Tuesday, May 9, 2017

Belajar Menulis Biar Berguru

Teks : Zainab Norazman

Entri #75

Rasanya dalam tempoh dua tahun juga mula terjebak dengan minat mahu menulis. Pada awalnya, saya terjebak dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Mula skodeng dua orang cikgu yang hebat. Skodeng dalam setahun. Kahkahkah. Seterusnya mengatur langkah untuk belajar menulis bermula di blog. Dalam tim ABDR.

Syukur. Dari sini, saya mengasah semula bakat menulis. Seperti menulis karangan UPSR. Ya. Tentu sekali karatnya setebal 5 inci.

Sebagai langkah mengembangkan minat, saya berguru pula dengan cikgu menulis di media sosial sebagai aset menjadikan penulisan yang berpengaruh. Serta menulis storytelling untuk lebih rapat kepada pembaca.

Sesungguhnya. Ilham idea menulis itu dari Allah. Semoga Allah tuntun hati dan ilham saya untuk menulis yang memberi manfaat.

Kalian juga pasti ada guru yang memberikan inspirasi dalam hidup kalian. Kongsikanlah di ruangan komen supaya ia juga menjadi inspirasi kepada insan lain.

Zainab Norazman
Belajar Tanpa Henti

Sunday, May 7, 2017

Resepi Tom Yam Mudahkan Kerja Suri Rumah

Teks : Zainab Norazman
Gambar : Zainab Norazman

Entri #74

Awal pagi tadi ada urusan di luar kawasan. Sebelum keluar rumah, memang sudah siapkan bahan-bahan. Tinggal nak main terjun terjun saja dalam periuk.

Sebagai suri yang kononnya banyak program pada hujung minggu. Semua kerja kena cepat. Minimakan yang maksima. Kemas rumah kena cepat. Buat apa yang patut saja. Tak perlu la bersihkan habuk almari setiap hujung minggu. Panjat tangga lap habuk kipas. Kalau ada orang buat khidmat bersihkan rumah, boleh upah dan berkongsi rezeki dengan mereka.

Hari ini kaknab kongsikan menu masak sekali terjun untuk suri rumah. Juga boleh diaplikasi oleh sura rumah yang rajin tolong isteri di dapur.

Namanya Tom Yam Madam Pum yang viral. Mudah. Terjun semua dalam periuk. Semua ada. Lauk dan sayur sekali. Sonang kerja omak, nak.

Cara nak masak ala chef tak bertauliah ni, kalian tengok kat bawah ni ya. Selamat mencuba. Sawadikap.

RESEPI TOM YAM MENGGUNAKAN PES TOM YAM MADAM PUM VERSI SURI RUMAH MAHU CEPAT 


Bahan utama ialah ayam Kak Nab guna ayam sahaja sebab orang dalam rumah semua alah denhan seafood. Potong kecil-kecil dan bersihkan dengan selawat.



Ini bahan apa adanya setakat ini. Boleh saja kalian tambahkan daun kesum, bunga kantan, brokoli, capsicum dan aoa saja yang sesuai dicampur bersama tom yam.



Panaskan air di dalam periuk. Sebab mahu cepat, Kak Nab tadah terus air panas daripada mesin Coway.


Bila air mula mendidih, masukkan bawang merah, bawang putih, bawang holland, serai dan daun limau purut.



Apabila bau bawang sudah naik, masukkan pula ayam.


Lapar punya pasal. Tutup periuk, kuatkan api. Bagi cepat masak.



Eh. Tak perasan tak sempat ambil gambar masukkan sayur. Kahkahkah. Lantaklah. Ni nak tunjuk cara masukkan pes tom yam pula.


Bila semua dah masuk. Tambahkan air perahan limau nipis. Dan garam secukup rasa.




Walla. Inilah pes tomyam yang kak nab gunakan. Kirim daripada kawan yang baru balik daripada Kedah. Tom Yam Madam Pum.

