbekalkan ilmu pengalaman bekerja sebagai pembantu di kedai jahit kampung.

Makanya, dengan zero ilmu. Kak nab hanya mencuba. Menjahit cadar dengan belajar daripada grup whatsapp "Kongsi Ilmu Jahitan". Belajar sulam dengan hanya rujuk youtube dan juga grup facebook sahabat pengguna mesin sulam NV950.

Dari situ, kak nab mencuba. Sikit-sikit.

Alhamdulillah. Rezeki itu daripada Allah swt. Rezeki faham menjahit dan menyulam Allah yang beri. Kak nab hanya seorang hamba yang menjalankannya sahaja.

Sebab itu, kak nab azam. Kak nab akan habiskan apa yang sudah bermula. Bidang jahitan ini, kak nab akan buat sungguh-sungguh. Mungkin ini jalan keluar dari belenggu rezeki yang Allah swt hantarkan.

Doakan kak nab. Juga doa buat kalian. Moga Allah leraikan segala macam belenggu kalian.

Zainab Norazman,
Dilema Mahu Berhenti Kerja.

Wednesday, December 28, 2016

Ulangtahun Perkahwinan Ke-9

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Entri #23

Sinar pagi ini seolah tersenyum bahagia ke arah ku. 


Cewah, entri pagi ini agak p.o.y.o sikit. Jiwang sudah berkarat. Hehehe.

Assalamualaikum. Semoga sinar bahagia itu juga menyinari kalian.

Hari ini hari ulangtahun perkahwinan kak nab. Genap 9 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama Encik Ezrie Farid. Jumaat pagi, 28 Disember 2007, sah diijabkabulkan berwalikan abang kandung. Pada detik itu, arwah bapa sudah 3 tahun meninggalkan kami.

Kak nab berkahwin di usia 22 tahun. Pernah kak nab ceritakan mukaddimah sedikit di awal entri #1 dahulu. Kak nab ceritakan, kak nab berkahwin kala baru setahun bekerja di sektor kerajaan. Dan masa itu juga kak nab baru semester 1 Pengajian Luar Kampus di Universiti Malaysia Sabah. Memikul amanah sebagai seorang isteri, juga kakak kerani dan pelajar.

Alhamdulillah, 4 bulan selepas itu, kak nab disahkan hamil anak pertama.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar


Nikmat-nikmat itu kurniaan Allah swt. Sekerdil dan sejahil kak nab, kak nab mohon bantuan Allah swt untuk pelihara rumahtangga ini. Dikurniakan bahagia, mawaddah wa rahmah.
Zainab Norazman

Bahagia itu kebahagiaan suami dan anak-anak.

Monday, December 26, 2016

Buku Bintang Al Nilam Di Langit Mentakab

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #22

Entah kenapa, kisah persahabatan antara Leman dan Faduli sangat terkesan di hati kak nab. Seolah cerita itu betul-betul berlaku di hadapan mata realiti kak nab. Masih terbayang saat kesedihan Leman apabila Faduli pergi buat selamanya. Mungkinkah kerana gaya penulisan di dalam buku ini betul-betul membawa pembaca ke alam ini.



Di dalam buku ini sarat dengan kisah-kisah menarik. Membawa kita ke zaman kita masih kanak-kanak. Ia 25 ke 30 tahun yang lalu. Menyelami kehidupan di dalam sebuah rumah papan yang kecil, ada pokok di sekeliling rumah, ada ayam, ada sungai tempat bermain, bukan menghadap gajet atau jalan-jalan di pusat membeli-belah. Suasana pergi sekolah dengan berjalan kaki atau menaiki basikal bukan menaiki van atau dihantar ayah ibu. Berjalan melalui jambatan dan sungai. Kehidupan bermasyarakat di dalam sebuah kampung. Bertukar juadah dengan jiran tetangga. Kisah kehidupan sebagai kanak-kanak. Persahabatan. Dan kisah cinta.

Dan satu yang sangat kak nab suka, cita-cita kami sama. Dahulu, kak nab juga pernah bercita-cita mahu jadi seorang penulis. Namun cita-cita kak nab terkubur dan kian ditelan zaman. Apakah ini permulaan untuk suburkan kembali minat itu? Mungkinkah !

Mungkinkah dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah, ada sinar penulis yang bakal digilap. Cewah. Bukan. Bukan kak nab mahu jadi penulis buku yang masyur. Cukup sekadar menulis entri penulisan yang mampu memberi impak positif kepada pembaca. Penulisan yang bermanfaat. Bukan sekadar dunia, tapi matlamat kita menulis agar menjadi saham di akhirat. Jika menulis nota bisnes, biarlah bisnes itu membawa kita semakin dekat kepada Allah swt.

Suka kak nab mahu berkongsi bersama kalian, kak nab sebenarnya sudah lama mengimpikan untuk menyertai ABDR. Setahun yang lepas. Namun mungkin 'jodoh' belum sampai.

Bersama dengan ABDR, kak nab ada hajat. Azam dan impian. Seiring namanya, Akademi Bekerja Di Rumah. Kebanyakannya suri yang menyertai ABDR terdiri daripada suri yang bekerja di rumah. Namun, permulannnya, mereka juga ada hajat, azam dan misi. Daripada suri yang bekerjaya. Menanam impian menjadi suri yang bekerja di rumah.

Oh, terlintas sejenak di hati kak nab. Hajat ini kak nab pegang erat-erat bersama azam 2017. Berbaki 4 hari lagi kita bakal ke tahun 2017. Meninggalkan 2016 yang menjadi kenangan.

Beralih tahun, semakin bertambah usia. Semakin kita menghampiri mati. Azam kak nab, kak nab mahu jadi penulis yang memberi manfaat. Manfaat melalui penulisan, Cuma, belum pasti bagaimana bentuknya. Doakan kak nab dikurniakan ilham dan dipermudahkan Allah swt.

Sampai bertemu lagi.


Zainab Norazman.
Bintang yang sama juga bersinar di langit Negeri Di Bawah Bayu. Hebat kuasa Allah. Hebat ciptaan Allah.

Sunday, December 25, 2016

Sulam Tag Nama PPIAN - Pusat Pendidikan Islam An-Nur

Teks : Zainab Norazman
Imej: Koleksi Peribadi

Entri #21


Bismillah.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Seminggu juga kak nab bekerja dengan encik mesin sulam. Semata mahu menyiapkan tempahan pukal tag nama untuk darjah 1 Ibnu Sina bagi tahun 2017, Pusat Pendidikan Islam An-Nur. Sebuah sekolah tahfiz yang di Kota Kinabalu yang menjadi pilihan ramai ibu bapa.





Gambar di atas adalah sebahagian kerja-kerja menyulam. Seramai 33 nama. Tiga keping tag nama setiap seorang. Warna hijau, warna keunggulan Islam menjadi pilihan.

Kalian, jika mahu menempah tag nama sekolah. Kak nab bersiap sedia. Sekeping-sekeping boleh. Pukal lagi boleh. Sekeping kak nab beri harga RM2. Untuk pukal RM1.50 sekeping.

Zainab Norazman
Kakak Tukang Sulam.

Ukhuwah Itu Indah

Teks : Zainab Norazman
Tanpa Imej
Entri #20
Ukhuwah Itu Indah
Malam ini ada rindu yang mendalam buat insan-insan yang pernah hadir dalam hidup ini. Apalagi hadirnya kalian itu bak hadiah terindah daripada Allah swt. Hadir dalam satu bulatan cinta. Membawa diri ini keluar dari lubang kejahilan. Berpimpin tangan bersama.
Kini kalian di sana, daku masih di sini. Tapi ukhuwah itu tetap subur. Rindu momen usrah itu. Dengan keriangan anak-anak. Anak menangis. Anak meragam. Anak itu. Anak ini. Semua itu kenangan indah.

