💖
Saya pernah mendengar ceramah agama, ustaz ini berkongsi pengalamannya mengamit budaya ibu bapa kini. Katanya, gaya hidup moden yang mengejar masa, mencari wang dan kemewahan membuatkan anak-anak tandus kasih sayang. Bukan itu sahaja, malah tanpa disedari ia menjadikan seseorang itu 'kejam'.
Lihat sahaja waktu pagi, saat menghantar anak-anak ke nurseri atau rumah pengasuh. Kebanyakan ibu bapa menggesa anak agar cepat kerana mahu mengejar masa dan mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Sudahlah kita meninggalkan anak pada orang, kita tidak peka perasaan si kecil terluka. Anak kecil tidak pandai meluahkan rasa sedih, hanya riak wajah menjadi saksi betapa mereka terluka.
Begitu juga ketika kita menghantar anak ke sekolah, kita gesa agar cepat turun dari kereta. Mengapa kita begitu 'kejam' melayan darah daging kita sendiri? Mereka ada hak ke atas kita, mereka anak-anak kita. Zuriat kita, pewaris kita. Sedarlah! Jangan terus-terusan membuat kesilapan sama berulang kali.
Peluklah anak saat kita meninggalkan dia di rumah pengasuh atau sekolah. Ucapkan kata-kata yang baik, tiupkan semangat agar anak rajin belajar. Cium pipinya dengan penuh kasih sayang. Pelukan dan ciuman ini menjadi pemangkin semangat agar anak rajin belajar. Cium pipinya dengan penuh kasih sayan. Pelukan dan ciuman ini menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak.
Mereka tahu ibu dan ayah terpaksa meninggalkan mereka untuk mencari rezeki. Sekurang-kurangnya sepanjang perpisahan sementara, kita sudah ulit mereka dengan kenangan indah. Kita tinggalkan bekalan ciuman hangat dan pelukan erat.
Ramai pakar motivasi mengatakan anak-anak yang sering dipeluk oleh ibu dan ayah menjadi insan cemerlang. Mereka sentiasa bersemangat, ceria dan menjadi insan penyayang. Jadi mulai hari ini, peluklah anak. Ciumlah mereka, lihat reaksi anak kita perlakukan mereka begitu. Mereka kelihatan gembira. Semoga tip ringkas ini menjadi titik permulaan untuk kita sama-sama perbaiki kelemahan diri dan eratkan hubungan kekeluargaan.
"Kasih sayang seperti baja yang menjadikan pokok subur dan berbunga cantik".
Copy&Paste : ~Intan Rohaizat
No comments:
Post a Comment