==========

Kelas Asas Online Blog juga boleh dilakukan tanoa suri perlu keluar meninggalkan anak-anak di rumah. Mudah. Hanya di hujung jari anda. Cikgu akan mengajar menggunakan medium grup whatsapp.

Tiada yang perlu gusar. Kelas berjalan selama 20 hari. InshaAllah bakal siap 44 entri jika fokus dan ikut jadual.


Apa yang akan diperolehi jika sertai KELAS BLOG ABDR

1. Akan dibimbing langkah demi langkah untuk siapkan blog.

2. Dapat ikuti nota penulisan di kelas walaupun sudah selesai kelas

3. Latihan 44 entri pertama membantu konsisten menulis di blog

4. Dapat bertukar link dengan alumni pelajar. Hampir 2K pelajar bawah kumpulan sokongan Akademi Bekerja Di Rumah.

4. Jika masih ada apa-apa pertanyaan tentang blog, Guru Online akan bantu jawab walaupun sesi kelas telah tamat.

5. Dapat menjana pendapatan melalui blog, dan juga boleh rekomen rakan untuk join kelas ini dan akan dapat komisen.

Zainab Norazman
Pengurus Online ABDR
Whatsapp : 0168495982
Emel : zainabnorazman@gmail.com

Thursday, May 4, 2017

Mak Adalah Madrasah

Teks : Zainab Norazman

Entri #73

Sekitar tahun 90an. Seingat ingat, aku dalam darjah 3 ketika itu. Mak aku mula mengajar mengaji untuk anak-anak di kejiranan. Kawan kawan aku bermain juga.
Selepas maghrib, rumah pasti riuh rendah dengan suara kanak-kanak mengaji. Ada yang bermula dengan muqaddam. Ada yang mak pindahkan naik Al Quran. Mak aku tak rotan. Mak aku tabah saja mengajar mengaji dengan lemah lembut.
Memandangkan aku kira senior juga. Sudah boleh baca Al Quran ketika itu, mak aku amanahkan aku ajar budak-budak yang masih muqaddam. Maka diperturunkanlah ilmu yang tidak seberapa.
Dari dulu, mak aku adalah guru mengaji aku. Dan kini, ada masa terluang. Mak aku pasti jadi reminder setia. Tanya sudah baca Al Quran, belum. Minta baca surah-surah amalan setiap hari. Surah As Sajadah selepas subuh. Al Waqiah selepas solat sunat dhuha. Al Mulk sebelum lena.
Cucu-cucu mak sekarang ni umur 5 tahun, mak aku selalu ingatkan mulakan ajar Iqra waktu usia begini dengan serius. Masa bekerja ni, kalau tidak sempat ajar mengaji, cari guru yang anak anak segan untuk ponteng mengaji. Hehehe. Begitulah selalu ingatan yang mak aku lontarkan.
Ini bulan Ramadhan pula bakal menjelma. Aku tengok mak aku gigih betul nak khatamkan Al Quran lagi. Mak aku kata, 1 Ramadhan nanti kena mula semula Al Baqarah.
Aku mohon daripada kalian. Doakan semoga mak aku diberi kekuatan dan kesihatan agar dipilih Allah teruskan menghayati dan membaca Al quran setiap hari.
Zainab Norazman
Sudah Baca Al Kahfi?

