Thursday, August 27, 2015

SEBUAH BUKU NOTA

Tulisan : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
SEBUAH BUKU NOTA yang sentiasa mendengar kisah yang terluah dari seketul hati. Diterjemahkan ke dalam sebuah buku nota.
Topik utama yang menjadi 'perbualan' kami semestinya kisah tentang WAHi. Belum bergelar WAHi lagi. InshaAllah bakal WAHi.
Bertahun berhajat dan berazam untuk berhenti daripada menjadi kaki dan tangan sebuah institusi kewangan terbesar di Malaysia (besar pada nama, tidak pada hati). Kali ini hati semakin meronta-meronta untuk dilepaskan. Lepas dari terhimpit dengan masa kerja. Separuh daripada satu hari duduk, makan, senaman jari jemari dihabiskan di sini. Maksud saya, dalam keadaan anak-anak di tadika dan di rumah.
Alhamdulillah 'ala kulli nikmat. Allah anugerahkan ibu yang mahu menjaga cucu-cucu di rumah. Namun, jika tangan sendiri yang menyuap nasi ke dalam mulut anak-anak, jika sentuhan tangan ini yang mandikan anak-anak, membasuh kencing berak, jika air tangan seorang ibu ini yang mengalir dalam masakan yang di makan anak-anak.... itu adalah satu anugerah ilahi yang tidak ternilai harganya.
Doa. Doa moga Allah perkenankan doa yang satu ini.
-Diari hati seorang ibu ^_^

Monday, August 24, 2015

BUKAN SEKADAR NETBALL

Tulisan : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Bismillah..
Throwback sabtu baru-baru ini. Kami menemani kakak dalam perlawanan persahabatan bola jaring PASTI Kawasan Putatan. Kemenangan berpihak kepada pihak lawan dengan 10-0 

Sebenarnya, saya berbisik kepada kakak, kemenangan bukanlah sesuatu yang wajib dalam sesuatu perlawanan. Apa yang penting.. KERJASAMA ^_^. Perlawanan seperti ini adalah satu proses belajar. Belajar membina keyakinan diri, mendidik agar kita bekerjasama sesama ummah, serta membina team building bersama rakan-rakan sepasukan.

Alhamdulillah, kakak sedikit faham agaknya. 

Catatan #MadrasahKecil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...