Sunday, September 17, 2017

Ayam Berak Atas Selipar Ibu

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #134




"Hah ibu, itulah ayam yang berak di selipar ibu tu", sambil menunjuk ke arah ayam hitam yang sedang mematuk sisa makanan di belakang rumah.

"Mana ayam tu? Berani dia berak atas selipar ibu. Mari sini kau ayam, ibu mahu sembelih buat makan tengahari nanti."
.
.
.
"Eh ibu, ibu masak ayam apa ni?" Rayyan bersoal siasat lagi. Mungkin pelik tengok ayam goreng yang dilenyek begini.

"Ibu cuba buat ayam penyet ni hah."

"Mana ibu dapat ayam ni?"

"Tadi, ibu tangkap ayam yang berak di selipar ibu tu. Sembelih dia, goreng lepas tu ibu pukul lagi ayam tu. Geram ibu tengok dia".

"Eeii. Ibu ni. Kejam."
.
.
.
Hahaha. Sapa suruh. Banyak sangat soalan budak Rayyan ni.

Zainab Norazman
Ayam penyet versi tak cukup bahan.

Saturday, September 2, 2017

Ziarahi Bodu di Kampung Pinawantai

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #133

Berduyun-duyun turun ke sungai



Perjalanan ke Ranau kali ini tanpa rancangan rapi. Niat awal, suami yang mahu menziarahi Bodu bersendirian (nenek dalam bahasa Dusun) di Kampung Pinawantai.

Namun, memandangkan cuti yang panjang tanpa apa-apa program. Maka merayu juga mahu ikut secara tiba-tiba. Padahal suami mahu bermalam 2 malam di sana. Jadinya terpaksa bermalam sehari saja. Hari Isnin ada majlis qurban akikah di pejabat pula.

Jauh juga perjalanan untuk sampai di Kampung Pinawantai. Jika dari Kota Kinabalu ke Kampung Lohan Ranau memakan masa 2 jam. Kali ini ditambah lagi lebih kurang 1 jam dari Lohan Ke Pinawantai.

Kampung Pinawantai sebenarnya berada di garisan penghujung Ranau, memasuki Kota Marudu. Kata suami, "kalau zaman kanak-kanak dulu, perjalanan dari Lohan ke Pinawantai akan mengambil masa sehingga 3 jam lamanya."

Sesampai di rumah Bodu tadi, deruan air sungai kecil ini memanggil-manggil dengan girangnya. Hajat hati hanya mahu bermain-main air, berlarutan menjadi pesta mandi sungai. Anak-anaklah yang paling seronok.

Kami tidak melepaskan peluang untuk bercerita dengan Bodu. Masa kecil, suami dijaga oleh Bodu sejak usia dua bulan sehingga darjah 6. Selepas itu, suami menyambung persekolahan peringkat menengah di Keningau. Tinggal bersama Abah pula.

Sempat juga suami berjalan-jalan masuk ke kebun tanaman Bodu. Jika masuk lebih dalam lagi, ada sawah padi bukit yang baru disemai. Hajat suami itu, mahu meninjau jika ada hasil tanaman nenek yang boleh dijadikan sumber pendapatan nanti.

Menjelang petang, kami meminta izin untuk bertolak balik ke Lohan. Walaupun niat awal mahu juga bermalam di dalam hutan, berteman bunyi cengkerik. Dan didendangkan dengan deruan irama sungai.

Disebabkan Bodu masih menggunakan tandas dan bilik air 'old school' di dalam sungai, maka kami menukar hasrat di hati kami. Hehehe. Bodu juga tidak sanggup melihat kami turun ke sungai di tengah malam jika mahu melepaskan hajat.
.
.
Saya sebenarnya merindui suasana begini. Keghairahan saya adalah melihat gunung-ganang, deruan sungai dan suasana kampung yang penuh dengan kehijauan.

Saya membesar dengan kehijauan sebuah kampung yang kini sudah kian menjadi bandar.

Berada di tempat begini, hati semakin memuji kebesaran Tuhan Yang Menciptakan. Jadi kesempatan yang sedikit ini, saya menumpang untuk melepaskan kerinduan.

Entah hutang kesempatan apa lagi yang kita mampu langsaikan. Semoga Tuhan masih sayangkan kita semua untuk melangsaikan hutang yang telah kita cipta. Hutang wang ringgit terhadap sesama manusia. Hutang budi sahabat kita yang baik. Juga hutang amal dan ibadah kita kepada Allah swt yang masih kita tinggal-tinggalkan.

Semoga saja Allah hantarkan kita bantuan-bantuanNya untuk kita terus dapat memelihara silatulrahim sesama manusia.