Kisah Pakcik Yang Membawa Tong Sampah Hijau

Teks : Zainab Norazman

Entri #72

Tekan butang lif. Ting! Pintu lif terbuka. Pakcik di sebelah masuk sambil menolak tong sampah hijau yang besar. Ya. Ada aroma yang kurang menyenangkan juga.
Selepas itu, saya dan kakak Dania menyusul bersama.
"Assalamualaikum".
Saya tersipu-sipu menjawab salam.
Tatkala pintu lif hampir tertutup, seorang gadis pula menekan butang lif. Berharap agar pintu lif terbuka semula. Masuk dengan tergopoh-gapah.
Saya menekan butang tingkat 5. Pakcik yang membawa tong sampah menekan butang tingkat 3. Gadis itu pula menekan butang lif tingkat 10. Agaknya adik ini mahu ke surau yang berada di tingkat 10. Fikir saya.
Semua berdiam melayan entah apa yang bermain di fikiran ketika itu. Kakak Dania di sebelah saya pula sibuk bersama plastik buku cerita yang baru dibeli sebentar tadi. Bergemerincing bunyi plastik. Tidak sabar mahu buka plastik buku dan baca masa tu juga.
Kakak Dania. Anak sulung yang berusia 8 tahun. Hobinya membaca buku. Betul-betul ulat buku. Sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah boleh juga membaca sambil berjalan. Begitulah sikapnya.
Tiba-tiba pakcik itu bersuara. Memecah keheningan di dalam lif.
“Nak, di luar tu hujan lebat. Anak ni drive sendiri kah nanti?”
“Hah?. Ya. Ya pakcik”. Tergagap-gagap menjawab soalan pakcik itu.
“Anak yang satu ni pula?”
“Saya mahu ke surau pakcik”.
“Ohh. Hati-hati nak. Hujan begini jalan licin. Hati-hati bawa kereta. Hati-hati berjalan”.
Kami hanya tersenyum.
Ting. Lif tiba di tingkat 3. Dan kala pintu terbuka, pakcik tersebut sudah pun menolak keluar tong sampah hijau itu.
Sekali lagi, pakcik itu menoleh.
“Assalamualaikum.” Dengan senyuman dan mengangkat tangan kanan. Sebagai tanda meminta diri.
Saya menjawab salam sambil tersenyum. Begitu juga gadis di sebelah saya.
…..
Dalam perjalanan balik ke rumah. Sambil memandu, saya terkenang-kenang peristiwa tadi.
Allah Ya Allah. Kita terlalu sibuk melayan perasaan sendiri. Kita sibuk memikirkan hal diri sendiri. Dunia kita sendiri.
Daripada sudut pandang terhadap pakcik tadi. Tanpa mengira siapa dia bertemu, dengan mudah menyampaikan kebaikan. Dengan murah hati memberikan doa kepada orang lain. Sedekah senyuman.
Hati kita. Beginilah. Memilih manusia untuk disanjung dan dihormati. Ada kekurangan sikit, kita tidak pandang. Walhal, semua sama di sisi Tuhan. Siapa kita untuk menilai seseorang dengan hanya pandangan mata kasar.
Kalaulah Tuhan membuka aib kita. Malunya. Terlalu banyak aib kita. Jika dibandingkan dengan pakcik tadi.
Dalam situasi tadi, rupanya Tuhan Yang Maha Adil telah mengangkat darjat pakcik dengan mengurniakan satu sifat mulia pada pandangan ahli langit.
Terngiang-ngiang kata kata ustaz di radio ikim. Biar kita rendah diri di mata kita sendiri. Sederhana di mata orang. Namun dipandang tinggi pada pandangan Tuhan Sekalia  Alam.
Zainab Norazman
Belajar Dengan Hati

Wednesday, May 3, 2017

Kualiti Masa

Teks : Zainab Norazman

Entri #71

Suri-suri yang bekerja dan mencari waktu kualiti di rumah bersama anak. Waktu maghrib ke isyak inilah waktunya. Masa emas yang harus digenggam erat.
Solat jemaah dengan anak. Doa kuatkan suara. Agar anak dengar dan hadam hajat si ibu. Selepas solat, peluk cium anak-anak. Baca Al Quran sama-sama.
Waktu ini juga waktu yang mustajab doa. Bercerita dengan anak sambil lafazkan doa-doa didepan anak-anak.
Semoga kita semua menjadi ibu yang sentiasa dirindui anak-anak dalam doa mereka kelak.
Zainab Norazman
#TravelogSuri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...