Teks : Zainab Norazman
Entri #32
Rutin. Dari celik mata hingga terpejam mata. Anak-anak, sikit-sikit ibu. Mahu itu, ibu. Mahu ini, ibu. Benarlah. Ibu adalah madrasah anak-anak. Hatta perkara sekecil isi botol air, tanya ibu. Botol mana. Botol mana. Padahal ibu sudah siap basuh dan letakkan tempat botol.
Benarlah. Ibu madrasah anak-anak. Kerana setiap perkara mahu bertanya ibu.
Ayah juga begitu. Tapi nisbahnya 1:5. Agaknya.
Seusai siapkan beg sekolah, buku sekolah, pakaian sekolah, kasut sekolah. Semua bagai itik pulang petang. Berbaris masuk bilik tidur. Masing-masing ambil bahagian menyusun bantal selimut masing-masing. Bersusun tiga budak kecil.
Namun, masa begini jugalah masing-masing mahu menguji kesabaran ibu. Huhuhu. Masing-masing mahu hak perasaan mereka dipenuhi.
Demi memenuhi keinginan semua, ibu hanya mampu mendendangkan qasidah-qasidah Habib Syech sambil kedua belah tangan bergilir-gilir tepuk-tepuk belakang anak-anak.
Duhai anak, kudrat ibu, ibu curahkan sepenuhnya buat kalian. Kerana kalian harta ibu yang sangat berharga.
No comments:
Post a Comment