Monday, January 30, 2017

Tiga Hari Terperuk Penuh Bahagia

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Entri #38

Sebelum tiba hari kejadian, otak ligat merancang macam-macam. Semuanya untuk pengisian tiga hari cuti yang panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina. Tiga hari itu cukup panjang agaknya. Hehehe. 

Awal-awal sudah siap berpesan pada anak-anak. Cuti tiga hari kita duduk rumah sahaja ya. Bergelutlah dengan ibu dan ayah.
Awalnya, anak-anak buat muka masam. "Ala ayah, kami mahu jalan-jalan bah." "Bosan bah di rumah jak." Si kecil Fatehah juga mahu menyuarakan hasrat hati, "A-ahhh nak jalan bah ayah. Jomlah ibuuuu". Ini kes mengikut sahaja lagak abang dan kakak.

Sebenarnya.
Bukan tidak mahu menuruti hasrat anak-anak. Tapi sebenarnya kak nab kena menyiapkan 300 keping sulam tag nama sekolah. Tiga hari cuti ini kak nab wajib habiskan. Ini sahaja peluang yang ada.
Atas alasan itu, kak nab bagi faham anak-anak. Alhamdulillah. Anak-anak setuju. Cuma bersyarat. Syaratnya ialah masak sedap-sedap.

Elehhhh. Ini semua ibu sudah siapkan daaah. Dalam hati kak nab berbicara.
Sememangnya. Kak nab sudah siap pun perancangan untuk tiga hari ini. Pulun basuh kain baju bila. Menu tiga hari bermula sarapan pagi hingga ke makan malam juga sudah tersedia. Aktiviti anak-anak juga kak nab sudah fikirkan. Semangat punya pasal. Hahaha.

Tiga hari berlalu dengan bahagia. Walaupun terselit ragam anak-anak berebut mainan. Berebut itu. Ragam rumah bersepah. Itu semua rempah ratusnya. Nikmati dengan bahagia.

Dan alhamdulillah. Sulam tag nama siap dengan jayanya. Walaupun sekejap lari ke dapur. Sekejap berlari sidai kain baju. Lari pula betulkan hoop. Betulkan benang mesin. Sekejap lagi lari pula pujuk adik yang merajuk dengan abang. Pujuk kakak yang merajuk dengan adik kecil.

Alhamdulillah. Paling bahagia bila suami kata, "ayang, abang bawa anak-anak jalan-jalan kejap. Yang di rumah lah buat kerja. Oh ya, tidak perlu masak malam ini. Nanti abang bungkus makanan siap masak".

Sang isteri senyum hingga ke pipi sahaja. Sebab pipi tembam menghalang senyuman sampai ke telinga.

Zainab Norazman,
Super Ibu Tiga Hari Mencintaimu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...