Tuesday, May 30, 2017

Fatehah Yang Puasa

Teks : Zainab Norazman

Entri #86

Siang tadi, berdua bersama Fatehah di rumah.
Suami pergi ke bengkel kereta untuk membaiki si viva biru.
Kakak dan Rayyan ada program Seronoknya Bersama Al Quran.
Ibu : Fatehah. Ibu goreng nasi untuk tehah ya. Mau?
Fatehah : Tak mamu la ibu. Ahh kan puasa.
Ibu : Ohh Fatehah puasa la ni.
Fatehah : Tapi Ahhh nak susu bah ibu. Boleh bah ibu.

Saturday, May 27, 2017

Projek MOSWA Menyantuni Asnaf

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #85

Hari ini jadi 'penyibuk' dalam Kuliah Fiqh Wanita di Surau Sempelang, Sembulan. Tukang bagi hadiah dan bidan terjun perempuan kamera. Merakam detik pelbagai perasaan.

Dalam senyum mereka, ada airmata mengalir.

Program tadi dimulai dengan Kuliah Fiqh Wanita yang disampaikan oleh Ustazah Roshita. Memetik sedikit intipati takzirah. Kita ini adalah bakal jenazah. Setiap daripada kita pasti akan mati. Semua harta, kereta, rumah, jawatan dan follower di facebook ini pasti akan ditinggalkan. Yang bersama kita ke kubur nanti adalah amalan baik kita. Dan juga syafaat Al Quran.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita perbanyakkan amal ibadah. Kerana Allah swt kata, amalan-amalan lain adalah untuk kalian. Dan amalan puasa ini adalah untuk-Ku. Perbanyak banyakkan dan banyak-banyaklah rebut pahala dengan Al Quran.

Majlis kemuncak tadi adalah penyerahan sumbangan dalam Projek MOSWA. Asnaf miskin, oku, sakit, warga tua dan armalah diraikan. Saat inilah detik meruntun jiwa dan perasaan.

Melihat ada yang berjalan dengan perlahan kerana sudah tua. Ada ibu tunggal yang baharu sahaja kematian suami. Berbelas tahun menyantuni suami yang menghidap kanser. Ada juga yang sudah lama hidup membesarkan anak yang ramai tanpa suami. Tidak kurang juga sayu hati tatkal melihat seorang anak yatim yang mewakili ibunya.

Mereka menangis gembira menerima sekampit beras.

Kepala lutut menjadi lemah berdiri di hadapan. Airmata mengalir tanpa boleh ditahan-tahan lagi. Pagi 1 Ramadhan ini mendidik saya dengan sesuatu yang indah. Mengajar hati untuk mensyukuri perjalanan hiduo anugerah Allah swt.

Ternyata, dalam situasi begini. Allah bukan menguji mereka. Sebaliknya, diri kita yang sedang diuji. Sama ada kalian bersyukur atau kufur nikmat.

Dan. Dengan lafaz bismillah. Sekiranya kalian mahu bersama-sama menyumbang melalui Program MOSWA, ada poster lengkap dengan butiran di ruangan komen. Penyerahan sumbangan akan dilakukan dari masa ke semasa sepanjang bulan Ramadhan ini.

Poster MOSWA



Zainab Norazman
Petugas Sebagai Perempuan Kamera

Friday, May 26, 2017

Nostalgia Ramadhan dengan Iklan "Ayam Segar Desa"

Teks : Zainab Norazman

Entri #84

Waktu rehat tengahari tadi, aku memandu sendirian menuju ke Desa Fresh Mart di Damai Plaza. Viva biru yang comel setia menjadi teman.
Kebiasaannya. Untuk mendapatkan ayam yang segar dan halalnya diyakini, Desa Fresh Mart adalah salah satu kedai yang boleh kalian cari. Ada ayam bulat. Ada juga yang sudah siap potong mengikut bahagian. Semuanya segar-segar belaka.
Mahu beli isi ayam yang sudah hancur juga ada. Menggunakan 100% dada ayam tanpa campuran lemak atau urat. Elok sangat buat inti popiah ayam. Mahupun buat inti untuk kebab.
Bila sebut tentang Desa, pasti ada yang terkenang-kenang laungan iklan Ayam Segar Desa. Terimbas nostalgia zaman kecil dahulu. Dekat-dekat waktu berbuka puasa, hidupkan radio dan cari channel radio Sabah.fm.
Iklan ayam segar desa itu adalah trade mark menandakan lagi beberapa saat waktu berbuka puasa. Gelas besar berisi ABC yang sudah disiapkan sejam yang lalu mula digenggam. Nampak sangat khusyuk menanti azan maghrib. Hikhikhik.
Itu nostalgia dulu. Kini kita tunjukkanlah tauladan yang baik kepada anak-anak pula. Ambil 3 biji kurma. Kunyah dengan perlahan. Baru minum air. Selepas itu, solat maghrib berjemaah dulu. Lebih mudah, sertai iftar jama'ie di surau berhampiran.
Esok kita sudah mula berpuasa. Malam ini bolehlah ajak anak-anak menanti saat terawih pertama di surau atau masjid. Mudah-mudah permulaan Ramadhan tahun ini kita istiqomah sehingga akhir Ramadhan.
Ustaz kata, ramainya orang di masjid-masjid pada awal Ramadhan. Semakin surut di hujung Ramadhan. Walhal, pahala yang hujung Ramadhan itu lebih tinggi makamnya.
Zainab Norazman
Ramadhan Kareem

Wednesday, May 24, 2017

Impian Suri Rumah Sepenih Masa

Teks : Zainab Norazman
Imej : Ihsan Google


Entri #83


Sedang menjamu biskut dipdip dalam koko panas, Kak Nab buka tingkap messenger. Ada mesej daripada seorang adik manis. Kak Nab panggil dengan nama Tika.