Hablum minAllah
Hablum minan Nas
Hablum minal 'alam

Zainab Norazman
Hanya hamba.

Monday, August 28, 2017

Donut Untuk Kakak Yang Demam

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #131

Satu kelegaan saya apabila Kakak Dania diserang demam, dia boleh saja makan seperti biasa dia sihat. Malah macam-macam permintaan yang dibuat mengikut tindakbalas dari dalam perut ke saraf otak. Semalam minta ayah belikan pizza hut. Hari ini minta dibuatkan donut.

Mengikut teori dalam mikrobiologi, kini baru ditemui bahawa perasaan mahu makan macam-macam di kalangan ibu yang mengidam sebenarnya berkaitan dengan bakteria dari dalam perut. Bakteria itu yang hantar macam-macam signal melalui saraf-saraf dan diterima oleh otak.

Sama juga kalau orang demam. Selepas memusnahkan bakteria jahat, bakteria baik itu akan jadi bakteria baru dan buat kerja yang sama. Sebab itu juga, orang baru baik demam akan berasa mahu makan macam-macam. Begitulah alkisahnya.

Hari ini bercuti untuk merawat Kakak Dania pula. Lebih kurang 2 minggu ini dia demam sihat, demam semula. Kali ini agak kuat juga panas badannya.

Lalu, bila Kakak Dania kata mahu makan donat, emak cepat-cepat saja adunkan tepung bersama yis untuk dijadikan donat. Demi cucu, kata emak.

Apabila agak kembang, kami anak beranak pula ambil alih tugas menguli dan membuat gegelung donat. Berebut-rebut tangan halu buat bulat-bulat. Nasiblah kalau ada sebiji dua yang 'mati' yis dia nanti. hehehe

Yang paling cenonet itu adalah airtangan Rayyan.
Dan air tangan Fatehah sudah selamat menjadi
lempeng donat. Dia sudah pun jamu arnab, dora, teddy, butterfly dan haiwan peliharaan yang lain makan berjemaah.

Kalian, kita sama juga seperti proses membuat donat. Tepung itu dibeli dari kedai. Emak mengadun tepung menjadi doh donat. Menanti kembang, entah jadi atau tidak. Apabila sudah kembang, orang lain pula bantu selesaikan proses membuat gegelung donat.

Proses kita melalui setiap hikmah itu pelbagai rupa. Mungkin ujian menimpa kita. Atau ujian menimpa orang lain. Pasti ada saja Allah datangkan bantuan untuk menyelesaikan ujian itu.

Begitu sebaliknya.

Dan begitulah kehidupan.





Tuesday, August 22, 2017

Waqaf untuk Pusat Pendidikan Islam An-Nur

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #128


Poster waqaf untuk Pusat Pendidikan Islam An-Nur


Pusat Pendidikan Islam An-Nur (PPIAN) adalah sebuah sekolah bukan tajaan kerajaan. Namun berdaftar dengan JHEINS. Maka setiap inci perbelanjaan adalah atas tanggungan sendiri daripada 'pelaburan yuran' yang dibayar oleh ibu bapa pelajar dan juga atas infaq orang ramai.

PPIAN merupakan sebuah Sekolah Rendah Islam (SRI) antara yang terawal ditubuhkan di Sabah, iaitu pada tahun 2012. Dengan moto penubuhan sekolah "Membina Generasi Al Quran Terbilang Insan Cemerlang, sekolah ini mempunyai matlamat yang tinggi dalam melahirkan para tahfiz yang berakhlak mulia, serba boleh dan berketerampilan. Serta melahirkan anak bangsa Kota Kinabalu yang cemerlang akademik dan juga hafaz Al Quran.

Memandangkan sekolah ini menjadi tumpuan ibu bapa, maka setiap tahun akan wujud persaingan yang sangat sengit untuk merebut sebuah kerusi untuk anak-anak di dalam kelas. Ehh, bukan merebut kerusi DUN sahaja ya.

Suasana sekolah ini sangat jauh berbeza. Seawal 6.30 pagi, kehadiran anak-anak akan disambut dengan alunan zikir yang menyejukkan hati. Memulakan sesi persekolahan dengan solat sunat dhuha, bacaan Al Mathurat, bacaan Yaasin dan juga bacaan Al Quran. Pendek kata, anak-anak akan dididik, diajar dan ditarbiyah umpama sehari hidup dengan sunnah Rasullah SAW.

Keriuhan suara anak-anak yang belajar ilmu akhlak tauhid feqah bertambah pada sesi petang dengan kehadiran anak-anak SAR yang memulakan sesi pembelajaran bermula jam 2 petang sehingga 5 petang.

