Tuesday, May 30, 2017

Fatehah Yang Puasa

Teks : Zainab Norazman

Entri #86

Siang tadi, berdua bersama Fatehah di rumah.
Suami pergi ke bengkel kereta untuk membaiki si viva biru.
Kakak dan Rayyan ada program Seronoknya Bersama Al Quran.
Ibu : Fatehah. Ibu goreng nasi untuk tehah ya. Mau?
Fatehah : Tak mamu la ibu. Ahh kan puasa.
Ibu : Ohh Fatehah puasa la ni.
Fatehah : Tapi Ahhh nak susu bah ibu. Boleh bah ibu.

Saturday, May 27, 2017

Projek MOSWA Menyantuni Asnaf

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #85

Hari ini jadi 'penyibuk' dalam Kuliah Fiqh Wanita di Surau Sempelang, Sembulan. Tukang bagi hadiah dan bidan terjun perempuan kamera. Merakam detik pelbagai perasaan.

Dalam senyum mereka, ada airmata mengalir.

Program tadi dimulai dengan Kuliah Fiqh Wanita yang disampaikan oleh Ustazah Roshita. Memetik sedikit intipati takzirah. Kita ini adalah bakal jenazah. Setiap daripada kita pasti akan mati. Semua harta, kereta, rumah, jawatan dan follower di facebook ini pasti akan ditinggalkan. Yang bersama kita ke kubur nanti adalah amalan baik kita. Dan juga syafaat Al Quran.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita perbanyakkan amal ibadah. Kerana Allah swt kata, amalan-amalan lain adalah untuk kalian. Dan amalan puasa ini adalah untuk-Ku. Perbanyak banyakkan dan banyak-banyaklah rebut pahala dengan Al Quran.

Majlis kemuncak tadi adalah penyerahan sumbangan dalam Projek MOSWA. Asnaf miskin, oku, sakit, warga tua dan armalah diraikan. Saat inilah detik meruntun jiwa dan perasaan.

Melihat ada yang berjalan dengan perlahan kerana sudah tua. Ada ibu tunggal yang baharu sahaja kematian suami. Berbelas tahun menyantuni suami yang menghidap kanser. Ada juga yang sudah lama hidup membesarkan anak yang ramai tanpa suami. Tidak kurang juga sayu hati tatkal melihat seorang anak yatim yang mewakili ibunya.

Mereka menangis gembira menerima sekampit beras.

Kepala lutut menjadi lemah berdiri di hadapan. Airmata mengalir tanpa boleh ditahan-tahan lagi. Pagi 1 Ramadhan ini mendidik saya dengan sesuatu yang indah. Mengajar hati untuk mensyukuri perjalanan hiduo anugerah Allah swt.

Ternyata, dalam situasi begini. Allah bukan menguji mereka. Sebaliknya, diri kita yang sedang diuji. Sama ada kalian bersyukur atau kufur nikmat.

Dan. Dengan lafaz bismillah. Sekiranya kalian mahu bersama-sama menyumbang melalui Program MOSWA, ada poster lengkap dengan butiran di ruangan komen. Penyerahan sumbangan akan dilakukan dari masa ke semasa sepanjang bulan Ramadhan ini.

Poster MOSWA



Zainab Norazman
Petugas Sebagai Perempuan Kamera

Friday, May 26, 2017

Nostalgia Ramadhan dengan Iklan "Ayam Segar Desa"

Teks : Zainab Norazman

Entri #84

Waktu rehat tengahari tadi, aku memandu sendirian menuju ke Desa Fresh Mart di Damai Plaza. Viva biru yang comel setia menjadi teman.
Kebiasaannya. Untuk mendapatkan ayam yang segar dan halalnya diyakini, Desa Fresh Mart adalah salah satu kedai yang boleh kalian cari. Ada ayam bulat. Ada juga yang sudah siap potong mengikut bahagian. Semuanya segar-segar belaka.
Mahu beli isi ayam yang sudah hancur juga ada. Menggunakan 100% dada ayam tanpa campuran lemak atau urat. Elok sangat buat inti popiah ayam. Mahupun buat inti untuk kebab.
Bila sebut tentang Desa, pasti ada yang terkenang-kenang laungan iklan Ayam Segar Desa. Terimbas nostalgia zaman kecil dahulu. Dekat-dekat waktu berbuka puasa, hidupkan radio dan cari channel radio Sabah.fm.
Iklan ayam segar desa itu adalah trade mark menandakan lagi beberapa saat waktu berbuka puasa. Gelas besar berisi ABC yang sudah disiapkan sejam yang lalu mula digenggam. Nampak sangat khusyuk menanti azan maghrib. Hikhikhik.
Itu nostalgia dulu. Kini kita tunjukkanlah tauladan yang baik kepada anak-anak pula. Ambil 3 biji kurma. Kunyah dengan perlahan. Baru minum air. Selepas itu, solat maghrib berjemaah dulu. Lebih mudah, sertai iftar jama'ie di surau berhampiran.
Esok kita sudah mula berpuasa. Malam ini bolehlah ajak anak-anak menanti saat terawih pertama di surau atau masjid. Mudah-mudah permulaan Ramadhan tahun ini kita istiqomah sehingga akhir Ramadhan.
Ustaz kata, ramainya orang di masjid-masjid pada awal Ramadhan. Semakin surut di hujung Ramadhan. Walhal, pahala yang hujung Ramadhan itu lebih tinggi makamnya.
Zainab Norazman
Ramadhan Kareem

Wednesday, May 24, 2017

Impian Suri Rumah Sepenih Masa

Teks : Zainab Norazman
Imej : Ihsan Google


Entri #83


Sedang menjamu biskut dipdip dalam koko panas, Kak Nab buka tingkap messenger. Ada mesej daripada seorang adik manis. Kak Nab panggil dengan nama Tika.