"Saya suka baca post Kak Nab. Kak Nab selalu tulis tentang suri di rumah. Saya suka tengok suri-suri yang bekerja di rumah seperti Kak Nab. Boleh uruskan anak-anak. Sambil sambil buat perniagaan."

"Akak bukan suri di rumah 24 jam. Akak suri bekerja juga dik.  Apabila berada di rumah, maka jadilah akak suri rumah sepenuh masa. Dan penuh perasaan. Hikhikhik. Waktu di pejabat, akak tukar topi jadi suri yang bekerja. Walau separuh perasaan masih ada di rumah. Itu normal bagi seorang suri."

Kita ini umpama sekuntum mawar. Apabila di letak di dalam satu bilik, ia mewangi. Di bawa ke satu sudut pula, juga menyebarkan harumannya. Impian kita agar kita disimpan dengan baik di dalam sebuah taman bunga. Bersama bunga-bunga lain yang memekar di pagi hari. Menyebarkan auranya.

Namun, dari satu aspek lain. Kita juga diperlukan diruangan yang lainnya. Mewangi dan menyebarkan haruman.

Impian untuk menjadi suri rumah sepenuh masa itu adalah fitrah seorang suri. Mengurus tadbir kerajaan sendiri dan membina ummah di rumah.

Mungkin bukan hari ini. Mungkin Tuhan menyimpan hasrat itu di satu masa yang sesuai. Saat kita sudah mampu menjadi CEO di dalam rumah. Yang solehah. Memimpin penuh sabar dan kelembutan. Cerdik dalam mengurus tadbir.

Untuk jangka masa ini, kita lalui sahaja jalan-jalan ini. Sambil melakar impian. Menjadi satu jalan cerita yang indah. Kerana suatu masa nanti, Allah pasti makbulkan doa. Doa doa dan terus berdoa.

Diajarkan juga, suri-suri yang berhajat kepada sesuatu, amalkan selawat tafrijiyyah sebanyak 21 kali sehari. Jika bersungguh-sungguh, boleh amalkan 44 kali dengan kekhusyukan.

Memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Ataupun suri rumah bekerjaya. Semua dengan izin Allah. Kita meminta. Semoga Allah kabulkan pada saat yang sangat indah.

Zainab Norazman
Berharap Agar Dipilih Menjadi Suri Pilihan Allah swt

___________________________________________

Ada yang mahu sertai Kelas Asas Blog Online di grup whatsapp?

Kelas Jun 2017 kini dibuka.

Hubungi :

Zainab Norazman. zainabnorazman@gmail.com. 0168495982

Tuesday, May 23, 2017

Fungsi Dapur Suri Asas Pendidikan Awal Anak

Teks : Zainab Norazman
Imej : Ihsan Google

Entri #82
Kebiasaannya. Dapur adalah ruang kecil yang berada di dalam rumah. Dapur dijadikan sebagai ruang menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Juga buat tetamu yang bertandang.

Pembentukan anak yang soleh,
 bermula daripada makanan yang baik.


Tahukah kalian duhai suri? Dapur ada fungsi meluas selain daripada fungsi menyediakan makanan

Pertamanya, tempat berangan. Ya. Dapur adalah tempat mak mak berangan. Berangan mahu masak apa sarap esok. Lauk apa tengahari nanti. Tak lah lauk 'sekali harung' setiap hari kan? (Yang macam si kak nab ajar selalu tu hikhikhik). Sesekali sediakanlah lauk yang pelbagai. Ikut kerajinan.

Dapur juga menjadi tempat mak mak melepaskan penat dan lelah. Ataupun tempat melepas rajuk di hati. Mahu ke mana lagi mak, nak? Dapur inilah sahabat sejati mak. Sambil sental periuk, airmata mengalir di pipi. Cewah!

Namun kalian. Fungsi yang lebih istimewa lagi. Dapur adalah tempat mak mak membina ummah. Tempat mak mak mendidik anak-anak. Tempat air tangan mak mak yang penuh magik. Tempat mak mak menempiaskan air liur ajaib saat berzikir sambil mengacau ayam rendang di atas kuali.

Mak mak. Kalian hebat. Adanya fungsi dapur, tempat kalian menghamburkan doa pada makanan dan minuman yang disediakan. Makanan itu akan masuk ke dalam perut anak-anak. Ia menjadi darah yang mengalir tubuh anak-anak yang kalian didik.