Friday, December 23, 2016

Sulaman Tag Nama Sekolah

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #20

     Seharian di pejabat hari ini, seluruh tubuh kak nab bagai keras kejung. Allahurobbi, bagai mahu muntah hijau menyemak permohonan Gantian Cuti Rehat yang masih belum habis. Menghadap sistem cuti sambil menjawab pelbagai soalan daripada sahabat-sahabat di pejabat, juga meletihkan minda.

     Namun, atas dasar amanah dan menjadikan pekerjaan yang satu ini sebagai ibadah. Kita buat dengan nikmat. Sebagai suri yang bekerja, kak nab bukan sahaja berjual-beli dengan majikan hatta juga berjual-beli dengan Allah swt. Berjual dengan melakukan pekerjaan dengan ikhlas membantu memudahkan urusan orang lain. Impalannya, majikan bayar dengan gaji. Sama juga apabila kita berjual-beli dengan Allah dengan ikhlas dan amanah, kita mengharap ia menjadi asbab kita semakin dekat dengan Dia, sebagai gaji kita. 

     Malam ini, kak nab menerima tempahan sulam tag nama terus pada baju sekolah. Dalam masa yang sama, sebenarnya kak sedang menyiapkan sulam tag nama untuk sebuah sekolah, Pusat Pendidikan Islam An-Nur. 


Kebiasannya kak nab tempah digitize nama dulu pada digitizer. Sama juga dengan sulaman towel. Semua desain kak nab minta bantuan sahabat-sahabat yang sememangnya arif dalam bidangnya.






Kak nab tukang sulam saja

Thursday, December 22, 2016

Cerita Tukang Sulam


Teks : Zainab Norazman
Tanpa Imej
Entri #19
Balik rumah kita mula menghadap mesin  sulam pula. Itu terapi. Itu terapi. (Eh, terapi sangat bila menghadap mesin ni. Sebab itu kak nab 'excited')
#zainabnorazman #travelogsuri #AkademiBekerjaDiRumah

Tuesday, December 20, 2016

Duhai Anak

Teks : Zainab Norazman
Tanpa imej.
Entri #18
Kala melihat anak mula lena, dalam keadaan sedar dengan tidak sedar. Bercakap-cakap dengan anak-anak. Sebut doa kita untuk mereka. Bacakan surah Al Insyirah pada ubun-ubun anak.
.
Kala melihat anak mula lena, hati luluh dan sayu memandang wajah mereka. Allah.
.
Anak, kalian bakal jadi besar. Tidak selamanya kecil. Ampunkan ibu andai gagal mendidik kalian kenal Allah dan Rasul. Kerana diri ini juga jahil.
.
#CatatanHarian #NotaHati

Saturday, December 17, 2016

Trip Keluarga Ke Kundasang - Ranau

Tulisan : Zainab Norazman
Imej : Koleksi peribadi
Entri #17

Bismillah pembuka entri. Saat kak nab menulis entri ini, badan sedang sengal-sengal bisa. Mungkinkah perjalanan jauh Kota Kinabalu ke Kundasang ke Ranau dan balik semula ke Kota Kinabalu agak memenatkan tubuh yang kian tua. Atau mungkin keletihan kerana menyediakan bekalan makanan pada malam sabtu sehingga 12 malam, menambahkan rasa keletihan itu.
Perjalanan ke Kundasang - Ranau adalah untuk memenuhi permintaan makcik Ina (adik bongsu mak yang sudah menetap di Klang) serta anak-anaknya merangkap adik saudara kak nab. Mereka mahu melihat lembu di Desa Farm dan merasai kolam air panas di Lohan, Ranau. Makcik Ina dan anak-anaknya sememangnya saban tahun pasti pulang ke Sabah demi menziarah nenek yang kian tua. Mengikat tali silatulrahim adalah amalan yang memanjangkan umur. Hadis ini adalah sahih, tapi pastinya kak nab yang jahil tidak pandai untuk menterjemahkan kefahaman itu. Maka kak nab ambil bahasa yang mudah untuk kita faham bersama.
Pada malam sabtu tersebut, kak nab menyediakan sambal bilis, ayam goreng berempah, goreng sosej jenama Ayamas serta bihun goreng yang digoreng pada subuh hari. Keluarga pakcik Agus (adik mak dan abang kepada makcik Ina) menyediakan buras dan sambal tumis. Ini adalah bekalan makanan bermula sarapan pagi dan makan tengahari sepanjang pergi dan balik.
Trip sekeluarga ini terdiri daripada Pakcik Agus, isteri dan empat orang anak, mak mertua pakcik Agus, kak nab bersama suami dan tiga orang anak serta mak kak nab, dan makcik Ina bersama tiga orang anak. Seramai 15 orang trip keluarga kami untuk kali ini.
Kami bertolak seawal pulul 7 pagi. Perjalanan Kota Kinabalu ke Kundasang - Ranau memakan masa selama dua jam sahaja. Boleh jadi tiga jam, boleh juga empat atau lima, bergantung perhentian. Kami tiba dia Kolam Air Panas pada jam 9.20. Alhamdulillah, masih ada belum ramai orang yang datang, dan masih ada ruang untuk kami "urap" tikar di bawah pokok, berdindingkan batu-batu besar.
Apalagi, sakanlah anak-anak dan anak saudara bermandi-mandi. Boleh pilih sama ada mahu mandi di kolam air panas atau kolam renang biasa tetapi airnya sangat sejuk. Jika tahan mandi kolam sejuk bak ais itu, silakan (hehehe).
Lebih kurang 3 jam di dalam kawasan Kolam Air Panas, kami mula mengemas untuk keluar. Waktu zohor hampir masuk waktu. Kami bercadang untuk tiba di Masjid Jamek Kundasang dan boleh solat zohor dan solat jamak asar ke dalam zohor sebelum memulakan perjalanan ke ladang ternak lembu (Desa Farm).
Kita merancang, Allah Maha Perancang. Seusai solat zohor, hujan  turun dengan lebatnya. Angin sejuk kundasang bertambah-tambah sejuk bila hujan turun membasahi bumi Kundasang. Nampaknya, tiada rezeki untuk melihat pemandangan indah ladang lembu seperti di New Zealand itu. Tiada rezeki juga untuk minum susu segar dan makan ais krim susu yang lazat. Kami mengubah perjalanan untuk kembali bertolak ke Kota Kinabalu tepat jam 2 petang.
Begitu sebenarnya kehidupan kita. Kita merancang, tetapi Allah swt pasti ada rancangan yang baik untuk kita. Memberi kefahaman kepada anak-anak tentang ini bukan mudah juga. Anak-anak dan anak saudara sedang rasa seronok dengan angan-angan mahu pegang lembu. Mahu makan aiskrim susu  Mahu mencuba memerah susu lembu. Mungkin rezeki di lain hari.
Kami tiba di rumah menghampiri jam 5 petang. Jalan yang basah dan licin menyebabkan kereta bergerak perlahan. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Badan keletihan, namun ada sinar gembira di mata anak-anak dan anak saudara. Membawa sinar sang gunung kinabalu yang tersergam indah dengan kuasa Allah. Ia tidak takut akan ujian yang menimpanya, kerana ia yakin, ia berdiri di situ atas nama Allah swt.

Thursday, December 15, 2016

Pengisian Ringkas Cuti Sekolah Untuk Suri Yang Bekerja

Teks : Zainab Norazman
Foto : Koleksi peribadi

Entri #15

Sebagai suri yang bekerja, modul cuti sekolah dan aktiviti anak-anak kak nab buat ikut mana yang mampu. Kak nab bertolak ke tempat kerja seawal jam 6.30 dan tiba di rumah jam 5.30 petang. Masa kak nab singkat di rumah. Aktiviti anak-anak perlu dirancang dengan baik.

