Monday, January 30, 2017

Tiga Hari Terperuk Penuh Bahagia

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Entri #38

Sebelum tiba hari kejadian, otak ligat merancang macam-macam. Semuanya untuk pengisian tiga hari cuti yang panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina. Tiga hari itu cukup panjang agaknya. Hehehe. 

Awal-awal sudah siap berpesan pada anak-anak. Cuti tiga hari kita duduk rumah sahaja ya. Bergelutlah dengan ibu dan ayah.
Awalnya, anak-anak buat muka masam. "Ala ayah, kami mahu jalan-jalan bah." "Bosan bah di rumah jak." Si kecil Fatehah juga mahu menyuarakan hasrat hati, "A-ahhh nak jalan bah ayah. Jomlah ibuuuu". Ini kes mengikut sahaja lagak abang dan kakak.

Sebenarnya.
Bukan tidak mahu menuruti hasrat anak-anak. Tapi sebenarnya kak nab kena menyiapkan 300 keping sulam tag nama sekolah. Tiga hari cuti ini kak nab wajib habiskan. Ini sahaja peluang yang ada.
Atas alasan itu, kak nab bagi faham anak-anak. Alhamdulillah. Anak-anak setuju. Cuma bersyarat. Syaratnya ialah masak sedap-sedap.

Elehhhh. Ini semua ibu sudah siapkan daaah. Dalam hati kak nab berbicara.
Sememangnya. Kak nab sudah siap pun perancangan untuk tiga hari ini. Pulun basuh kain baju bila. Menu tiga hari bermula sarapan pagi hingga ke makan malam juga sudah tersedia. Aktiviti anak-anak juga kak nab sudah fikirkan. Semangat punya pasal. Hahaha.

Tiga hari berlalu dengan bahagia. Walaupun terselit ragam anak-anak berebut mainan. Berebut itu. Ragam rumah bersepah. Itu semua rempah ratusnya. Nikmati dengan bahagia.

Dan alhamdulillah. Sulam tag nama siap dengan jayanya. Walaupun sekejap lari ke dapur. Sekejap berlari sidai kain baju. Lari pula betulkan hoop. Betulkan benang mesin. Sekejap lagi lari pula pujuk adik yang merajuk dengan abang. Pujuk kakak yang merajuk dengan adik kecil.

Alhamdulillah. Paling bahagia bila suami kata, "ayang, abang bawa anak-anak jalan-jalan kejap. Yang di rumah lah buat kerja. Oh ya, tidak perlu masak malam ini. Nanti abang bungkus makanan siap masak".

Sang isteri senyum hingga ke pipi sahaja. Sebab pipi tembam menghalang senyuman sampai ke telinga.

Zainab Norazman,
Super Ibu Tiga Hari Mencintaimu.

Sunday, January 29, 2017

Nota Hati

Teks : Zainab Norazman

Entri #37

Meminjam tulisan Prof Muhaya. Begini bunyinya. Bila kita minum kopi kita lihat pada cawan atau keenakan kopi? Orang yang tertekan akan sibuk melihat cawan dan membandingkan dengan cawan orang lain hingga tidak dapat menikmati kopi. Begitulah kita dengan kehidupan, kita terlalu memberi perhatian pada fizikal dan kurang membaja roh kita hingga hubungan dengan Allah swt semakin renggang dan semakin jauh dari akhlak Rasulullah.

😔

Saturday, January 28, 2017

Jus Buah Nenas di Petang Hari

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Entri #36

Paling tidak gemar adalah kopek kulit buah nenas. Kulitnya keras. Lepas tu renyah pula mahu tanggalkan mata nenas satu persatu.
Tapi sebab mahu buat ubat buang kahak untuk anak-anak. Kak nab gagahkan juga.

Sebiji buah nenas di kopek. Dikisar halus. Dan ditapis menggunakan kain kasa. Dan dimasukan ke dalam botol. Simpan untuk di buat 'ubat'.

Lebihan pula dibuat jus buah nenas untuk minum petang. Masukkan beberapa ketul ais. Dan beberapa titik pemanis stevia RCC. Dan kisar. Masuk dalam gelas. Cucuhkan penyedut minuman. Dan sedikit hirisan buah nenas selit di atas gelas. Pergh. Bergaya gitu.