Kalian dambakan apa pada anak. Doa saat kalian senduk nasi. Zikir saat potong sayur. Niatkan untuk anak anak membesar dengan makanan yang halalan toyyiba.

Hebatnya fungsi dapur buat kalian, mak mak hebat. Manfaatkan sebaiknya.

Zainab Norazman
Jurnal Suri Bekerja

__________________________

Dalam Akademi Bekerja Di Rumah, kalian akan bersama suri ABDR yang lain. Mengejar impian. Berkongsi bersama di dalam Kumpulan Sokongan ABDR.

Kalian akan dipandu dan dipimpin untuk menulis mengikut minat masing-masing.

Sertai tim ABDR bersama suri yang lain.

Hubungi :
Zainab Norazman
Pengurus Online ABDR
Whatsapp 0168495982

Monday, May 22, 2017

Resepi Ayam Bakar Versi Suri Rumah

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #81

Kalian masak apa? Untuk suri di rumah atau suri rumah yang bekerja. Menu begini boleh memudahkan kalian. Menu sekali harung namanya. Ada lauk ayam. Ada sayur-sayuran.

Kak Nab suka buat lauk sekali harung begini untuk masa-masa tertentu. Contohnya hari sibuk yang memerlukan banyak masa di luar rumah. Selalunya Kak Nab praktikkan di hujung minggu.

Untuk lebih mudah, kalian perap ayam siap-siap. Nak masak nanti baru lah potong tambahan sayur yang boleh dibakar bersama.

Untuk perapan :
Ayam (buat perapan banyak-banyak.)
Serbuk kunyit
Sos tiram
Serbuk penambah rasa
Serbuk bawang putih (Nak guna bawang putih pun boleh. Kak Nab guna Serbuk bawang putih agar rasa dia meresap ke dalam ayam)
Oregano leave
Rosemarry
Basil
(Yang ini ikut citarasalah. Herba itali mana yang ada kat rumah, terjunkan sekali)

Sekurang-kurangnya perap 15 minit ke sejam. Mahu perap sehari dua hari atau seminggu, sila bekukan.

Bila masa nak masak nanti, masuk saja dalam pan nonstick atau oven.

Sayur campuran yang boleh digunakan ialah :

Kentang
Brokoli
Bawang merah
Cendawan
Kacang panjang
Tomato
Capsicum
Dan apa saja ikut kesukaan hati. Semua dibelah dua sahaja.

Bakar dalam pan nonstick hingga ranum. Makan dengan senang hati.

Zainab Norazman
Chef Comel Kesayangan Anak-anak
Ayam Bakar Versi Suri Rumah
bersama campuran sayuran

Jika kalian adalah suri rumah, pengurusan masa di dapur sangat penting. Minimakan kerja di dapur. Minimakan kerja-kerja rumah lainnya. 

Kita perlu bergerak pantas. Dalam masa yang sama, urusan suami dan anak-anak terjaga rapi. Amanah program di luar rumah tertunai.

Sementelaah menulis entri ini, Kak Nab memikirkan nasib sebuah cita-cita untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bertahun Kak Nab memasang impian ini. Allah masih belum membuka jalan itu. Namun jauh di sudut hari ini, bahagianya apabila masa cuti di hujung minggu Kak Nab masih mampu memenuhi impian ini. Sebagai suri suami dan anak-anak. Juga sebagai suri ummah di luar sana.

Menyertai Dewan Muslimat Pas Kawasan Putatan, seolah-olah segalanya telah termakbul. Bahagia berprogram membawa anak-anak. Bahagianya apabila anak-anak belajar memahami gerak kerja yang Kak Nab buat. Di sinilah tarbiyah itu sedang diserap. Pendidikan yang sangat pentibg dalam diri anak-anak.

Semoga ia menjadi sesuatu yang boleh Kak Nab wariskan kepada anak-anak selaku ummah Kak Nab dari rumah.

Menulis di blog ini juga Kak Nab jadikan sebagai 'data' menyimpan kenangan bersama anak-anak. Bila mereka besar nanti, ia menjadi 'pencerita' buat mereka.

Jika kalian juga mahu menulis. Belajarlah teknik penulisan yang betul. Kak Nab juga sedang belajar.

Penulisan yang betul menjadikan penulisan kita berkredibiliti. Ia amat penting sebagai pandangan pertama sesebuah penulis.

Baiklah. Kak Nab habiskan entri ini di sini dahulu ya. Mahu bertanya tentang blog atau Akademi Bekerja Di Rumah, boleh saja bertanya kepada Kak Nab ya. Jangan silu. Atau segan.

Zainab Norazman
- Pengurus Online ABDR -
zainabnorazman@gmail.com
0168495982

Wednesday, May 17, 2017

Kelas Asas Blog Bisnes Bulan Mei 2017

Teks : Zainab Norazman

Entri #80

Saya di Kota Kinabalu. Cikgu blog di JDT. Tidak perlu gusar. Kelas Asas Blog Online Mei 2017 sudah dibuka.

