Saturday, December 31, 2011

yang lama ditinggalkan ( ^__^ )

sekian lama tidak melakar di dalam 'diari' maya ini. ibu agak sibuk kaaa?? ekeke.. tak lah sibuk pon.... menyibokk jer... hehehe.. cuma ibu tak mampu nak manage time lagik.. huhu... rasa macam nak full time buat biz saja. pagi punch in kat ofis. kul 4.30 guduh gadah punch out.., lari gi kedai... sampai rumah kul 7.... sana sinin buat kedai..., bateri plak weak.. uwaaaaa...

macam2 sebenarnya ibu nak coret tapi kuikui... kefala hotak tepu a.k.a full :) sejak akhir tahun hari tu, ingat nak sot set pasal azam 1433 H.. tapi bersangkut di tepi jalan. nak sok sek pasal 2012 pun sama.. at last, biarkan ia tersimpan menjadi kenangan..

2011 melakar 1001 cerita penyusuan bersama Rayyan. 23 November 2011 mencatatkan lagi sejarah kenangan indah genap setahun berBREASTFEEDING PARTNER bersama Rayyan. indah nya tidak dapat ibu gambarkan. lain feel nya bersama Dania dulu. dan lain pula feel nya penyusuan bersama Rayyan. masing2 indah... masing2 ada pahitnya... cuma apa yang dapat ibu simpulkan..., perjalanan menyusukan anak2 adalah satu hadiah yang tidak ternilai buat anak2 ibu. ia adalah rezeki Allah....dan ibu sebagai perantara untuk menyalurkan titisan kasih itu kepada kalian. doa ibu, moga kalian dan 'bakal adik2' kalian, menjadi khalifah Allah yg cemerlang dunia akhirat. kalian adalah pinjaman Allah buat ibu.., semoga dengan 'TITISAN KASIH' ibu dapat menjadi pengikat antara kita di akhirat kelak, nak...

hari ini :12 Januari 2012. genalah puteri sulung ayah & ibu berusia 3 tahun. masih terkenang detik menanti bukaan servik sewaktu melahirkan dania. subhanallah... Allah yang Maha Kuasa.., diberikan ibu kenangan melahirkan dania melalui pembedahan... penyusuan pertama dania hanya berlaku di dalam wad setelah 3 jam kita dipisahkan. pelbahai cabaran ibu lalui demi memberikan air susu ibu kepada dania... hinggakan ibu pernah hilang kekuatan sehinggakan susu formula ibu suakan kepada dania... astagfirullah... betapa tidak kuatnya ibu waktu itu. namun, alhamdulillah..... itu kali pertama dan terakhir.... dania berjaya ibu susukan jua selama 15 bulan :)

Friday, December 2, 2011

BUDAYAKAN PENYUSUAN BAYI DENGAN SUSU BADAN

sumber diperolehi daripada

http://www.bharian.com.my/articles/Budayakanpenyusuanbayidengansusubadan/Article/


******************************************************************************

Budayakan penyusuan bayi dengan susu badan
Oleh Hidayah Mohammad
hid@bharian.com.my
2011/12/01

Bilangan wanita susukan bayi meningkat

PAKAR pemakanan menyifatkan, usia dua tahun pertama bayi adalah 'tempoh kritikal' kerana kualiti nutrien yang diberikan bakal menentukan pertumbuhan dan pembesaran berkekalan sepanjang hayatnya. Dalam tempoh itu, bayi harus diberikan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama sebaik saja dilahirkan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengesahkan kolostrum, iaitu susu ibu berwarna kuning dan lekit yang dihasilkan pada fasa akhir kehamilan adalah bekalan makanan terbaik untuk bayi baru dilahirkan.
Justeru, susu hendaklah dimulakan pada jam pertama selepas bayi dilahirkan. Bagaimanapun, selepas enam bulan, penyusuan badan perlu diteruskan bersama makanan pelengkap yang sesuai sehingga anak berusia dua tahun.

Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan dan ia mempunyai bahan yang tidak ada dalam susu formula bagi membatu mencerna nutrien dengan lebih baik. Nutrien yang diperlukan dalam pemakanan lengkap untuk bayi ialah protin yang mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan.

Susu yang mengandungi sejenis enzim sipanggil lipase membantu bayi menghadamkan lemak dengan baik. Laktosa pula sebagai karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium. Ia membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.

Zat besi pula diperlukan bagi mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran dan kandungan bahan istimewa itu membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Sungguhpun begitu banyak manfaatnya ketika rutin penyusuan si kecil. Namun, bilangan ibu di Malaysia yang melakukannya tidak begitu memuaskan. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ketiga, pada 2006 menunjukkan bilangan ibu yang memberi susu kepada anak mereka semakin meningkat.

Kajian mendapati bilangan wanita yang memberikan susu ibu kepada bayi untuk empat bulan pertama berkurangan sebanyak 9.7 peratus. Malah, Malaysia antara negara di Asia Tenggara paling rendah dari segi penyusuan ibu secara eksklusif. Keputusan itu sangat membimbangkan.