Tapi sebenarnya, kak nab paling suka kopek buah tomato. Senang. Bahagia hati kak nab.

Selamat Tahun Baru Cina

Teks : Zainab Norazman

Entri #35

Di seberang jalan rumah dulu ada sebuah rumah keluarga berbangsa Cina. Rumah saya di kaki bukit. Hadapan rumah ada kebun bapa dan kebun ubi kayu jiran serta bersambung dengan semak samun. Selepas semak samun itu ada jalan raya. Seberang itulah rumah 'auntie' dan 'uncle' Cina.

Setiap kali tahun baru cina, meriah sungguh rumah 'auntie' itu. Nampak kemeriahan tanglung merah bergantungan. Paling seronok bila datang sekumpulan penari singa beraksi di hadapan rumah mereka.

Kami melihat dari beranda rumah dengan penuh teruja.

Selamat menyambut tahun baru cina buat sahabat yang meraikannya. Ada angpau ka?

Monday, January 23, 2017

Bahagia Itu Di Hati

Teks : Zainab Norazman

Entri #34

Kak nab baru selesai kerja-kerja di dalam bilik jahitan. Sambil-sambil siapkan sulaman sambil-sambil menikmati sepotong kek keju meleleh bersama koko tamar. Siaran  radio ikim.fm pula memutarkan lagu-lagu carta nasyid ikim.fm.

Terimbau kenangan sewaktu jadi budak asrama dahulu. Berjaga tengah malam dan kaset lagu nasyid berpisah tiada. Begitulah bahagianya. Ulangkaji sambil melalak. Berangan suara sedap.

Itu bahagia dahulu. Bahagia sekarang, saat kak nab masuk tidur sekejap lagi. Melihat tersusun tiga budak kecil, lena dalam tidur mereka. Sekejap-sekejap, diiringi bunyi dengkuran suami dan anak-anal kecil. Menatap satu persatu wajah mereka, sangat bahagia.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Wednesday, January 18, 2017

Belajar Asas Menulis Dengan Blog

Teks : Zainab Norazman

Entri #33

Cerita Terjebak.

Dulu saya bermula dengan blog. Zaman anak baru seorang. Suka kongsikan kisah anak. Ini semua pengaruh mak-mak dalam forum susuibu.com. Zaman kemunculan facebook, sahabat blog jadi kawan di facebook pula.

Sekarang ini, saya kembali kepada blog semula. Belajar menulis di blog. Menulis untuk berkongsi manfaat.

InshaAllah, pastinya dengan penulisan yang lebih teratur. Berguru. Berasas. Blog yang berilmu.

Begini sedikit asas yang dipelajari.

Di bawah label catatan harian, latih tubi menulis catatan harian dan menulis semula dalam buku nota. Setiap hari dalam tempoh 20 hari ini, tulis apa sahaja aktiviti harian dan masukkan dalam buku nota. Ia seperti diari harian.

Paling mudah tulis semula apa yang kita buat, aktiviti dengan anak-anak, aktiviti bisnes, atau apa sahaja pengalaman menarik hari tersebut. Tambah nilai, apa pula dengan fokus blog. Semestinya ada kaitan secara langsung dan tidak langsung. Jangan berhenti walau satu hari pun mencatat nota mengikut tarikh. Lama-kelamaan kita bina satu tabiat asas.

Sumber: Asas Blog Dan Penulisan (edisi kemaskini)

Zainab Norazman
Belajar Asas Blog

Monday, January 16, 2017

Daun Diperbuat Daripada Apa, Ibu?

Teks : Zainab Norazman

Entri #33

Hampir-hampir sampai ke bulatan sebelum pusing ke Pusat Pendidikan Islam An-Nur, dalam kesesakan jalanraya, Rayyan mengajukan satu soalan cepu yang bersalut emas.

"Ibu, daun ni diperbuat daripada apa, ibu?".

"Itu semua tercipta dengan kuasa Allah swt." 

"Yun tahulah kuasa Allah. Tapi macam mana bah Allah buat, ibu."

Allahuakhbar! Ibu tarik nafas beberapa kali. Cuba 'control macho'.

