Teks : Zainab Norazman
Entri #44
Allah swt ambil semula hak kita bila tiba masanya.
Allah swt beri hadiah bila Allah rasa kita perlukannya.
Dalam sakit minggu lepas, saya terima berita kematian. Seorang pakcik, jiran lama, bapa kepada sahabat saya. Masa kecil dahulu, kami berjiran selang satu rumah. Di rumah itu, tempat saya bermain. Tempat makan. Tempat melepak. Mak bapa dia, macam mak bapa saya. Begitu sebaliknya.
Pakcik meninggal dunia siang hari selepas dikejarkan ke unit rawatan kecemasan Hospital Likas. Perginya seorang pakcik. Seorang bapa buat sahabat saya. Dengan izin dan kuasa Allah swt, sahabat saya itu pula selamat bersalin pada petang harinya. Kebetulan sememangnya sedang dalam sarat mengandung. Maha Kuasa Allah, Allah ambil dan Allah ganti.
Memandangkan minggu lepas pada hari kejadian saya sedang bertarung dengan muntah-muntah. Jadinya, seharian tadi baru berkesempatan menziarahi makcik dan sahabat saya yang baru bersalin. Melepak di sana, sungguh menggamit kenangan zaman kecil di kejiranan itu. Sempat melihat-melihat tapak rumah lama yang masih penuh semak-samun. Melihat sekeliling rumah-rumah jiran. Allah. Rindu.
Tempat bermain lumpur. Menggelungsur di tepi bukit. Tempat main pondok-pondok. Tempat panjat pokot manggis. Tempat menangkap belalang. Bermain tepi perigi. Bermain bawah rumah jiran. Tempat makcik-makcik dulu suka merewang masak macam-macam, kumpul sesama jiran, makan ramai-ramai.
Rindunya.
Zainab Norazman,
Saya rindu sangat-sangat.
Saya rindu sangat-sangat.
No comments:
Post a Comment