Pengerusi Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr Tee E Siong, berkata penting ibu memastikan bayi diberi makanan berkhasiat sejak dilahirkan.

Katanya, teknik penyusuan yang betul dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit berkaitan pemakanan di kalangan anak yang sedang membesar.

Amalan penyusuan berkenaan dapat memupuk tabiat baik untuk pemakanan sihat yang menjadi asas gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Walaupun sesetengah ibu boleh menyusukan bayi, tetapi ada yang tidak melakukannya. Lebih teruk apabila mereka pula tidak mahu mendapatkan nasihat dan panduan yang betul menyusukan bayi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mother’s Smart Choice (MSC) di Sunway Hotel & Spa, baru-baru ini.

Program berkenaan dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar. Hadir sama. Timbalan Pengarah LPPKN; Dr Anji Doshi Gandhi; Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan; wakil NSM, Prof Dr Poh Bee Khoon dan wakil OGSM, Dr Kiren Sidhu.

Terdahulu, program MSC diperkenal selepas menyedari ramai ibu muda mengalami masalah menyusukan bayi dan kurang pengetahuan mengenainya.

MSC dianjurkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dengan kerjasama Persatuan Paediatrik Malaysia (MPS), Persatuan Obstetrikal & Ginaekologikal Malaysia (OGSM) dan LPPKN, selain syarikat pemimpin global yang mengutamakan kesihatan ke arah memperbaiki kehidupan masyarakat, iaitu Philips AVENT.

Sementara itu Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan, berkata program MSC seiring dengan usaha kerajaan untuk menjana generasi Malaysia sihat bermula daripada peringkat awal usia.

Katanya, masyarakat perlu percaya memberi makanan dan menyusukan bayi adalah amalan terbaik untuk tumbesaran mereka. Menerusi penyusuan itu dapat menjalinkan ikatan antara ibu dan anak dan menyediakan asas yang kukuh bagi amalan pemakanan sihat.

“MSC menjadikan ibu di Malaysia sebagai kumpulan sasar dengan memperkasakan mereka menerusi ilmu pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada si kecil. Program itu dijalankan dalam beberapa peringkat dengan menjadikan fasa pertama penyusuan susu ibu dan makanan pelengkap sebagai fokus utama. Fasa kedua, memberi tumpuan kepada penyusuan susu ibu untuk kanak-kanak-kanak berusia enam hingga 12 bulan.

“Pada fasa ketiga pula, tumpuan diberikan terhadap pemakanan berkhasiat yang betul untuk anak berusia 13 bulan hingga 24 bulan. Ia meliputi penyusuan susu ibu, pilihan makanan pelengkap bayi serta makanan sihat yang disediakan,” katanya.

Sejajar dengan usaha membudayakan amalan pemberian susu ibu, MSC akan menerbitkan buku panduan percuma berjudul “Menyusu dengan Yakin”, di samping menganjurkan beberapa siri ceramah mengenai penyusuan susu ibu secara percuma.

Buku panduan itu akan diedarkan kepada wanita hamil di rangkaian hospital dan klinik, manakala ceramah bertujuan melatih jururawat membantu ibu mengenai cara menyusu susu ibu pada peringkat awal selepas melahirkan bayi.

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai pengenalan buku panduan itu, MSC akan mengedarkan poster mengandungi maklumat cara untuk mendapatkan buku panduan itu sebagai inisiatif untuk mendidik dan menggalakkan ibu Malaysia menyediakan nutrisi yang baik bagi bayi yang baru lahir.

INFO: Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit


  • Ketika dilahirkan, sistem imun bayi belum lagi cukup matang, malah sistem imun mengambil masa tiga tahun atau lebih untuk matang sepenuhnya.
  • Dalam tempoh vulnurabel, susu ibu akan melindungi bayi.
  • Antara bahan yang menjadi pelindung dalam susu ibu
    Antibodi - bahan melawan jangkitan
    Sel darah putih - membunuh kuman
  • Faktor bifidus - menggalakkan pembiakan kuman baik di dalam susu bayi. Menghalang pertumbuhan kuman yang menyebabkan jangkitan
  • Faktor pertumbuhan epidermal - membantu pertumbuhan dinding sel dalam usus bayi, mencegah bahan berbahaya daripada masuk ke dalam saluran darah.

    Pemakanan lengkap untuk bayi:
  • Protein - Protein mudah dihadam dan tidak menyebabkan alahan
  • Lemak - Susu ibu mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase yang membantu bayi menghadamkan lemak dengan lebih baik
  • Karbohidrat - Laktosa, karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium, membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.
  • Zat besi - Mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi.


