Monday, December 12, 2016

Sejarah Sulaman

Teks : Zainab Norazman

Entri #11

Sejujurnya. Kak nab masih baru berkecimpung dalam dunia sulaman. Bermula apabila Allah swt rezekikan kak nab hadir ke Kelas Kursus Jahitan Langsir Al Mujahid bersama Ustazah Sahida Said di Shah Alam. Guru langsir yang sangat disayangi, dirindui, dikagumi. Pertemuan itu Allah swt yang aturkan. 

Allah rezekikan juga membeli mesin sulam NV950 jenama Brothers daripada Ustazah Sahida Said. Saat buka mesin. Allahuakhbar. Kak nab zero pasal mesin. Zero pasal sulaman. Ada sikit pengalaman menjahit lurus. Ustazah pesan, perbanyakkan istighfar. Perbanyakkan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.

Apabila kita menjaga Allah, Allah jaga kita.
Allah jaga rezeki kita. Allah jaga mesin jahit kita. Allah bagi pandai jahit. Allah ajar pandai menyulam.

Begitulah, jika kita berpegang pada tali Allah. 

Daripada situ kak nab mula belajar sikit-sikit. Minta Allah bagi pandai.

Dan dalam godek-godek hari ini. Kak nab terjumpa maklumat ini.

Begini.

Sejarah ringkas sulaman.

Sulaman, merupakan suatu seni persembahan rekabentuk kreatif menggunakan tangan atau mesin, sebenarnya telah lama bertapak di dalam kehidupan manusia, hampir seusia dengan pakaian itu sendiri. 

Pada era sebelum komputer mampu dimiliki, kebanyakan sulaman dilakukan dengan melukis corak pada pita kertas yang kemudian dijahit di mesin sulam secara manual.

Proses sulaman dahulu memerlukan ketelitian yang tinggi. Tidak boleh tersilap sedikit.

.....
Zainab Norazman, kak nab baru belajar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...