Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Saturday, December 22, 2018

SEKADAR NUKILAN PAGI

Teks : Zainab Norazman
Entri #144

Dalam hidup ni, kita tak perlu tahu bagaimana untuk lakukan semua benda. 

Tapi kita perlu tahu dan yakin, apa yang kita mahu capai di penghujungnya nanti. 

Orang macam mana kita nak jadi, kehidupan macam mana yang kita nak, ibu bapa macam mana kita mahu jadi untuk anak-anak. 

Bila kita nampak goals kita, dan betul-betul nak capai, Allah pasti tunjukkan jalan untuk ke arah itu.

  • #kaknab

Thursday, February 2, 2017

Ucapkan Terima Kasih Pada Anak

Teks : Zainab Norazman

Entri #39

Ucapkan terima kasih setiap kali anak melakukan satu kebaikan. Contoh di awal pagi, dalam anak-anak sedang bersiap ke sekolah, ingatkan anak-anak dan ajak solat subuh sama-sama. Selepas solat, ucapkan terima kasih kepada anak. Ingatkan sama bahawa kita perlu sujud kepada Allah. Doa agar diberi kefahaman ilmu yang dipelajari di sekolah.

Begitu peringatan yang dikutip daripada satu kuliah.

Wednesday, July 20, 2016

5 IDEA AJAR ANAK BERSOSIAL

Saya selalu beritahu anak-anak.. kita hidup bukan sorang sorang kat dunia. Kita perlu pandai berkawan-kawan, sentiasa jaga manis muka, murah pujian dan rendah hati.

Ia bukan nilai yang boleh kita dapatkan sehari dua. Ia adalah proses. Ini yang saya amalkan. Saya juga tidak ada kepastian 100% idea ini akan menjadikan anak2 bagus sosialnya nanti.

Anak pertama saya baru 9 tahun. Tapi inilah usaha yang saya telah mulakan 8 tahun dulu.

:::::::::::::
5 IDEA AJAR ANAK SKIL BERSOSIAL
:::::::::::::

1- Biasakan anak menyapa kawan-kawan yang lebih kurang sebaya dengan dia bila ada dalam satu kawasan yang sama seperti playground, masjid, kedai makan, open house..

Tak kiralah melayu ke cina india omputih orang arab. Pada mula ibu perlu guide. Ibu yang perlu menyapa bakal kawan anak tu.

" Ini hanan. Nama awak siapa?..jom kita main sama-sama."

 Bila anak da biasa, guide anak utk menyapa sendiri.

" Assalamualaikum/Hi .. Saya Hanan. Nama awak siapa?"

Fasa pertama mungkin anak akan berhenti kat situ je..tapi..bila dia dapat tune, maka banyaklah soalan dan cerita yang akan kita dengar..

Kesannya: Alhamdulillah anak anak macam tak pernah takde geng atau hanya bermain dengan adik beradik sendiri sahaja lebih lagi kat playground. Mereka mesti akan bina rantaian geng. heheh
:
:
2- Biarkan anak yang angkat tangan, pergi order makanan, request pinggan kosong...bila di kedai makan.

Kesannya: Anak-anak yakin diris
:
:
3- Ajarkan mereka juga untuk ucap terima kasih secara khusus setiap kali terima pesanan makanan, lihat orang yang lapkan meja, nampak pekerja angkut sampah, apa apa je lah..say thank u!

Terima kasih uncle/ Terima kasih kakak/ Terima kasih nenek...kalau tahu nama orang tu, sebut namanya beserta gelaran yang baik.

Contohnya : Asyraf akan kata kalau dengan ummi...Terima kasih Ummi yang cantik puteri kasturi puteri....segala macam nama.hehe Beza dengan Ayyash, dia akan kata, Terima kasih Ummi Iron Man Thor.. hahaha. kruk krak.

Kesannya: Mereka terbiasa untuk appreciate setiap orang yang ada di sekeliling mereka.
:
:
4- Hafalkan, terangkan dan ulang selalu hadis-hadis pendek berkaitan cara bersosial seperti hadis larangan mencela, larangan menakutkan orang lain, suruhan mengangkat duri, bercakap yamg baik atau diam...larangan berbisik

So bila anak terbuat silap, bacakan sahaja hadis itu. tak perlu cakap banyak banyak. Memang anak membesar banyak buat silapnya. Itulah cara mereka belajar.

