Sunday, July 8, 2018

KHASIAT JUS ASAM KUNYIT UNTUK WANITA

Teks : Zainab norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #142


Untuk wanita, suri dan yang sepangkat mak-mak macam aku, minum jus asam kunyit ni bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran.

1. Membersihkan kekotoran dalaman wanita.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka dalam.
3. Mengurangkan perut buncit.
4. Mengecutkan rahim.
5. Juga bagus untuk kecantikan kulit luaran.

Ha. Hujung minggu begini, kalau rajin, boleh kisar sendiri. Kalau huruf M besar, beli saja yang sudah sedia untuk diminum.

Kawan-kawan di Kota Kinabalu, saya syorkan jus kunyit adik Sara Go ni. Rasa dia seimbang masam, manis dan rasa kunyit. Senang telanlah untuk yang kurang suka jamu jamu ni.

Boleh dapatkan di Hawa Beauty Centre di Tingkat 2, Karamunsing.

Atau hubungi untuk tempahan :

Hawa Beauty ‭Centre 016 838 8362‬
Hawa Beauty Centre 016 838 8362‬
Hawa Beauty ‭Centre 016 838 8362‬

Zainab Norazman
#ulasanproduk

Tuesday, July 3, 2018

LIRIK LAGU JANGAN MENANGIS HABIBAH

Teks : Zainab Norazman
Entri #141

Memandu sendirian di kala pagi hening, selalu saja merusik hati dan perasaan. Kadang tu, berkhayal jauh memikirkan masa depan dan masa lalu.

Selain dalam qiam, momen beginilah boleh kita ambil peluang untuk bercakap-cakap dengan diri sendiri. Berbisik-bisik pada Allah. Sambil muhasabah salah silap yang terlanjur dengan emak, suami dan anak-anak. Terlebih-lebih gurau dengan kawan.

Masa itulah airmata akan mengalir lagi. Hahaha. Dalam hati kata, nangislah. Dengan harapan kereta sebelah tak nampak kot.

Pagi kemarin, sambil memandu dan mendengar siaran dari ikim.fm, terlintas pula lagu kesukaan yang selalu membuatkan hati siapa saja boleh tersentuh.

Jangan Menangis Habibah dendangan Aris Ariwatan, sebuah lagu yang ditulis oleh beliau khusus untuk kakaknya yang masa itu sedang bertarung menahan kesakitan akibat kanser yang kian merebak. Lirik lagu ini ditulis untuk memberikan inspirasi dan kekuatan buat kakaknya agar dapat melawan kesakitan itu.

Tatkala melihatkan kakaknya semakin terinspirasi dan kian pulih, Aris Ariwatan menghadiahkan pula lagu ini buat seluruh insan yang bergelar wanita di luar sana.

Agar jika ada yang sedang sakit, kita ambil semangat itu.

Jika ada yang berduka, jadikan ia sebagai sumber merawat duka.

Begini bunyi liriknya.

Kemari sini Habibah,
Lepaskan gundah gulana,
Izinkanku mendengar,
Resah jangan terus dibiar.

Jangan menangis Habibah,
Penatmu itu ibadah,
Isteri yang taat setia,
Syahidlah ganjarannya.

Teladanilah wahai wanita,
Betapa tabah Siti Khadijah,
Luhurnya hebatnya Fatimah.

Teladanilah wahai wanita,
Selautan ilmu Siti Aisyah,
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah.

Solat lima waktu,
Puasa di Ramadan,
Taati suamimu,
Maruah dipertahan.

Sabdanya pilihlah,
Syurga mana,
Pintu mana,
Yang kau suka.

Pada hemah saya sebagai seorang wanita, “Jangan Menangis Habibah” adalah lagi untuk kita.

Kita wanita. Kita sang kekasih. Seorang isteri. Seorang ibu.

Kesakitan itu bukan untuk sakit fizikal semata. Boleh jadi untuk apa saja rasa yang kita lalui sehari-hari. Penat dan lelah yang terasa, aduh tidak tertanggung oleh tubuh kecil ini.

Penat dengan kerja di pejabat, kerja di rumah.
Penat menguruskan hal rumahtangga yang kadang teruji dengan perasaan dan tergigit lidah.
Penat memikir cara terbaik agar bisa mencurahkan dan menyalurkan kasih dan sayang buat anak-anak dengan tarbiah yang terbaik.
Penat menahan rasa pedih hati dek berlakunya kepincangan dan kecelaruan akhlak remaja hari ini.
Penat membaca serba-serbi cerita di media sosial.

Dan jadi netizen yang tidak mahu memikir pun penat juga. Penat sebab tidak memikir. Penat sebab asyik menuding jari semata.

Baik, kita kembali ke perbincangan asal. Hehe.

Duhai wanita, jangan menangis lagi. Setiap penat itu Allah jadikan ia sebagai hadiah ibadah. Allah jadikan wanita itu istimewa dengan satu kekuatan luar biasa yang ada dalam jiwa mereka.

Hidup ini perlu dijalani.

Lirik lagu ini juga mengajak setiap suri itu menghayati kisah dan perjuangan wanita di zaman Rasulullah SAW.

Perjuangan Sayyidatina Siti Khodijah, Siti Aishah, Fatimah Az Zahra, dan taqwanya Rabiatul Adawiyah.

Kerana setiap penat itu ibadah.

Jalani hidup ini dengan tenangnya. Jaga solat. Pelihara puasa. Taat kepada suami. Tambah amal-amal sedekah. Dan jaga maruah dan aurat kita. Jaga aib ayah ibu dan suami.

Lalu Rasulullah SAW bersabda, kau pilihlah pintu syurga mana yang kau suka. Pilihlah puntu syurga mana yang kau mahu masuk.

Pilihlah pintu syurga mana.

Zainab Norazman
Wanita yang mencemburui wanita syurga.

Monday, July 2, 2018

TIP MEMBACA AL-QURAN DENGAN PENUH CINTA

Teks : Zainab Norazman
Entri #140

Mohon izin kepada yang menulis ini. Saya kongsikan di sini untuk kalian yang sudi menjenguk ke rumah saya ini.

Begini tulisan ini.

Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik-bisik  dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.

Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.

Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri; Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:

Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya.

1. JUNJUNG (Letak atas kepala),
Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.

2. CIUM;
Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. PELUK (Letak di dada dengan erat),
Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.

Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita.

Amalkan tip ini, insya-Allah kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa.

Wallahu a'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...