Bersebelahan kawasan sekolah, sebuah surau kecil yang berkhidmat sebagai tempat anak-anak sekolah menunaikan solat secara berjemaah. Juga berbakti untuk ahli jemaah surau yang aktif dengan pelbagai majlis ilmu di kalangan para asatizah dan ulama yang mursyid.

Dan hari ini, Pusat Pendidikan Islam An-Nur ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama 'meninggalkan kesan tapak kaki' di sini dalam projek membaik pulih jalan utama memasuki kawasan sekolah dan surau. Dengan harapan, semoga setiap penginfaq dapat berkongsi bekalan yang pastinya akan mengalir selagi mana ada kaki-kaki kecil yang melangkah di sekolah ini dan selagi Surau Riyadussolihin ini subur dengan majlis yang bermanfaat.

Setiap seorang boleh menyumbang waqaf tunai berjumlah RM50 per kaki. Kos keseluruhan untuk projek baik pulih jalan utama ini berjumlah RM50,000.

Semoga apa yang kita infaqkan untuk projek Pusat Pendidikan Islam An-Nur ini akan menjadi bekalan dan pahala berpanjangan untuk kita.

Kalian boleh menghubungi pejabat sekolah di talian 088 230 584.

Pengerusi PPIAN, Encik Hambali Bin Saad 017 818 2728

Pengerusi Surau Riyadussolihin, Ustaz Muhammad Bin Suaid 019 812 1621

Mudir PPIAN, Ustaz Khusnul Hidayat Bin Hassan 019 509 1763

Monday, August 21, 2017

Pasar Tamu

Teks : Zainab Norazman
Foto : Ihsan Google
Entri #126


Baru-baru ini, saya menyampaikan hajat emak yang sudah lama tidak ke pasar tamu Putatan. Selalunya emak menolak ajakan.

Pagi itu seawal jam 6 pagi emak sudah bersiap-siap. Emak kata, banyak ikan segar-segar awal pagi pagi begini. Saya akur dan cepat-cepat siapkan sarapan pagi untuk suami dan anak di rumah.


Pasar tamu Putatan

Masa kecil dahulu, saya selalu ke pasar tamu Pekan Menggatal bersama emak. Menaikan bas prebet dari pondok bas depan kampung ke Pekan Menggatal. Di pasar, emak berjalan di hadapan dan saya membontoti emak sambil memegang bakul rotan temoat menyimpan barang-barang.

Hari ini, saya pula membawa emak dengan menaiki viva biru, si pujaan hati saya. Hehehe. Bezanya kini di Putatan. Dan kami merindui pasar tamu Pekan Menggatal dan pasar tamu Pekan Tuaran yang menjadi lokasi kami dahulu. Sejak berpindah ke Putatan ini, pasar tamu Putatan yang menjadi idaman hati.

Kebanyakan peniaga di sini menjual ikan segar dan sayur kampung  yang dipetik sendiri daripada hutan. Ada juga ikan ikan pula adalah hasil tangkapan sendiri. Bolehlah merasa ikan segar tanpa ubat pengawet.

Hari itu, saya membeli 2 kilo ikan ketambak, 2 kilo ikan lami-lami, sebungkus tiram, dan 2 kilo ikan bilis mata biru. Emak pula awal-awal sudah berpesan mahu mencari ubi kayu untuk dibuat tapai ubi.

Sambil membeli dari gerai ke gerai, emak sempat berpesan, "kalau membeli, jangan beli di satu gerai sahaja. Agih-agihkan rezeki kepada lain-lain penjual. Biar semua orang mendapat rezeki hari ini. Kasihan mereka, penat mereka menangkap ikan, mencari hasil jualan, kalau kita tidak habiskan jualan mereka, kasihan mereka."

Pada hari itu, emak gembira dapat ubi kayu dan juga kulat kodop
Kulat kodop daripada pokok yang sudah mati.
yang diidam-idamkan. Dan saya pula, tidak sabar menanti emak masakkan kulat kodop itu. Hehehem itulah air tanagn emak yang dirindui. Kalau dulu, kulat kodop itu kami kutip di dalam hutan pokok getah di belakang rumah. Kini, kami 'kutip' di pasar taku Putatan dengan bayaran RM10 dua mangkuk. Hehhe.

Cukuplah sekadar melepaskan rindu, emak akhiri bicara saat kereta viva biru masuk ke dalam pagar rumah.



