Showing posts with label Cerita Kami. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kami. Show all posts

Thursday, January 17, 2019

Ayam Goreng RM1 Dan Sebuah Kejujuran

Teks : Zainab Norazman
Entri #149

Ibu, jimat Rayyan beli ayam goreng tadi. Makcik kantin ambil RM1 jak.

Harga sebenar berapa ringgit, Rayyan?

Sepatutnya RM2. Tapi bila Rayyan cek poket seluar, Rayyan ada baki lagi RM1.

Ehh, mungkin Rayyan salah bagi duit?

Ya kot. Rayyan ingat sudah bagi RM2. Biarlah ibu. Rezeki Rayyanlah tu. Makcik kantin tidak minta pun duit Rayyan lagi.

Ehh ehh ehh. Mana boleh macam tu. Mungkin Rayyan silap bagi duit, dan makcik kantin mungkin tidak perasan tu. Esok Rayyan bayar extra RM1 k pada makcik kantin. Kasihan makcik kantin, itu kan punca rezeki dia.
.
.
Lalu sepanjang perjalanan pulang ke rumah semalam, gigih ibu bercerita tentang amanah dan kejujuran yang wajar kita pegang hamba Allah. Berharap agar-anak faham dan hadam bebelan ibu itu. Simpan sampai jadi tua. Hehehe.

#kaknab membebel
#ceritakami

Sunday, August 20, 2017

Semut

Teks : Zainab Norazman
Entri #124

Pernah orang kata pada Kak Nab, ibu ni umpama gula pada anak-anak. Anak-anak pula itu umpama semutnya. Ini bermakna, ibu dorang ni sweet lah sangat kan.

Mana tidaknya, ibu masak di dapur, ada juga 'ekor' yang membontot. Ibu jemur kain, pun jemr kain juga. Ibu baring-baring di ruang tamu, semua berulit dengan ibu. Ibu masuk bilik jahit, maka di sana juga mereka berkhemah.

Sorang baring bawah kerusi sambil baca buku. Yang budak cantik ni mesti di belakang ibu, tersepit di antara ibu dan belakang kerusi. Dan srang lagi habis barang dalam bilik jahit ni diterokai.

Mana barang yang ibu lama tidak jumpa, tiba-tiba masa itu jugak terkeluar dari tempat persorokan. (Eh, ada kah perkataan ni).

Haih la anak. Tunggulah kalian besar sikit, kita buat projek jahit sama-sama. Sorang ibu suruh gunting kain. Sorang jahit. Dan sorang lagi menyulam. Ibu pula duduk-duduk goyang kaki. Hehehe.

Zainab Norazman
Ibu 3 Anak Comel. Aisemen.

Wednesday, August 9, 2017

Mendidik Hati Dalam Mendidik Anak

Teks : Zainab Norazman
Entri #104

Ada suatu hari itu, aku berasa teramat marah pada Kakak Dania. Balik saja daripada sekolah, tanpa membuka pakaian sekolah, terus saja dia mengambil buih sabun yang sudah diadun malam sebelumnya. Mengambil penyedut minuman dan bermain belon sabun di ruang tamu.

Kakak Dania tiup dan buih biuh belon berterbangan. Rayyan dan Fatehah riang cuba menangkap dan memecahkan buih buih belon.

Dalam penat balik dari kerja, perkara begitu betul-betul mengundang perasaan hilang sabar. Sudah awal awal aku berpesan, balik sekolah kita rehat-rehat sebentar. Bersihkan badan. Siap-siap untuk solat maghrib. Ya, sampai rumah saja sudah jam 5.30 petang. Ada masa sejam saja sebelum waktu maghrib.

Sempat juga membebel sebentar. Hampir-hampir rambut mak singa berdiri tegak dan mengeluarkan api amarah.

Sesungguhnya kalimah Allah itu penuh dengan mukjizatnya. Cepat cepat istighfar panjang. Tarik nafas hembus nafas. Sebelum keluar pejabat tadi sudah cakap pada diri. Tiada marah-marah. Yang ada hanya senyum senyum saja pada anak. Teringat lagi ayat ini, "anak anak tidak selamanya kecil, peluk dan belai mereka dengan penuh kasih dan sayang."

Ya itu betul betul ayat pendamai jiwa. Rasa kembali tenang dan damai. Melihat mereka ketawa, bersorak riang, melompat dan menangkap buih buih sabun, hilang segala penat lelah bekerja sehari. Musnah semua amarah yang hampir meracuni diri. Bagai buih-buih yang berterbangan itu, dengan lemah lembut terbang mengikut irama angin petang yang damai.

Damai itu membawa aku mengenang zaman kecilku di Kampung Gudon Menggatal. Saban petang, berlari balik dari Kelas Kafa. Baling saja bahai plastik (bakul plastik pasar) yang berisi buku latihan dan pensil di tepi pintu rumah. Baling tudung. Dan terus berlari mendaki bukit untuk sampai ke kawasan lapang tempat kami bermain. Bermain engkek-engkek (ting-ting), atau bermain galah. Ya, habis comot baju putih kain hijau itu dengan tanah dan lumpur.

Hari ini, kadang panjang memikirkan proses anak-anak yang sedang membesar ini. Kita dahulu mak bapa biar saja bermain pusing satu kampung, sehari suntuk, tanpa perlu risau pun. Apabila kita jadi emak bapa hari ini, balik runah dan biar anak terkurung dalam pagar besi yang sentiasa tertutup. Mungkin ada sesetengah kawasan perumahan yang masih selamat untuk biarkan anak bermain dengan anak jiran sebelah rumah. Tidak bagi perumahan di kawasan bandar besar.

Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu memainkan peranan dalam mencari satu aktiviti yang membantu anak anak menggunakan daya fikir dan perkembangan mental dan emosi anak. Agar dunia mereka boleh diterokai dengan seronok sejajar dengan zamannya.

Mungkin mereka tidak lagi bermain lumpur dan mencari buah masuk hutan. Tidak merasa terjun sungai dan balik rumah kena sebat dengan gayung mandi.

Namun bukan itu alasannya kita mahu memberi lesen kepada anak untuk 'teroka dunia tanpa sempadan' hari ini.

Sabda Rasulullah SAW:  "Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu. Sesungguhnya mereka diciptakan untuk zamannya, sedangkan kalian diciptakan untuk zaman kalian".

Pasakkan anak-anak dengan ilmu agama. Tarbiyah anak dengan ilmu akhirat. Fahamkan anak dengan Al Quran dan Hadis. Hanya dengan berpegang dengan agama, anak-anak akan selamat di dalam dunianya.

Zainab Norazman
Ibu yang berharap mampu tumpahkan kasih sayang itu kerana Allah.

Tuesday, July 18, 2017

Fatehah Dan Hana

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #95

Fatehah : Ibu buat apa tu?

Ibu : Ibu masaklah.

Fatehah : Alah ibu. Cepatlah Hana dah lapar ni. (Intonasi Omar dan Hana).

Ibu : Olololo. Kejap ya.

Fatehah : Terima kasih, ibu. Hana cayang ibu.

Zainab Norazman
Aduhai anak. Hana pun Hana lah nak.



#CeritaKami
.
.
.
Facebook : Kedai Jahit Ibu By EzzKids
Emel : zainabnorazman@gmail.com
Whatapp : 016 849 5982

Saturday, April 29, 2017

Mengenang Kenangan

Teks : Zainab Norazman

Entri #70

Terasa seolah balik ke kampung yang jauh. Walau jarak Putatan ke Menggatal hanya 50 minit jika fokus pada pemanduan.
Kampung tempat bermain lumpur, menangkap belalang, meneroka masuk hutan cari biji getah. Tentu menjadi kerinduan.
Dan tentunya nenek yang sangat gembira. Melihat cucu dan cicit sampai di muka pintu.
Jika ke sini, selalu bercerita pada anak. Rumah ibu masa kecil ada di situ (Tunjuk kawasan kenangan dulu). Lokasinya di bawah bukit. Ada kebun sayur arwah atuk. Ada kebun pokok pisang. Ada reban ayam. Ada perigi.
Namun apa yang dilihat kini, hanya semak samun yang menimbun. Dan taman perumahan yang semakin gah berdiri sebagai 'jiran'.
Zainab Norazman
Mengenang Kenangan.

Thursday, April 6, 2017

Cerita Hantu di Kelas Rayyan

Teks : Zainab Norazman

Entri #58

Malam ini melayan suara tiga orang kanak-kanak menjerit dan bergusti. Ibu tinggalkan semua kerja dan bergusti bersama. Sama-sama la menjerit. Menjerkah. Lepas tu tiga budak ni menjerit semahunya.

(Chop! Ibu ada duduk kejap dan update facebook. Hahaha. Korang pun biasa buat kan? ^__^ )

Tiba-tiba Rayyan mulakan bicara.

"Ibu tahuuuuuu" - mulut muncung okeh.

"Kelas kami kan ada hantuuuuu" - muncung lagi.

"Ehh, mana ada hantu siang hari"

"Betul buuuuuu" - congkang lagi mulut Rayyan. (Congkang = muncung)

"Kakak tahun tiga yang nampak. Ada rambut panjang di sebalik pintu".

Aduh, ibu seram juga dengar intro cerita Rayyan ni. Nantilah kaknab sambung cerita. Belum habis baca Al Kahfi lagi malam ni. Budak-budak ni sudah senyap main warna buku pula.

Zainab Norazman
(KakNab ni sebenarnya jenis penakut. Tak mahulah sambung cerita Rayyan huhu)

#KisahMadrasahKecil - DaniaRayyanFatehah

Friday, November 6, 2015

ANAK PENYERI HARI

Teks : Zainab Norazman
Foto : Koleksi peribadi

Asbab pengaruh si kakak Dania, saya kembali ke zaman kanak-kanak ^_^

Dulu tiap kali masuk kedai buku, mesti beli buku nota. Bukan perlu sangat untuk menulis. Tapi minat tengok buku-buku comel ni. Sekadar menjadikan buku catatan sahaja.

Bila si kakak desak suruh cari buku-buku keluaran Ana Muslim, saya pun terpengaruh membeli untuk koleksi diri sendiri. Aci jugak kan? Mahunke,bali ke zaman kanak-kanak riang. Sambil menyelami jiwa anak-anak.

Anak-anak zaman kini perlu di selami jiwa mereka. Berkawan rapat dengan mereka.
#kisahmadrasahkecil
Zainab Norazman
(rindu anak-anak)


Monday, August 24, 2015

BUKAN SEKADAR NETBALL

Tulisan : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Bismillah..
Throwback sabtu baru-baru ini. Kami menemani kakak dalam perlawanan persahabatan bola jaring PASTI Kawasan Putatan. Kemenangan berpihak kepada pihak lawan dengan 10-0 

Sebenarnya, saya berbisik kepada kakak, kemenangan bukanlah sesuatu yang wajib dalam sesuatu perlawanan. Apa yang penting.. KERJASAMA ^_^. Perlawanan seperti ini adalah satu proses belajar. Belajar membina keyakinan diri, mendidik agar kita bekerjasama sesama ummah, serta membina team building bersama rakan-rakan sepasukan.

Alhamdulillah, kakak sedikit faham agaknya. 

Catatan #MadrasahKecil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...