Tuesday, November 12, 2019

Ebook 21 Cerita Murah Rezeki : Khidmat Pada Ibu Bapa


Dah baca ebook ini saya terfikir sendiri yang rezeki itu bukan sahaja ada pada aktiviti sedekah, beri hadiah dan sebagainya.

Jujurnya, ada juga benda lain yang kita buat boleh menyebabkan pintu rezeki itu terbuka seluas-luasnya. Contoh mudah ialah buat baik kepada ibu bapa sedangkan kita ini bukan kaya mana. Jadi apa yang kita boleh lakukan ialah:

Bantu di dapur, bantu di rumah, mudahkan emak ayah di sana sini. Kemaskan itu, kemaskan ini. Beri mereka ini rasa selesa, rajin buat itu ini.

Sungguhlah, apabila tengok ada adik beradik yang rajin tolong emak ayah, mereka ini lebih tenang dan senang dari yang lain. Kehidupannya, kerjanya, semuanya ada banyak kemudahan yang Allah beri.

Ada lagi 21 cerita dalam ebook ini untuk kalian baca, siap ada 5 teknik mudah nak buat bagi membuka banyaknya pintu rezeki ke rumah kita.

RM69 sahaja, berbaloi ada lebih 50 muka surat.

Klik sini:

https://bit.ly/32zhrM9
https://bit.ly/32zhrM9
https://bit.ly/32zhrM9

Sunday, November 10, 2019

Ebook 21 Cerita Murah Rezeki : Orang Kaya Yang 'Kaya'


Baru saya tahu kenapa orang kaya makin kaya. Rupanya mereka ada rutin yang hebat dan tersusun.

Bab kebersihan, bab rumah, bab dalam setiap sudut dan ruang semua diambil kira supaya senangnya rezeki nak masuk. 

Kita tak perhati teliti bab ini. Kita tahu balik rumah terbongkang depan tv dan mulalah asyik dengan filem atau drama. 

Solat jadi terlewat, makan dah terhidang pun kita culas, biar sejuk dan akhirnya jadi tak sedap.

Orang kaya, berusaha semuanya dengan tersusun. Waktu makan, mereka raikan rezeki tersebut ramai-ramai. Nasi masih berasap, lauk masih keluarkan wap, semuanya makan dan sibuk bersembang. 

Sekarang saya dah tahu dan saya kena buat semua itu supaya banyaknya rezeki masuk dan tak putus-putus.

Benarlah, kalau rezeki sedikit pun kita tak hargai, macam mana Allah nak beri rezeki yang banyak kepada kita kan? Kalau nak tahu banyak lagi cerita tentang orang yang Allah murahkan rezeki ini, baca ebook ini, murah sahaja RM69 ada lebih 60 muka surat siap ada 5 teknik mudah membuka pintu rezeki.

Klik sini:

https://bit.ly/32zhrM9
https://bit.ly/32zhrM9
https://bit.ly/32zhrM9



Monday, October 28, 2019

Phonegraphy : Minum Petang Roti



Sebab dah belajar #phop kan, rugilah tidak aplikasi dalam kehidupan seharian.

Bukan untuk menunjuk, tapi kita sejenis suka explore ilmu Allah Ya Wasi', luas sangat ilmu Allah ni untuk kita terokai, untuk kita lebih mengenal keindahan alam, untuk kita lebih mengenali Sang Pencipta.

Hujan begini, nikmati rezeki Allah dengan keindahan.

Zainab Norazman
Suka tangkap gambar.

#PhopByLiniMohd
#phonegraphybyzainabnorazman

Saturday, October 26, 2019

Kambing Perap Teragung






Punyalah senang nak makan daging kambing sekarang ni. Cuma panaskan, terus boleh dihidang. Itulah powernya produk terbaru keluaran Salwa, “Kambing Perap BBQ dan Blackpaper”.

Tekstur dagingnya tu punya lah lembut. Tak ada bahagian yang liat sampai rasa nak tercabut gigi bila dok gigit. Lagi best sebab kandungannya tiada bahan pengawet asing.

Saiz hidangannya sesuai untuk dua orang makan. Yang hantu kambing, boleh makan sorang-sorang! Kongsi tak cukup woih.

RM 15 satu pack, tak termasuk kos kurier. Berat 250g.