Sunday, August 20, 2017

Semut

Teks : Zainab Norazman
Entri #124

Pernah orang kata pada Kak Nab, ibu ni umpama gula pada anak-anak. Anak-anak pula itu umpama semutnya. Ini bermakna, ibu dorang ni sweet lah sangat kan.

Mana tidaknya, ibu masak di dapur, ada juga 'ekor' yang membontot. Ibu jemur kain, pun jemr kain juga. Ibu baring-baring di ruang tamu, semua berulit dengan ibu. Ibu masuk bilik jahit, maka di sana juga mereka berkhemah.

Sorang baring bawah kerusi sambil baca buku. Yang budak cantik ni mesti di belakang ibu, tersepit di antara ibu dan belakang kerusi. Dan srang lagi habis barang dalam bilik jahit ni diterokai.

Mana barang yang ibu lama tidak jumpa, tiba-tiba masa itu jugak terkeluar dari tempat persorokan. (Eh, ada kah perkataan ni).

Haih la anak. Tunggulah kalian besar sikit, kita buat projek jahit sama-sama. Sorang ibu suruh gunting kain. Sorang jahit. Dan sorang lagi menyulam. Ibu pula duduk-duduk goyang kaki. Hehehe.

Zainab Norazman
Ibu 3 Anak Comel. Aisemen.

Masakan Air Tangan Ibu Sebagai Pengerat Kasih

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #123

Apabila perancangan pada hari itu kita tulis dengan teliti, secara tidak langsung pasti Allah bantu kita melaksanakan tugasan itu dengan teratur.

Cuti dua hari ini yang pastinya akan saya manfaatkan sungguh-sungguh untuk menjadikan ia masa yang berkualiti untuk anak-anak dan suami.

Waktu seminggu Isnin hingga Jumaat hanya menu ala kadar yang menjadi santapan makan malam. Mana tidaknya, berkejar balik kerja dan uruskan anak-anak pula waktu malam. Justeru, menu ringkas suri bekerja saja yang disediakan.

Maka waktu begini, kita raih sungguh-sungguh. Menyediakan menu kegemaran suami dan anak-anak pasti menjadi satu agenda dalam perancangan di hujung minggu. Bermula sarapan sehingga ke makan malam, semua dengan air tangan ibu. Walaupun kadangkala suami mengajak untuk makan-makan di luar.

Hari ahad begini, kami rancang untuk berehat di rumah. Bermula malam sabtu, tilam dan bantal sudah bersusun di ruang tamu. Hehehe. Ini sebenarnya kesukaan anak-anak. Walaupun di hujung minggu adalah masa untuk pembersihan menyeluruh, namun sesekali kami suka juga melepak dan tidur di ruang tamu. Maka segala bantal akan bersepah di ruang tamu. Petang ahad kami akan kemas dan kembali tidur di dalam bilik masing-masing.

Hari ini, awal sungguh siapkan makan tengahari. Alang-alang sudah berperang di dapur, terus siapkan segalanya. Rayyan paling gembira bila tengok ibu bakar ikan dan bagitahu nanti ibu letak sambal di atasnya. Itu kesukaan Rayyan. Boleh habis seekor ikan untuk dia seorang.

Sayur pucuk ubi masak lemak pula di letakkan di mangkuk khas untuk dia. Makan nasi sambil hirup kuah sayur tadi.

Bergembiralah hati ibu ini tatkala melihat anak-anak berselera makan ramai-ramai. Kakak Dania yang anti sayur, makan juga sesuap sayur dipaksa Rayyan.

Alhamdulillah ala kulli nikmat. Kegembiraan anak-anak itu sebenarnya terapi buat saya. Penat lelah semua hilang bila melihat kegirangan mereka. Suatu masa nanti, inilah detik yang bakal rindui.

Semoga Allah swt pelihara mereka dan sentiasa dalam kasih sayang Allah.

Menu hari ini. Ikan ketambak bakar, tuangkan sambal tumis. Terung bakar dan juga pucuk ubi masak lemak. Bertambah-tambah suami dan dan anak-anak makan. Alhamdulillah.


Zainab Norazman
Ibu kalian, anak.

Thursday, August 17, 2017

Hujan

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #119

Sudah 5 hari hujan turun. Kebanyakan kawasan rendah dinaiki air. Lebih sedih lagi, terdapat rumah kawan-kawan yang dibanjiri air sehingga ke hari ini. Apa daya diri ini, hanya mampu mendoakan kalian semua dipermudahkan uusan membersihkan nanti.

Hujan. Turun mu membawa rahmat ke sekian alam. Membawa rahmat daripada Tuhan. Manusia perlukan air. Haiwan memerlukan air. Tumbuhan juga berharap kepada air. Tanah juga sama.

