Teks : Zainab Norazman
Entri #45
Apabila mula berjinak-jinak untuk mula menulis di blog, saya ambil dan amal ilmu penulisan yang satu ini. Menulis dengan ayat penuh! Ya apabila kita menulis dengan ayat penuh dalam apa juga situasi, ia sebenarnya dapat melatih kita untuk menulis dengan lebih efisien.
Biasanya saya berlatih dan membiasakan 'menulis' dengan cara menaip di papan kekunci telefon bimbit atau komputer riba. Naikkan status di Facebook. Menulis di blog. Berpot-pet di grup Whatsapp. Zaman kini, semua menggunakan gajet. Jarang-jarang sekali kita buka buku, ambil pen. Dan tulis dengan kaedah lama.
Dalam saya memaksa diri menulis dengan ayat penuh, rupa-rupanya, ia juga memberi kesan kepada penulisan saya. Kaedah menulis sebenar dengan menggunakan pena dan menulis di atas sekeping kertas. Dalam kuliah atau majlis ilmu biasanya, apabila menyalin nota kuliah, secara semulajadinya mata pena laji menulis, juga dalam ayat penuh.
Begitulah ajaibnya.
Itu sahaja mahu dikongsi. Lama sungguh saya hilang ingatan. Saya teringat pesan guru. Jika dalam kesulitan, banyakkan baca Al Quran. Al Quran akan membantu membuka jalan-jalan kebaikan. InshaAllah. Moga ia jalan kebaikan menuju Allah swt.
Mahu punya banyak ide untuk menulis, kena banyak baca buku. Pilihlah fiksyen apa saja yang mahu dibaca. Semua ilmu Allah swt.
Zainab Norazman
Bukan Penulis, tapi minat menulis.
Bukan Penulis, tapi minat menulis.
No comments:
Post a Comment