Sunday, February 26, 2017

Latih Menulis Dengan Ayat Penuh

Teks : Zainab Norazman

Entri #45

Apabila mula berjinak-jinak untuk mula menulis di blog, saya ambil dan amal ilmu penulisan yang satu ini. Menulis dengan ayat penuh! Ya apabila kita menulis dengan ayat penuh dalam apa juga situasi, ia sebenarnya dapat melatih kita untuk menulis dengan lebih efisien.

Biasanya saya berlatih dan membiasakan 'menulis' dengan cara menaip di papan kekunci telefon bimbit atau komputer riba. Naikkan status di Facebook. Menulis di blog. Berpot-pet di grup Whatsapp. Zaman kini, semua menggunakan gajet. Jarang-jarang sekali kita buka buku, ambil pen. Dan tulis dengan kaedah lama.
Dalam saya memaksa diri menulis dengan ayat penuh, rupa-rupanya, ia juga memberi kesan kepada penulisan saya.  Kaedah menulis sebenar dengan menggunakan pena dan menulis di atas sekeping kertas. Dalam kuliah atau majlis ilmu biasanya, apabila menyalin nota kuliah, secara semulajadinya mata pena laji menulis, juga dalam ayat penuh.

Begitulah ajaibnya.

Itu sahaja mahu dikongsi. Lama sungguh saya hilang ingatan. Saya teringat pesan guru. Jika dalam kesulitan, banyakkan baca Al Quran. Al Quran akan membantu membuka jalan-jalan kebaikan. InshaAllah. Moga ia jalan kebaikan menuju Allah swt.
Mahu punya banyak ide untuk menulis, kena banyak baca buku. Pilihlah fiksyen apa saja yang mahu dibaca. Semua ilmu Allah swt.

Zainab Norazman
Bukan Penulis, tapi minat menulis.

Sunday, February 19, 2017

Allah Ambil dan Allah Ganti

Teks : Zainab Norazman
Entri #44
Allah swt ambil semula hak kita bila tiba masanya.
Allah swt beri hadiah bila Allah rasa kita perlukannya.
Dalam sakit minggu lepas, saya terima berita kematian. Seorang pakcik, jiran lama, bapa kepada sahabat saya. Masa kecil dahulu, kami berjiran selang satu rumah. Di rumah itu, tempat saya bermain. Tempat makan. Tempat melepak. Mak bapa dia, macam mak bapa saya. Begitu sebaliknya.
Pakcik meninggal dunia siang hari selepas dikejarkan ke unit rawatan kecemasan Hospital Likas. Perginya seorang pakcik. Seorang bapa buat sahabat saya. Dengan izin dan kuasa Allah swt, sahabat saya itu pula selamat bersalin pada petang harinya. Kebetulan sememangnya sedang dalam sarat mengandung. Maha Kuasa Allah, Allah ambil dan Allah ganti.
Memandangkan minggu lepas pada hari kejadian saya sedang bertarung dengan muntah-muntah. Jadinya, seharian tadi baru berkesempatan menziarahi makcik dan sahabat saya yang baru bersalin. Melepak di sana, sungguh menggamit kenangan zaman kecil di kejiranan itu. Sempat melihat-melihat tapak rumah lama yang masih penuh semak-samun. Melihat sekeliling rumah-rumah jiran. Allah. Rindu.
Tempat bermain lumpur. Menggelungsur di tepi bukit. Tempat main pondok-pondok. Tempat panjat pokot manggis. Tempat menangkap belalang. Bermain tepi perigi. Bermain bawah rumah jiran. Tempat makcik-makcik dulu suka merewang masak macam-macam, kumpul sesama jiran, makan ramai-ramai.
Rindunya.
Zainab Norazman,
Saya rindu sangat-sangat.

Thursday, February 9, 2017

Kelas Asas Blog Februari 2017

Teks : Zainab Norazman

Entri #43

Medium menulis di alam maya banyak, antaranya blog. Blog mudah dijejak dan blog nampak sistematik.

Perlu belajar menulis dalam blog agar kita boleh menulis dengan fokus dan konsisten.

Penyertaan Kelas Blog Bisnes Februari masih dibuka.
√ Tarikh 10 hingga 28 Februari
√ Kelas online selama 20 hari.
√ Belajar menulis 44 entri pertama.
√ Bimbingan guru online Akademi Bekerja Di Rumah.

Terdapat 5 lagi kuota kekosongan. Daftar segera untuk mulakan kelas segera 🌱

Zainab Norazman
0168495982

Wednesday, February 8, 2017

Kerja Sekolah Kakak Penuh Kenangan

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Entri #42

Kerja sekolah kakak ataupun ibu?

Alkisah. Ustaz sains kata mahu bagi anak-anak faham proses tumbesaran kejadian seorang hamba Allah. Ibu godek semua album lama. Almaklum, anak pertama. Ada album baru lahir. Album sebulan. Umur dua bulan. Umur tiga bulan. Sampai umur dua tahun. Mudahlah ibu cari gambar lama.

Lepas tu, anak kedua lahir. Gambar baru lahir. Gambar enam bulan. Satu tahun. Dua tahun. Semua dalam satu album sahaja.

Anak ketiga lahir zaman gajet sudah canggih. Gambar semua dalam telefon pintar. Bila telefon hilang kepintaran, musnah segala gambar kenangan.

Tidak apalah, nak. Kenangan terindah bersama kalian tidak pernah hilang dalam memori agung ciptaan Allah swt. Otak manusia. Allah sudah cipta lebih canggih daripada memori telefon. Memori kamera.