Sebelum bertolak ke tempat kerja, kak nab akan bagi tugasan kepada anak-anak. Mengemas sambil belajar. Kakak kemas bilik tidur. Rayyan tolong buang sampah. Fatehah tolong kemas mainan. Bila ibu balik petang, tiga-tiga sibuk melapor dan bercerita serta menuntut 'gaji'.

Adakala kak nab bagi kakak tugasan untuk mengulang rayyan belajar membaca buku 3, Bacalah Anakku. Bantu fatehah mengulang-ulang sebut lima kad imbas yang kak nab lekatkan di dinding. Sebelum lekatkan kad imbas fatehah tu, kak nab akan ajar fatehah sebut dengan betul terlebih dahulu. Kemudian lekatkan. Pada keesokkan paginya, kakak akan cuba ulang-ulang sebut bersama fatehah. 

Begitu secara ringkasnya.

Aktiviti yang utama kak nab titik beratkan ialah manfaatkan waktu maghrib ke isyak dengan Al Quran. Pastikan kakak baca dua mukasurat Al Quran. Itu yang utama.




Tuesday, December 13, 2016

Ayam Goreng Tepung

Teks : Zainab Norazman
Foto : Koleksi Peribadi

Entri #14

Ayam goreng tepung, kegemaran kanak-kanak sepanjang zaman. Begitulah kanak-kanak dan ayam goreng, berpisah tiada.

Hari ini kak nab bercuti. Maka sempatlah kak nab mengisi petang tadi dengan aktiviti memasak bersama anak-anak. Sambil menyediakan juadah makan malam.

Kakak sememangnya sangat teruja mahu membantu ibu di dapur. Insiden dada melecur terkena percikan minyak panas semasa cuba membantu menggoreng ikan 3 minggu yang lalu rupanya tidak mematahkan semangat kakak untuk membantu di dapur.

Hari ini ayam goreng tepung.

Kakak membantu basuh sayap ayam. Selepas itu kak nab minta kakak perap ayam dengan sedikit garam, kunyit, perencah pasti sedap, sedikit herba daun oregano untuk memberi sedikit aroma.

Selepas 15 minit, kak nab pula pecahkan sebiji telur ke dalam perapan ayam. Telur itu bertujuan sebagai gam. Agar tepung melekat pada isi ayam.

Dan seterusnya, tugas kegemaran kakak ialah bantu salut ayam dengan tepung.

Kakak membantu salut tepung

'Pembantu' rayyan

Alhamdulillah. Melibatkan anak-anak dalam aktiviti masak-masak sebenarnya sangat leceh. Bersepah. Sememeh. Tepung bertaburan. Tapi hal-hal begini sangat nikmat. Ia tersimpan sebagai kenangan bila mereka besar nanti. Priceless.



Seorang kawan kak nab pernah berkata, "alah, anak-anak jangan dimanjakan sangat. Esok-esok bila mereka sudah besar, kita yang dah tua ini akan ditinggal-tinggalkan".

Bagi kak nab, tidak mengapalah jika kalian meninggalkan kerana belajar, berumahtangga, atau bekerja. Tapi jadikanlah bekalan kenangan kita bersama sepanjang kalian membesae ini sebagau tiket kalian untuk ingat jalan pulang ke rumah ibu dan ayah.

Zainab Norazman - Ibu Penyayang Sedunia.


Banyak Membaca, Semakin Berilmu

Teks : Zainab Norazman

Entri #13




Jadilah engkau orang yang berilmu atau orang yang belajar atau orang yang mau mendengarkan ilmu, atau orang yang menyukai ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima maka kamu akan celaka“. (HR. Al-Baihaqi)
Kata Imam Syafie, ilmu itu bagaikan binatang buruan, sedangkan pena adalah pengikatnya. Maka ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat.
Sungguhlah. Sejak kak nab mula menjejakkan kaki ke dalam Akademi Bekerja Di Rumah, kak nab mulakan semula hobi membaca buku. Kali ini dengan lebih konsisten. Sekurang-kurangnya empat buah dalam masa seminggu. 




Membaca buku perlu dengan teknik. Kefahaman. Agar makrifatnya sampai/ Kebanyakan daripada kita sangat suka membaca. Namun adakalanya, selepas tamat bacaan sesebuah buku, cerita tadi entah ke mana. Ulasan pula kelaut. Kak nab selalu macam tu.

Entri kali ini adalah nota untuk kak nab juga. 

Tiga tips mudah yang kak nab mahu kongsikan bersama kalian. Moga-moga kita sama-sama ambil manfaat.



  1. Biasakan membaca buku dari mula muka surat tajuk sampai belakang buku. Maksud kak nab di sini, setiap huruf kena baca. Tajuk, prakata, glosari, bahagian yang paling kak nab suka baca ialah kata penulis, baca juga tentang penulis agat kita boleh mudah faham apa yang penulis sampaikan. Selain daripada itu, bacalah setiap huruf dengan tartil. Baca dengan intonasi. Baca dengan penuh minah. Hayati cerita. Sadis tak? Hehehe. Begini cara kak nab mahu timbulkan minat yang mendalam dalam membaca. 
  1. Pegang pen/pensil dan buat nota kecil. Tidak perlu buku nota kecil, sebab kalau kak nab, buku tu mudah tercicir. Cukup buat conteng-conteng sikit kat ruangan kosong di tepi perenggan. Dikatakan, membaca sambil menulis akan membantu menguatkan lagi daya ingatan terhadap apa yang dibaca. Begitulah pemahaman kak nab. Dan apabila mencuba begini, ia berkesan pada kak nab.
  1. Cuba membuat ulasan. Sekarang ini adalah zaman media sosial. Ada facebook, whatsapp, telegram, blog, twiter. Kalian boleh pilih medium mana yang kalian suka untuk berkongsi. Alang-alang bermedia sosial, buatkania sesuatu yang bermanfaat. Bagi kak nab, kak nab pilih untuk membuat ulasan buku di dalam blog. Ia kekal tersimpan. InshaAllah.

Setelah baca, praktiklah. Ilmu itu perlu disampaikan walau sepotong ayat. Ilmu perlu di amalkan. Moga ia menjadi iman yang bertambah. Moga-moga ilmu yang kita baca dan sampaikan menjadi asbab kita untuk terus memburu cinta Allah. Dari hati yang paling dalam, kak nab nak pesan sikit. Pilihlah bahan bacaan yang membina dan menambah kecintaan kita kepada Allah swt dan Rasulullah SAW. 

Oh ya, jika kalian suka membaca bahan bacaan versi ebook, kak nab ada 10 ebook yang berkaitan dengan Akademi Bekerja Dari Rumah. Nak tak?

Hubungi kak nab ya..


Zainab Norazman 

Whatsapp : 0168495982

Emel : zainabnorazman@gmail.com


Monday, December 12, 2016

Salam Maulid ur Rasul 1438H

Teks : Zainab Norazman
Foto : Google

Entri #12


Kubah Masjid Nabawi. 

Rasa apa lagi yang akan tercetus kala memandang keindahan kubah hijau ini. Ia kubah indah yang menggamit rasa kerinduan.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam.

Zahirkan selawat buat junjungan mulia Rasulullah SAW berserta para sahabat dan ahli keluarga baginda SAW. Begitu sewajarnya.

Siapa kita pada hari tanpa korban darah Rasulullah SAW serta para sahabat.
Kita tiada siapa.