Syukur ke hadrat Allah. Suami dan anak-anak sudah beransur sembuh. Suami sudah mula bekerja hari ini. Tinggal anak-anak bersama emak di rumah. Emak lagi suka jika anak-anak ada di rumah. Terhibur dengan gelagat Fatehah yang manja dengan nenek.

Alhamdulillah, rezeki Allah itu sentiasa ada. Seawal pagi sahabat hantarkan pesanan ringkas. Kakak ada masak bubur ayam pagi ini. Tidak perlu bawa sarapan ya.

Kempunan sebab tidak sempat jamah bubur semalam, Allah gantikan dengan bubur lazat air tangan sahabat.

Buat kalian, maafkan saya. Belum sempat menyaji 'sarapan' baru. Hanya sempat nukilan hati ini sahaja.

Hujan masih renyai-renyai di luar cermin pejabat. Sejuknya terasa hingga ke tulang.

Zainab Norazman
Hujan. Sejuk. Rahmat.

Wednesday, August 16, 2017

Dilema Ibu Yang Bekerja

Teks : Zainab Norazman
Foto : Google
Entri #118








Hari ini, saya seorang sahaja yang bersiap-siap di awal pagi. Bangun subuh tadi, suami kata tak larat mahu ke pejabat pagi ini. "Anak-anak pun tak sihat, ibu seorang saja ya pergi kerja. Nanti abang bawa anak-anak pergi klinik dan dapatkan cuti sakit untuk anak-anak. Ibu tolong maklumkan guru kelas mereka ya." Serta-merta saya pegang kepala suami. Kepala panas dan suara sudah berubah garau.


"Mahu ayang cuti hari ini?"


"Eh tidak mengapa. Ayang pergi kerjalah. Abang boleh jaga diri dan anak-anak"


Allahurobbi. Saya masih dalam dilema. Memandangkan semalam sudah bercuti, maka gagah juga berangkat ke tempat kerja. Hanya sempat masakkan bubur nasi sebagai sarapan mereka.


Jam 9 pagi tadi, suami hantarkan pesanan di kotak whatsapp. "Ibu, ayah dan anak-anak baru sampai rumah ni. Sudah dari klinik tadi. InshaAllah, nanti abang bagi anak-anak makan ubat dan kami tidur dan berehat".


Ada kelegaan seketika di dalam hati ini.

Hati mana yang akan tenang apabila anak-anak semua demam batuk di rumah. Menyiapkan kerja di pejabat pun asyik mahu cepat saya. Nampaknya hari ini perlu cepat-cepat sampai di rumah.

Semoga sahaja suami dan anak-anak bertambah sihat seperti selalu.

Dalam situasi begini, selalu saja hati seorang ibu berdoa, "Ya Allah, hilangkan kesakitan pada anak-anak, beri saja sakit itu kepada diri ini". Begitu monolog di dalam hati.

Apalagi bagi seorang ibu yang perlu keluar bekerja untuk membantu ekonomi rumahtangga. Ada masa-masanya, kita perlu berkorban antara dua perkara.

Namun, kita tetap akur dengan ketentuan Allah. Allah pasti akan izinkan hari dan waktu yang tepat untuk itu.



Kata-kata ini memujuk hati.



 

Tuesday, August 15, 2017

Sulaman Sebagai Sumber Pendapatan

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #115

Bermula dengan takdir Allah swt. Bertukar kepada minat dan jatuh cinta. Dalam tidak disangka, rupanya ia membawa satu punca rezeki untuk anak-anak. Ya, pada awal niat saya pergi belajar menjahit di Kelas Jahit Al Mujahid di Shah Alam, sebenarnya adalah untuk mencari sumber pendapatan lain yang boleh menjadikan saya seorang suri rumah yang bekerja dari rumah. Menjahit dan menyulam sambil berkhidmat untuk suami dan anak-anak. Begitu hajat dan azam. Dan saya masih sentiasa berdoa untuk itu. Saya mohon doa kalian juga.

Berbalik kepada cerita menyulam. Alhamdulillah, hari berganti hari, saya mula menerima tempahan sulaman daripada rakan sepejabat dan pastinya rakan-rakan di facebook. Ya begitulah, facebook mempunyai kuasa pengiklanan yang membantu para peniaga online.

Antara hasil sulaman saya yang berjaya menjadi produk jualan ialah, tempahan sulam tuala perkahwinan, sulam tuala kanak-kanak, sulam tuala tuning, majlis-majlis, sulam keychain comel dan yang paling mendapat tempat ialah sulam nametag sekolah.