Kesannya: Wahyu Tuhan juga yang dapat lembutkan hati mereka dengan pantas.
:
:ftfgn
5- Adakan sesi brain storm memuji di rumah. Game ni mudah je. Buat bulatan atau duduk setempat dengan anak-anak. Then everybody kene take turn puji. Maknanya semua kene fokus kepada kebaikan individu itu.

Contohnya turn Hanan dipuji. So Ummi Iman Asyraf ..kita akan highlightkan segala yang baik yang bagus tentang Hanan. (Dapat bayangkan kan? ^;^)

Kesannya: Untuk meretak dan seterusnya memecahkan batu kesombongan.. dengki..tak puas hati yang terpendam dalam diri

Arios Amegos. Selamat mencuba sahabat! Moga akhir ramadhan kita penuh barokah

Kredit :
Ummi Nisaq


Saturday, March 26, 2016

TIPS MENGAJAR ANAK UNTUK BERCERITA



Cara mengajar anak untuk bercerita merupakan kaedah yang sangat baiki ampuh dalam meningkatkan kemampuan anak untuk menangkap mesej atau pelajaran dari sebuah kisah atau sesuatu. Tips yang ingin dikongsikan ini untuk mengajar anak dalam bercerita memang perlu kita ketahui agar kita mampu membuat anak-anak kita menjadi anak-anak yang aktif dan ceria. Perkara ini memang sangat bagus bagi anak kita kerana biasanya anak-anak akan mudah menyerap suatu mesej atau pelajajaran dari sebuah cerita atau dongeng.
Mengajar anak untuk bercerita banyak manfaatnya iaitu membantu menambahkan kosakata anak, membuat anak selalu mudah mengungkapkan pendapatnya, anak lebih mudah menceritakan masalah yang ia hadapi baik di sekolah dengan rakan-rakan sekolah atau masalah di rumah. Hal ini tentu akan menguntungkan bagi kita kerana kita akan lebih mengenal anak kita sendiri. Sekarang di zaman modern ini banyak ibu bapa tidak mengenali anaknya sendiri maksudnya bukan secara lahir tetapi secara batin apa keinginan si anak kadang orang tua tidak paham. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk bekerja dan anak juga jarang mau bercerita dengan orang tua karena ketidakdekatan hubungan emosional antara anak dan kedua ibu dan bapanya.