Beli di sini: https://bit.ly/31Kq7Pf


  • Atau terus mesej ke www.wasap.my/60165225982/nakkambing

Friday, October 11, 2019

Ketika Awan Berbicara


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Laju hati ini memuja memuji Ya Khaliq saat melihat panoram nan indah ini tadi. Selayaknya puja dan puji itu dikembalikan kepada Dia.

Allahu Allah. Setiap kali kepala mendongak ke atas memandang langit, lidah jadi kelu. Hati terus merintih merayu agar Allah zahirkan rasa ini dengan apa. Tidak ada. Hanya 'speechless' dengan keindahan-Nya

Indah Ya Badi'

Damai Ya Mukmin.

Tenang Ya Salam.

Terima kasih Allah atas segala nikmat dan hikmah hari ini.

Zainab Norazman
Tangkap gambar dengan cinta.

Saturday, August 10, 2019

BICARA HATI SEMPENA AIDIL ADHA DAN IBADAH QURBAN

Entri #152





Allahumma Ya Rahman ya Rahim, rahmati dan restuilah kehidupan kami umat di akhir zaman. Kami bersyukur kepadaMu masih memilih kami atas landasan Islam, Iman dan Ihsan dan mengizinkan kami menunaikan dan menghayati ibadah quran sempena Hari Raya Aidil Adha ini. Ya Allah Ya Zohir Ya Haq, zahirkanlah kepada kami rahsiaMu disebalik ibadah Qurban ini.

Allahumma Ya Mumit, yang Maha Mematikan, sebagaimana Engkau menyembelih dan mematikan binatang qurban ini buat kami dan seluruh umat di akhir zaman ini sebagai ibadah qurban kami, sembelihkan, matikan dan putuskan juga kecintaan dan rasa ketamakkan kami kepada dunia yang hina yang sentiasa menghalang kami dan membuat kami lalai untuk mendekatkan diri kepadaMu Ya Rabb. 

Allahumma Ya Qoreeb, tariklah roh kami dan roh seluruh umat di akhir zaman ini dekat denganMu utk kami bersunyi sunyian denganMu di pagi² hari dan berkorban untuk agamaMu di siang hari. Allahumma Ya Baathin, hilangkanlah wajah² makhluq pada cermin hati kami dan dan Ya Zohir Ya Haq, zahirkanlah wajahMu Allah, iaitu Nama, Sifat dan perbuatanMu pada cermin hati kami agar kami tidak mempersekutukanMu dengan sesuatu dan dapatlah kami sentiasa memuji²Mu Ya Hameed yang Maha Terpuji, membesar²kanMu Ya Kabir Ya Mutakabbir, Rabb yang Maha Besar dan memiliki segala kebesaran di alam buana ini, meninggi²kanMu Ya ‘Aliy Ya Muta’ali yang selayakkan ditinggi²kan dan mengagongkanMu Ya Adzim yang Maha Agong sebagai Rabb sekalian alam Ya Malik Ya Malikul Mulk.

Allahumma Ya Zohir Ya Haq, zahirkan juga pengorbanan NabiMu Nabi Ibrahim a. s, Nabi Ismail a. s dan Siti Hajar r. a. dalam perjuangan agamaMu agar kami dapat mengikut contoh tauladan mereka dalam kehidupan di dunia ini.

Engkau menzahirkan bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu sangat kuat kecintaan kepadaMu Ya Waduud sehingga ketikamana Engkau mengarahkan baginda meninggalkan keluarganya di padang pasir yang kering kontang dan tiada berpenghuni, baginda mentaati perintahMu tanpa soal dan tanpa bantah, kerana yakinnya baginda kepada kekuasaanMu dalam menolong hamba²Mu yang berjuang di jalan agamaMu.

Maka, dengan kekuatan cinta dan penyerahan kepadaMu Ya Waduud, Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari’, pemilik cinta dan pengurus, pentadbir dan pengatur segala urusan hamba²Mu di alam ini, maka Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf Ya Kareem menghadiahkan air
zam-zam yang mengalir sehingga ke saat ini tidak pernah berhenti dengan begitu banyak sekali diatas pengorbanan, kepasrahan dan pergantungan sempurna hamba²Mu ini kepadaMu.