Kak nab terkenang akan lagu kumpulan Daqmie yang bertajuk Tangisan Sebatang Tamar. Teringat-ingat dan terbanding-banding diri ini dengan sebatang tamar. Oh sungguh kerdil diri ini.

Sebatang tamar yang menangis kerana baginda Rasulullah SAW tidak lagi jadikan ia sebagai mimbar. Saat Rasulullah SAW dan para sahabat sedang berhimpun dalam solat jumaat, terdengarkan oleh mereka suara tangisan seperti seorang bayi menangia teresak. Menangis kerana kerinduan akan rasulullah SAW.

Bagaimana pula kerinduan kita kepada baginda?

Ya Rasulullah. Isyfaqlana.

Kak nab berdoa dan mengingatkan diri kak nab sendiri agar setiap apa yang kak nab tulis, gerak geri bahasa, gerak geri penulisan, moga tulisan itu akan membawa kita semakin dekat dengan Rasulullah SAW.

Kala kak nab merindukan Rasulullah SAW, kak nab turut sama merindukan guru jahitan kak nab, Ustazah Sahida Said. Beliau banyak membawa rasa cinta itu. Beliau pesan, bantu agama Allah. Bantu jihad rasulullah SAW.

.....
Kak Nab, rasa semakin kerdil. Unzurna Ya Rasulullah.


Wednesday, December 7, 2016

Mungkin Kita Hanya Ada Hari Ini

Entri #9

Teks : Zainab Norazman
Foto : Ihsan google



Bismillah. Pejam celik. Pejam celik. Lagi tiga minggu kita bakal meninggalkan tahun 2016. Maka bermula pula tahun 2017.

Tanpa kita sedari, hari demi hari berlalu.

Pagi ini kak nab dapat mesej di dalam kumpulan whatsapp berbunyi begini :

“Dunia ini hanya terdiri atas tiga hari: Kelmarin, ia telah pergi bersama dengan semua yang menyertainya. Esok, engkau mungkin tak akan pernah menemuinya. Hari ini, itulah yang kau punya, jadi beramallah di sana.” Nukilan Imam Hassan Al Basri Rahimahullah.

Kak nab termenung sejenak. Hari kelmarin, semua telah pergi. Jika kelmarin ada rasa marah pada suami, semua telah pergi. Jika kelmarin kita ada makan ayam masak lemak cili api yang sangat enak, tapi itu ada rezeki kita kelmarin. Bukan hari ini. Dan bukan juga untuk esok.

Lalu untuk apa kita mahu memikirkan perasaan marah hari kelmarin. Kelmarin tidak mungkin kita dapat ulang kembali.

Lalu untuk apa kita bakhil dengan rezeki hari kelmarin. Semua adalah hanya untuk hari kelmarin. Ia tidak mungkin akan beulang kembali. Lalu mengapa kita tidak berbagi dengan rezeki kelmarin. Ia pasti indah kita semalam kita berkongsi, dan hari ini kita mengenang kenangan kelmarin. Ia indah.

Lantas, untuk hari ini, kita laluilah dengan perasaan betapa ia tidak akan berulang kembali.

Andai marah, lepaskanlah sahaja. Jangan biar membara.
Andai ada rezeki, berkongsilah.
Andai ada kasih, curahkanlah.

Dan senyumlah. Kerana hari ini hanya ada hari ini. Kita tidak tahu sama ada kita punya esok ataupun tidak.

Zainab Norazman, moga bertemu 2017.

Tuesday, December 6, 2016

Engkau Sesungguhnya Berinteraksi Dengan Allah Disetiap Martabat Wujud

Entri #7
Teks : Google

Siapa yang tidak kenal Abu Yazid Al-Busthami, termasuk pemimpin kaum sufi. Namun siapa sangka beliau pernah mendapat ilmu yang sangat berharga dr seekor anjing.

Seperti biasa, Abu Yazid suka berjalan sendiri di malam hari. Lalu dia melihat seekor anjing berjalan ke arahnya, anjing itu dengan bersahaja jalan tidak menghiraukan sang Syeikh, namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya khuatir tersentuh anjing yang najis itu.

Spontan anjing itu berhenti dan memandangnya. Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar anjing itu berkata padanya,

"Tubuhku kering tidak akan menyebabkan najis padamu, kalau pun engkau merasa terkena najis, engkau tinggal basuh 7x dgn air & tanah, maka najis di tubuhmu itu akan hilang. Namun jika engkau mengangkat jubahmu kerana menganggap dirimu yang berbaju badan manusia lebih mulia, dan menganggap diriku yang berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu tidak akan bersih walau kau basuh dengan 7 samudra lautan".

Abu Yazid tersentak dan minta maaf. Lalu sebagai permohonan maafnya dia mengajak anjing itu untuk bersahabat & jalan bersama. Tapi si anjing itu menolaknya.

"Engkau tidak patut berjalan denganku, mereka yang memuliakanmu akan mencemohmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta wujud ini, lihatlah aku juga tidak menyimpan dan membawa sebuah tulang pun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung gandum", lalu anjing itu pun berjalan meninggalkan Abu Yazid.

Abu Yazid masih terdiam, "Duhai Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaanMU saja aku tak layak, bagaimana aku merasa layak berjalan bersama denganMU, ampunilah aku dan sucikan hatiku dari najis "

Sejak itu Abu Yazid memuliakan dan mengasihi semua mahluk Tuhan tanpa syarat.

"Janganlah menganggap dirimu lebih suci dari yang lain, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang paling suci di antara hamba-hamba-Nya" (Surah an-Najm).

Monday, December 5, 2016

Ukhuwah Itu Indah

Entri #6

Teks : Zainab Norazman
Foto : Ihsan Google

Ukhuwah itu indah.



Saat ini, Kak Nab terasa satu kerinduan yang amat. Pada seorang sahabat yang tidak pernah lekang memberi nasihat. Sekali tersasar, dia datang memimpin. Berkali-kalu hati tersasar, dia tidak pernah meninggalkan.

Begitu sahabat.
Kita gembira, ada kegembiraan terukir di bibirnya.
Kita berduka, ada tangisan airmata mengalir pada pipinya.

Kak Nab pasti, setiap daripada kita pasti punya sahabat.
Sahabat sejak kecil.
Sahabat belajar.
Sahabat sepejabat.
Sahabat dalam sesebuah jenama.
Sahabat perniagaan.
Sahabat seperjuangan dalam misi membantu ummah.
Sahabat perjuangan mencari redho Allah.

Peganglah ukhuwah antara kita dan sahabat. Kerana ianya jadi indah bila ada nama dia dalam doa kita. Ada nama kita dalam doa mereka.

Zainab Norazman, luah rasa kerinduan pada seorang sahabat.



Disember Bulan Cinta

Entri #5

Teks : Zainab Norazman
Foto : Koleksi Peribadi

Bulan disember seolah menggamit rasa rindu dan cinta. Bulan ini bulan ulangtahun perkahwinan Kak Nab dan suami, 28 Disember 2017 tarikh pernikahan.

Memandangkan hujung-hujung tahun begini Kak Nab banyak menerima tenpahan sulam towel khas untuk pengantin, Kak Nab pun turut sama terasa hati berbunga-bunga (hehehe).

Ucapan terima kasih buat guru kelas Rayyan di APC Putatan





Selamat Pengantin Baru buat semua bakal pengantin dan pengantin lama. Barakallahulakuma ❤

Thursday, November 24, 2016

Macaroni Buah Hati


Entri #4
Teks : Zainab Norazman
Foto : Google

Bismillah.

Bukan cerita Nasi Minyak Kuah Cinta. Tapi ia kisah Macaroni Buah Hati. Macaroni Buah Hati, kakak Dania.