Bercerita-cerita dengan anak-anak

Ada beberapa cara mengajar anak-anak untuk bercerita di rumah :
1. Sebagai ibu bapa kita cuba rutin menceritakan suatu kejadian yang luar biasa kepada anak. Contohnya anda seorang muslim ceritakan kisah sahabat nabi dan orang soleh lainnya. Sehingga akan tertanam di memori anak kisah tauladan yang menginspirasi hidupnya.
2. Berikan kesempatan pada anak untuk bercerita tentang pengalamannya hari ini di sekolah. Ceritakan kejadian apa baik itu menyenangkan atau menyedihkan bagi anak.
3. Luangkan masa mendengarkan cerita si anak dengan serius itu memperlihatkan kita benar-benar memperhatikannya dan merasa empati padanya. Saat dia menceritakan masalahnya, kita berkomunikasi dengan anak dengan memberi nasihat bijak untuk menyelesaikan masalah si anak atau saat ia menceritakan kebahagiaannya di sekolah maka tunjukan bahwa kita juga ikut merasa senang.
4. Jangan memotong cerita anak saat ia sedang bercerita sesuatu.
5. Hindari mendongengkan sesuatu yang tidak baik seperti si kancil yang licik dll karena nilai yang tertanam dari sebuah cerita atau dongeng akan melekat kuat di memori anak kita.
6. Sentiasa beri motivasi kepada anak kita agar mau mengarang sebuah cerita dan menceritakannya pada anda.
7. Ibu bapa turut sama-sama menyertai anak-anak dalam melakukan aktiviti di rumah. Itu juga merupakan terapi kerehatan bagi ibu dan bapa.
Belajar dari teladan yang diajarkan Sayyiduna Rasulullah SAW. Dekati anak-anakmu mengikut umurnya. Jadi sahabat yang baik kepada anak-anak.
Moga-moga Allah swt memandang usaha kita ini sebagai asbab dalam kita mendidik anak menjadi seorang penyambung sunnah baginda SAW.
<<KD SPEECHLESS SCENT TERAPI UNTUK SEISI KELUARGA>>>
==>>SAYA DAH TAK GARANG DAN PANAS HATI SEJAK GUNAKAN KD!!!<<==
"Alhamdulillah.Masih istiqamah dengan KD. Yang bestnya saya dapat rasa perubahan pada diri sendiri. Saya memang seorang ibu yang GARANG.
Alhamdulillah dengan izin Allah lepas selalu pakai KD saya dah TAK GARANG dan PANAS HATI dengan kelakuan anak-anak. Buat perangai macam mana pun, saya boleh kawal emosi. Badan pun tak rasa letih."
-Puan Rose-
"Saya merupakan pengguna KD.
Setiap hari saya gunakan KD buat diri sendiri dan anak-anak, suami (kadang2). Merupakan seorang ibu yang bekerja dan menguruskan anak2 sangat memberi TEKANAN. Namun sejak gunakan KD, saya lebih TENANG dan boleh berSABAR dengan karenah anak-anak seramai 3 orang.Tahun 2015 ini melalui dugaan yang lebih mencabar tambahan pula mengandung anak ke4. Saya amat bersyukur Allah memberi ketenangan untuk menangani strees melalui KD kepada saya."
-Puan Zu-
"Alhamdulillah. Sebelum jumpa KD SPEECHLESS ni saya selalu bekerja dalam keadaan STRESS lebih2 lagi tgh MENGANDUNG. Byk benda nak fikir dan nak buat. Tapi selepas penggunaan KD SPEECHLESS ni, saya rasa lebih bertenaga, pergi keje XSTRESS, w/pun banyak keje nak settle tp buat dalam keadaan RELEX n ENJOY.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah."
-Puan Nur-
==>> APA YANG SEBENARNYA DIGUNAKAN OLEH IBU-IBU INI? <<==
Memperkenalkan....KD SPEECHLESS SCENT dan AURA KD!
๐ŸŒธKd Speechless Scent adalah sejenis pati haruman yang menenangkan.
๐ŸŒธDiperbuat daripada ekstrak bunga dan tumbuhan.
๐ŸŒธKd Speechless membantu:
✔menenangkan diri semasa STRESS
✔mengawal EMOSI IBU DAN ANAK
✔meredakan ragam anak
✔memudahkan tidur lena
✔anak lasak untuk tenang
✔meredakan batuk
✔mengurangkan selesema
✔meredakan demam
>> Aura KD adalah semburan yang digunakan untuk memberi aura positif pada diri dan kawasan sekitar
๐ŸŒธDigunakan ketika
✔mood negatif
✔demam panas
✔baran
✔gugup
✔stress
✔ketakutan dll
>>> INGIN BERUBAH MENJADI TENANG UNTUK MELAYANI KARENAH ANAK-ANAK? <<<
๐Ÿ“ฑWhatsapp ke 60168495982
๐Ÿ“ฑWhatsapp ke 60168495982
๐Ÿ“ฑWhatsapp ke 60168495982