Maka, sebagaimana Engkau Ya Allah Ya Waduud, Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari’ mengurniakan kekuatan cintaMu kepada jiwa Nabi Ibrahim a.s. dan kekuatan penyerahan dan pergantungan kepadaMu, maka, kurniakan juga kami dan seluruh umat di akhir zaman ini rasa cinta dan rasa penyerahan, kepasrahan dan kebergantungan kepadaMu yang sempurna kepada jiwa kami sehingga kami tidak ragu² lagi dengan kekuasaanMu Ya Rabbi.

Allahumma Ya Zohir Ya Haq, Engkau juga menzahirkan kekuatan cinta dan pengorbanan Nabi Ismail a.s. terhadapMu dimana ketika baginda diarahkan olehMu untuk disembelih, baginda tetap tunduk dan taat kepadaMu dengan daya ketundukan dan ketaatan dariMu jua Ya Allah Ya Qohhar Ya Sami’ Ya Baaqi Ya Quddus. Oleh itu Ya Allah Ya Qohhar Ya Sami’ Ya Baaqi Ya Quddus, sebagaimana Engkau mengurniakan kepada NabiMu Nabi Ismail a.s. kekuatan ketundukan dan ketaatan sempurna kepadaMu, kurniakan daya ketundukan dan ketaatan itu juga buat kami hamba²Mu dan seluruh umat di akhir zaman ini yang telah Engkau amanahkan dengan tugas² khalifah akhir zaman agar kami dan seluruh umat di akhir zaman ini dapat bersegera melaksanakan segala perintah²Mu dan menjauhi larangan²Mu dan mampu melaksanakan kerja dakwah dan amal makruf, nahi mungkar bagi memimpin ummah di atas jalanMu yang lurus Ya Allah Ya Haq.

Allahumma Ya Zohir Ya Haq, Engkau juga menzahirkan kekuatan cinta dan pengorbanan Siti Hajar r.a. terhadapMu dimana Engkau Ya Aziz ya Qowiy Ya Matin Ya Waduud Ya Sobur Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad mengurniakan daya keperkasaan, kekuatan, keteguhan, kecintaan dan kesabaran serta kebergantungan kepadaMu dimana ketikamana dia menerima berita yang suaminya akan keluar berjihad di jalan agamaMu dan terpaksa meninggalkan beliau bersama anak yang kecil di padang pasir yang kering kontang dan tiada berpenghuni, beliau tetap tunduk dan taat kepada perintahMu Ya Allah. Maka, dengan zahirnya berikhtiar dan bathinnya terus menjerit memanggil²Mu Ya Allah Ya Rozzaq Ya Wahab Ya Kareem, akhirnya Engkau menunaikan rintihannya dengan mengurniakan air zam-zam buat mereka terus hidup di bumiMu sehingga bumi Mekah menjadi sangat subur dan Engkau datangkan ramai manusia untuk hidup disana dan Engkau menjadikan bumi Mekah itu bumi yang Engkau berkati dan bumi suci diatas kesucian ketauhidan dan keimanan yang sempurna para Nabi²Mu dan keluarga mereka. Oleh itu, Ya Aziz ya Qowiy Ya Matin Ya Waduud Ya Sobur Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad, kurniakan juga kami dan seluruh umat akhir zaman ini daya keperkasaan, kekuatan, keteguhan, kecintaan dan kesabaran serta kebergantungan kepadaMu untuk kami meneruskan pengabdian dan tugas² khalifah di bumiMu ini.

Allahuma ya Mumit, kami semua akan mati, maka matikanlah kami dan seluruh umat akhir zaman ini dalam keadaan hati ini mencintaiMu Ya Waduud, dan jasad ini berkorban utk perjuangan agamaMu sehingga titisan darah kami yang terakhir dan Ya Allah Ya Mumit Ya Syahid, matikan kami sebagai syuhada’Mu di medan perjuangan.