Zaman naik harga barang ni, kita semua suka yang murah. Jika kalian adalah orang bisnes yang suka berkongsi, menulis dan beriklan di blog adalah medium percuma untuk pasarkan perniagaan.

Tidak kira jika kalian adalah suri rumah yang baru mahu mula berniaga. Ataupun bekerja dan mahu buat perniagaan separuh masa. Agen hartanah. Lawyer. Doktor. Insinyur. Cikgu. Jururawat. Semua boleh menjadikan blog sebagai sahabat karib untuk pasarkan perniagaan.

InshaAllah. Yuran RM250 agak berbaloi dengan input yang akan diberikan. Bonus 6 buah ebook ABDR akan diberikan.

Jangan pula tanya, lepas kelas confirm blog akan naik no 1 di carian google ke? Haip! Piat telinga kang. Ini menulis sayam. Rajin menulis, pakcik google suka lah.

Kalau asyik kata, nantilah. Nantilah. Nantilah. Sampai tahun depan pun blog tak jadi. (Ini cakap kat diri sendiri juga). Cepat-cepat daftar. Esok cikgu nak mula kelas dengan lebih serius dah. Komen boleh. PM boleh. Whatsapp pun boleh. Whatsapp sini ya - 0168495982.

Zainab Norazman
Pengurus Online ABDR

Tuesday, May 16, 2017

Emak Adalah Guru Ku

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #79

Pernah sekali dulu saya cerita pasal emak jadi guru Al Quran. Hanya di rumah. Dikelilingi anak-anak jiran. Tanpa bayaran.

Nenek mak (moyang saya) dulu pun sama. Juga sebagai guru Al Quran. Tiada duit dalam tangan. Cumanya anak-anak mengaji datang bawa barang asas sebagai upah.  Beras. Gandum. Gula. Garam. Banyak makanan dalam stok dapur moyang.

Teringat zaman kanak-kanak dulu. Emak ajar mengaji tak pernah marah. Kejut bangun solat subuh pun tak pernah marah-marah. Selepas mak solat. Mak akan duduk di hujung katil. Dekat dengan kaki. Dan baca Al Quran sampai saya terjaga. Kadang-kadang baca surah Yaasin sambil tangan yang sejuk pegang-pegang kaki.

Haih! Rasa macam mayat yang dibacakan Surah Yaasin pula. Cepat-cepat bangkit dan solat subuh.

Begitulah emak. Dia emak. Dialah guru. Dia yang mendidik dari kecil. Sehingga dah meningkat 'remaja' ini. Kasih sayang emak tiada galang gantinya.

Empat generasi dalam satu potret. Ada nenek. Ada emak. KakNab dan anakanda Rayyan dan Fatehah berpangkat cicit. Bertudung hitam itu ialah Kakak Sepupu, cucu nenek.


Selamat Hari Guru buat semua emak yang menjadi guru hebat dalam mendidik anak-anak. Juga tidak dilupakan semua guru yang pernah mendidik diri ini daripada tak pandai. Mendidik hati yang jahil. Jiwa yang kacau.

Semoga kalian semua sentiasa di rahmati Allah swt.

Zainab Norazman
Guru di Madrasah Kecil Saja

Saturday, May 13, 2017

Hujan Pergi, Pelangi Pun Datang

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #78

Ketika menjadi penghuni hospital dulu. Masa itu aku jadi penguat semangat Ezzatul Fatehah selepas menjalani pembedahan. Hati ibu mana yang tidak rapuh. Anak kecil baru berusia 5 bulan ditolak masuk dewan bedah.

Selepas proses pembedahan

Waktu itu, surau di tingkat 6 adalah tempat merawat hati. Tempat sujud lama-lama mengharap kasih sayang Allah.

Bukan aku seorang.

Tatkala berlama-lama di dalam surau sambil membaca Al Quran. Tanpa disedari, akan kedengaran sedu sedan jemaah lain. Tangan ditadah. Wajah menunduk ke bawah. Dan kedengaran tangisan-tangisan kecil. Dengan penuh pengharapan, juga berharap bantuan Allah.

Sesekali terlihat juga kehadiran doktor  untuk menunaikan amanah solat sambil merehatkan diri. Mungkin setelah berjam-jam on call. Ternampak jelas keletihan di wajah mereka. Dan diakahir solat mereka, terdengar tangisan kecil di sebalik doa.

Dalam apa jua situasi. Allah adalah tempat bergantung kita. Seorang pesakit berharap kasih sayang Allah untuk sembuhkan penyakit yang tertanggung. Seorang doktor pasti ada doa untuk sang pesakit yang dirawat.

Biar siapa pun kita. Semoga Allah pilih kita untuk melalui ujian kasih sayang Allah dengan penuh sabar dan bertawakkal hanya kepada Allah. Teringat kalimah ini, Allah turunkan hujan. Pasti ada hadiah pelangi selepasnya. Begitulah kasih sayang Allah kepada hambaNya.


Selepas sembuh. Senyumanmu bagai pelangi menerangi hati ibu.