Macaroni Buah Hati - gambar ihsan googlee. Lupa mahu mengambil gambar.

Sesi persekolahan sudah sampai ke penghujung. Lagi dua hari bersekolah. Nampaknya kakak semakin bersemangat ke sekolah. Semangat 'bermain' dengan rakan sekelas. Katanya, nanti cuti lama pasti rindu.

Tahun 1 Ibnu Sina, Pusat Pendidikan Islam An-Nur. Penghujung sesi persekolahan begini, semua urusan sekolah yang melibatkan anak-anak sudah selesai. Peperiksaan sudah. Majlis Ihtifal Sudah. Pulangkan buku teks, juga sudah. Anak-anak sebenarnya hanya ke sekolah untuk mengisi masa mengikut takwin sekolah. Sebenarnya, boleh juga mula cuti sendiri. Tapi nampaknya, anak-anak 1 Ibnu Sina termasuk kakak, semakin ligat dan semangat mahu 'berukhuwah' dengan kawan-kawan. 

Demi mengisi masa anak-anak di sekolah, dan merai anak-anak, guru kelas dan ibu bapa berpakat untuk membuat sedikit jamuan akhir tahun. Buat secara 'potluck'. Berbahagi itu lebih baik. Sama-sama mempermudahkan kerja ibu bapa yang lain.

Kakak membuat permintaan ayam goreng ayah kegemaran kakak. Tapi memandangkan ayah dan ibu tidak dapat mengambil cuti rehat untuk membuat persiapan ayam goreng, saya mencadangkan macaroni buah. Juga kegemaran kakak. Alhamdulillah, kakak setuju.

Dengan riangnya, pagi ini kakak membawa satu bekas besar, Macaroni Buah Hati. Kakak, si buah hati ibu.

Di sini, saya cuba kongsikan resepi Macaroni Buah Hati yang tidak seberapa. 

Bahan-bahan :
 - Macaroni. Saya gunakan macaroni Kimball dan juga Spiral Kimball. Gabungkan dengan spiral untuk hasil yang cantik.


 - Mayonis Buah
 - Buah epal merah dan epal hijau
 - Kismis. Saya suka gunakan kismis hitam. Kismis doa. Atau bolehlah tiup-tiup sikit doa semasa menggaul.
 - Nata de coco
 - Susu segar atau krimer sejat.
 - Sedikit garam.
 - Sedikit serbuk lada hitam untuk membangkitkan rasa.

Cara-caranya :
 - Rebus macaroni dalam air mendidih. Masak macaroni sehingga empuk. Bila sudah masak, toskan.
 - Potong dadu si buah epal. Sekiranya mahu warna merah hijau terserlah, biarlah saja tanpa mengopek kulit.
 - Selepas itu, masukkan semua bahan ke dalam satu bekas besar. Gaulkan semua. Kismis. Nata de coco. Susu cair atau susu segar. Mayonis buah. Sedikit lada hitam. Sedikit garam. Gaul sebati.

Alhandulillah. Kakak tersenyum. Semoga kawan-kawan sekelas kakak suka dan gembira menikmati Macaroni Buah Hati, kakak.

Zainab Norazman, boleh panggil kaknab juga.



Tuesday, November 22, 2016

ANAK-ANAK IRAMA TERINDAH

Entri #3
Teks : Zainab Norazman

Tiga beradik sedang 'melepak' mengelilingi sang ibu. Seorang cekik leher. Seorang peluk kaki. Si kecil yang belum faham banyak mengikut sama tarik tangan. Seorang tergelak. Seorang menjerit. Seorang pula merajuk. Masing-masing cuba merai perhatian ibu.

Beberapa minit kemudian terdengar suasana seolah berubah. Gelak ketawa berubah pekikan. Mula kedengaran suara melalak menangis. Berebut mainan. Berebut mahu itu mahu ini.

Allahu. Mereka irama terindah kini. Biarlah bising. Kerana dengan tenang saya masih mampu  teruskan menghabiskan bacaan buku.

Rayyan beraksi.


Zainab Norazman
Anak tidak selamanya kecil.

Monday, November 21, 2016

IMPIAN TERLAKSANA

Entri #2

Teks : Zainab Norazman
Gambar : ABDR

Bismillah

Saya sedang ghairah. Aliran oksitosin untuk belajar menulis dalam blog sedang meluap-luap tidak dapat saya bendung. Sedang cuba untuk mengawal kegelojohan.

Sebenarnya ini azam saya sekian lama. Sudah lama menyimpan harapan untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Menyertai tim ABDR adalah impian saya sejak tahun lagi. Selari dengan impian mahu membina kerjaya di rumah yang tidak mungkin akan padam.

Salam perkenalan sekali lagi bagi yang baru mula mengenali penulis blog ini. Doakan saya agar 'cita-cita' menjadi Work At Home Ibu dan surihati anak juga termaqbul, inshaAllah.



Zainab Norazman
Belajar menulis dari hati.

Sunday, November 20, 2016

SALAM PERTEMUAN KEMBALI - Pengenalan Diri

Entri #1
Teks : Zainab Norazman

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah. Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah swt. Hanya dengan izin-Nya sesuatu itu berlaku ke atas hamba-Nya. Sama seperti blog ini. 

Salam pertemuan kembali. Ya blog ini inshaAllah saya azam akan kembali bernyawa. Dahulu memulakan blog ini sewaktu zaman belum cukup ilmu. Entah apa-apa entri dahulu (hehhe). 

Alhamdulillah, kini bertemu dengan Akademi Bekerja Di Rumah. Dengan satu azam dan misi untuk menulis yang lebih bermanfaat.

MashaAllah. TabarakAllah. Muqaddimah meleret pula.

Baiklah. Saya Zainab Binti Norazman. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik, dan puteri tunggal dalam adik-beradik. Sabah Negeri Di Bawah Bayu - Kota Kinbalu, tempat saya dilahirkan dan membesar. Tempat kenal tanah dan lumpur. Menangkap belalang. Panjat bukit. Cari biji getah. Saya dilahirkan pada 28 Julai tahun 1985. Mak kata, hari ahad bertepatan azan subuh sedang berkumandang.

Mendapat pendidikan awal di SK Gudon Menggatal bermula darjah 1 hingga darjah 6 (1992 - 1997). Meneruskan persekolahan peringkat menengah di SMK Menggatal Kota Kinabalu sehingga Tingkatan 6 Atas (1998 - 2004). Saat rakan-rakan berkejar memasuki ke universiti, saya pendamkan hasrat dihati lantaran ayah baru meninggal dunia sebelum saya menduduki STPM, tahun 2004.

Perancangan Allah swt lebih cantik, Saya diterima bekerja dengan menggunakan sijil SPM. Bekerja dalam sektor perbankan sebagai kerani bank masa itu mampu memberi nafas lega. Alhamdulillah, boleh membantu abang yang sedang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dan adik menyambung pelajaran ke peringkat diploma. Selang 8 bulan bekerja sebagai kerani, saya mendapat panggilan temuduga lagi. Juga sebagai kerani. Tapi kali ini dalam sektor kerajaan, Mak tersenyum bahagia. Apalagi yang orang tua idamkan, dan menjadi kebanggaan jika anak berjaya memasuki sektor kerajaan. Sekali lagi kesyukuran kerana selepas tempoh pengesahan jawatan, saya boleh meneruskan cita-cita untuk berjuang mendapat segulung ijazah. Awal tahun 2007 sehingga 2011, saya menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Ekonomi Sumber Manusia secara separuh masa di Universiti Malaysia Sabah. Pengajian selama 4 tahun mencipta pelbagai masam manis masin kehidupan.

