Thursday, August 10, 2017

Asas Sulaman

Teks : Zainab Norazman
Foto : Google
Entri #105

Sulaman asas ialah kombinasi istimewa antara benang dan juga fabrik. Ia digabungkan bersama untuk membentuk pelbagai bentuk hasil yang indah dan mengagumkan. Begitulah seni sulaman ini.

Sulaman juga dikenali sebagao kegiatan menghias di atas kain atau bahan sejenisnya yang umumnya menggunakan jarum dan benang. Selain daripada itu, konteks sulaman boleh juga dibuat penambahan hiasan sepertimanik-manik, mutiaara mahupun tampalan logam.

Atas perkembangan fesyen di dalam dunia sulaman, kini ada pula diinovasi menghasilkan barangan sulaman menggunakan sulam tampal menggunakan kain felt.




Tukang sulam terdahuli.


Sejarah ringkas mengenai seni sulaman ini, sulaman mula dikenali sejak zaman dahulu kala lagi. Kononnya pertama kali ditemui di Mesir. Penemuan mendapati terdapat kesan peninggalan berbentuk sulaman bahan tumbuh-tumbuhan  yang disulam di atas kulit binatang.



Akhirnya seni sulaman ini berkembang sehingga ke saat ini dengan pelbagai inovasi sulaman yang beraneka jenis.



Terdapat pelbagai jenis sulaman yangterhasil di segenap Negara. Namun hasil pemerhatian saya, saya akan menulis tentang 6 seni sulaman ini :



1. Seni sulaman tangan
2. Seni sulaman benang
3. Seni sulaman manik timbul
4. Seni sulaman riben
5. Seni sulaman mengait
6. Seni sulaman mesin menggunakan aplikasi computer


Seni Sulaman Tangan.


Sulaman tangan

Seni sulaman tangan ini adalah asas kepada seni sulaman. Setiap aspek sulaman berhubungkait dengan sulaman asas ini

Seni Sulaman Benang.



Sulaman Benang


Sulaman benang juga dikenali sebagai sulaman tangan, sulaman benang halus tangan atau seni jahitan benang. Ia mempunyai nilai tersendiri disebabkan keunikkannya. Sulaman benang memerlukan penyulam yang mahir dan kreatif dalam menghasilkan sulaman benang yang cantik. Di negara-negara barat, mereka mengangkat hasil sulaman benang ini sebagai hasil tenunan tangan yang diminati ramai.


Sulaman benang ini boleh diaplikasikan sebagai karya sulaman pada barangan wanita seperti pakaian, beg tangan, kasut, bahkan hiasan-hiasan di rumah juga boleh menggunakan seni sulaman benang ini untuk menghasilkan motif bunga cantik.



Seni Sulaman Manik Timbul



Sulaman manik merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat rumit untuk dijahit. Walaupun begitu, sulamanmanik ini dapat menaikkan lagi seni setiap pakaian, beg tangan, kasut dan sebagainya.



Seni Sulaman Reben


Keanggunan seni sulaman reben ini pula dapat diaplikasikan pada barangan seperti bag, pakaian, tudung, stokin dan pelbagai barangan kesayangan. Ditambah pula penggabungan dengan keunikan manik dan keindahan sulaman benang, pastinya karya yang dihasilkan akan mencuri perhatian setiap mata yang memandang.

Seni Sulam Kait


Sulam benang kait ini mempunyai satu trend yan tersendiri dengan rekaan motif yang menjadi kegemaran para penyulam benag kait. Jika di Negara Eropah, sulaman benang kait ini sangat popular malah nilainya akan menjadi tinggi apabila sulaman ini dihasilkan dengan motif timbul. Ia dikenali sebagai sulaman benang brazilion. Kebanyakan penyulam gemar menghasilkan barangan seperti pakaian, alas meja, kasut bayi, dan juga aksesori rumah. Semua hanya menggunakan aplikasi sulaman benag kait.


Dalam menghasilkan sulam benang kait ini, ia akan memakan masa yang agak lama kerana sepenuhnya menggunakan tangan tanpa adanya bantuan mesin. Sebab itulah hasil sulam benang kait mengaplikasikan satu corak saja untuk satu hasil. Ini ekoran daripada setiap proses mematikan serta penyambungan satu-satu sulam benang kait akan memberi hasil yang berbeza.

Seni Sulaman Mesin

Dan yang terakhir ialah senia sulaman mesin. Seni sulaman mesin jauh berbeza dengan seni sulaman yang lain kerana ia sepenuhnya menggunakan khidmat mesin dan juga aplikasi perisian berkomputer. Secara asasnya, lakaran corak akan dibentuk di dalam komputer menggunakan aplikasi dan kemudian dipindahkan ke dalam mesin. Mesin akan bekerja keras menghasilkan motif yangbtelah dilakar itu.

Terjebak dengan dunia sulaman, saya bermula dengan seni sulaman mesin. Hasilnya saya tepekkan di bawah ini ya. Dengan izin Allah, saya akan tulis nota lengkap tentang jenis sulaman ini.


Proses sulam nametag sekolah

Sulam tuala perkahwinan

InshaAllah. Sampai jumpa lagi.

Zainab Norazman
Penyulam Mesin Tegar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...