Wednesday, March 18, 2015

DIDIK ANAK DALAM TEMPOH UMUR 7 TAHUN


ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…
ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุฃู†ุช ุณุจุญุงู†ูƒ ุฅู†ูŠ ูƒู†ุช ู…ู† ุงู„ุธุงู„ู…ูŠู†
Pendidikan anak2 mengikut pengalaman saya.
Dalam mendidik anak-anak, selalunya kita menganggap anak-anak yang kecil di bawah 7 tahun seolah-olah anak-anak itu ialah anak-anak yang tidak tahu apa-apa. Kita menganggap anak-anak yang kecil di bawah 7 tahun itu lebih pada mereka itu boleh bebas untuk melakukan apa saja.
Kadang-kadang kita juga menganggap mereka itu tidak boleh di pakai cakap mereka. Tidak boleh di guna cakap mereka.
Namun, apa yang saya lihat, anak-anak di bawah 7 tahun yang saya nampak, mereka adalah kanak-kanak yang sedang dibina diri mereka, akhlak mereka, ilmu mereka.. daripada apa yang mereka pelajari daripada umur mereka bayi hingga umur mereka 7 tahun.
Kanak-kanak di bawah 7 tahun, sedari bayi lagi, sedari seawal kita mengandung, kemudian daripada mereka bayi.. kemudian mereka membesar.. sebenarnya mereka sedang mengikut. Mereka adalah acuan kita daripada umur itu. Mereka dengar, mereka ikut dan mereka membentuk peribadi mereka, akhlak mereka daripada apa yang kita tarbiyahkan daripada dalam perut hingga ke 7 tahun.
Dan sewaktu mereka di bawah 7 tahun, mereka memang macam kanak-kanak yang ingin bermain, bermanja dan sebagainya. Tapi cuba kita lihat kelakuan & akhlak mereka benar-benar mengikut akhlak ibu bapa ataupun penjaga ataupun rakan sebaya.
Oleh itu, kanak-kanak di bawah 7 tahun... pendapat saya, seorang yang jahil.. saya tiada ilmu tentang pendidikan kanak-kanak, saya tiada kajian tentang kanak-kanak, tapi hasil pengalaman saya, di bawah 7 tahun ini kita kena mendidik mereka bukan dengan keadaan tegas, tapi daripada kelakuan kita, daripada akhlak kita.
Itu hanya, mereka belajar daripada kelakuan akhlak kita. Melalui perbuatan ibubapa dan sekeliling sehari hari.
contoh
Bila kita minum. Cuba lihat anak kita minum, adakah anak kita juga minum berdiri? Kenapa dia minum berdiri? Kerana ibubapanya minum berdiri. Mungkin kerana kawan-kawannya minum berdiri, ataupun adik-beradiknya minum berdiri dan tiada siapa melarang.
Begitu juga sebelum tidur. Bila kita nak tidur, kita biasakan dengan zikrullah. Kita biasa dengan tasbih dan dengan adab-adab tidur. Kita lihat mereka juga nak tidur melakukan benda yang sama. Sambil mereka bermain, mereka akan mempraktikkan apa yang kita ajar. Mereka tak perlu di suruh. Tapi mereka sedang meniru.
Sebenarnya mereka memang meniru kita. Daripada segi percakapan, perbuatan, bermain dan sebagainya. Sebab itu, kanak-kanak suka bermain masak-masak jika maknya juga suka memasak. Mereka menjerit-jerit jika maknya juga suka menjerit-jerit. Kanak-kanak suka memaki-maki jika mak bapak adik-beradik juga cakapnya suka memaki hamun.
Oleh itu, adalah satu kesilapan besar bagi kita jika kita mengabaikan masa mereka di bawah usia 7 tahun. Kitalah ibu bapa paling rugi bilamana kita melihat selepas usia 7 tahun mereka mula memberontak. Mereka mula menunjukkan aksi dan gaya serta akhlak yang kita tidak ajar kononnya. Tapi kita terlupa apa yang mereka buat semua itu adalah cermin kita.
Jika kita tidak menjaga di bawah usia 7 tahun, kemudian mereka meningkat hingga 10 tahun, usia 10 tahun mereka akan mula menunjukkan akhlak-akhlak itu. Dan bila mereka meningkat ke alam sekolah tingkatan 1 dan ke atas, kita akan nampak mereka akan sukar untuk dibentuk.
Jadi saya nasihatkan di sini, dan nasihatkan diri saya yang masih beranak kecil, hargai anak-anak di bawah 7 tahun. Bermain dengan mereka, bermain juga. Tapi akhlak kita, perbuatan kita dan amalan kita, kita kena jaga. Kita tak perlu bersusah payah untuk ajar anak solat. Saya melihat, saya tidak perlu mengajar anak saya untuk solat sebab dia tahu sendiri untuk solat daripada apa yang kita lakukan.
Sama juga, bilamana kita mengaji AlQuran. Memang kita perlu ajar anak mengaji AlQuran daripada mereka kecil lagi kita dah perkenalkan dengan AlQuran. Tapi tak perlu memaksa. Dengan sendirinya mereka akan mengambil AlQuran. Dan kemudian kita tinggal membentuk untuk makhraj, untuk memperbaiki sebutan-sebutan, hukum tajwid dan sebagainya.
Sayangnya usia di bawah 7 tahun anak-anak kebanyakannya dihantar kepada pengasuh. Di hantar ke taska. Yang kita tidak pasti, kita tidak tengok.., siapakah yang mengajar dan mendidik anak-anak kita.
Kita letak anak-anak kita ke pengasuh, ke taska dan sebagainya tanpa kita memikirkan bahawa kita sedang meletakkan harta yang paling bernilai di tangan orang yang belum tentu berakhlak.
Alangkah ruginya kita sebagai ibu, melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak di bawah 7 tahun itu. Mereka sedari kecil, selepas pantang, kita dah tinggalkan kepada pengasuh, tak kiralah siapa pengasuh itu.
Kemudian setelah sekolah, kita telah hantar mereka ke sekolah. Dan sepanjang anak-anak kita membesar bukan dengan tangan kita, bukan dengan akhlak kita, tapi dengan akhlak orang lain.
Maka ibubapa yang bekerja, saya nasihatkan di sini, jika boleh usahakanlah untuk kerja dalam rumah saja. Kenapa saya komen begini, kerana harta bagi saya adalah anak-anak. Dan apabila mereka membesar, kita akan merasakan kehilangan mereka.
Alhamdulillah, saya mendidik anak-anak daripada kecil. Saya memilih untuk tidak bekerja. Saya memilih untuk merasai kesukaran mendidik anak-anak sendiri.
Saya memilih untuk saya sendiri yang membentuk anak-anak. Saya memilih untuk hidup dengan apa yang ada sekadarnya sahaja. Kerana harta itu bernilai.
Dan kini saya memilih menyerahkan harta-harta saya itu berada jauh dari diri saya, sedang dibentuk untuk dibaiki oleh mereka yang lebih berkahlak dan berilmu. Agar dibentuk dan dibaiki kekurangan akhlak-akhlak yang telah saya ajar.
Sebab itu saya menggalakkan ibu-ibu untuk bekerja dari dalam rumah. Menceburi bidang perniagaan ataupun mempelajari ilmu jahitan langsir dan telekung yang saya ajar, dan buatlah bisnes dari dalam rumah.
Sebab apa? anak-anak di bawah 7 tahun itu adalah harta yang paling bernilai. Di situlah akhlak kita. Di situlah curahan kasih sayang kita. Di situlah pembentukan ilmu dan sebagainya.
Maaf jugak di sini, mungkin pendapat saya tidak betul. Cuma pendapat saya sebagai seorang ibu, di mana saya melihat pembesaran anak-anak, walaupun saya sendiri yang membentuk akhlak anak-anak, mendidik dan sebagainya, saya masih melakukan banyak kesilapan.
Apatah lagi jika saya menghantar kepada orang lain yang tentunya lagi banyak kesilapan. Saya tidak mengatakan saya lebih baik daripada orang lain. Tetapi ibulah yang terbaik buat anak-anak.
Oleh itu, jika mampu usahakanlah untuk hidup serba sederhana mungkin demi harta kita. Mungkin yang bekerja boleh ambil cuti tanpa gaji agar anak yang kita lahirkan dalam perut itu dibesarkan oleh kita sendiri, di tangan-tangan kita sendiri.
Dan yakinilah setiap anak tetap ada rezeqinya. Jika kita tidak mampu untuk pastikan yang berakhlak mulia mendidik anak anak kita, maka korbankanlah masa untuk mentarbiyah anak anak sendiri.
Anak anak memerlukan didikan akhlak dan ilmu daripada ibu bapa sendiri. InsyaAllah Bismillahi tawakkaltu a'laAllah.
****
Alhamdulillah akhirnya Allah SWT maqbulkan doa saya untuk menjadi ibu yang penyabar dan tidak Stress.
Dipinjamkan Haruman KD speechless scent untuk menenangkan saya saat mendidik anak.
Alhamdulillah juga pinjaman buat semua ibu ibu yang mahu tenang tanpa tekanan. Dapat bersabar dengan anak2 yang menaggis dan mengamuk.