"Rayyan. Allah Maha Kuasa. Kita manusia tiada kuasa. Tiada kuasa untuk fikir segala ciptaan Allah. Kita hanya perlu yakin dengan kuasa Allah. Yakini, kita hamba. Allah adalah pencipta. Yakin dengan Allah swt. Yakin."

Begitu jawapan kak nab. Jawapan yang kak nab sendiri jauh sekali daripada beramal begitu . Tapi kak nab yakin, ia adalah teguran daripada Allah. Teguran untuk diri sendiri.

Dan alunan zikir yang berkumandang di pembesar suara kala itu mengiringi perasaan kak nab.

Sunday, January 15, 2017

Ragam Mahu Tidur

Teks : Zainab Norazman

Entri #32

Rutin. Dari celik mata hingga terpejam mata. Anak-anak, sikit-sikit ibu. Mahu itu, ibu. Mahu ini, ibu. Benarlah. Ibu adalah madrasah anak-anak. Hatta perkara sekecil isi botol air, tanya ibu. Botol mana. Botol mana. Padahal ibu sudah siap basuh dan letakkan tempat botol.

Benarlah. Ibu madrasah anak-anak. Kerana setiap perkara mahu bertanya ibu.

Ayah juga begitu. Tapi nisbahnya 1:5. Agaknya.

Seusai siapkan beg sekolah, buku sekolah, pakaian sekolah, kasut sekolah. Semua bagai itik pulang petang. Berbaris masuk bilik tidur. Masing-masing ambil bahagian menyusun bantal selimut masing-masing. Bersusun tiga budak kecil.

Namun, masa begini jugalah masing-masing mahu menguji kesabaran ibu. Huhuhu. Masing-masing mahu hak perasaan mereka dipenuhi.

Demi memenuhi keinginan semua, ibu hanya mampu mendendangkan qasidah-qasidah Habib Syech sambil kedua belah tangan bergilir-gilir tepuk-tepuk belakang anak-anak.

Duhai anak, kudrat ibu, ibu curahkan sepenuhnya buat kalian. Kerana kalian harta ibu yang sangat berharga.

Thursday, January 12, 2017

Cerita Pulang Dari Sekolah

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Entri #31

Sedang ibu memandu kenderaan. Rayyan bagi jadual kelas minta ibu tengok. Kejap lagi tunjuk surat pemeriksaan kesihatan, minta ibu baca. Selepas itu, Rayyan tunjuk kerja sekolah Bahasa Inggeris. Tangan kiri ibu sudah penuh dengan surat, kertas jadual dan buku Inggeris. Tangan kanan masih gagah pegang stering kereta.



Zainab Norazman - Pemandu Litar Jalan Lintas.

#ABDR #KedaiJahitIbuByEzzKids

Wednesday, January 11, 2017

Langkah Mudah Bina Kedai Online

Teks: Zainab Norazman
Foto: Zainab Norazman

Entri #30

Belajar menghasilkan sebuah BLOG BISNES 

  • Belajar langkah demi langkah cara membina blog yang betul dan berpengaruh, lengkap dengan borang tempahan, terma syarat belian, cara memasukkan FB, FANPAGES, cara masukkan gambar, gadget di blog

  • Belajar menghasilkan sebuah blog yang mudah dijejak pelanggan di carian google

  • Jadikan blog sebagai medium pemasaran online 

  •  Tidak perlu sewa tapak kedai yang mahal

  • Tidak perlu keluarkan wang upah pekerja


  • Kedai dibuka setiap hari (24/7)


Khas untuk semua, yang jauh dan yang dekat, Jom sertai kami  .
                                                                                                                     
Tarikh
Flexible (Bermula sejurus pembayaran dibuat)

Masa : 
Flexible (Bermula sejurus pembayaran dibuat)

Yuran : 
RM250  

Tempat : 
Kelas secara online dalam GROUP WHATSAPP. Selesai habis 44 latihan entri selama 20 hari, akan diserap masuk ke dalam GROUP FB


Pelajar turut akan menerima 6 ebook bonus + 1
1. Ebook Belajar Asas Blog (wajib baca sekali sebelum mula kelas)
2. Ebook Panduan Mula Bisnes Butik
3. Ebook super wahm supermom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
5. Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online
6. Ebook Yeay! Mama Sudah Resign
7. Ebook Inspirasi bekerja Di Rumah (EKSKLUSIF bonus tambahan)

Semua untuk bacaan dan motivasi kecuali ebook blog sebagai ebook rujukan di kelas.