Ini kerana, penghujung tahun 2007, Allah kurniakan rezeki saya untuk menamatkan zaman anak dara di usia hujung 22 tahun. Melakar kehidupan seorang kerani, pelajar dan isteri,  membahagi masa kepada 3 watak. Tidak lama selepas itu pula, saya disahkan positif hamil anak pertama. Bertambah tugas dan amanah kurniaan Allah swt. Pendeknya, dalam tempoh pengajian 4 tahun, rupanya Allah hadiahkan saya suatu memori indah. Belajar dalam masa yang sama berbahagi masa dan kasih kepada suami dan anak-anak. Empat tahun pengajian, saya mendapat sepasang cahayamata. Ezz Ameera Dania lahir 12 Januari 2009. Ezz Ammar Rayyan lahir pada 23 November 2010. Ezzatul Fatehah pula lahir pada 17 Oktober 2013. Saya tamat pengajian pada November 2011. 

KEBERKATAN REZEKI terletak pada rezeki anak. Siapa sangka. Kelahiran anak, membawa 1000 rezeki daripada Allah swt. Kelahiran seorang anak membawa keberkatan dalam rumahtangga. Pernah tidak kita imbas kembali. Dalam penghijrahan sebuah kehidupan kita secara peribadi. Dulu semasa muda remaja, kita ni huha huha. Selepas berkahwin dan memiliki anak, hidup kita berubah 360 darjah. Saya pernah terdengar dalam satu kuliah, ustaz kata "itulah keberkatan rezeki yang di bawa oleh rezeki anak". Ibu ayah berubah menjadi lebih dekat kepada Allah atas keberkatan seorang anak. Rezeki menjadi lebih murah atas keberkatan seorang anak. Perniagaan bertambah maju atas keberkatan seorang anak.

Secara peribadi, saya mula mencuba-cuba berniaga sejak kelahiran anak pertama. Bermula berniaga online pada awal pengenalan facebook. Menjual pakaian kanak-kanak. Beralih berniaga produk MLM. Mencuba pula membuka premis perniagaan barangan penyusuan dan produk bayi. Mencuba produk pendidikan untuk kanak-kanak. Semua berkaitan dengan kanak-kanak. Semua berkaitan dengan anak.

Ya, saya suka berniaga tentang apa yang saya minat. Berniaga dengan perkara yang saya 'passion'. Agar apa yang kita niagakan sentiasa dekaaaat di hati. Betul bukan?

Dan hari ini. Atas sebab cinta. Asbab suka. Dan minat. Saya mula berjinak-jinak semula dengan bidang jahitan. Saya guna perkataan semula, sebabnya dulu zaman sekolah rendah dan sekolah menengah, cuti sekolah saya, saya suka isi dengan membantu makcik jiran sebelah di kedai jahit. Tolong jahit tepi. Tolong sembat. Tolong jahit tulang belut. Tolong gosok baju yang sudah siap, sebelum dihantar kepada pelanggan. Saya tolong dapat upah hihi. Mungkin minat menjahit itu bermula dari situ. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dalam blog ini nanti, saya berhajat untuk berkogsi kepada sahabat yang membaca dan mengikuti blog ini dengan info tentang jahitan, bagaimana mahu melembutkan tangan keras pegang mesin, bagaimana mahu 'bermain' dengan mesin jahit dengan riang. Walaupun saya masih baharu dalam bidang ini, inshaAllah kita boleh timba ilmu bersama. 

Oh ya, berbalik kepada cerita perjalanan pendidikan saya yang tidak seberapa dan kerjaya saya sebagai kerani cuti di sektor kerajaan. Sebenarnya jauh di sudut hati saya hari ini, hati naluri saya sebenarnya berhajat mahu membina kerjaya sendiri di rumah. Kerjaya sebagai seorang ibu yang menjahit di rumah. Sambil membayar masa bersama anak-anak. Oh, betapa sedapnya meluahkan perkataan ini. Sebab ini harapan. 

Harapan. Harapan ini inshaAllah akan diluahkan dalam blog ini, Jurnal Suri Bekerja Di Rumah - Jahitan dan Sulaman. Walau belum bergelar surirumah sepenuh masa, namun saya pasti 'cita-cita' ini akan dimakbulkan Allah swt. 

Zainab Norazman
Besar harapan ibu, nak.
  

Thursday, November 17, 2016

Jurnal Suri Bekerja Dari Rumah

Entri #10

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman



Jam di bucu komputer pejabat menunjukkan waktu 4.30 petang. Sudah tamat waktu bekerja kak nab sebagai kerani. Begini kebiasaannya. Cukup sampai jam begini kak nab bekerja. Pada waktu pejabat, sedayanya kak nab siapkan amanah. Kerana selepas waktu pejabat, ada amanah lain yang perlu kak nab fokus.



Perlahan-lahan kak nab memandu viva biru yang nampaknya kurang daya untuk berkhidmat. Namun tetap menjalankan amanahnya.



Oh, tiba-tiba terkenang ceramah Ustaz Wadi Anuar yang kak nab tonton melalui youtube.com. Katanya, setiap makhluk bernyawa dan tidak bernyawa, semua ada amanah. Semua 'hidup'. Manusia, haiwan, pokok, sungai. Termasuk kerusi, meja, buku, pensil, dan kereta. Semua ada 'nyawa'. Dan sebagai makhluk yang berakal, kita manusia sewajarnya menuntuni mereka juga dengan makhluk yang punya hati dan perasaan. Nanti akan di tuntut di akhirat.



Anak-anak sentiasa menanti dengan sarat rindu di hati.



Begitulah juga ibu dan ayah. Pulang ke rumah setelah penat bekerja, juga membawa rindu yang sarat di hati. Rindu akan anak-anak di rumah.




Ibu menyelami buku ini. Reward anak tonton upin ipin .


Wednesday, July 20, 2016

5 IDEA AJAR ANAK BERSOSIAL

Saya selalu beritahu anak-anak.. kita hidup bukan sorang sorang kat dunia. Kita perlu pandai berkawan-kawan, sentiasa jaga manis muka, murah pujian dan rendah hati.

Ia bukan nilai yang boleh kita dapatkan sehari dua. Ia adalah proses. Ini yang saya amalkan. Saya juga tidak ada kepastian 100% idea ini akan menjadikan anak2 bagus sosialnya nanti.

Anak pertama saya baru 9 tahun. Tapi inilah usaha yang saya telah mulakan 8 tahun dulu.

:::::::::::::
5 IDEA AJAR ANAK SKIL BERSOSIAL
:::::::::::::

1- Biasakan anak menyapa kawan-kawan yang lebih kurang sebaya dengan dia bila ada dalam satu kawasan yang sama seperti playground, masjid, kedai makan, open house..

Tak kiralah melayu ke cina india omputih orang arab. Pada mula ibu perlu guide. Ibu yang perlu menyapa bakal kawan anak tu.

" Ini hanan. Nama awak siapa?..jom kita main sama-sama."

 Bila anak da biasa, guide anak utk menyapa sendiri.

" Assalamualaikum/Hi .. Saya Hanan. Nama awak siapa?"

Fasa pertama mungkin anak akan berhenti kat situ je..tapi..bila dia dapat tune, maka banyaklah soalan dan cerita yang akan kita dengar..

Kesannya: Alhamdulillah anak anak macam tak pernah takde geng atau hanya bermain dengan adik beradik sendiri sahaja lebih lagi kat playground. Mereka mesti akan bina rantaian geng. heheh
:
:
2- Biarkan anak yang angkat tangan, pergi order makanan, request pinggan kosong...bila di kedai makan.

Kesannya: Anak-anak yakin diris
:
:
3- Ajarkan mereka juga untuk ucap terima kasih secara khusus setiap kali terima pesanan makanan, lihat orang yang lapkan meja, nampak pekerja angkut sampah, apa apa je lah..say thank u!