Cuma, suatu saat. Memori ini pasti Allah akan ambil semula. Semua pinjaman Allah swt. Moga kita dan kalian tetap dalam pimpinan Allah swt.

Zainab Norazman.
Duhai anak, ibu sayu malam ini.

Semua tentang kakak.




Diuji Sakit Tanda Kasih

Teks : Zainab Norazman

Entri #41

Assalamualaikum sahabat blog. Moga dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Beberapa hari ini diuji sakit. Agak lama juga demam kali ini. Sehingga ke hari ini masih terasa sejuk menusuk ke tulang. Fatehah dan kakak dania juga demam. Sabtu lalu pula, si kecil fatehah jatuh. Dahi terkena bucu tangga. Ada kesan kenangan di situ. InshaAllah baik-baik saja sebab fatehah masih mampu kata "A-ahh cantik" sambil pegang dahi penuh cermat.

Salam ketemu kembali, sahabat.

Friday, February 3, 2017

Kelas Online Blog Bisnes Untuk Bukan Februari

Teks : Zainab Norazman

Entri #40

Februari menjelang pula. Meninggalkan semangat Januari yang berkobar-kobar merancang 2017. Berkobarkah ia sehingga Disember?

Kak nab doakan, kita tetapkan niat. Istiqomah menjalani setiap langkah. Apa yamg diazam, moga ia kekal dengan niat yang baik.

Titik pandangan Allah adalah di hati. Niat. Niat yang ikhlas dalam menyebarkan manfaat buat pembaca blog kak nab.

Kelas Online Blog Bisnes

✅ Belajar langkah demi langkah cara membina blog yang betul dan berpengaruh, lengkap dengan borang tempahan, terma syarat belian, cara memasukkan FB, FANPAGES, gambar dan gadget di blog

✅ Belajar menghasilkan sebuah blog yang mudah dijejak pelanggan di carian google

✅ Jadikan blog sebagai medium pemasaran online

✅ Tidak perlu sewa tapak kedai yang mahal

✅ Tidak perlu keluarkan wang upah pekerja

✅ Kedai dibuka setiap hari (24/7)
                                                                                                                 
Tarikh : 10 - 28 Februari 2017

Masa : Flexible 

Yuran : RM250     
                                                                                  Tempat : Kelas secara online dalam GROUP WA & FB

* Pelajar turut akan menerima 6 ebook bonus

1. Ebook asas blog wajib baca sekli sebelum mula kelas

2. Ebook mula bisnes butik

3. Ebook super wahm supermom

4. Ebook 101 idea home based bisnes

5. Ebook 10 langkah mudah bina kedai online

6. Ebook yeay mama sudah resign

Semua untuk bacaan dan motivasi kecuali ebook blog sebagai ebook rujukan di kelas.

Apa yang akan diperolehi jika sertai KELAS BLOG ABDR

1. Akan dibimbing langkah demi langkah untuk siapkan blog.

2. Dapat ikuti nota penulisan di kelas walaupun sudah selesai kelas

3. Latihan 44 entri pertama membantu konsisten menulis di blog

4. Dapat bertukar link dengan alumni pelajar. Hampir 2K pelajar bawah kumpulan sokongan Akademi Bekerja Di Rumah.

4. Jika masih ada apa-apa pertanyaan tentang blog, Guru Online akan bantu jawab walaupun sesi kelas telah tamat.

5. Dapat menjana pendapatan melalui blog, dan juga boleh rekomen rakan untuk join kelas ini dan akan dapat komisen.

Pengambilan Kelas Februari masih dibuka. Tarikh kelas bermula 10hb hingga 28hb Februari. 20 haru dengan 44 entri siap di dalam blog. Masa adalah fleksibel.

Whatsapp Kak Nab di 0168495982

Thursday, February 2, 2017

Ucapkan Terima Kasih Pada Anak

Teks : Zainab Norazman

Entri #39

Ucapkan terima kasih setiap kali anak melakukan satu kebaikan. Contoh di awal pagi, dalam anak-anak sedang bersiap ke sekolah, ingatkan anak-anak dan ajak solat subuh sama-sama. Selepas solat, ucapkan terima kasih kepada anak. Ingatkan sama bahawa kita perlu sujud kepada Allah. Doa agar diberi kefahaman ilmu yang dipelajari di sekolah.

Begitu peringatan yang dikutip daripada satu kuliah.

Wednesday, February 1, 2017

Suri di Pejabat. Suri di Rumah. Suri Ummah.

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Entri #38

Tepat jam 4.30 petang, alhamdulillah langsai segala tugasan di pejabat. Entahlah. Saat itu sangat menggembirakan hati ini. Terbayang-bayang wajah anak-anak menanti di surau sekolah untuk pulang ke rumah. Di rumah pula, terbayang wajah kecil Fatehah melonjak riang di sebalik gril pintu. Dia menanti penuh gembira.

Sesampai di dalam rumah, lazimnya seorang ibu, terus menyinsing lengan baju kurung dan terus ke dapur. Sebelum itu, arahan demia arahan ditaburkan kepada kakak dan rayyan. Rehat sekejap hilangkan peluh dan mandi. Juadah untuk makan malam disiapkan sepantas yang boleh. Anak-anak perlu makan sebelum waktu maghrib. Perlu siap-siap solat maghrib. Dan pergi kelas mengaji seawal jam 7 malam.

Begitulah rutin.
Suri di pejabat.
Suri di rumah.
Suri ummah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...