Zainab Norazman
Hanya Insan Kerdil Yang Mengharap Pada Mu

Friday, May 12, 2017

Tip Pengurusan Masa Surirumah Bekerja

Teks : Zainab Norazman
Foto : Ihsan Google

Entri #77

Bergelar suri di rumah juga bekerja bukanlah mudah. Perlu korban banyak masa. Perlu bijak fokus dalam tempoh masa tertentu.

Sambil buat kerja di pejabat, fikir menu makan malam. Bungkus atau masak. Kain baju berapa bakul belum lipat.

Balik rumah, sambil urus kerja di rumah pasti teringat esok kena mula kerja ini. Kerja itu.

Juga perlu berbagi hak dan amanah dalam gerak kerja agama. Itu janji sebagai hamba.

Dalam letih, dia sedar itu amanah. Perlu dipikul dengan niat kerana Allah. Dan ia membangkitkan rasa bahagia dalam hati. "Tidak mengapalah letih sikit".

3 tip untuk suri rumah yang bekerjaya.

Berbahagi kerja di rumah.
Ya. Suami dan anak-anak juga boleh diajak membantu membuat kerja-kerja di rumah. Suami boleh tolong masak. Anak tolong kemas basuh pinggan. Anak lelaki juga boleh dilatih buat kerja-kerja rumah. Basuh kain hari sabtu. Lipat kain hari ahad.

Berbahagi masa kerjaya.
Suri boleh memilih untuk mengambil masa fleksibel iaitu mula kerja jam 7.30 hingga 4.30. Tetapkan had waktu bekerja. Tidak terlajak hingga lewat sampai ke rumah.

Berbahagi masa bersama keluarga.
Tetapkan masa bersama keluarga. Setiap hari, manfaatkan waktu maghrib ke isyak sebagai masa emas. Waktu solat berjemaah. Sama-sama baca Al Quran. Masa itu juga boleh selitkan majlis ta'alim. Jika anak sudah boleh membaca, buat giliran untuk membaca sepotong hadis satu hari. Ia sangat mengujakan.

Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada kalian. Terima kasih kerana sentiasa follow, like dan share perkongsian daripada dinding facebook saya.

Jikalah kalian mahu menjadikan jawatan surirumah sebagai kerjaya yang hebat, kami di Akademi Bekerja Di Rumah sedia memberi bimbingan.

Zainab Norazman
Mahu Jadi Suri Hati Yang Awesome.



=======================
2017 TAHUN TAMBAH NILAI BUAT SURIRUMAH
=======================

✅ Pernah tak mengeluh harga barang-barang naik? Duit elaun suami bagi tak pernah naik😭😂
✅ Pernah tak berasa rendah diri kerana menjadi surirumah?
✅ Pernah tak terfikir untuk menjual di facebook apabila melihat kawan-kawan lain ligat berniaga

Pernah kan? Pernah kan?

Kalau anda seorang surirumah, tipulah kalau tak pernah terfikir begitu. Jadi, tahun 2017 KALI INI apakata kita sama-sama TAMBAH NILAI DIRI bersama kami Jemaah Networking AKADEMI BEKERJA DI RUMAH!!

Kenapa ABDR?

✅ Kerana ianya rangkaian networking surirumah / suri berkerjaya yang sudah lebih 3 tahun bertapak secara online di Malaysia
✅ Ada kumpulan sokongan secara online yang  terdiri dari pelbagai latar belakang.
✅ Ramai peniaga yang menawarkan servis dropship atau boleh berkenalan dengan insan-insan hebat dalam bidang masing-masing

BAGAIMANA EH CARA NAK SERTAI🤔🤔🤔?

✅ Kelas secara online sahaja - PERLU DISIPLIN berada depan PC / henset selama 20 HARI SAHAJA kemudian akan siap sebuah blog yang berinformasi. Kalau mahu berniaga hanya perlu SIAPKAN 16 LANGKAH MUDAH untuk mendapat sebuah blogshop yang lengkap dengan fanpage ❤❤

✅ Kelas secara offline - Ada beberapa lokasi di Kelantan, Selangor & Johor.

Siapa yang BOLEH sertai kelas ONLINE?
✅ Surirumah yang sibuk, masa adalah fleksibel
✅ Surirumah yang celik IT tahu menggunakan smartphone dan PC
✅ Surirumah yang komited dalam membina networking

Siapa yang boleh sertai kelas OFFLINE?
✅ Surirumah yang sibuk dan mahu siapkan tugasan pada hari kelas
✅ Suri berkerjaya yang mahu tambah ilmu dan membuat persediaan sebelum berhenti kerja
✅ Surirumah yang betul-betul "newbie" dalam bidang online


BAGAIMANA MAHU SERTAI KELAS ASAS BLOG INI?

ONLINE : Pendaftaran DIBUKA UNTUK BULAN MEI

✅Tarikh : 15 - 31 MEI 2017
✅ Lokasi : GROUP WA 
✅ Masa : FLEKSIBEL 
✅ Yuran RM250 + 6 Bonus Ebook ABDR
✅ MASIH ADA 10 KEKOSONGAN LAGI!

APAKATA PESERTA YANG TELAH MENYERTAI KELAS ONLINE  SEBELUM INI ?