  • NOTA IBU : untuk membudayakan penyusuan ibu.., ia memerlukan 'resepi' yang berkualiti. 1. Keyakinan & pengorbanan dari seorang ibu. 2. Ilmu penyusuan. 3 Sokongan daripada suami & keluarga.
  • Tuesday, November 29, 2011

    Terima Kasih Allah

    alhamdulillah.. November 2011 mencipta satu sejarah dalam hidup saya. tak terungkai dengan kata-kata bagaimana nak meluahkan dengan patah perkataan.. sungguh, saya tak dapat berkata-kata. satu demi satu rezeki dan 'hadiah' daripada Allah swt. membuatkan saya tersentak dan tersedar sejenak.... banyak yang Allah beri..., tapi berapa banyak saya bersyukur??

    November 2011.., bertepatan dengan Tahun Baru Islam... dengan azam baru.., dengan tekad baru.. SAYA ADA 5 AZAM :

    1. Berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah.., solat di awal waktu.., perbanyakkan solat sunat..., perbanyakkan amal ibadah.. dan mahu mencari 'PAHALA PASIF' demi bekalan yang berpanjangan.., bak kata CikWa
    2. Berazam untuk bertekad CEMERLANG demi EzzKids :) EzzKids baru sahaja 'lahir' dalam dunia perniagaan ini. semoga 'tukang cuci' EzzKids terus kuat..tabah...dan suksesss...
    3. Berazam untuk menjadi ISTERI yang terbaik untuk suami tercinta... IBU yang dirindui untuk anak-anak.. Ezz Ameera Dania & Ezz Ammar Rayyan..
    4. Berazam untuk BEBASKAN diri daripada belengkung huttssss... huhu... nak settle kan 'kad berhantu' itu... alhamdulillah memang dah tak 'garitttttt' dah kad berhantu tu...
    5. Dan....target... MISI utama... Work At Home Mom.. (hehehe, dulu azamnak jadik kakitangan kerajaan yang berintegriti..tapi tu dah 'dibelakangkan' untuk misi WAHM).. target sebelum Dania masuk sekolah umur 4 tahun nanti, ibu dah boleh uruskan dania 24 jam..pegi sekolah ibu hantar..balik sekolah ibu boleh ambil...hihi
    kenapa saya kata Novemver 2011 mencipta sejarah lagiiiii dalam kamus hidup saya...

    • alhamdulillah.., walau pelbagai rintangan dilalui, akhirnya...... One Stop Breastfeeding & Parenting Store, beralamat di Lot 2-1-9, Ground Floor, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu... jom jom singgah jomm...

    • 28 November 2011.. setelah penat lelah selama 4 tahun.., akhirnya berjaya memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Sumber Manusia) di UMS.. daripada anak dara tranggg tangg tanggg... menjadi isteri.. mengandung... bersalin saat2 exam...masih mampu bekalkan dania dgn air susu ibu walaupun menghadiri kelas sehari suntuk...


    pakej konvokesyen : segulung ijazah + dania + rayyan hihihi


    dan bulan ini juga merupakan ulangtahun ezz ammar rayyan yg ke 365 hari.. semoga menjadi anak yang soleh.. pemimpin Islam yang bertakwa kepada Allah swt dan semoga cemerlang dunia & akhirat nak....


    nota : hati ibu masih bervunga riang.... (*_^)

    Sunday, November 13, 2011

    EzzKids Store - in the making..

    as salam..
    syukran ya Allah.. hanya pada Mu aku bersyukur.
    EzzKids - One Stop Breastfeeding & Parenting Store sedang dalam 'pembikinan'. Semoga ianya berjalan lancar. berat.. sungguh verat berat rasanya ingin memikul tanggungjawab ini. sungguh... ibu tidak mampu.. namun demi penyebaran ilmu penyusuan susu ibu.., ibu melangkah untuk berkongsi bersama ibu2 di luar sana.. berkongsi satu rasa yang sama... berkongsi satu azam yang sama... berkongsi satu niat yang sama.. iaitu ingin menyusukan anak2 selagi ada TITISAN KASIH daripada air susu ibu... :)

    Coretan 'pembikinan' EzzKids Store ibu gambarkan dengan gambar2 ini. 'wajah' permulaan EzzKids :)







    Friday, November 11, 2011

    Hadiah Untuk Ibu & Rayyan : e-Cert for MMPS One-Minute Simultaneous Breastfeeding

    anda sudah baca cerita 1-Minit Penyusuan Bayi Serentak kat sini??? kitaorang di Support Group Susu Ibu Sabah juga tidak mahu ketinggalan untuk 'menyemarakkan' lagi semangat bf di hati ibu-ibu di sabah :)

    alhamdulillah~ hari ini ibu rasa sangat dihargai. terima kasi yang tidak terhingga kepada MMPS : Mother-to-Mother Peer Supporter, Penang di atas anjuran aktiviti yang bisa 'menyuntik' semangat BREASTFEEDING dalam jiwa setiap ibu-ibu menyusu yang lain. hari ini ibu rasa sangat-sangat dihargai kepada menerima e-Cert ini
    *
    *
    *

    semoga dengan sekeping sijil ini, ia mampu meningkatkan hormon OKSITOSIN dalam ibu memperjuangkan penyusuan susu ibu **


