Thursday, January 17, 2019

Ayam Goreng RM1 Dan Sebuah Kejujuran

Teks : Zainab Norazman
Entri #149

Ibu, jimat Rayyan beli ayam goreng tadi. Makcik kantin ambil RM1 jak.

Harga sebenar berapa ringgit, Rayyan?

Sepatutnya RM2. Tapi bila Rayyan cek poket seluar, Rayyan ada baki lagi RM1.

Ehh, mungkin Rayyan salah bagi duit?

Ya kot. Rayyan ingat sudah bagi RM2. Biarlah ibu. Rezeki Rayyanlah tu. Makcik kantin tidak minta pun duit Rayyan lagi.

Ehh ehh ehh. Mana boleh macam tu. Mungkin Rayyan silap bagi duit, dan makcik kantin mungkin tidak perasan tu. Esok Rayyan bayar extra RM1 k pada makcik kantin. Kasihan makcik kantin, itu kan punca rezeki dia.
.
.
Lalu sepanjang perjalanan pulang ke rumah semalam, gigih ibu bercerita tentang amanah dan kejujuran yang wajar kita pegang hamba Allah. Berharap agar-anak faham dan hadam bebelan ibu itu. Simpan sampai jadi tua. Hehehe.

#kaknab membebel
#ceritakami

Wednesday, January 9, 2019

Sertai Kumpulan Sokongan Membaca Khairul Hakimin Mohamad, Bantu Bina Semangat Baca Buku Setiap Hari

Mengimbau kembali memori pada tahun 2017. Ketagihan saya membeli dan terus membeli buku sehingga berjumlah RM600 pada tahun tersebut.

Lalu, tahun 2018 saya azam untuk kurangkan perbelanjaan membeli buku dan bahan bacaan buat sementara waktu memandangkan rak buku semakin hari semakin sendat dengan buku.

Saya cuba mengalihkan tabiat membeli kepada tambahkan kerajinan membaca dan menghabiskan menerokai semua buku yang sudah lama dibeli tapi belum pernah dibaca.

Saya mengambil keputusan pada tahun 2018, saya meletakkan cabaran membaca 50 buku di dalam aplikasi Goodreads sebagai suntikan vitamin R itu. Namun ia tidak kesampaian atas faktor lebih banyak 'membaca' (baca sebagai membawang) di facebook dan whatsapp. Kahkahkah.

Jadi sebagai pembukaan tahun baru 2019 ini, saya ada azam baru untuk #ceritaduniabuku saya. Orang kata, kalau mahu berhijrah, jangan tamak untuk meletakkan azam setinggi langit. Buat sikit sikit,  asalkan istiqomah.

Untuk tahun ini, saya azam membaca sekurang-kurang 2 buah buku setiap bulan dan jika ada tambahan kerajinan, saya tetapkan maksimum 20 buah buku tahun ini.

Tambahan lagi, ada satu grup sokongan untuk pencinta buku dan mencintai hobi membaca buku kelolaan Tuan Khairul Hakimin. Baru 3 hari berhimpun bersama orang-orang yang taksub dengan dunia buku, saya sudah merasakan bahawa berkemungkinan tahun ini saya boleh baca lebih dari 20 buah buku. Wahh. Baru tadi sebut, jangan tamak. Kihkihkih. Okeh sekadar bergurau. Kalau jadi, alhamdulillah.

Kalian jika mahu bersama-sama di dalam grup tersebut, terus saja join, usah fikir panjang panjang lagi.

Ini iklan dan jemputan ke grup Kelab Buku KHM.
.
.
Kelab Buku KHM. Kami dah buka Group Telegram.

Siapa yang membaca, suka buku, suka hal-hal dunia buku, jemput sertai semua. Klik link ini ya:

https://t.me/joinchat/KINlWxR-Nx4_a-kFl-rlxg
https://t.me/joinchat/KINlWxR-Nx4_a-kFl-rlxg
https://t.me/joinchat/KINlWxR-Nx4_a-kFl-rlxg

Zainab Norazman
Jom membaca!

Tuesday, January 8, 2019

Azam 2019, Mengurangkan Pendedahan Terhadap Skrin

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #147

Bergelar ibu, anak masuk sesi persekolahan, ibu yang paling sibuk.


Sekejap jadi tukang jahit. Jahit tudung sekolah anak, jahit lencana dan tag nama.

Benda paling 'layan', balut buku teks. Ya lah, anak-anak masih kecil, takkan nak dera balut buku sendiri. Ibu mithali juga yang ambil peranan.

Awal sesi, banyak tangan-tangan kecil bantu buka selotap, gunting selotap. Senang kerja ibu.

Tepat jam 9, "Ibu, masa kami telah tamat. Jam loceng tidur sudah berbunyi".

Disebaliknya, ibu pun melonjak horaiii. Boleh buka hp. Hehehe.

Azam 2019 kami, tiada gajet untuk hari Isnin hingga Jumaat. Untuk ayah dan ibu, dilarang sama sekali 'melayani' hp mula balik kerja sehingga jam 9 malam iaitu waktu tidur anak-anak.


Makna kata, tunggu anak-anak tidur baru boleh tengok hp. Kalau ada saya sempat membuat hantaran atau menjawab wassap waktu perintah berkurung itu, ertinya saya sedang kunci pintu bilik dan curi-curi buka hp. Kahkahkah.

Zainab Norazman
Misi membanteras terlalu terdedah pada gajet.

Sunday, January 6, 2019

Zikir Allah Allahu Robbuna, Melepaskan Segala Kesusahan Di Hati

Teks : Zainab Norazman
Foto : Ihsan Google
Entri #146

Dalam hidup ini, selagi ada Allah, lepaskan segala rasa itu kepada Dia.

Zikir ini zikir yang hebat. Mampu melepaskan semua rasa kesusahan di dalam hati kita menjadi kelapangan yang tidak terperi.

Allah Allahu Robbuna Laa Nusyriku Bihii Syai-aa.

"Allah Allah Rabb kami, kami tidak akan menyekutukan Mu sekecil apa pun".

#kaknab


Tuesday, December 25, 2018

Kembara Cuti Sekolah - Taman Hidupan Liar Lokawi Sabah

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #145

Sakan betul anak-anak memikir apa lagi aktiviti nak buat selagi ada sisa cuti sekolah ni. Macamlah hari lain tak boleh rancang projek jalan-jalan pula kan.


"Ibu jomlah ke mana-mana lagi sebelum sekolah bermula".

Lalu saya merencanakan untuk ke Taman Hidupan Liar Lokawi sempena cuti hari ini.

Baru mahu keluar rumah tadi, hujan turun dengan lebatnya.

Allahu. Masing-masing buat muka monyok macam kerang busuk.

"Daripada duduk monyok gitu, jom kita doa sama-sama. Hujan begini waktu mustajab doa. Allah makbul doa kita."




Add caption






 "Ibu, ibu. Fatehah dah jumpa My Little Pony"





Jam 9.30 pagi, hujan berhenti dan alam kembali cerah. Alhamdulillah ala kullu nikmat.


Usai 'mengembara' hutan Lokawi, bagi reward aiskrim ke anak-anak. Syukurlah ada trak Aiskrim Zyeni tadi. Anak muda melayu yang mengusahakan lori comel menjual aiskrim ini.

Zainab Norazman
Bahagia apabila makan aiskrim sambil duduk bertenggek di tepi tangga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...