Bermula dari hari pertama lagi saya sudah begitu teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Dibawah bimbingan guru blog iaitu Puan Cikgu Anys Idayu Zakaria , saya mengikuti setiap tunjuk ajar yang diberikan. Unik sekali segalanya hanya dihujung jari, dalam masa yang singkat sahaja saya dapat menyiapkan asas blog untuk bisnes. Bagi saya amat berbaloi menyertai kelas ini. Protege akan dimasukkan kedalam group khas dan diberi tunjuk ajar satu persatu. Tiada lagi istilah menebar gandum merata-rata. Seekor burung pun tidak menyinggah. Hehe. (Dhuha Rashidi) 

Membuat blog dengan berguru ni lebih teratur caranya daripada hentam buat sendiri. Puan Anys mengajar langkah demi langkah. Jika ada yang tak faham atau tak menjadi, kami bebas bertanya. Biarpun kadang-kadang saya rasa soalan saya tu terlampau 'basic' juga. Tapi demi menimba ilmu, biarkanlah. Malu bertanya, sesat pula jalannya nanti. (Irda Rina) 

Terima kasih cikgu AIZ. Terbaikkkk. Senang faham. Dan banyak membantu. Alhamdulillah terima kasih cikgu ☺ (Adda Sa’dah)

PENDAFTARAN MASIH TERBUKA!!!!

Daftar melalui
WHATS APP 016-8495982
WHATS APP 016-8495982

JOM TAMBAH NILAI KEPADA DIRI SENDIRI🏹🏹🏹

Kami tidak menjanjikan  SALES MEROKET, apabila sertai kelas ini. Tapi kalian akan dapat ilmu bagaimana mahu menjadikan BLOG MUDAH DIJEJAK DI CARIAN GOOGLE, PANDAI MEMBINA BLOG SENDIRI LANGKAH DEMI LANGKAH TANPA PERLU MENGUPAHNYA

Bonus yang akan diperolehi
✅ Pakej ebook untuk bahan bacaan
✅ Ruang beriklan di SOHO Directori
✅ Kawan-kawan baru dalam keluarga besar ABDR
✅ Kumpulan sokongan melalui group kelas rasmi di FB

JANGAN LUPA UNTUK DAFTAR YA

Whatsapp 016-8495982
======================


Wednesday, May 10, 2017

Mengatur Langkah Bersama Akademi Bekerja Di Rumah

Teks : Zainab Norazman

Entri #76

Bagaimana ABDR membantu pelajar menjana pendapatan dari rumah?

Ia merupakan akademi yang berjalan 100% secara online.
Sudah lebih 1000 pelajar mendaftar dan belajar di ABDR secara online dan offline.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

ABDR kini mara 2000 ahli. Kalau sudah rasa ketar lutut tak boleh tahan, meh lah sertai keluarga besar kami.

Kami sedang aktif menganjurkan kelas-kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes (dropship atau produk sendiri)
3. Kelas beriklan dengan instagram
4. Kelas asas wordpress
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Kelas urus akaun bisnes online. Coaching akaun offline
8. Pendaftaran Pengurus online ABDR
7. Beriklan dengan kami, kami sediakan ruangan iklan untuk usahawan
.
.
.
Alhamdulillah, alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan kalian.
.
.
Kami bergabung dan berukhwah.
Semua orang boleh, tak kira lelaki atau wanita. Senior atau junior.
Semuanya Online. Hanya di hujung jari anda.

Zainab Norazman
Belajar Tiada Henti

Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah
- Zainab Binti Norazman -
zainabnorazman@gmail.com
016-8495982

Tuesday, May 9, 2017

Belajar Menulis Biar Berguru

Teks : Zainab Norazman

Entri #75

Rasanya dalam tempoh dua tahun juga mula terjebak dengan minat mahu menulis. Pada awalnya, saya terjebak dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Mula skodeng dua orang cikgu yang hebat. Skodeng dalam setahun. Kahkahkah. Seterusnya mengatur langkah untuk belajar menulis bermula di blog. Dalam tim ABDR.

Syukur. Dari sini, saya mengasah semula bakat menulis. Seperti menulis karangan UPSR. Ya. Tentu sekali karatnya setebal 5 inci.

Sebagai langkah mengembangkan minat, saya berguru pula dengan cikgu menulis di media sosial sebagai aset menjadikan penulisan yang berpengaruh. Serta menulis storytelling untuk lebih rapat kepada pembaca.

Sesungguhnya. Ilham idea menulis itu dari Allah. Semoga Allah tuntun hati dan ilham saya untuk menulis yang memberi manfaat.

Kalian juga pasti ada guru yang memberikan inspirasi dalam hidup kalian. Kongsikanlah di ruangan komen supaya ia juga menjadi inspirasi kepada insan lain.

Zainab Norazman
Belajar Tanpa Henti

Sunday, May 7, 2017

Resepi Tom Yam Mudahkan Kerja Suri Rumah

Teks : Zainab Norazman
Gambar : Zainab Norazman

Entri #74

Awal pagi tadi ada urusan di luar kawasan. Sebelum keluar rumah, memang sudah siapkan bahan-bahan. Tinggal nak main terjun terjun saja dalam periuk.

