Saturday, April 29, 2017

Mengenang Kenangan

Teks : Zainab Norazman

Entri #70

Terasa seolah balik ke kampung yang jauh. Walau jarak Putatan ke Menggatal hanya 50 minit jika fokus pada pemanduan.
Kampung tempat bermain lumpur, menangkap belalang, meneroka masuk hutan cari biji getah. Tentu menjadi kerinduan.
Dan tentunya nenek yang sangat gembira. Melihat cucu dan cicit sampai di muka pintu.
Jika ke sini, selalu bercerita pada anak. Rumah ibu masa kecil ada di situ (Tunjuk kawasan kenangan dulu). Lokasinya di bawah bukit. Ada kebun sayur arwah atuk. Ada kebun pokok pisang. Ada reban ayam. Ada perigi.
Namun apa yang dilihat kini, hanya semak samun yang menimbun. Dan taman perumahan yang semakin gah berdiri sebagai 'jiran'.
Zainab Norazman
Mengenang Kenangan.

Sunday, April 23, 2017

Kampung Arnab di Ranau

Teks : Zainab Norazman
Foto : Koleksi Peribadi Zainab Norazman

Entri #69

Musim cuti agak panjang begini, ramai yang suka. Pasti akan merancang untuk bersiar-siar dan menggembirakan anak-anak.

Kali ini kaknab mahu perkenalkan satu tempat yang bila berada di sana, kalian akan rasa diri kalian juga secomel penghuninya. Sedangkan mak bapak yang tak berapa meningkat usia ini pun sukakan tempat ini.

Ini adalah Kampung Arnab. Ia terletak di Kampung Kibas, Ranau. Kaknab tidak mahir sangat mahu terangkan arah lokasinya. Kalian gunakan saja aplikasi Waze. Ikut saja arahan.

Semasa kaknab ke sini, jalan masuk agak berlubang-lubang juga. Baru-baru ini kaknab ada nampak dalam page rasmi mereka, jalan masuk sedang diturap. Selepas ini, kereta comel seperti viva viru kaknab pun boleh masuk juga.

Jika kalian mahu tidur malam bersama arnab, ada penginapan murah disediakan. Harga semurah RM80 semalam.

Selepas ini, bolehlah merancang menziarahi mereka di sini. Bermain dengan arnab-arnab. Hati pasti tercuit dengan keletah mereka.

Zainab Norazman
Kak Nab dan Arnab, Serasi Bersama.

















Saturday, April 22, 2017

Suri Rumah Di Rumah

Teks : Zainab Norazman

Entri #68

Guruh berbunyi menyambut subuh tadi. Dan pagi ini bumi terasa aman damai dan sejuk sekali.

Selepas subuh tadi gigih menyediakan sarapan. Bubur nasi untuk anakanda Rayyan yang sedang demam. Bihun goreng.

Bila anak-anak sudah bangun, sambung goreng donut gebu yang sangat comel hasil tangan Ain Soalati. Anak-anak seronok makan cicah susu tepung. Termasuk Rayyan. Naik selera menjamah 2 biji donut.
.
.
.
Hujan turun lagi. Kain sudah siap dibasuh. Tangguh jemur kain dulu. Mungkin akan berlari sebentar ke kedai dobi layan diri. Masukkan dalam dryer selama 25 minit, boleh duduk-duduk sambil membaca buku.

Zainab Norazman
Hari Ini Jadi Suri Rumah Di Rumah 😊
(Pekerjaan yang membahagiakan)

Tuesday, April 18, 2017

Cara Mulakan Blog


Teks : Nota ABDR
Foto : Koleksi ABDR

Entri #67

Anda ada produk dan ingin bisnes secara online, tapi tidak tahu bagaimana nak mula.

Jom sertai kami di Akademi Bekerja di Rumah.
Kami akan bimbing kalian untuk mula.

Daftar Kelas asas blog dan fan page mula bisnes.

Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog dan fanpage di facebook. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing).

Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
✔ Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
✔ Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
✔ Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.
✔ Sesuai untuk suri yang perlu berpindah mengikut suami bekerja.

Apa yang saya akan belajar?
✔ Buat BLOG KEDAI ONLINE.
✔ Menulis secara konsisten.
✔ Buat borang tempahan.
✔ Membuat jenis-jenis entri.
✔ Membuat fanpage.
✔ Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
✔ Kelas dijalankan secara ONLINE.
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar.

