Tuesday, December 6, 2016

Tips Penjagaan Mesin Sulam

Entri #8
Teks : Zainab Norazman
Foto : Koleksi peribadi

Bismillah. Apa khabar sahabat yang singgah ke blog ini. Kak nab masih dalam proses melatih menulis lagi. Sejak menyertai Akademi Bekerja Di Rumah ini, banyak yang perlu kak nab belajar dan belajar. Almaklum, otak seolah masih belum mampu untuk diperah. Lama tidak menulis dengan otak yang betul.


Mesin jahit NV950 mengalami masalah benang bergumpal

Ini cerita setahun yang lalu. Pada masa ini, kak nab masih di awal bidang jahitan dan sulaman. Seperti selalunya kita, proses untuk serasi itu memerlukan pengorbanan dan masa. Sama juga kak nab dan mesin. Proses untuk serasi bersama itu juga ada.

Ada ujian yang datang. Lama nanti pasti ada cinta yang hadir.

Pada awal kak nab bertatih membuat sulaman, benang seringkali putus. Puas kak nab laraskan ketegangan benang, tapi benang masih juga putus. Kemudian kak nab cuba bertanya rakan-rakan yang lain. Masa itu, kak nab merujuk kepada kumpulan sokongan di facebook iaitu kumpulan NV950 di mana kumpulan itu disertai oleh sahabat-sahabat jahit dan sulam menggunakan mesin yang sama. Ternyata, bila membuat sesuatu ini kita perlukan ilmu. Banyak yang kak nab mula belajar daripada kumpulan NV950.

Tentang benang kerap terputus, sebenarnya bukan sahaja berpunca daripada ketegangan mesin atau alur benang di dalam mesin. Tetapi, cara penyimpanan benang juga perlu di jaga. Benang sulam tidak boleh 'masuk angin'. Nanti akan pusing (baca sebagai pening sepeti dalam bahasa Indonesia).  Benang juga ada rajuknya kan?

Itu tentang benang sulam.

Satu hal yang menjadikan benang kak nab bergumpal seperti gambar di atas ialah, tentang penjagaan habuk kotoran di dalam gegelung benang untuk benang bawah.

Ya, habuk dan kotoran di dalam mesin juga harus di beri perhatian.

Ternyata, kotoran bukan sahaja mengotori mesin, bahkan 'kotoran juga mengotori hati'.

Kak nab teringat pesan guru jahit langsir kak nab. Apa saja yang terjadi, perbanyakkan istighfar. Mesin rosak, istighfar. Lupa formula kira langsir, istighfar. Mesin rosak, istighfar. Zikir. Selawat. Tasbih. Tahmid. Ingat Allah. Jaga Allah. Allah pasti bantu. Allah pasti jaga kita. Jaga mesin. Jaga jahitan jadi cantik.

Begitu pesan guru kak nab.

Apa sahaja situasi yang kita lalui. Ia adalah signifikan dengan hati, jiwa dan seluruh kehidupan kita. Berkait rapat dengan dekatnya kita kepada Allah swt.

Hati yang kotor, signifikan dengan kehidupan yang tidak tenang.

Kalau hati bersih, pandanglah apa saja dari semua sudut, hati pasti bahagia.

Kak Nab, rindunya saat hati sangat dekat pada Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...