    10 FACTS ON BREASTFEEDING

    Menurut WHO - World Helath Organization : BREASTFEEDING/PENYUSUAN SUSU IBU ialah satu-satunya cara TERBAIK untuk memastikan anak2 membesar dengan sihat. Bayi yang kurang mendapatkan susu ibu untuk tempoh 6 bulan pertama menyumbang kepada lebih 1 Juta kematian kanak-kanak setiap tahun. Di peringkat global, kurang daripada 40% bayi yang mendapat air susu ibu secara eksklusif.. sangat sedih melihat peratusan yang sangat2 pendek rendah itu :).. heeeyarrkk.. chao ibu-ibu di luar sana.. kita naikkan lagi % itu..

    kat sini adalah full article yang di kidnap plagiat daripada website WHO

    1. WHO strongly recommends exclusive breastfeeding for the first six months of life. At six months, other food
    should complement breastfeeding for up to two years or more. In addition:
    • breastfeeding should begin within an hour of birth;
    • breastfeeding should be "on demand", as often as the child wants day and night; and
    • bottles or pacifiers should be avoided
    2. Health benefits for infants
    Breast milk is the ideal food for newborns and infants. It gives infants all the nutrients they need for healthy development. It is safe and contains antibodies that help protect infants from common childhood illnesses - such as diarrhoea and pneumonia, the two primary causes of child mortality worldwide. Breast milk is readily available and affordable, which helps to ensure that infants get adequate sustenance.
    3. Benefits for mothers
    Breastfeeding also benefits mothers. The practice when done exclusively often induces a lack of menstruation, which is a natural (though not fail-safe) method of birth control. It reduces risks of breast and ovarian cancer later in life, helps women return to their pre-pregnancy weight faster, and lowers rates of obesity.
    4. Long-term benefits for children
    Beyond the immediate benefits for children, breastfeeding contributes to a lifetime of good health. Adults who were breastfed as babies often have lower blood pressure and lower cholesterol, as well as lower rates of overweight, obesity and type-2 diabetes. There is evidence that people who were breastfed perform better in intelligence tests.

    5. Why not infant formula?
    Infant formula does not contain the antibodies found in breast milk and is linked to some risks, such as water-borne diseases that arise from mixing powdered formula with unsafe water (many families lack access to clean water). Malnutrition can result from over-diluting formula to "stretch" supplies. Further, frequent feedings maintain the breast milk supply. If formula is used but becomes unavailable, a return to breastfeeding may not be an option due to diminished breast milk productio

    6. HIV and breastfeeding
    For HIV-positive mothers, WHO recommends exclusive breastfeeding for the first six months unless replacement feeding is:
    • acceptable (socially welcome)
    • feasible (facilities and help are available to prepare formula)
    • affordable (formula can be purchased for six months)
    • sustainable (feeding can be sustained for six months)
    • safe (formula is prepared with safe water and in hygienic conditions).
    7, Regulating breast-milk substitutes

    An international code to regulate the marketing of breast-milk substitutes was adopted in 1981. It calls for:
    • all formula labels and information to state the benefits of breastfeeding and the health risks of substitutes;
    • no promotion of breast-milk substitutes;
    • no free samples of substitutes to be given to pregnant women, mothers or their families; and
    • no distribution of free or subsidized substitutes to health workers or facilities.
    8. Support for mothers is essential
    Breastfeeding has to be learned and many women encounter difficulties at the beginning. Nipple pain, and fear that there is not enough milk to sustain the baby are common. Health facilities that support breastfeeding - by making trained breastfeeding counsellors available to new mothers - encourage higher rates of the practice. To provide this support and improve care for mothers and newborns, there are now more than 20 000 "baby-friendly" facilities in 152 countries thanks to a WHO-UNICEF initiative.
    9. Work and breastfeeding
    WHO recommends that a new mother should have at least 16 weeks of absence from work after delivery, to be able to rest and breastfeed her child. Many mothers who go back to work abandon exclusive breastfeeding before the recommended six months because they do not have sufficient time, or an adequate place to breastfeed or express and store their milk at work. Mothers need access to a safe, clean and private place in or near their workplaces to continue the practice.
    10. The next step: phasing in new foods
    To meet the growing needs of babies at six months of age, complementary foods should be introduced as they continue to breastfeed. Foods for the baby can be specially prepared or modified from family meals. WHO notes that:
    • breastfeeding should not be decreased when starting complementary feeding;
    • complementary foods should be given with a spoon or cup, not in a bottle;
    • foods should be clean, safe and locally available; and
    • ample time is needed for young children to learn to eat solid foods.

    Sunday, October 23, 2011

    "it's all about BREASTFEEDING"

    ....... "it's all about BREASTFEEDING" adalah nama diberi kepada BLOG baru ini :) comel kan.. se comel tuan tanah kan?? ekekke.. ferasan...

    walauapapun.. bagaimana pun.. mcm mana pun.. hihi.., DENGAN INI DI RASMIKAN BLOG BARU ini.. jeng jeng jeng.. ia bersamaan dengan rasminya websita ku ini..