Terima kasih uncle/ Terima kasih kakak/ Terima kasih nenek...kalau tahu nama orang tu, sebut namanya beserta gelaran yang baik.

Contohnya : Asyraf akan kata kalau dengan ummi...Terima kasih Ummi yang cantik puteri kasturi puteri....segala macam nama.hehe Beza dengan Ayyash, dia akan kata, Terima kasih Ummi Iron Man Thor.. hahaha. kruk krak.

Kesannya: Mereka terbiasa untuk appreciate setiap orang yang ada di sekeliling mereka.
:
:
4- Hafalkan, terangkan dan ulang selalu hadis-hadis pendek berkaitan cara bersosial seperti hadis larangan mencela, larangan menakutkan orang lain, suruhan mengangkat duri, bercakap yamg baik atau diam...larangan berbisik

So bila anak terbuat silap, bacakan sahaja hadis itu. tak perlu cakap banyak banyak. Memang anak membesar banyak buat silapnya. Itulah cara mereka belajar.

Kesannya: Wahyu Tuhan juga yang dapat lembutkan hati mereka dengan pantas.
:
:ftfgn
5- Adakan sesi brain storm memuji di rumah. Game ni mudah je. Buat bulatan atau duduk setempat dengan anak-anak. Then everybody kene take turn puji. Maknanya semua kene fokus kepada kebaikan individu itu.

Contohnya turn Hanan dipuji. So Ummi Iman Asyraf ..kita akan highlightkan segala yang baik yang bagus tentang Hanan. (Dapat bayangkan kan? ^;^)

Kesannya: Untuk meretak dan seterusnya memecahkan batu kesombongan.. dengki..tak puas hati yang terpendam dalam diri

Arios Amegos. Selamat mencuba sahabat! Moga akhir ramadhan kita penuh barokah

Kredit :
Ummi Nisaq


Monday, July 4, 2016

SYUKUR DENGAN KEHIDUPAN

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.

"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.

“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”

Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.

Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”

Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.

Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air ?”

Katak pun tertawa dan menjawab , “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.

"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kpd kehidupannya.
________________
Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.

Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.
Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,
Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,
Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dgn kita tiada,
Seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.

Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” ( Ibrahim, ayat 34)

Ramadhan 29 

Sumber : Edaran whatsapp

Friday, April 1, 2016

KISAH SAYYIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA - SIRI 2

SIRI 2: FATHIMAH AZ-ZAHRA

Kehidupan Sayyidatuna Fathimah ra di rumah suaminya.

Sayyidina Ali Kw adalah seorang faqir yang tidak memiliki apa-apa. Kehidupan dirinya bersama Sayyidatuna Fathimah ra dalam keadaan serba sulit. Keadaan tubuh Sayyidatuna Fathimah yang lemah akibat penderitaan beliau yang pernah dialami ketika terjadi pemblokadean kaum muslimin dibukit berupa kelaparan dan embargo ekonomi. Dan setelah bebas dari pemblokadean, Sayyidatuna fathimah menanggung penderitaan dan kepayahan hidup serta ikut bersama Nabi saw, menanggung perlakuan jahat orang-orang kafir Quraisy. Beliau hijrah ke kota Madinah dalam keadaan kedua kaki berdarah dan tinggal di rumah suaminya Sayyidina Ali kw yang alim dan wara’, seorang mujtahid yang dalam keterpaksaannya ia tidak pernah dapat menjamin untuk bisa makan pagi atau sore, maka Sayyidatuna Fathimah pun mengikuti suaminya dengan rela sepenuhnya.
Sayyidina Ali kw selalu membantu pekerjaan istrinya semampunya, karena beliau tidak mampu membayar seorang pelayan yang dapat membantu tugas istrinya. Diriwayatkan dari Sayyidina Ali kw, bahwa beliau pernah berkata kepada Ibnu Ummi Abd :

“Maukah Kuceritakan kepadamu tentang diriku bersama putri Rasulullah saw, ia adalah keluarga Rasulullah saw yang amat beliau cintai. Suatu hari ia pernah berada disampingku, lalu ia menggiling dengan alat penggiling sampai alat itu menimbulkan bekas ditangannya. Ia juga mengambil air dengan geriba sampai alat itupun membekas pada lehernya. Ia juga menyapu rumah sehingga pakaiannya penuh dengan debu. Ia pun memasak dengan periuk sehingga pakaiannya menjadi sangat kotor.”

Diriwayatkan dari Sayyidatuna Fathimah ra, bahwa beliau berkata :

“Sungguh kedua tangan saya menjadi tebal dan kasar karena alat penggiling, kadangkala aku membuat tepung dan kadangkala aku membuat adonan.” (HR. Ad Daulabi, Ahmad dan Turmudzi )

Suatu ketika kaum muslimin menang dalam peperangan dan berhasil menawan beberapa tawanan wanita; saat itu Sayyidina Ali kw berkata kepada Sayyidatuna Fathimah :

“Pergilah dan mintalah seorang tawanan wanita yang dapat menolong pekerjaanmu dan saya kira Nabi saw tidak akan menolak permintaanmu karena kedudukanmu yang dekat dengan beliau.”

Maka Sayyidatuna Fathimah ra mematuhi perintah suaminya dan berangkat ke tempat Nabi saw. Maka Nabi saw bertanya kepadanya :
“Ada apa wahai putriku?”
Sayyidatuna Fathimah menjawab :
“Saya hanya datang untuk mengucapkan selamat kepada ayah.”
Beliau malu untuk meminta sesuatu dari ayahnya sendiri; lalu beliau kembali ke rumahnya. Ketika Sayyidina Ali kw mengetahui keadaan ini, maka beliau mengantar Sayyidatuna Fathimah pergi ke tempat Nabi saw dan mengutarakan niatnya untuk meminta seorang tawanan wanita yang dapat membantu pekerjaan Sayyidatuna Fathimah di rumah, karena ia kelihatan tidak mampu menyelesaikan pekerjaannya sendirian. Maka Rasulullah saw menjawab :

“Tidak, Demi Allah aku tidak akan memberi kalian, sementara aku membiarkan Ahlus Shuffah ( orang-orang fakir yang tinggal diserambi masjid ) dalam keadaan perut mereka terlipat. Aku tidak mendapatkan sesuatu yang akan kubelanjakan untuk mereka, tapi akan menjual para tawanan itu lalu akan kubelanjakan hasilnya untuk Ahlus Shuffah.”

Dalam riwayat lain dari sanad Abi Umamah dari Sayyidina Ali kw, bahwasanya Rasulullah bersabda :

“Bersabarlah engkau wahai Fathimah! Sesungguhnya wanita yang paling baik adalah yang bisa memberi manfaat bagi keluarganya.”

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda :

“Maukah kalian kuberitahu mengenai sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang telah kalian minta kepadaku? Ada beberapa kalimat yang diajarkan kepadaku oleh Jibril yaitu setiap selesai menjalankan sholat, hendaklah kalian membaca tasbih 10x, membaca tahmid 10x serta membaca takbir 10x. dan ketika kalian beranjak ketempat tidur, maka hendaklah kalian membaca tasbih 33x, membaca tahmid 33x serta membaca takbir 33x.
(HR. Bukhari, Muslim, Turmudzi, Nasa’i, Ahmad, Ad Darimi dan Abu Nua’im).

-Copy paste-

Bersambung...