Jemput whatsapp kak nab di talian 0168495982
  

Tips Penulisan di Media Sosial

Teks : Zainab Norazman
Foto : Tanpa foto

Entri #29

Perenggan Pendek Dan Tersusun

+ Tulis dengan ayat yang pendek-pendek. 

+ Jika panjang bijak menggunakan koma, noktah, sambungan ayat dan sebagainya.

+ Sebaiknya satu ayat bersamaan satu jeda nafas.

+ Satu jeda nafas maksudnya, satu kali baca.

+ Pisahkan perenggan kepada pelanggan yang lebih pendek.

+ Ini memberi ruang kepada pembaca, baca dalam keadaan santai.

Tuesday, January 10, 2017

Minggu Pertama Persekolahan 2017


Teks : Zainab Norazman
Gambar : Zainab Norazman

Entri #28

Mungkinkah penutup 2016 dan pembukaan 2017 diselami dengan tugasan pejabat yang menggunung. Kak nab lalai leka membiarkan blog tidak ber'entri'

Ini cerita minggu lepas. Bercuti dua hari menguruskan persekolah Rayyan. Kakak Dania, kak nab serahkan pada diri kakak uruskan diri di hari pertama persekolahan. InshaAllah sudah biasa. Sekolah itu tempat bermain. Surau sekolah tempat ibu berusrah. Tempat ibu menuntut ilmu akhirat. Sekolah PPIAN dan Surau Riyadussolihin sangat dekat di hati ibu. Sangat dekat di hati anak-anak. Kala bulan Ramadhan, tempat kami iftar dan solat terawih.

Di situlah segalanya. Sekolah anak. Dan 'sekolah' ibu.

Kak nab hanya menguruskan Rayyan. Terpaksa bersekolah sementara di SK Tg Aru II sementara menunggu panggilan rayuan di PPIAN.

Hari pertama. Kak nab menunggu di kantin sekolah. Kak nab mahu perhatikan Rayyan ke tandas. Bagainana Rayyan mahu membeli di kantin sekolah.





Rayyan membeli dan makan di kantin 😊

Alhamdulillah. Sehari di sekolah, semua berjalan lancar.

Dan sekali lagi kak nab panjatkan kesyukuran. Rayyan diterima masuk ke PPIAN. Pusat Pendidikan Islam An-Nur. Sebuah sekolah tahfiz di Kota Kinabalu. 

Alhandulillah. Thummalhamdulillah

Kalian. Ada Promo Eksklusif untuk Ebook ABDR.


Perhatikan gambarajah di atas. Cewah. Agak formal juga kak nab. Ini promosinya. Tiga ebook dengan harga RM50. Khas untuk menyuntik semangat kalian di awal tahun 2017. Sekaligus menyuntik suri sekalian. Terutama suri yang berhajat besar mahu menjana pendapatan dari rumah. Ebook ini inshaAllah akan memberi inspirasi.

Dengan harga RM50, kalian dapat 3 ebook. Boleh whatsapp kak nab di talian 0168495982. Atau boleh terus isikan borang tempahan di atas ya.

Lagi. Lagi. 

Kak nab masih buka tempahan sulam name tag sekolah. Masih awal tahun, bukan. Ada yang belum dapat ta nama lagi daripada sekolah. Jangan susah hati. Masih boleh tempah dengan kak nab. Jauh, kak nab poskan. Dekat, boleh jumpa kak nab. Whatsapp di 0168495982 juga ya.

Sampai ketemu lagi.



Thursday, January 5, 2017

Inspirasi Bekerja Di Rumah

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Sumber : Ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah karya Puan Masayu Ahmad

Entri #27

Kali ini kak hadam sungguh-sungguh. Membaca tajuk ebook ini sahaja kak nab rasa teruja. Sebab itu kak nab mahu hadam sungguh-sungguh.

Mukaddimahnya, kak nab rasa begitu dekat dengan ebook ini. Begitu hajat di hati. Hajat untuk menjadi suri di rumah. Damai. Tenang. Bahagia. Berpagi-pagi menguruskan suami dan anak-anak. Memasak sendiri untuk keluarga. Punya masa yang lapang untuk muhasabah dan lebih dekat dengan Allah.