    *
    *
    *
    sila klik gambar di bawah..



    alhamdulillah... PRODUK TAK ABIS UPLOAD LAGI TAUUU.. hahaha dengan rendah hati.., saya menjemput kalianss untuk 'window shopping' kat ONLINE SHOP saya k.. sokongan daripada kalians amat ku harapkan.. insyaAllah.., saya akan memberikan servis yang terbaik dalam menyediakan 'JUADAH-JUADAH' ilmu tentang PENYUSUAN SUSU IBU.. sebab apa yang ada dalam EzzKids ialah "it's all abou BREASTFEEDING"

    Salam kasih yang tidak terhingga...




    Thursday, October 6, 2011

    Prolaction Reseptor Theory


    Menurut prolactin receptor theory ini, kekerapan menyusu pada awal-awal peringkat laktasi akan menambahkan pengeluaran susu kerana bertambahnya ruang-ruang reseptor kepada prolaktin didalam kelenjar mamari. Menurut kaedah ini, kadar reseptor setiap sel meningkat pada awal-awal peringkat laktasi dan akan tidak berubah selepas itu, sepanjang proses laktasi berlaku. [Hynds & Tyndale-Biscoe, 1982; Sernia & Tyndale-Biscoe, 1979].

    Pakar-pakar laktasi selalu menekan kekerapan menyusu pada minggu-minggu yang pertama kerana rangsangan hisapan dari bayi akan meningkatkan ruang-ruang reseptor. Lebih ruang reseptor yang terhasil, lebih banyak prolaktin boleh dialirkan ke lactocytes seterusnya akan meningkatkan kadar pengeluaran susu pada payudara itu.

    Jika kita perasan, kerap dikalangan kita yang tidak seimbang pengeluaran susu untuk kedua-dua belah breast. Kebanyakkannya mesti salah satu lebih banyak dari yang sebelahnya. Pada pendapat saya, ini berlaku kerana pada minggu-minggu pertama penyusuan (waktu dalam pantang) kita lebih selesa menyusu pada belah yang kita selesa. Walaupun kita kata kita sering menukar belah semasa menyusuan, namun secara kita tidak sedari kita sentiasa memulakan pada belah yang kita lebih selesa, apabila selasai sebelah, apabila menawarkan sebelah lagi, sering belah itu tidak disusui dalam tempoh yang lebih lama, mungkin bayi telah kenyang dan sebagainya. Menyebabkan bahagian itu kurang mendapat rangsangan. Jadi lebih kurang ruang reseptor yang terhasil pada belah itu berbanding pada belah yang kita lebih selesa.

    Menjadi lumrah bayi yang menyusu pada waktu yang singkat tapi kerap pada awal-awal kelahiran, ini akan meningkatkan prolaktin receptors dengan semula jadinya. Jadi ibu-ibu harus harus menyusukan bayi mereka secara on-demand terutamanya sewaktu dalam pantang. Tolak tepi dahulu kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami :)

    Mengikut teori reseptor prolaktin lagi, bila kita tidak kerap menyusu bayi pada mingu-minggu pertama (yang lebih efisyen adalah ketika waktu dalam pantang) akan menyebabkan kurangnya receptor sites (ruang-ruang reseptor) didalam breast dan akan mengurangkan keupayaan pengeluaran susu. Mungkin pada yang tidak kerap menyusukan bayi ketika dalam pantang atau bayi yang telah disupplemen dengan formula, apabila ingin memulakan penyusuan semula setelah 1-2 bulan usia bayi, kadar pengeluaran susu itu agak tidak banyak dan agak lambat untuk melihat kenaikan pengeluaran susu (ketika dalam usaha pemerahan), mungkin ianya berbalik semula kepada teori reseptor prolaktin. Kerana reseptor prolaktin yang terhasil pada awal-awal penyusuan akan tidak berubah/bertambah selepas jangka masa tertentu.

    Begitu juga pada ibu-ibu yang menggunakan breastpump untuk mencetuskan pengeluaran susu, terutama bagi ibu-ibu yang mengalami kelahiran pramatang, atau bayi yang mengalami situasi-situasi khas seperti sumbing, tongue-tie dan sebagainya. Konsep yang sama cuma berlainan mekanisma iaitu pemerahan secarap kerap sekurang-kurangnya 10 hingga ke 12x sehari pada awal-awal peringkat laktasi.
    ****************************************************************************************
    Adakah anda faham dengan penerangan yang diberi di atas tadi. Saya selalu mendengar ibu-ibu mengepam bila payudara terasa berat atau bengkak. Sewaktu di zaman kegemilangan saya dahulu, saya berusaha untuk mengepam 3-4 kali sehari di pejabat tidak kiralah samada bengkak atau tidak. Kerana lebih kerap kita mengosongkan payudara maka lebih banyak penghasilan susu akan berlaku. Sebenarnya di awal kelahiranlah kita perlu kerapkan direct feeding dan mengepam untuk seimbangkan pengeluaran susu kedua-dua payudara dan kita akan dapati susu kita akan 'maintain' hingga ke misi seterusnya. Apa pun jika ibu ingin berjaya sehingga ke-2 tahun janganlah mudah putus asa dan teruskan usaha yang gigih untuk beri yg terbaik buat si comel tersayang.

