Teks : Zainab Norazman
Entri #24
Kalian, kita sudah pun memasuki ke minggu-minggu terakhir tahun 2016.
Assalamualaikum sahabat. Kita bertemu lagi dalam mode beralih tahun. Badan terasa mahu berehat, namun tanggungjawab di pejabat, tanggungjawab di rumah dan tanggungjawab dalam perniagaan membataskan.
Kalian bagaimana?
Buat pertama kalinya, hujung tahun begini kak nab menjadi sangat sibuk. Tahun ini kak nab sudah mula menerima tempahan sulam tag nama sekolah secara pukal juga jahit cadar asrama, juga secara pukal.
Kak nab baru setahun jagung dalam bidang ini. Tapi sungguh, kak nab punya impian besar dalam bidang jahitan ini.
Sebenarnya, menjahit ini sungguh-sungguh datang dari hati. Mana tidak, kak nab sebenarnya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas menjahit atau menyulam. Hanya sekali kak nab pernah belajar jahit labgsir dan telekung di Kelas Kursus Jahit Al Mujahid. Berguru dengan Ustazah Sahida Said. Hanya berbekalkan ilmu pengalaman bekerja sebagai pembantu di kedai jahit kampung.
Makanya, dengan zero ilmu. Kak nab hanya mencuba. Menjahit cadar dengan belajar daripada grup whatsapp "Kongsi Ilmu Jahitan". Belajar sulam dengan hanya rujuk youtube dan juga grup facebook sahabat pengguna mesin sulam NV950.
Dari situ, kak nab mencuba. Sikit-sikit.
Alhamdulillah. Rezeki itu daripada Allah swt. Rezeki faham menjahit dan menyulam Allah yang beri. Kak nab hanya seorang hamba yang menjalankannya sahaja.
Sebab itu, kak nab azam. Kak nab akan habiskan apa yang sudah bermula. Bidang jahitan ini, kak nab akan buat sungguh-sungguh. Mungkin ini jalan keluar dari belenggu rezeki yang Allah swt hantarkan.
Doakan kak nab. Juga doa buat kalian. Moga Allah leraikan segala macam belenggu kalian.
Zainab Norazman,
Dilema Mahu Berhenti Kerja.
No comments:
Post a Comment