Sebagai suri yang kononnya banyak program pada hujung minggu. Semua kerja kena cepat. Minimakan yang maksima. Kemas rumah kena cepat. Buat apa yang patut saja. Tak perlu la bersihkan habuk almari setiap hujung minggu. Panjat tangga lap habuk kipas. Kalau ada orang buat khidmat bersihkan rumah, boleh upah dan berkongsi rezeki dengan mereka.

Hari ini kaknab kongsikan menu masak sekali terjun untuk suri rumah. Juga boleh diaplikasi oleh sura rumah yang rajin tolong isteri di dapur.

Namanya Tom Yam Madam Pum yang viral. Mudah. Terjun semua dalam periuk. Semua ada. Lauk dan sayur sekali. Sonang kerja omak, nak.

Cara nak masak ala chef tak bertauliah ni, kalian tengok kat bawah ni ya. Selamat mencuba. Sawadikap.

RESEPI TOM YAM MENGGUNAKAN PES TOM YAM MADAM PUM VERSI SURI RUMAH MAHU CEPAT 


Bahan utama ialah ayam Kak Nab guna ayam sahaja sebab orang dalam rumah semua alah denhan seafood. Potong kecil-kecil dan bersihkan dengan selawat.



Ini bahan apa adanya setakat ini. Boleh saja kalian tambahkan daun kesum, bunga kantan, brokoli, capsicum dan aoa saja yang sesuai dicampur bersama tom yam.



Panaskan air di dalam periuk. Sebab mahu cepat, Kak Nab tadah terus air panas daripada mesin Coway.


Bila air mula mendidih, masukkan bawang merah, bawang putih, bawang holland, serai dan daun limau purut.



Apabila bau bawang sudah naik, masukkan pula ayam.


Lapar punya pasal. Tutup periuk, kuatkan api. Bagi cepat masak.



Eh. Tak perasan tak sempat ambil gambar masukkan sayur. Kahkahkah. Lantaklah. Ni nak tunjuk cara masukkan pes tom yam pula.


Bila semua dah masuk. Tambahkan air perahan limau nipis. Dan garam secukup rasa.




Walla. Inilah pes tomyam yang kak nab gunakan. Kirim daripada kawan yang baru balik daripada Kedah. Tom Yam Madam Pum.

==========

Kelas Asas Online Blog juga boleh dilakukan tanoa suri perlu keluar meninggalkan anak-anak di rumah. Mudah. Hanya di hujung jari anda. Cikgu akan mengajar menggunakan medium grup whatsapp.

Tiada yang perlu gusar. Kelas berjalan selama 20 hari. InshaAllah bakal siap 44 entri jika fokus dan ikut jadual.


Apa yang akan diperolehi jika sertai KELAS BLOG ABDR

1. Akan dibimbing langkah demi langkah untuk siapkan blog.

2. Dapat ikuti nota penulisan di kelas walaupun sudah selesai kelas

3. Latihan 44 entri pertama membantu konsisten menulis di blog

4. Dapat bertukar link dengan alumni pelajar. Hampir 2K pelajar bawah kumpulan sokongan Akademi Bekerja Di Rumah.

4. Jika masih ada apa-apa pertanyaan tentang blog, Guru Online akan bantu jawab walaupun sesi kelas telah tamat.

5. Dapat menjana pendapatan melalui blog, dan juga boleh rekomen rakan untuk join kelas ini dan akan dapat komisen.

Zainab Norazman
Pengurus Online ABDR
Whatsapp : 0168495982
Emel : zainabnorazman@gmail.com

Thursday, May 4, 2017

Mak Adalah Madrasah

Teks : Zainab Norazman

Entri #73

Sekitar tahun 90an. Seingat ingat, aku dalam darjah 3 ketika itu. Mak aku mula mengajar mengaji untuk anak-anak di kejiranan. Kawan kawan aku bermain juga.
Selepas maghrib, rumah pasti riuh rendah dengan suara kanak-kanak mengaji. Ada yang bermula dengan muqaddam. Ada yang mak pindahkan naik Al Quran. Mak aku tak rotan. Mak aku tabah saja mengajar mengaji dengan lemah lembut.
Memandangkan aku kira senior juga. Sudah boleh baca Al Quran ketika itu, mak aku amanahkan aku ajar budak-budak yang masih muqaddam. Maka diperturunkanlah ilmu yang tidak seberapa.
Dari dulu, mak aku adalah guru mengaji aku. Dan kini, ada masa terluang. Mak aku pasti jadi reminder setia. Tanya sudah baca Al Quran, belum. Minta baca surah-surah amalan setiap hari. Surah As Sajadah selepas subuh. Al Waqiah selepas solat sunat dhuha. Al Mulk sebelum lena.
Cucu-cucu mak sekarang ni umur 5 tahun, mak aku selalu ingatkan mulakan ajar Iqra waktu usia begini dengan serius. Masa bekerja ni, kalau tidak sempat ajar mengaji, cari guru yang anak anak segan untuk ponteng mengaji. Hehehe. Begitulah selalu ingatan yang mak aku lontarkan.
Ini bulan Ramadhan pula bakal menjelma. Aku tengok mak aku gigih betul nak khatamkan Al Quran lagi. Mak aku kata, 1 Ramadhan nanti kena mula semula Al Baqarah.
Aku mohon daripada kalian. Doakan semoga mak aku diberi kekuatan dan kesihatan agar dipilih Allah teruskan menghayati dan membaca Al quran setiap hari.
Zainab Norazman
Sudah Baca Al Kahfi?