Apa syarat yang perlu ada:
✔ Laptop/komputer
✔ Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN




Zainab Norazman
Pengurus Online ABDR
zainabnorazman@gmail.com
Whatsapp 0168495982

Blog Kisah Kehidupan

Teks : Zainab Norazman
Foto : ABDR

Entri #65


Ini adalah hasil blog pelajar kelas blog penulisan. Berkenalan dengan penulis Puan Azni Aziz. Fokus blog ialah kisah dan kehidupan penulis yang gemar membaca, menulis dan melancong.

Kelas asas blog penulisan sangat sesuai untuk yang gemar menulis, memuntahkan idea pendapat atau bercerita. Kami bantu kenalpasti minat dan kemahiran setiap pelajar. Dari situ bina fokus blog dan kembangkan melalui penggunaan label. Semua sudah dirangka seterusnya kayuh menulis terus disiplin.

Bagaimana disiplin menulis?
1. Letak tarikh akhir yang jelas. Contoh 44 entri iaitu 2 entri sehari.
2. Tulis pada waktu sama setiap hari, selepas solat 5 hingga 10 minit menulis laju.
3. Wajib bawa buku nota. Jadikan ia sebagai bank idea.
4. Saring ia mengikut 5 label utama blog.
5. Boleh pindahkan serentak dan sambung lagi secara konsisten.
6. Bahan di blog boleh dijadikan sebagai idea status di facebook.
7. Status di facebook juga boleh dipindah dan dikembangkan sebagai entri.
8. Jadikan rutin menulis sebagai serampang 5 mata. Kita buat kerja serentak tanpa menganggu rutin yang lain.

(Nota Puan Masayu Ahmad, pengasas Abdr juga penulis tetap Majalah Mingguan Wanita)



Mahu menyertai Kelas Asas Blog Penulisan atau Blog?
Hubungi :
Zainab Norazman
zainabnorazman@gmail.com
Whatsapp 0168495982

Monday, April 17, 2017

Saat Mary Jardin Di Hati

Teks : Zainab Norazman

Entri #64

Siang tadi sehari di tengah cuaca terik. Muka terbakar. Merah macam udang masak butter.

Takoyaki licin. Hotkebab terjual separuh. Mooncake pasti ada peminat. Teruja kaknab. Walau muka jadi begini.

Mujur ada set Mary Jardin. ( Cewah. Ayat pancing iklan gitu ).

Selesai solat isyak, kaknab buatlah ramuan clay mask campur susu. Suka sebab kaknab mahu muka seputih susu segar yang lazat diminum sejuk-sejuk.

Sebelum bermasker tu, kaknab tuam dulu muka dengan air suam yang telah dititskan dengan face oil. Semerbak haruman lavender. Dan terbuka pori-pori muka seluasnya.

Agak-agak dalam 5 ke 10 minit. Berhenti. Keringkan muka. Tepeklah clay mask ke segenap muka. Sejuk menyerap ke wajah. Biarkan pula 10 ke 13 minit.

Basuh sebersihnya menggunakan facial soap. Kemudian lap dengan tuala bersih.

Kesegaran terasa menusuk ke dalam jiwa. Besar kesannya. Dari wajah ke hati.

Zainab Norazman
Saat Mary Jardin Di Hati

Sunday, April 16, 2017

Kaedah Peram Penulisan

Teks : Zainab Norazman

Entri #63

Sangat berguna amalan menulis dalam bank idea di docs google. Apa-apa idea spontan mahupun perasaan yang perasan masa itu 'bank in' dulu dalam bank idea.

Dengan kecanggihan gajet sekarang, buat docs google. Ada idea, tulis dulu. Nanti boleh buka dan tambah rasa garam masin masam manis. Nanti-nanti boleh edit.

Ini dipanggil peram.  Minimum peram 3 hari.

Ini bagi membolehkan setiap penulisan kita itu berpengaruh dengan secukup rasa. Alang-alang viral, biarlah ia memberi manfaat.

Zainab Norazman
Baru belajar menulis.

Friday, April 14, 2017

Saya Seorang Promoter

Teks : Zainab Norazman

Entri #62

Cara yang mulia melayan promoter produk di muka pintu pasaraya ialah ambil saja risalah yang diberikan. Ada di antara kita juga peniaga. Suatu masa kita pula edar risalah di mana-mana.

Selepas ambil risalah, berikan saja senyuman manis. Kalau rajin, ucapkan saja terima kasih dan berlalu.

Dahulu, pernah juga bekerja sebagai promoter produk yang bergerak dari meja ke meja. Orang lain sedang menikmati makanan, kita sergah satu satu meja.