Pada tahun lepas, saya menerima tempahan daripada dua buah sekolah. Beratus-ratus nametag yang disulam yang perlu disiapkan sebelum sesi persekolahan 2017 bermula.

Alhamdulillah 'ala kullu nikmat. Sesugguhnya, Allah swt yang Maha Memberi Nikmat.

Tempahan Sulam Nametag Sekolah



Sulam Nametag Sekolah SK Rugading
Sulam Nametag SM(P) Likas
Sulam Nametag PPIAN


Proses menyulam tuala perkahwinan menggunakan mesin sulam berkomputer


Sulam tuala perkahwinan

Sulam tuala kanak-kanak



Sulam tuala majlis

Sulam tuala perkahwinan


Belajar Dari Sekolah Yang Bernama Pengalaman

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman
Entri #112

Gambar hiasan : Mungkinkah Fatehah mahu mengutip pengalaman ibu?


"Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan unutk mencari jalan yang benar pada langkah kedua".

Kata-kata keramat Buya Hamka menyerikan pagi hari. Hari ini saya bercuti untk fokus kepada penulisan. Terasa semakin seronok pula mahu menulis di dalam blog ini.

Duduk bersendirian di dalam perpustakaan ini, membuka banyak memori zaman kecil saya. Saya yang suka bersendiri, juga suka berdikari. Berbanding kawan-kawan yang lain.

Sejak di bangku sekolah rendah lagi, saya suka bekerja di waktu cuti sekolah. Mungkin disebabkan kesusahan emak dan bapa waktu itu, saya seboleh mungkin akan menggunakan waktu cuti sekolah panjang dengan mencari wang poket untuk beli baju dan kasut sekolah.

Seingat saya, saya mula bekerja sewaktu cuti sekolah darjah 5. Awalnya, saya membantu Makcik Mas di kedai jahitnya. Membantu kerja-kerja yang ringan seperti seterika baju siap, jahit sembat hujung lengan baju kurung. Lama kelamaan, saya diberikan kepercayaan untuk menjahit tepi baju. Pun begitu, ada juga tepi baju yang saya terlebih potong. Marah juga Makcik Mas. Namun itu semua pengalaman.

Cuti sekolah mahu naik ke tingkatan 1 pula, saya mula membantu Babu Siah pula. Waktu itu, Makcik Mas sudahpun berhijrah ke Kuala Lumpur. Babu ialah panggilan makcik di Sabah. Maka bermulalah episod saya bekerja di kedai jahit Babu Siah pula. Tugasan di sini lebih kurang sama semasa membantu Makcik Mas dulu. Lebih kurang sebulan cuti sekolah hujung tahun, maka cukup juga duit saya membeli kasut sekolah dan kain baju sekolah. Upah menjahit baju sekolah ditaja oleh Babu Siah. Hehehe.

Menginjak ke sekolah menengah, saya memilih untuk memasuki kelas Kemahiran Hidup dalam Ekonomi Rumah Tangga. Di sinilah saya mula belajar asas jahitan dengan lebih terperinci. Pengalaman bermain dengan benang dan jarum zaman sekolah rendah memudahkan saya untuk menerokai bidang ini dengan lebih dalam.

Kemuncak keyakinan saya bermain dengan mesin jahit pula bermula semasa cuti sekolah tingkatan 4. Masa itu saya mahu mengumpul duit poket untuk membayar yuran tingkatan 5 dan yuran SPM nanti. Maka cuti sekolah itu saya mencuba-cuba mengikut jiran sebelah rumah untuk bekerja. Ya, masih di bawah umur, namun taukeh cina itu menerima saya untuk menjahit langsir di kilang. Butik langsir majikan saya ini terletak di Damai Luyang. Saya dan jiran saya pula bekerja di kilang di Inanam, tidak jauh dari rumah kami. Hanya perlu menaiki bas dengan tambang 50 sen sahaja waktu itu.

Secara asasnya, saya hanya boleh menjahit lurus sahaja. Namun minggu pertama bekerja, taukeh cina itu terus sahaja berikan saya langsir yang telah dipotong untuk disiapkan. Terkebil-kebil saya memandang mesin jahit industri di hadapan saya dan 5 keping kain langsir untuk dijahit.

Lagi sekali saya belajar menjahit cara 'brutal'. Tunjuk sekali, dan kau jahitlah sampai siap. Mahu menangis pun tidak berguna. Siapa suruh pergi kerja dengan cina. Hehehe.

