Sunday, December 11, 2016

Tutorial - Proses Sulam Tuala

Entri #10

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Apa khabar pembaca blog kak nab? Kak nab doakan kalian sentiasa dalam kasih sayang Allah swt.

Seperti selalunya. Hari cuti dihujung minggu kak nab akan mula fokus pada kerjaya jahitan dan sulaman dari rumah. Setelah penat duduk di pejabat mula hari isnin hingga jumaat. Terapi keletihan itu adalah kerja-kerja jahitan dan sulaman.

Kerana di situ, cintanya berbeza.

Baru-baru ini kak nab siapkan sulam tuala perkahwinan lagi. Beginilah musim cuti
sekolah merangkap musim perkahwinan.

Bertuahnya hari ini, kak nab rajin mahu berkongsi teknik mudah proses sulaman towel.

Proses awal - sebelum hoop. Lapisan bawah tuala ialah stabilizer.

Lapisan atas ialah water soluble. Kemudian hoopkan ketiga-tiga lapisan dengan tegang dan ketat.

Mesin sedang dalam proses menyulam.


Hasil selepas sulam. Ini bahagian belakang.

Tara. Ambil sedikit aura pengantin. Terkenang pula memori 9 tahun lepas. Cewah.

Selamat untuk diserahkan kepada pelanggan.



Begitulah prosesnya. Maafkan kak nab. Belum mahir sangat lagi untuk buat tutorial. Hanya mampu sesimple ini. InshaAllah kita jumpa lagi di lain hari.

Kalau-kalau kalian mahu hubungi kak nab untuk tempahan sulam tuala, kak nab berikan no ini ya, 0168495982. Ini no hp kak nab. Boleh whatsapp bila-bila senang. InshaAllah kak nab nanti di hujung talian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...