KISAH SAYYIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA - SIRI 1

Sumber : Google
Foto : Google

SIRI 1: FATIMAH AZ-ZAHRA

Manaqib Sayidah Fatimah az-Zahra al-Batul binti Muhammad SAW
Fatimah binti Muhammad (606/614 - 632) atau lebih dikenal dengan Fatimah az-Zahra (Fatimah yang selalu berseri) (Bahasa Arab: فاطمة الزهراء ) putri bungsu Nabi Muhammad SAW dari perkawinannya dengan istri pertamanya, Khadijah.

Kelahiran & Kematian

Fatimah dilahirkan pada hari Jumat, 20 Jumadil akhir di Mekkah, tahun kelima setelah kerasulan Nabi Muhammad[1], atau sekitar tahun 614 M (menurut tradisi Syi'ah) atau tahun 606 M (menurut Sunni). Tempat beliau dilahirkan ialah di rumah ayah dan ibunya.

Beliau.rha wafat pada tahun ke-11 Hijriyah, enam bulan setelah wafatnya Rasulullah[2], dan dimakamkan secara rahasia di Pemakaman Baqi', Madinah.Pernikahan
Ketika usianya beranjak dewasa, Fatimah Az-Zahra dipersunting oleh salah satu sahabat sekaligus orang kepercayaan Rasulullah, Ali bin Abi Thalib.

Fatimah Az-Zahra tumbuh menjadi seorang gadis yang tidak hanya merupakan putri dari Rasulullah, namun juga mampu menjadi salah satu orang kepercayaan ayahnya pada masa Beliau. Fatimah Az-Zahra memiliki kepribadian yang sabar,dan penyayang karena itu Fatimah Az-Zahra lebih dikenal daripada putri-putri Rasulullah yang lainnya. Rasullullah sering sekali menyebutkan nama Fatimah sebagai contoh dalam setiap ceramah Beliau, salah satunya adalah ketika Rasulullah pernah berkata " Apabila Fatimah Az-Zahra mencuri, niscaya akan kupotong tangannya dengan tanganku sendiri".

Fatimah al-Zahra.rha (Sahih Bukhari, Juz 5, hadisth 368, dan 546) adalah puteri kepada Rasulullah s.a.w. Ibunya Khadijah iaitu isteri Rasulullah s.a.w yang pertama dan amat dikasihinya. Tentang bundanya Khadijah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepda Firaun." [Muhibuddin al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba fi Manaqib Dhawi al-Qurba, hl. 42; Al-Hakim alam al-Mustadrak, Juz 3, hlm. 157].

Sayyidah Fathimah.rha mempunyai nama-nama timangan seperti Ummal Hasan, Ummal Husayn, Ummal Muhsin, Ummal A'immah dan Umma Abiha.
Rasulullah s.a.w menggelarkannya Fathimah as sebagai "Ummu Abiha" bermaksud ibu kepada ayahnya. Ini kerana Fathimah as sentiasa mengambil berat tentang ayahandanya yang dikasihi itu. Selain daripada itu gelaran-gelaran lain ialah Zahra, Batul, Siddiqah Kubra, Mubarakah, Adhra, Tahirah, dan Sayyidah al-Nisa.

Fatimah dilahirkan pada 20 Jamadil Akhir di Mekah iaitu pada Hari Juma'at, tahun kelima selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Tempat beliau dilahirkan ialah di rumah ayahanda dan ibundanya iaitu Rasulullah s.a.w dan Khadijah ak-Kubra. Beliau AH wafat pada tahun ke-11 hijrah iaitu selepas enam bulan kewafatan ayahandanya Rasulullah s.a.w [al- Bukhari, Sahih, Juz 5, Hadisth 546]

Mengapa diberikan Nama Fatimah? Menurut Imam Ali al-Ridha .ra nama "Fatimah" diberikan oleh Rasulullah s.a.w Fathimah as dan para pengikutnya terpelihara dari api neraka. Imam Ja'far al-Sadiq .ra berkata: " Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali .kwj: Tahukah kamu nama mengapa nama Fatimah diberikan kepadanya? Ali menjawab: Mengapa dia diberikan nama itu? Dia (Rasulullah s.a.w) bersabda: Kerana dia dan golongannya akan diperlihara dari api neraka."

Ketika masih berumur dua tahun Fathimah as turut bersama-sama ayahanda dan bondanya di perkampungan Shi'bi Abi Talib kerana di boikot oleh masyarakat Mekah. Kemudian pada tahun ke sepuluh kerasulan, bundanya Khadijah pula meninggal dunia. Peristiwa ini menjadikan Fatimah banyak bergantung hidup kepada ayahandanya Muhammad Rasulullah s.a.w.

Dalam peristiwa hijrah ke Madinah, Fathimah as bersama-sama dengan rombongannya iaitu Fatimah binti Asad bin Hashim iaitu ibu kepada Imam Ali .kwj, Fatimah binti al-Zubair bin Abdul Muttalib,Fatimah binti Hamzah, dan juga Ayman dan Abu Waqid al-Laithi berhijrah ke Madinah. Rasulullah s.a.w telah sampai dahulu di Quba, Madinah. Sebelum meninggalkan Mekah Rasulullah s.a.w telah mengarahkan Ali bin Abi Talib supaya menyusul bersama keluarganya kemudian. Justeru, rombongan hijrah tersebut diketuai oleh Ali bin Abi Talib.kwj.

Sayyidina Ali bin Abu Thalib meminang Sayyidatuna Fathimah ra.

Diriwayatkan dari Abdillah bin Buraidah dari ayahnya bahwa ia pernah berkata : Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar pernah meminang Sayyidatuna Fathimah, maka Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya ia masih kecil”. Kemudian Sayyidina Ali ra meminangnya, maka Rasulllah saw menikahkan Sayyidatuna Fathimah dengannya. Diriwayatkan dari Imam Thabroni bahwa Rasullah bersabda :

إنّ اللّه تعالى أمرني أن أزوّج فاطمة من عليّ. ( رواه الطبراني )
“Sesungguhnya Allah swt telah memerintahkan kepadaku agar menikahkan Fathimah dengan Ali”.
Sayyidina Ali telah menyiapkan sebuah rumah sebagai tempat untuk menyambut calon istrinya. Putra-putri Bani Abdul Muthallib sangat merasa gembira sekali sebagaimana kebahagiaan itu meliputi para sahabat Anshar dan Muhajirin.
Telah diriwayatkan dari Atho’ bin As Sa’ib dari ayahnya dari Sayyidina Ali ra, bahwa beliau berkata :

“Rasulullah saw telah memberi perlengkapan kepada Fathimah berupa khomil ( kain beludru yang terbuat dari kapas ), geriba ( tempat minum dari kulit ) dan bantal yang berisi rumput idzkir ( sejenis rumput yang basah dan berbau harum ).

Dalam riwayat lain dari Sayyidina Ali ra, bahwasanya ketika Rasulullah saw mengawinkan dirinya dengan Sayyidatuna Fathimah, maka beliau membekali Sayyidatuna dengan Khomilah ( kain beludru ), bantal yang berisi sabut, dua alat penggiling, siqo’ ( wadah air dari kulit ) dan dua tempayan air.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa beliau berkata:
“Ketika Rasulullah saw, menikahkan Sayyidatuna Fathimah dengan Sayyidina Ali, maka sesuatu yang dihadiahkan Rasulullah kepada Fathiimah adalah ranjang tempat tidur yang diikat dengan tali yang terbuat dari daun kurma dan bantal yang berisi sabut, serta geriba.
Ibnu Abbas berkata lagi : “Orang-orang datang membawa kerikil pasir, kemudian mereka letakkan merata di dalam rumah pengantin ( Hadits ).
Demikianlan pernikahan berlangsung dengan biaya relative sedikit serta ongkos yang amat murah, dan terlaksana dengan penuh keramahan, kemudahan serta penuh kebaikan.

Bersambung...
-Copy paste-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...