    Happy Breastfeeding!

    Thursday, September 15, 2011

    Hukum Penyusuan (JAKIM, EoF)

    Kredit kepada Ustazah Taqwa Zabidi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Eats on Feets – Malaysia di Facebook, http://www.eatsonfeets.org/

    ———————————————————————————————————————–

    Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh Puan Ayuni berkaitan hukum penyusuan dan bank susu, berikut disertakan maklumat-maklumat umum yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, memandangkan isu ini sedang dalam kajian hukum, terdapat beberapa persoalan yang tidak dibincangkan dengan teliti terutamanya soalan-soalan berkaitan pengurusan bank susu. Semoga penjelasan di bawah dapat membantu puan dalam isu ini.

    PENYUSUAN HAK BAYI

    1. Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut:
    Maksudnya:
    Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.

    2. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi:
    Maksudnya:
    “…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
    Surah al-Baqarah 2: 233

    3. Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan ke atas bapanya untuk memberikan nafkah makanan dan pakaian kepada si ibu. Ini kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya.

    4. Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-rada’ah


    AL-RADA’AH

    5. Al-rada’ah merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu ( Abdul Karim Zaidan, Al-MufaÎÎal fi ahkÉm al-mar’ah wa bait al-muslim fi syarÊah al-islamiyyah, cet. 3, jil. 9, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000), m/s: 462.)




    6. Definsi ini menjelaskan bahawa terdapat tiga perkara penting dalam konteks penyusuan iaitu:
    a. Bayi;
    b. Ibu yang menyusu; dan
    c. Kaedah penyusuan.

    7. Sepertimana yang disebutkan dalam subtopik pertama, seseorang bayi berhak mendapatkan susu. Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT:
    Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..” Surah al-Baqarah 2: 233
    8. Manakala, seseorang wanita yang menyusukan bayi tersebut boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinannya atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya.

    9. Kaedah penyusuan pula merujuk kepada penyusuan terus daripada payudara wanita yang menyusukan atau apa-apa kaedah lain seperti susu yang diperah dan disimpan di dalam botol dan disusukan bayi tersebut melalui botol itu. Jika dilihat pada realiti hari ini expressed breast milk (EBM), menepati kaedah penyusuan yang disebutkan oleh para fuqaha.

    10. Secara umumnya, telah jelas disebutkan, seseorang bayi perlu disusukan dan boleh disusukan oleh wanita yang bukan ibu kandungnya dalam keadaan yang memerlukan melalui kaedah penyusuan yang betul. Justeru, terdapat beberapa implikasi syariah dalam membincangkan isu ini.



    HUKUM PERTALIAN DISEBABKAN PENYUSUAN


    11. Isu-isu syariah utama yang sering dikaitkan dengan hukum penyusuan adalah seperti berikut:
    a. Tanggungjawab memberi nafkah oleh seseorang bapa;
    b. Tanggungjawab seseorang ibu menyusukan bayi;
    c. Hubungan pertalian yang diharamkan berkahwin;
    d. Penubuhan bank susu.

    12. Walau bagaimanapun, skop perbincangan difokuskan kepada hubungan pertalian kekeluargaan kesan daripada hukum penyusuan. Hukum pertalian ini menatijahkan bayi tersebut tidak boleh berkahwin dengan ibu yang menyusuinya serta ahli keluarga tertentu daripada ibu tersebut. Pihak-pihak yang diharamkan berkahwin dengannya akan diterangkan pada perkara 18.


    13. Untuk mencapai tahap pertalian kekeluargaan antara bayi dan wanita yang menyusukannya, terdapat beberapa syarat berdasarkan kepada tiga aspek berikut perlu dipenuhi:
    a. Bayi;
    b. Wanita yang menyusukan; dan
    c. Kaedah penyusuan.

    14. Syarat yang berkaitan dengan bayi adalah seperti berikut:
    a. Umur bayi tidak melebihi dua tahun;
    b. Tidak disyaratkan bayi tersebut beragama Islam memandangkan tiada nas yang melarang seseorang wanita Islam menyusukan bayi bukan Islam. Namun begitu, perlu ditekankan penyusuan tidak mengubah agama
    seseorang. Syeikh Attiyyah Saqar menjelaskan bayi akan kekal dalam agamanya dan begitulah sebaliknya. ( Sheikh Attiyah Saqar, A Non Muslim Breastfeeding a Muslim Child, 20 Jun 2006. Diperolehi daripada
    http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503549018&pagename=IslamOnline-English-
    Ask_Scholar/FatwaE/FatwaEAskTheScholar. Dilayari pada 24 Januari 2011)

    c. Tidak disyaratkan juga identiti ibu bapa bayi tersebut diketahui. Bagi bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka lebih mudah diuruskan. Ayat 233 daripada surah al-Baqarah telah menyebutkan, jika ibu kandung tidak mampu menyusukan bayinya, dia boleh mengupah orang lain untuk menyusukannya. Daripada umumnya lafaz yang digunakan dalam al-Quran, ia menunjukkan tiada halangan untuk menyusukan bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka walaupun mereka adalah anak-anak yang terbiar.