Kisah Pakcik Yang Membawa Tong Sampah Hijau

Teks : Zainab Norazman

Entri #72

Tekan butang lif. Ting! Pintu lif terbuka. Pakcik di sebelah masuk sambil menolak tong sampah hijau yang besar. Ya. Ada aroma yang kurang menyenangkan juga.
Selepas itu, saya dan kakak Dania menyusul bersama.
"Assalamualaikum".
Saya tersipu-sipu menjawab salam.
Tatkala pintu lif hampir tertutup, seorang gadis pula menekan butang lif. Berharap agar pintu lif terbuka semula. Masuk dengan tergopoh-gapah.
Saya menekan butang tingkat 5. Pakcik yang membawa tong sampah menekan butang tingkat 3. Gadis itu pula menekan butang lif tingkat 10. Agaknya adik ini mahu ke surau yang berada di tingkat 10. Fikir saya.
Semua berdiam melayan entah apa yang bermain di fikiran ketika itu. Kakak Dania di sebelah saya pula sibuk bersama plastik buku cerita yang baru dibeli sebentar tadi. Bergemerincing bunyi plastik. Tidak sabar mahu buka plastik buku dan baca masa tu juga.
Kakak Dania. Anak sulung yang berusia 8 tahun. Hobinya membaca buku. Betul-betul ulat buku. Sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah boleh juga membaca sambil berjalan. Begitulah sikapnya.
Tiba-tiba pakcik itu bersuara. Memecah keheningan di dalam lif.
“Nak, di luar tu hujan lebat. Anak ni drive sendiri kah nanti?”
“Hah?. Ya. Ya pakcik”. Tergagap-gagap menjawab soalan pakcik itu.
“Anak yang satu ni pula?”
“Saya mahu ke surau pakcik”.
“Ohh. Hati-hati nak. Hujan begini jalan licin. Hati-hati bawa kereta. Hati-hati berjalan”.
Kami hanya tersenyum.
Ting. Lif tiba di tingkat 3. Dan kala pintu terbuka, pakcik tersebut sudah pun menolak keluar tong sampah hijau itu.
Sekali lagi, pakcik itu menoleh.
“Assalamualaikum.” Dengan senyuman dan mengangkat tangan kanan. Sebagai tanda meminta diri.
Saya menjawab salam sambil tersenyum. Begitu juga gadis di sebelah saya.
…..
Dalam perjalanan balik ke rumah. Sambil memandu, saya terkenang-kenang peristiwa tadi.
Allah Ya Allah. Kita terlalu sibuk melayan perasaan sendiri. Kita sibuk memikirkan hal diri sendiri. Dunia kita sendiri.
Daripada sudut pandang terhadap pakcik tadi. Tanpa mengira siapa dia bertemu, dengan mudah menyampaikan kebaikan. Dengan murah hati memberikan doa kepada orang lain. Sedekah senyuman.
Hati kita. Beginilah. Memilih manusia untuk disanjung dan dihormati. Ada kekurangan sikit, kita tidak pandang. Walhal, semua sama di sisi Tuhan. Siapa kita untuk menilai seseorang dengan hanya pandangan mata kasar.
Kalaulah Tuhan membuka aib kita. Malunya. Terlalu banyak aib kita. Jika dibandingkan dengan pakcik tadi.
Dalam situasi tadi, rupanya Tuhan Yang Maha Adil telah mengangkat darjat pakcik dengan mengurniakan satu sifat mulia pada pandangan ahli langit.
Terngiang-ngiang kata kata ustaz di radio ikim. Biar kita rendah diri di mata kita sendiri. Sederhana di mata orang. Namun dipandang tinggi pada pandangan Tuhan Sekalia  Alam.
Zainab Norazman
Belajar Dengan Hati

Wednesday, May 3, 2017

Kualiti Masa

Teks : Zainab Norazman

Entri #71

Suri-suri yang bekerja dan mencari waktu kualiti di rumah bersama anak. Waktu maghrib ke isyak inilah waktunya. Masa emas yang harus digenggam erat.
Solat jemaah dengan anak. Doa kuatkan suara. Agar anak dengar dan hadam hajat si ibu. Selepas solat, peluk cium anak-anak. Baca Al Quran sama-sama.
Waktu ini juga waktu yang mustajab doa. Bercerita dengan anak sambil lafazkan doa-doa didepan anak-anak.
Semoga kita semua menjadi ibu yang sentiasa dirindui anak-anak dalam doa mereka kelak.
Zainab Norazman
#TravelogSuri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...