Hanya bertahan seminggu. Lepas tu saya blah. Sebab masa tengik iklan di surat khabar, jawatan yang ditawarkan ialah "Sales Assisstant". Gah sangat rasanya. Tak faham sangat terma jawatan dalam Bahasa English kan.

Zainab Norazman
Tadi Pergi Servay Hypermarket

Thursday, April 13, 2017

Memori Bermain Bayang-bayang

Teks : Zainab Norazman

Entri #61

Malam ini langit dihiasi bulan penuh. Menyinari alam. Kami menumpang sedikit sinar cahaya mu.

Dalam keadaan mati karan lagi. Sempat juga menyala selama satu saat, tadi.

Kalau dulu, sempat menikmati cahaya lampu kompor menggunakan kuasa minyak tanah. Zaman beralih. Lilin menggantikan lampu kompor.

Kami paling gemar bermain bayang-bayang tangan, dipancarkan ke dinding rumah. Seronok bermain. Bila karan hidup semula, cepat-cepat berebut tiup lilin sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi. Waktu itulah merasa tiup lilin walau tanpa kek hari jadi.

Kalian pernah rasa, tidak? Memori ini sangat mengundang rasa kerinduan.

Malam ini, anak-anak bermain bayang-bayang tangan juga. Pancaran cahaya daripada lampu rechargeable. Atau cahaya lampu powerbank. Mereka masih nampak seronok. Hanya adegan berebut tiup lilin sahaja yang tiada.

Nota kaki :
Karan = elektrik
Lampu kompor = lampu halogen

Wednesday, April 12, 2017

Konsisten Menulis, Mudah Dijejaji Google

Teks : Zainab Norazman

Entri #60

Pagi tadi mood ke laut sikit. Cepat-cepat tarik Al Quran terjemahan.  Begitulah resminya. Ubat kita bukan jauh pun. Depan mata ada. Cuma rajin buka atau tidak saja.
Dalam mencari momentum penulisan untuk di kongsi, tidak boleh tidak, pasti akan berhadapan dengan situasi yang menyentap hati. Nama pun kita menulis tentang kehidupan. Sesuatu yang hidup itu ada interaksi. Pro atau kontra daripada idea gila-gila kita.
Teruskan saja menyebarkan kebaikan melalui penulisan. Mungkin peringkat awal ini, nampak agak kekok. Teruskan.
Kawan. Saya mula belajar menulis melalui Akademi Bekerja Di Rumah. Belajar menulis di dalam blog. Bermula dengan catatan harian dan catatan pengalaman, saya yakin suatu hari nanti pasti kita akan semakin konsisten untuk menulis.
Konsisten itulah kuncinya. Kunci agar blog kita dapat dijejaki di dalam carian google.
Khas untuk kalian yang mahu tahu bagaimana membina sebuah blog bisnes. Belajar langkah demi langkah membina :
1. Email
2. Google + akaun
3. Blogspot
4. Masukkan label
5. Masukkan "gadget-gadget" penting di blog bisnes.
6. Page
7. Borang tempahan
8. Link kan FB ke blog
9. Link kan Fanpages ke blog
10. Cara masuk gambar
Tarikh : 10 – 30 Mei 2017
Masa : Flexible
Yuran : RM250    
Tempat : Kelas secara online dalam GROUP WA & FB
* Pelajar turut akan menerima 6 ebook bonus
1. Ebook asas blog wajib baca sekli sebelum mula kelas
2. Ebook mula bisnes butik
3. Ebook super wahm supermom
4. Ebook 101 idea home based bisnes
5. Ebook 10 langkah mudah bina kedai online
6. Ebook yeay mama sudah resign
Semua untuk bacaan dan motivasi kecuali ebook blog sebagai ebook rujukan di kelas. Saya hanya perlukan 10 pendaftaran sahaja. Siapa cepat dia ada dapat belajar dulu.
Kalian boleh lihat contoh blog pelajar bulan ini. Http://irdarina.blogspot.com
Berminat menyertai Kelas Asas Online Blog untuk Mei 2017?
Hubungi :
Zainab Norazman
Whatsapp 0168495982
:
:
Sambil menulis ini, kawan sebelah sedang mengalunkan bacaan Al Quran dengan lunaknya. Bertambah-tambah tenang menusuk ke dalam jiwa.
Zainab Norazman
Masih bertelekung di dalam surau.