Sebulan saya bekerja di kilang menjahit langsir itu, macam-macam pengalaman yang saya belajar. Belajar tentang jenis-jenis penyangkut langsir. Belajar jahit bantal bentuk tulang untuk letakkan kepala di kerusi kereta. Pernah sekali saya diminta menjahit tilam PVC sebesar saiz tilam single. Masukkan pula fiber ke dalam tilam, dan jahit penutup dengan jahitan tangan. Waktu itu pun saya menangis tidak berlagu juga.

Namun, pengalaman ini sangat seronok bagi saya. Belajar bekerja di bawah majikan cina sebenarnya banyak mendidik saya untuk berjiwa kental dalam apa jua situasi. Mereka memulakan perniagaan tanpa ilmu juga. Kegigihan mereka menjadikan mereka pakar dalam bidang yang mereka ceburi. Mereka juga berani menanggung risiko mengambil saya dengan bekal yang ciput. Tapi lantaran kepercayaan yang mereka berikan kepada saya, alhamdulillah saya mampu siapkan langsir dengan sekali ajar.

Paling bahagia apabila saya berjaya mengumpulkan duit gaji sebanyak RM600 dengan tambahan RM100 sebagai wang belanja sekolah oleh tauke cina itu.

Zainab Norazman
Pengalaman itu membawa aku ke sini.


Sunday, August 13, 2017

Rutin Bahagia Sebagai Suri Di Rumah

Teks : Zainab Norazman
Foto : Zainab Norazman

Entri #111

Sebagai suri yang bekerja, hari cuti sabtu dan ahad adalah hari yang sangat membahagiakan. Hari yang akan ada perancangan yang terperinci yang dimanfaatkan bersama suami dan anak-anak. Hari yang juga diselitkan hari bersosial dan bermasyarakat dengan program jemaah juga pengisian majlis ilmu. Hari yang sangat letih dan memenatkan sebanarnya. Perlu berbahagi kasih antara masa di rumah dan juga korban masa untuk ummah. Namun dua hari penuh makna itulah hari yang paling membahagiakan.

Seawal selepas subuh, saya mulakan dengan membersihkan rumah ala kadarnya. Minimumkan dan memaksimakan. Begitulah tip yang saya amalkan saban hari. Bersihkan rumah ala kadarnya ikut sedap mata memandang. Siap itu, cepat-cepat siapkan sarapan pagi untuk keluarga. Sarapan yang ringkas namun dimasak penuh zikir dan kasih.

Dalam taujihat seorang sahabat asatizah, fungsi dapur selain daripada menyediakan masakan yang lazat untuk keluarga. Fungsi dapur juga sebenarnya mempunyai amanah yang besar dalam melahirkan ummah yang soleh solehah. Iaitu dengan menyediakan makanan yang terbaik yang penuh zikir dan doa buat anak-anak yang makan. Makanan itulah yang akan menjadi darah daging dalam tubuh anak-anak kita nanti.

Untuk sabtu atau ahad, salah satu harinya suami izinkan saya untuk keluarga mengikuti program muslimat. Sekiranya suami tiada urusan luar rumah, anak-anak akan bersama suami. Mengisi masa mereka bersama. Jika suami ada urusan di luar, anak-anak akan dibawa bersama berprogram. Itu juga boleh jadi tarbiyah pertama untuk anak-anak belajar bahawa diri mereka kelak perlu keluar untuk membuat kerja-kerja kepada ummah.

Selain daripada berprogram, masa terluang di hari cuti begini pastinya untuk keluarga. Ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan bersama-sama.

Antara pengisian yang boleh dilakukan untuk mengisi masa bersama keluarga ialah :


  1. Hari mengemas rumah bersama-sama suami dan anak-anak. Bagi suami isteri yang bekerja, mungkin tidak sempat untuk bersihkan rumah saban minggu. Maka jika ada masa terluang melepak di rumah, maka hari itu juga akan dipilih sebagai hari 'split-cleaning' membersihkan rumah dan kawasan laman. 
  2. Sesekali membawa anak-anak berjalan-jalan juga boleh dijadikan sebagai kualiti masa bersama keluarga. Kedai wajib ialah Kedai Buku Popular. Melepak mencari buku sampai berjam-jam. Anak-anaklah yang paling bahagian. Ibu bahagia juga sebab dapat buku. Ayah bahagia sebab dapat belanja beli buku hehehe.
  3. Dalam sebulan, pasti ada waktu yang diperuntukkan untuk pulang ke kampung menziarahi nenek. Berkumpul bersama keluarga untuk melepaskan kerinduan. 
  4. Hadiri majlis ilmu bersama-sama. Bab ini suamilah yang arif. Selalunya kami suka hadiri majlis ilmu di Masjid AL Hikmah, Bukit Padang ataupun kuliah dhuha di SUrau Riyadussolohin Austral. Surau tempat kami selalu merewang dan bermakan-makan hehehe.
  5. Seperti hari ini, kami melepak di perpustakaan UTC. Anak-anak sakan membaca buku. Saya sakan siapkan tugasan blog.
Begitulah rutin kami. Ada masa tertentu juga kami gemar pergi ke taman rekreasi. Keurkan peluh sambil makan jagung rebus. Eh! Joging dalam masa yang sama makan-makan jajan. Hehehe. Jajan kacang rebus saja.