Dan pastinya, kisah inspirasi suri di dalam ebook ini menambahkan semarak api yang berkobar-kobar. Suri mana yang tidak mahu, bukan. Bekerja dari rumah. Diserikab dengan anak-anak.

Kalian, jika mahu menyuntik semangat. Jika mahu mencari inspirasi. Kak nab cadangkan ebook ini. Penuh kisah suri yang berjaya menjadi suri yang hebat di rumah. Mulakan perniagaan dengan modal sedikit. Mahal juga tanpa modal. 

Dapat bayangkan tidak. Betapa berinspirasinya mereka. 

Kalian, ada promosi yang pastinya rugi jika dilepaskan. 


Promosi bulan Januari 2017. Hanya dengan RM50, kalian dapat tiga ebook hebat. Eksklusif khas tahun baru.

Jom baca ebook. 

Monday, January 2, 2017

Perkhidmatan Sulam Tag Nama Sekolah

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #26

Lama sungguh kak nab menyepi. Di facebook. Di blog. Jarang-jarang.

Kalian sihat? Alhamdulillah kak nab juga sihat. Sedikit kekangan masa untuk kak nab bersosial. Kak nab fokus kepada hari-hari terakhir cuti sekolah anak.

Selain menyiapkan keperluan sekolah anak, kak nab juga sibuk menyiapkan keperluan pelanggan. Tempahan tag nama sekolah bertambah saban hari. Tambahan detik-detik sesi persekahan hampir tiba.

Kak nab menerima tempahan sulam tag nama sekolah secara pukal, minimum 30 nama dengan harga RM1.50 untuk satu keping tag nama.

Manakala untuk sulam tag nama persendirian, kak nab letak harga RM2 satu keping.

Tempahan dibuka sepanjang tahun ya, kalian.



Salam cinta,
Kak Nab. Kak nab sambung sulam lagi.

Sunday, January 1, 2017

2017

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman
Entri #25
Bismillah. 2017. Dah tahun 2017 kalian. Kita sudah pun meninggalkan 2016 di belakang. Meninggalkan kenangan. Meninggalkan dosa kita di belakang. Ya tinggal di belakang, tapi ia tercatat sebagai dosa yang akan dihitung di mahsyar nanti.
Allah. Ini berat.
Justeru kita muhasabah sedikit. Apa yang telah kita tinggalkan itu ada manfaat untuk agama, atau tidak. Adakah perniagaan kita untuk bantu agama. Atau semata untuk keperluan tekak sendiri?
Allah. Kak nab lah tu. Selalu lupa.
Justeru, 2017 ini. Kita muhasabah terlebih dahulu. Kita bersihkan kembali. Kita solat sunat taubat.
Mari sama-sama. Kak nab pun sama. Sebelum lena ini, kita solat sunat taubat 2 rakaat dahulu. Muhasabah dosa kita yang lalu. Moga-moga Allah pelihara kita. Istiqomah dalam ketaatan.
Semalam, kak nab sambut tahun baru 2017 dengan menyiapkan cadar asrama 13 helai. Eh tak siap sepenuhnya. Kak nab sambung pagi tadi. Daripada tahun lepas buat, tahun ini baharu dapat disiapkan. Hehehe.
Mulai malam ini, kak nab tangguhkan dulu tempahan pelanggan. Kak nab mahu alter baju sekolah anak. Ulang pakai semula tahun ini. Cuma ada koyak sikit sana sini yang mahu dikemaskan semula.
Kak nab tinggal dulu ya.
Oh ya, pakej ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah dan ebook Yeay! Mama Sudah Resign sudah tamat promosi harga RM35 ya, kalian. Namun kalian masih boleh dapatkan dengan harga RM50 untuk kedua-dua ebook tersebut. Kalian boleh whatsapp kak nab di 0168495982 untuk lebih mudah. Atau boleh terus isi borang tempahan di atas.
Januari 2017 ini, ada promosi ebook terbaru. Nantikan entri kak nab selepas ini ya.
Jangan lupa, kita banyakkan zikirkan istighar di lidah. Agar Allah permudahkan jalan-jalan keluar bagi setiap kesulitan kita.
Zainab Norazman
Moga ada sinar 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...