Tuesday, April 11, 2017

Keropok Lekor Crispy, Sambal Kicap Johor

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Entri #59

Petang-petang begini, kalau lalu jalan dari arah Lok Kawi ke Putatan, singgahlah sebentar untuk menikmati Goreng Pisang Crispy di Meruntum. Selain goreng pisang, gerai GPC ini juga ada menjual Ubi Keledek Crispy.

Dan ini ialah Keropok Lekor Crispy. Lekor di dalam, disalut dengan tepung crispy di luar. Di celup pula dalam sos kicap Johor. Makan panas-panas. Hmmmmmmm.

Kalau dahaga, gerai ini juga ada menjual air asam boi yang lazat secukup rasa. Menyejukkan tekak yang kering dalam cuaca panas.

Lokasi GPC betul-betul di hadapan Medan Selera Pantai Meruntum Putatan.

Beli RM1, dapat 3 batang keropok lekor crispy yang panjang dan besar-besar.  Melepak sebentar di bawah pokok. Nikmatnya terasa dihembus angin Pantai Meruntum.

Keropok Lekor Crispy, GPC
Lokasi di hadapan Medan Selera Pantai Meruntum, Putatan


Celup terus keropok lekor dalam plastik sos kicap Johor. Meresap rasa di segenap keropok lekor.

Zainab Norazman
Layan Keropok Di Petang Hari.


Thursday, April 6, 2017

Cerita Hantu di Kelas Rayyan

Teks : Zainab Norazman

Entri #58

Malam ini melayan suara tiga orang kanak-kanak menjerit dan bergusti. Ibu tinggalkan semua kerja dan bergusti bersama. Sama-sama la menjerit. Menjerkah. Lepas tu tiga budak ni menjerit semahunya.

(Chop! Ibu ada duduk kejap dan update facebook. Hahaha. Korang pun biasa buat kan? ^__^ )

Tiba-tiba Rayyan mulakan bicara.

"Ibu tahuuuuuu" - mulut muncung okeh.

"Kelas kami kan ada hantuuuuu" - muncung lagi.

"Ehh, mana ada hantu siang hari"

"Betul buuuuuu" - congkang lagi mulut Rayyan. (Congkang = muncung)

"Kakak tahun tiga yang nampak. Ada rambut panjang di sebalik pintu".

Aduh, ibu seram juga dengar intro cerita Rayyan ni. Nantilah kaknab sambung cerita. Belum habis baca Al Kahfi lagi malam ni. Budak-budak ni sudah senyap main warna buku pula.

Zainab Norazman
(KakNab ni sebenarnya jenis penakut. Tak mahulah sambung cerita Rayyan huhu)

#KisahMadrasahKecil - DaniaRayyanFatehah

Wednesday, April 5, 2017

Asas Belajar Menulis

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman


Entri #57

Asas belajar menulis, tulis apa saja idea di dalam buku catatan harian.

Itu asas belajar menulis.

Tulis sikit. Peram dulu.

Proses peram bertujuan agar apa yang ingin dihidangkan kepada pembaca tidak berbaur emosi yang negatif. Kemaskini tulisan jika perlu. Post jika rasa masanya telah tiba untuk disampaikan kepada pembaca.

Jangan peram lama sangat, nanti masam jadi jeruk.

Sebenarnya. Kaknab semakin teruja dengan kehadiran buku catatan yang maha comel ini. Semakin rajin menulis.


Zainab Norazman
Baru Belajar Sebab Minat Tak Mahu Padam

Salam 3 sen.

Tuesday, April 4, 2017

Bengkel Viral Lah! Edisi Sabah

Entri #56



Bengkel Viral-Lah! Edisi Kota Kinabalu!

Tarikh: 8hb April 2017 (Sabtu).
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengah hari.
Tempat: Dewan SESB, Kota Kinabalu, Sabah.

Modul:

1. Membina profil di Facebook dan menjadikan medan itu sebagai Business Card kepada apa juga perniagaan.

2. Bagaimana fokus terhadap 5 jenis posting di Facebook akan menaikkan jumlah pengikut (follower) dan menaikkan jumlah jualan.

3. Menyusun Niche penulisan supaya senang didekati dan mudah untuk membuat jualan.

4. Bagaimana membuat posting berbentuk content dan ia akan menambah nilai dan membuatkan rakan serta follower menekan butang share.

5. Menaikkan jumlah pengikut dengan tersusun dan melihat content pillar untuk mendapatkan pengaruh dalam bidang masing-masing.

Hubungi Encik Jeffri Bharin di talian:

+60 16 333 2724
+60 16 333 2724
+60 16 333 2724
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...