    15. Syarat yang berkaitan dengan ibu yang menyusukan adalah seperti berikut:
    a. Seorang wanita anak adam. Tidak terkesan hukum pertalian kekeluargaan sekiranya bukan dari kalangan anak adam, seseorang lelaki atau seseorang yang bukan wanita asli.
    b. Wanita yang menyusukan itu masih hidup sewaktu bayi disusukan.
    c. Wanita itu mempunyai susu sama ada hamil atau tidak, berkahwin atau tidak, atau telah menopaus atau belum.
    d. Tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang menyusukan seseorang bayi. Memandangkan tiada dalil yang melarangnya, dibolehkan bagi wanita bukan Islam untuk menyusukan bayi beragama Islam. Ia merupakansebahagian daripada sifat ihsan. Perkara ini disebutkan oleh Syaikh M.S. Al-Munajjid ketika beliau menjawab soal jawab kemusykilan agama berkaitan isu ini. (Muhammad Saleh al-Munajjid, Can A Muslim Women Breastfeed A Christian Child?, 22 Mac 2004. Diperolehi daripada http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503548106&pagename=IslamOnline-English-
    Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar. Dilayari pada 25 Januari 2011.)

    e. Walau bagaimanapun, makruh memberikan seseorang wanita bukan Islam menyusukan bayi beragama Islam. ( ‘UÎÉm al-‘Abd Zuhd dan Jamal al-Hubi, Kertas kerja Athar al-raÌÉ‘ah ‘ala ‘alaqÉt al-usariyyah, dibentangkan dalam Muktamar al-Syariah; al-tasyri‘ al-islamiy wa mutaÏalibÉt al-waqi‘ pada 13 -14 Mac 2006). Ini kerana susu itu tidak selamat daripada makanan atau minuman haram yang sebati dalam makanan dan minuman wanita tersebut. Justeru, ditakuti bayi akan mewarisi sifat buruk kesan daripada pemakanan tersebut. Perkara ini dikiaskan kepada hukum makruh mengupah wanita yang tamak untuk menyusukan seseorang bayi yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab sunannya.

    16. Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:

    a. Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau sebagainya kerana dengannya akan memastikan tumbesaran tubuh dan penguatan tulang.
    b. Sampai susu ke sistem penghadamannya melalui tekak atau saluran hidung.
    c. Penyusuan mencecah lima kali kekenyangan bayi. Setiap kali kekenyangan dikenal pasti melalui perbuatan bayi itu sendiri yang meninggalkan susuan secara sukarela dan mengambil tempoh yang lama sebelum menyusu untuk kali yang seterusnya. Sekiranya bayi berhenti menyusu disebabkan oleh gangguan di sekelilingnya, ia tidak dikira sebagai susuan yang mengenyangkan. Susuan yang mengenyangkan tetap dikira sekiranya bayi meninggalkan susuan untuk sementara waktu seperti ingin mengambil nafas, bertukar posisi daripada payudara kanan ke kiri, bersin dan sebagainya.

    17. Apabila semua syarat ini dipenuhi, maka terhasillah hubungan pertalian antara bayi dan wanita yang menyusukannya. Perkara ini disandarkan kepada kaedah fiqh:
    Maksudnya: Diharamkan (perkhawinan) disebabkan oleh penyusuan (sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan.

    18. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan susur galur keluarga yang diharamkan berkahwin disebabkan oleh penyusuan. Berikut merupakan kesimpulan pihak yang diharamkan berkahwin dengannya disebabkan oleh penyusuan (Abdul Karim Zaidan, jil. 6, m/s: 237-238) :
    a. Wanita yang menyusukannya;
    b. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
    c. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
    d. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
    e. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
    f. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
    g. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
    h. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.



    HUKUM MENUBUHKAN/MENGURUSKAN BANK SUSU

    19. Sehingga kini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia belum membuat sebarang keputusan berhubung hukum menubuhkan bank susu.

    20. Oleh yang demikian, sebarang penjelasan berhubung penubuhan ini tidak dapat dibincangkan secara teliti. Walau bagaimanapun, sebarang usaha yang tidak bertentangan dengan syariah oleh mana-mana pihak demi menjaga prinsip-prinsip syariah sudah tentu mendatangkan kebaikan dalam Islam.

    Thursday, September 1, 2011

    Menyusu, Sama Sama (Unplugged Version)





    You and me, me and you,

    It's a huge responsibility,

    Look at them, look at you,

    You can feel the love when they look at you.

    Me and you, you and me,

    There's a world of possibilities,

    Raising them, protecting them too.



