Wednesday, February 1, 2017
Suri di Pejabat. Suri di Rumah. Suri Ummah.
Foto : Zainab Norazman
Entri #38
Tepat jam 4.30 petang, alhamdulillah langsai segala tugasan di pejabat. Entahlah. Saat itu sangat menggembirakan hati ini. Terbayang-bayang wajah anak-anak menanti di surau sekolah untuk pulang ke rumah. Di rumah pula, terbayang wajah kecil Fatehah melonjak riang di sebalik gril pintu. Dia menanti penuh gembira.
Sesampai di dalam rumah, lazimnya seorang ibu, terus menyinsing lengan baju kurung dan terus ke dapur. Sebelum itu, arahan demia arahan ditaburkan kepada kakak dan rayyan. Rehat sekejap hilangkan peluh dan mandi. Juadah untuk makan malam disiapkan sepantas yang boleh. Anak-anak perlu makan sebelum waktu maghrib. Perlu siap-siap solat maghrib. Dan pergi kelas mengaji seawal jam 7 malam.
Begitulah rutin.
Suri di pejabat.
Suri di rumah.
Suri ummah.
Saturday, January 28, 2017
Jus Buah Nenas di Petang Hari
Foto : Zainab Norazman
Tapi sebab mahu buat ubat buang kahak untuk anak-anak. Kak nab gagahkan juga.
Selamat Tahun Baru Cina
Monday, January 23, 2017
Bahagia Itu Di Hati
Entri #34
Kak nab baru selesai kerja-kerja di dalam bilik jahitan. Sambil-sambil siapkan sulaman sambil-sambil menikmati sepotong kek keju meleleh bersama koko tamar. Siaran radio ikim.fm pula memutarkan lagu-lagu carta nasyid ikim.fm.
Terimbau kenangan sewaktu jadi budak asrama dahulu. Berjaga tengah malam dan kaset lagu nasyid berpisah tiada. Begitulah bahagianya. Ulangkaji sambil melalak. Berangan suara sedap.
Itu bahagia dahulu. Bahagia sekarang, saat kak nab masuk tidur sekejap lagi. Melihat tersusun tiga budak kecil, lena dalam tidur mereka. Sekejap-sekejap, diiringi bunyi dengkuran suami dan anak-anal kecil. Menatap satu persatu wajah mereka, sangat bahagia.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Wednesday, January 18, 2017
Belajar Asas Menulis Dengan Blog
Teks : Zainab Norazman
Entri #33
Cerita Terjebak.
Dulu saya bermula dengan blog. Zaman anak baru seorang. Suka kongsikan kisah anak. Ini semua pengaruh mak-mak dalam forum susuibu.com. Zaman kemunculan facebook, sahabat blog jadi kawan di facebook pula.
Sekarang ini, saya kembali kepada blog semula. Belajar menulis di blog. Menulis untuk berkongsi manfaat.
InshaAllah, pastinya dengan penulisan yang lebih teratur. Berguru. Berasas. Blog yang berilmu.
Begini sedikit asas yang dipelajari.
Di bawah label catatan harian, latih tubi menulis catatan harian dan menulis semula dalam buku nota. Setiap hari dalam tempoh 20 hari ini, tulis apa sahaja aktiviti harian dan masukkan dalam buku nota. Ia seperti diari harian.
Paling mudah tulis semula apa yang kita buat, aktiviti dengan anak-anak, aktiviti bisnes, atau apa sahaja pengalaman menarik hari tersebut. Tambah nilai, apa pula dengan fokus blog. Semestinya ada kaitan secara langsung dan tidak langsung. Jangan berhenti walau satu hari pun mencatat nota mengikut tarikh. Lama-kelamaan kita bina satu tabiat asas.
Sumber: Asas Blog Dan Penulisan (edisi kemaskini)
Zainab Norazman
Belajar Asas Blog
Monday, January 16, 2017
Daun Diperbuat Daripada Apa, Ibu?
Sunday, January 15, 2017
Ragam Mahu Tidur
Teks : Zainab Norazman
Entri #32
Rutin. Dari celik mata hingga terpejam mata. Anak-anak, sikit-sikit ibu. Mahu itu, ibu. Mahu ini, ibu. Benarlah. Ibu adalah madrasah anak-anak. Hatta perkara sekecil isi botol air, tanya ibu. Botol mana. Botol mana. Padahal ibu sudah siap basuh dan letakkan tempat botol.
Benarlah. Ibu madrasah anak-anak. Kerana setiap perkara mahu bertanya ibu.
Ayah juga begitu. Tapi nisbahnya 1:5. Agaknya.
Seusai siapkan beg sekolah, buku sekolah, pakaian sekolah, kasut sekolah. Semua bagai itik pulang petang. Berbaris masuk bilik tidur. Masing-masing ambil bahagian menyusun bantal selimut masing-masing. Bersusun tiga budak kecil.
Namun, masa begini jugalah masing-masing mahu menguji kesabaran ibu. Huhuhu. Masing-masing mahu hak perasaan mereka dipenuhi.
Demi memenuhi keinginan semua, ibu hanya mampu mendendangkan qasidah-qasidah Habib Syech sambil kedua belah tangan bergilir-gilir tepuk-tepuk belakang anak-anak.
Duhai anak, kudrat ibu, ibu curahkan sepenuhnya buat kalian. Kerana kalian harta ibu yang sangat berharga.
Thursday, January 12, 2017
Cerita Pulang Dari Sekolah
Foto : Zainab Norazman
Entri #31
Sedang ibu memandu kenderaan. Rayyan bagi jadual kelas minta ibu tengok. Kejap lagi tunjuk surat pemeriksaan kesihatan, minta ibu baca. Selepas itu, Rayyan tunjuk kerja sekolah Bahasa Inggeris. Tangan kiri ibu sudah penuh dengan surat, kertas jadual dan buku Inggeris. Tangan kanan masih gagah pegang stering kereta.
Zainab Norazman - Pemandu Litar Jalan Lintas.
#ABDR #KedaiJahitIbuByEzzKids
Wednesday, January 11, 2017
Langkah Mudah Bina Kedai Online
- Belajar langkah demi langkah cara membina blog yang betul dan berpengaruh, lengkap dengan borang tempahan, terma syarat belian, cara memasukkan FB, FANPAGES, cara masukkan gambar, gadget di blog
- Belajar menghasilkan sebuah blog yang mudah dijejak pelanggan di carian google
- Jadikan blog sebagai medium pemasaran online
- Tidak perlu sewa tapak kedai yang mahal
- Tidak perlu keluarkan wang upah pekerja
- Kedai dibuka setiap hari (24/7)
Semua untuk bacaan dan motivasi kecuali ebook blog sebagai ebook rujukan di kelas.
Tips Penulisan di Media Sosial
Foto : Tanpa foto
Entri #29
+ Jika panjang bijak menggunakan koma, noktah, sambungan ayat dan sebagainya.