Thursday, February 7, 2019

Teks : Zainab Norazman
Gambar : Must Read Sdn Bhd
Entri #151




Ketika buku ini melintas di dinding facebook melalui Must Read, secara tidak langsung wajah gadis Cina bermata sepet Deanna Chee masuk ke gambaran minda saya.
Sepanjang mengenali adik ini di alam maya dan pernah bertemu sekali di dalam satu kelas penulisan content, saya tahu dia telah melalui pelbagai rasa dan sakit yang amat. Namun melihat akan semangat walau dalam berairmata, saya akui, saya banyak mencuri kekuatan itu menjadi inspirasi untuk kehidupan saya, yang belum diuji dengan sakit.
Dan saya yakin, buku ini pasti banyak ceritanya. Cerita yang akan mendidik hati kita agar menjadi kuat seperti Ninja Kecik ini.
Tahniah adik! Kak Nab bangga dan rasa amat terharu dengan kelahiran buku Teguran Dari Langit. Semoga ia terus memberikan sinar harapan buatmu.
Terus kuat, sayang!
.
.
.
Jika anda ingin menjadi antara yang terawal memiliki buku berpotensi bestseller ini, klik pada pautan di bawah.
Atau boleh berurusan terus ke talian WhatsApp di link yang tertera.

Friday, January 25, 2019

Kenangan, Cipta Bersama Anak-anak

Teks : Zainab Norazman
Entri #150

Hari itu rakan sekerja saya sebut begini. Memori paling dia ingat tika bersama arwah abah mereka. Setiap malam Jumaat, mereka adik beradik akan dicutikan kelas mengaji. Abah mereka akan kumpulkan semua adik-beradik dan mereka akan baca surah Yaasin ramai-ramai.

Abah mereka kata, "Nak halau hantu malam Jumaat supaya tak masuk rumah mereka." Hahaha, sambil gelak kawan saya tu bercerita, tapi di kelopak matanya seakan ada air kolam yang bakal tumpah.

Sungguhlah. Kenangan masa kecil itu selalu buat kita rindu.

Aktiviti rutin yang ringkas saja, namun besar impaknya dalam kehidupan kita saat dewasa begini.

Part saya. Saya paling ingat ialah memori makan malam beramai-ramai. Walau ada meja makan, emak akan letak semua lauk di atas talam. Bapa, emak dan semua adik-beradik duduk makan dalam bulatan. Ada semangkuk air basuh tangan di tepi arwah bapa. Pinggan arwah bapa paling lebar. Pinggan dan gelas khas untuk bapa. Tiada anak-anak yang berani guna. Hehehe. Kecuttt.

Ya, memori itu yang paling melekat di dalam hati.

Kalian juga pasti ada memori yang tidak dapat hilang dari kotak kenangan kan. Simpanlah ia dengan cermat. Atau kongsikan pula bersama anak-anak kita hari ni. Semoga ia bakal menjadi memori baru yang lebih indah dalam kehidupan anak-anak kita nanti.

Apabila kita sudah tua. Atau sudah tiada.

Zainab Norazman
Mencipta sebuah memori baru

Thursday, January 17, 2019

Ayam Goreng RM1 Dan Sebuah Kejujuran

Teks : Zainab Norazman
Entri #149

Ibu, jimat Rayyan beli ayam goreng tadi. Makcik kantin ambil RM1 jak.

Harga sebenar berapa ringgit, Rayyan?

Sepatutnya RM2. Tapi bila Rayyan cek poket seluar, Rayyan ada baki lagi RM1.

Ehh, mungkin Rayyan salah bagi duit?

Ya kot. Rayyan ingat sudah bagi RM2. Biarlah ibu. Rezeki Rayyanlah tu. Makcik kantin tidak minta pun duit Rayyan lagi.

Ehh ehh ehh. Mana boleh macam tu. Mungkin Rayyan silap bagi duit, dan makcik kantin mungkin tidak perasan tu. Esok Rayyan bayar extra RM1 k pada makcik kantin. Kasihan makcik kantin, itu kan punca rezeki dia.
.
.
Lalu sepanjang perjalanan pulang ke rumah semalam, gigih ibu bercerita tentang amanah dan kejujuran yang wajar kita pegang hamba Allah. Berharap agar-anak faham dan hadam bebelan ibu itu. Simpan sampai jadi tua. Hehehe.

#kaknab membebel
#ceritakami

Wednesday, January 9, 2019

Sertai Kumpulan Sokongan Membaca Khairul Hakimin Mohamad, Bantu Bina Semangat Baca Buku Setiap Hari

Mengimbau kembali memori pada tahun 2017. Ketagihan saya membeli dan terus membeli buku sehingga berjumlah RM600 pada tahun tersebut.

Lalu, tahun 2018 saya azam untuk kurangkan perbelanjaan membeli buku dan bahan bacaan buat sementara waktu memandangkan rak buku semakin hari semakin sendat dengan buku.

