Monday, August 7, 2017

Jenis-jenis Mesin Jahit

Teks : Zainab Norazman
Foto : Google
Entri #101

Sejak daripada dahulu lagi, kita hanya mengenali mesin jahit manual atau mesih jahit tradisional sahaja. Sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan untuk bergerak pantas, semakin banyak wujud mesin jahit jenis moden. Antaranya ialah mesin jahit elektrik sehingga mesin jahit berkomputer.

Sebagai permulaan sebelum kalian merancang untuk membeli mesin jahit, kalian perlu mengetahui jenis-jenis mesin jahit serta fungsi setiap mesin jahit tersebut. Hal ini agar kalian boleh membuat pilihan yang tepat mengikut keperluan fungsinya.

Bagi yang baru mahu memulakan minat dan kerjaya dalam dunia jahitan, asas pengetahuan ini sangat perlu untuk diketahui terlebih dahulu. Kerana kalian perlu untuk memandu ke arah sub bidang jahitan mana yang kalian mahu terajui. Sekiranya kalian mahu terjun ke bidang jahitan barangan kraf yang kecil dan comel, memadai sekiranya kalian memilih mesin jahit jenis portable sahaja. Ianya kecil dan ringan. Namun untuk memasuki bidang jahitan pakaian, langsir, ataupun telekung, kalian perlukan mesin jahit jenis industri, Mesin jahitan jenis industri berat dan boleh menampung kain yang berat dan besar.

Sebenarnya, di zaman serba canggih ini, masih ada tukang jahit yang masih setia dengan mesin jahit tradisional. Hal ini ada kaitannya dengan nilai sentimental si tukang jahit. Kerana ia masih menjaga warsan lama dengan menggunakan mesin jahit tradisional. Itulah namanya cinta.

Baiklah. Saya akan kongsikan apakah jenis-jenis mesin jahit dan fungsinya.

1. Jenis mesin jahit klasik.

Mesin jahit tradisional

Mesin jahit tradisional begini digunakan untuk menjahit pakaian atau produk yang ringan. Ingat tidak? Zaman kita kecil-kecil, kebanyakan makcik tukang jahit menggunakan mesin ini. Untuk lebih mudah dan cepat, kita boleh gunakan motor yang di pijak di bawah. Mesin jenis ini juga menggunakan satu rantai yang bersambung ke roda di bawah. Bahagian itulah temoat kegemaran bermain pandu kereta.

Keistinewaan mesin jahit begini, sebagai orang yang baru mula belajar menjahit, mesin ini sangat mudah.

2. Mesin jahit mudah alih.

Mesin jahit portable.


Sejajar dengan peningkatan zaman serba canggih, maka semakin banyak mesin jahit elektrik dicipta. Yang paling ringan dan mudah ialah mesin jahit jenis mudah alih. Atau panggilan yang sering digunakan ialah mesin jahit portable.

Menggunakan kuasa elektrik dan perisian komputer. Pelbagai jenis jahitan asas mahupun kekal yang sudah tersedia di dalam mesin. Kalian hanya perlu menukar jenis jahitan dengan hanya dihujung jari anda.

Mesin jahit jenis portable ini mudah untuk diperoleh. Pelbagai jenama terkemuka memiliki model mesin jahit jenis ini. Yang perlu di timbang-tara ialah mengikut keperluan kita sendiri.

Mesin jahit portable boleh menjahit baju yang menggunakan kain ringan dan juga produk kraf yang bersaiz sederhana.

3. Mesin jahit industri.

Mesin jahit industri


Sekiranya kalian sememangnya tukang jahit yang fokus kepada pakaian yang banyak, jahitan langsir dan baju korporat, meisn jahit jenis industri ini snagat berbaloi untuk dimiliki. Ia semakin teruja melihat cara ia bekerja. Dengan kepantasan yang maksima. Dan kuasa 'kudanya', ia sangat membantu industri tekstil yang besar menghasilkan produk jahitan dengan cepat.

Inilah dia tiga jenis mesin jahit asas yang ada di pasaran kini. Sebagai tukang jahit yang baru mahu bermula, penting untuk kita mengetahui asas setiap mesin jahit agar kita dapat memilih jenis mesin jahit yang sesuai dengan skop bidang jahitan yang kita terajui.

Selepas ini saya akan kongsikan pula jenis mesin jahit yang sesuai jika mahu berkecimpung dalam bidang sulaman. Satu skop bidang dalam dunia jabitan yang sangat menarik.

Sampai di sini dulu ya. Doakan idea menulis itu mencurah-mencurah bagai hujan yang turun. Ia juga anugerah Allah.

Zainab Norazman
Tukang jahit baru mahu bermula



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...