Friday, January 16, 2015

KESAN JIKA SELALU TAMPAR, CUBIT ATAU PUKUL ANAK

Kisah realiti yang biasa terjadi dalam kehidupan kita. Kisah ini di ambil daripada luahan hati seorang ibu di facebook.

Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit- jerit kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni

saya senduk nasi panas dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah….

letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mndengar bunyi kaca mencium lantai

bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut
tindakan reflex pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya

sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia.
sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti nangis 
hati saya sebal, sebak dan bagai tidak boleh bernafas
kakak mak bawak ke bilik untuk ditidurkan
tapi tidak sampai 2 minit kakak keluar
terus saya peluk dia minta maaf
semoga Allah ampunkan saya…………

Pertama kali membaca luahan hati di atas, pasti hati menjadi sebak. Ini kerana jika kita berada di tempat dia, entah bagaimana tindakan reflect kira, mungkin bukan setakat tampar tangannya, mungkin juga di cubit kulitnya, di marah dengan kata- kata yang tidak sedap didengar. Ya itu tindakan reflect, tindakan yang kita tidak boleh kawal.

Namun apabila anda baca kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak di dalam artikel ini, sudah pasti anda akan mampu mengawal tindakan reflect. Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan degil.

Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.

Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun 2014.

Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

*Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan. Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.

Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.

Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.

Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.

Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’ itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.

Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.

“Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.

“Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.

“Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut,” ujar Berlin.

*Sering dipukul akan menjadi pemukul

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.

“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.

Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.

“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.

Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.

Sumber: Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...