Saya cuba mengalihkan tabiat membeli kepada tambahkan kerajinan membaca dan menghabiskan menerokai semua buku yang sudah lama dibeli tapi belum pernah dibaca.

Saya mengambil keputusan pada tahun 2018, saya meletakkan cabaran membaca 50 buku di dalam aplikasi Goodreads sebagai suntikan vitamin R itu. Namun ia tidak kesampaian atas faktor lebih banyak 'membaca' (baca sebagai membawang) di facebook dan whatsapp. Kahkahkah.

Jadi sebagai pembukaan tahun baru 2019 ini, saya ada azam baru untuk #ceritaduniabuku saya. Orang kata, kalau mahu berhijrah, jangan tamak untuk meletakkan azam setinggi langit. Buat sikit sikit,  asalkan istiqomah.

Untuk tahun ini, saya azam membaca sekurang-kurang 2 buah buku setiap bulan dan jika ada tambahan kerajinan, saya tetapkan maksimum 20 buah buku tahun ini.

Tambahan lagi, ada satu grup sokongan untuk pencinta buku dan mencintai hobi membaca buku kelolaan Tuan Khairul Hakimin. Baru 3 hari berhimpun bersama orang-orang yang taksub dengan dunia buku, saya sudah merasakan bahawa berkemungkinan tahun ini saya boleh baca lebih dari 20 buah buku. Wahh. Baru tadi sebut, jangan tamak. Kihkihkih. Okeh sekadar bergurau. Kalau jadi, alhamdulillah.

Kalian jika mahu bersama-sama di dalam grup tersebut, terus saja join, usah fikir panjang panjang lagi.

Ini iklan dan jemputan ke grup Kelab Buku KHM.
.
.
Kelab Buku KHM. Kami dah buka Group Telegram.

Siapa yang membaca, suka buku, suka hal-hal dunia buku, jemput sertai semua. Klik link ini ya:

https://t.me/joinchat/KINlWxR-Nx4_a-kFl-rlxg
https://t.me/joinchat/KINlWxR-Nx4_a-kFl-rlxg
https://t.me/joinchat/KINlWxR-Nx4_a-kFl-rlxg

Zainab Norazman
Jom membaca!

Tuesday, January 8, 2019

Azam 2019, Mengurangkan Pendedahan Terhadap Skrin

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #147

Bergelar ibu, anak masuk sesi persekolahan, ibu yang paling sibuk.


Sekejap jadi tukang jahit. Jahit tudung sekolah anak, jahit lencana dan tag nama.

Benda paling 'layan', balut buku teks. Ya lah, anak-anak masih kecil, takkan nak dera balut buku sendiri. Ibu mithali juga yang ambil peranan.

Awal sesi, banyak tangan-tangan kecil bantu buka selotap, gunting selotap. Senang kerja ibu.

Tepat jam 9, "Ibu, masa kami telah tamat. Jam loceng tidur sudah berbunyi".

Disebaliknya, ibu pun melonjak horaiii. Boleh buka hp. Hehehe.

Azam 2019 kami, tiada gajet untuk hari Isnin hingga Jumaat. Untuk ayah dan ibu, dilarang sama sekali 'melayani' hp mula balik kerja sehingga jam 9 malam iaitu waktu tidur anak-anak.


Makna kata, tunggu anak-anak tidur baru boleh tengok hp. Kalau ada saya sempat membuat hantaran atau menjawab wassap waktu perintah berkurung itu, ertinya saya sedang kunci pintu bilik dan curi-curi buka hp. Kahkahkah.

Zainab Norazman
Misi membanteras terlalu terdedah pada gajet.

Sunday, January 6, 2019

Zikir Allah Allahu Robbuna, Melepaskan Segala Kesusahan Di Hati

Teks : Zainab Norazman
Foto : Ihsan Google
Entri #146

Dalam hidup ini, selagi ada Allah, lepaskan segala rasa itu kepada Dia.

Zikir ini zikir yang hebat. Mampu melepaskan semua rasa kesusahan di dalam hati kita menjadi kelapangan yang tidak terperi.

Allah Allahu Robbuna Laa Nusyriku Bihii Syai-aa.

"Allah Allah Rabb kami, kami tidak akan menyekutukan Mu sekecil apa pun".

#kaknab


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...