"Saya suka baca post Kak Nab. Kak Nab selalu tulis tentang suri di rumah. Saya suka tengok suri-suri yang bekerja di rumah seperti Kak Nab. Boleh uruskan anak-anak. Sambil sambil buat perniagaan."

"Akak bukan suri di rumah 24 jam. Akak suri bekerja juga dik.  Apabila berada di rumah, maka jadilah akak suri rumah sepenuh masa. Dan penuh perasaan. Hikhikhik. Waktu di pejabat, akak tukar topi jadi suri yang bekerja. Walau separuh perasaan masih ada di rumah. Itu normal bagi seorang suri."

Kita ini umpama sekuntum mawar. Apabila di letak di dalam satu bilik, ia mewangi. Di bawa ke satu sudut pula, juga menyebarkan harumannya. Impian kita agar kita disimpan dengan baik di dalam sebuah taman bunga. Bersama bunga-bunga lain yang memekar di pagi hari. Menyebarkan auranya.

Namun, dari satu aspek lain. Kita juga diperlukan diruangan yang lainnya. Mewangi dan menyebarkan haruman.

Impian untuk menjadi suri rumah sepenuh masa itu adalah fitrah seorang suri. Mengurus tadbir kerajaan sendiri dan membina ummah di rumah.

Mungkin bukan hari ini. Mungkin Tuhan menyimpan hasrat itu di satu masa yang sesuai. Saat kita sudah mampu menjadi CEO di dalam rumah. Yang solehah. Memimpin penuh sabar dan kelembutan. Cerdik dalam mengurus tadbir.

Untuk jangka masa ini, kita lalui sahaja jalan-jalan ini. Sambil melakar impian. Menjadi satu jalan cerita yang indah. Kerana suatu masa nanti, Allah pasti makbulkan doa. Doa doa dan terus berdoa.

Diajarkan juga, suri-suri yang berhajat kepada sesuatu, amalkan selawat tafrijiyyah sebanyak 21 kali sehari. Jika bersungguh-sungguh, boleh amalkan 44 kali dengan kekhusyukan.

Memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Ataupun suri rumah bekerjaya. Semua dengan izin Allah. Kita meminta. Semoga Allah kabulkan pada saat yang sangat indah.

Zainab Norazman
Berharap Agar Dipilih Menjadi Suri Pilihan Allah swt

___________________________________________

Ada yang mahu sertai Kelas Asas Blog Online di grup whatsapp?

Kelas Jun 2017 kini dibuka.

Hubungi :

Zainab Norazman. zainabnorazman@gmail.com. 0168495982

Tuesday, May 23, 2017

Fungsi Dapur Suri Asas Pendidikan Awal Anak

Teks : Zainab Norazman
Imej : Ihsan Google

Entri #82
Kebiasaannya. Dapur adalah ruang kecil yang berada di dalam rumah. Dapur dijadikan sebagai ruang menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Juga buat tetamu yang bertandang.

Pembentukan anak yang soleh,
 bermula daripada makanan yang baik.


Tahukah kalian duhai suri? Dapur ada fungsi meluas selain daripada fungsi menyediakan makanan

Pertamanya, tempat berangan. Ya. Dapur adalah tempat mak mak berangan. Berangan mahu masak apa sarap esok. Lauk apa tengahari nanti. Tak lah lauk 'sekali harung' setiap hari kan? (Yang macam si kak nab ajar selalu tu hikhikhik). Sesekali sediakanlah lauk yang pelbagai. Ikut kerajinan.

Dapur juga menjadi tempat mak mak melepaskan penat dan lelah. Ataupun tempat melepas rajuk di hati. Mahu ke mana lagi mak, nak? Dapur inilah sahabat sejati mak. Sambil sental periuk, airmata mengalir di pipi. Cewah!

Namun kalian. Fungsi yang lebih istimewa lagi. Dapur adalah tempat mak mak membina ummah. Tempat mak mak mendidik anak-anak. Tempat air tangan mak mak yang penuh magik. Tempat mak mak menempiaskan air liur ajaib saat berzikir sambil mengacau ayam rendang di atas kuali.

Mak mak. Kalian hebat. Adanya fungsi dapur, tempat kalian menghamburkan doa pada makanan dan minuman yang disediakan. Makanan itu akan masuk ke dalam perut anak-anak. Ia menjadi darah yang mengalir tubuh anak-anak yang kalian didik.

Kalian dambakan apa pada anak. Doa saat kalian senduk nasi. Zikir saat potong sayur. Niatkan untuk anak anak membesar dengan makanan yang halalan toyyiba.

Hebatnya fungsi dapur buat kalian, mak mak hebat. Manfaatkan sebaiknya.

Zainab Norazman
Jurnal Suri Bekerja

__________________________

Dalam Akademi Bekerja Di Rumah, kalian akan bersama suri ABDR yang lain. Mengejar impian. Berkongsi bersama di dalam Kumpulan Sokongan ABDR.

Kalian akan dipandu dan dipimpin untuk menulis mengikut minat masing-masing.

Sertai tim ABDR bersama suri yang lain.

Hubungi :
Zainab Norazman
Pengurus Online ABDR
Whatsapp 0168495982
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...