    Mari kita sama sama, sama sama,

    Menyusu baby .. baby

    Ibu anak sama sama, mana mana,

    lebih erat hubungannya ohhh...



    Mari kita sama sama, sama sama

    Menjamin baby baby, baby baby baby...

    Riang ria, sihat sihat, cerdik cerdik,

    Semoga hidup sempurna.



    It can be tough sometimes, it ain't easy,

    They'd cry sometimes, you'd go crazy,

    But at the end of the day, hard as it may,

    You'd melt when they stare into your eyes....



    You and me, me and you

    It's a huge responsibility

    Raising them, protecting them too.



    Komposer / Lyric: Brian Lee Toh Chu

    Category:

    Howto & Style

    Tags:

    Sarakids

    License:

    Standard YouTube License

    Thursday, July 21, 2011

    WANITA HARI INI - BENARKAH SUSU IBU TERCEMAR??



    Tajuk WHI hari ini adalah : Benarkah susu ibu boleh tercemar?
    Panel jemputan: Dr. Norashikin Muhd Fuad- Pakar O&G Hospital Sungai Buloh
    Pn. Kamariah bt Mohd Alwi - lactation Consultant (also my sifu)
    Dynaz - celebrity dan owner DNA
    Ibu cuba catat apa yang ibu ingat (sebab time on air tadi, fawwaz nak menyusu pulak, so, ibu cuba gunakan kapasiti hard drive otak ibu ni untuk recall balik isi kandungan topik WHI tadi.

    antara soalan yang dikemukakan..

    Adakah susu ibu boleh tercemar?
    Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
    Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
    Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

    Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
    Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

    Payudara adalah steril
    Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, 'askar-askar' dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
    Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut (yang ni ibu qouote kata2 Pn Kamariah time kursus MBfPC hari tu)

    Susu ibu basi?
    Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
    Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

    Susu ibu pelbagai rasa..
    Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
    Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
    Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

    Susu ibu boleh bertukar warna
    Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

    Nak kuruskan badan.. BF saja
    Pengakuan dari Dynaz.. Sebab setiap kali kawan dia tnaya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat.. jawapan dia 1 jer : menyusulah anak anda.
    Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur.

    Majikan perlu bagi sokongan
    Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu.. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.


    Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang Bf. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF.


    Ibu - ibu boleh tengok dekat tonton ye ^_^
    tonton-home-shows-lifestyle-wanita hari ini 2011-episode 141 - Wanita Hari Ini 2011 - Episode 141


    Credit to Hana

    Saturday, May 7, 2011

    RISIKO BAYI TIDAK MINUM SUSU IBU

    Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

    1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
    • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
    • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
    • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.
    2. Diabetes.
    • Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.
    3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
    • SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
    4. Masalah pernafasan.
    • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
    • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
    5. Jangkitan telinga.
    • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
    • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
    6. Kanser.
    • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
    7. Jangkitan saluran pencernaan.
    • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
    • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
    8. Keberkesanan vaksin.
    • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
    • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
    • (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)
    9. Perkembangan rahang dan otot muka.
    • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
    • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
    • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
    10. Obesiti
    • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

    Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
    "SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK!!!!"

    [Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]
    Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.

    CREDIT ^_*

    Monday, May 2, 2011

    detik berkasih sayang ^_*

    tepek kat sini.. hanya untuk nukilan diri ibu di masa akan datang... detik2 kasih sayang kalian berdua.. semoga ianya berkekalan anak2ku... kalian adalah permata hati ayah ibu.. "Ya Allah, Engkau jadikan pemata hati kami ini PENYEJUK MATA & HATI KAMI ya Allah"

    ~sayang sangat pada kalian berdua~




    Monday, April 11, 2011

    FAEDAH SUSU IBU!

    Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.
    Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;


    "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

    Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/susu buatan dari lembu.

    Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri,tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

    Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ia dilahirkan lagi.

    Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.
    SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang betul.

    Sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.

    Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

    Faedah Penyusuan Bayi
    • Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa hent. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.
    • Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi.
    • Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.
    • Mencegah dari penyakit rabun malam.
    • Mencegah bayi dari mendapat alahan.
    • Menggelakkan taun.
    • Menggelakkan jangkitan telinga.
    • Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.

    Sunday, April 10, 2011

    {DANIA} MODEL MUSLIMAH - puteri hati ibu ayah:)

    test pose~ing wif my new NIKON D3100. hahaha.. dasar tangan bukan fotographer hikhik... saja je. main hentam saja labuu... excited mahu test punya pasal. kan org kata practise makes perfect. hopefully. sebelum ni, saya yang excited nak join kelas susu ibu. join mbfpc, nak jadik peer counselor. sekarang dah jadik dah. sibuk nak masuk kelas jahit. hahaha, now its ur turn, abg. hubby request nak ikut kursus fotografer... anyone nak offer jadik guru kepada suami ku???? contact me k :) kat bawah ni test tangan ibu dulu, seni ke tak seni...

    abaikan contengan dinding kat belakang dania. itu hasil seni dania:)








    Align Center




    last but not least.., ni assisstant model ini..hahaha.. si bucuk mashamm ibu...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...