Itulah kebahagaian kan?

Zainab Norazman
Travelog Suri



 


Friday, August 11, 2017

Separuh Kopi Ayah, Separuh Saya Minum

Teks : Zainab Norazman
Foto : Google

Entri #109

Gambar ihsan google. Secawan kopi o sebagai kenangan.


Syukur Allah. Petang ini hujan turun dengan lebatnya. Guruh berdentum kuat.

Masih teringat dalam benak ini. Apabila hujan lebat begini, riuhlah kami adik beradik bermandi hujan di hadapan rumah papan berwarna hijau. Sengaja pula mencari punca air hujan turun yang paling banyak melalui saluran air di atas zink. Sakit juga air hujan itu menyimbah ke kepala. Tapi keseronokan mengatasi segalanya.

Seusai bermandi hujan, emak menghidang sepinggan cekodok ikan bilis bersama kopi panas. Menikmati minum petang di beranda rumah. Yang pastinya, saya tidak minum kopi dari gelas sendiri. Saya akan tunggu arwah bapa minum kopi hingga separuh, separuh lagi akan dihulurkan kepada saya. Begitulah selalu.

Kerinduan buat arwah bapa kadang-kadang menjengah ke hati. Semoga Allah swt mengampun dosa-dosanya. Melapangkan kuburkan, menjadikan kuburnya seperti taman-taman syurga. Damailah bapa di sana.

Zainab Norazman
Hujan inj mendamaikan rasa.

Cita-cita Surirumah Adalah Cinta

Teks & Foto : Zainab Norazman
Entri #107


Usai solat maghrib berjemaah bersama anak-anak. Kebiasaannya kami akan membaca Al Quran sambil saya akan tasmik hafazan anak-anak. Namun hari itu sesi mengaji Al Quran sekejap sahaja. Nampak anak-anak agak letih dan banyak bermalas-malasan. Sebagai ibu yang penyayang (aisemen), saya memberi mereka ruang untuk bermain malam itu.


Fatehah si bongsu sudah mula mengajak ibu untuk jadi Bam Bam Gajah Hebat seperti dalam watak Didi & Friends.


Rayyan mulakan cerita. "Ibu, pagi tadi kami belajar tentang cita-cita. Rayyan mahu jadi polis dan bomba"


"Eh. Mana boleh buat dua kerja". saya mencelah.


Kakak pula menyampuk, "Bukan bah ibu. Rayyan tu polis tapi kerja part time bomba".


"Boleh pula macam tu ya?" Saya buat-buat berkerut muka.


Rayyan cepat-cepat menegaskan semula, "Bolehlah bah ibu. Macam ibu tu. Pagi pergi kerja pejabat. Malam ibu dalam bilik jahit saja." Gulp. Sempat saya menelan air liur.


Rayyan menyoal saya, "Ibu pula, apa cita-cita ibu?"


"Hmmm. Ibu ni sebenarnya mahu jadi surirumah saja. Pagi-pagi boleh siapkan sarapan sebelum ayah dan korang semua keluar pergi sekolah. Lepas tu ibu boleh kerja-kerja menjahit dan menyulam dari rumah. Petang sebelum ambil anak-anak ibu balik sekolah, makan malam semua sudah tersedia. Jadi malam ibu boleh manja-manja dengan ayah dan korang semua la. Ibu tidak tekanan. Ibu tidak marah-marah sebab penat."


"Hiissh ibu ni. Itu bukan cita-cita. Itu kan kerja wajib di rumah"
.
.
.
.
.
Duhai anak. Jikalah kalian tahu walaupun ia bukan cita-cita, namun itu adalah cinta ibu.


Menjadi azam dan harapan setiap ibu itu agar mereka boleh korban semua masa dan tenaga mereka untuk suani dan anak-anak. Menjadi impian seorang ibu itu agar pengurusan rumah tangga itu sempurna. Menjadi impian ibu ini agar menjadi suri di rumah yang boleh menjadi superwomen hanya untuk suami dan anak-anak di rumah sahaja.


Rumah itu adalah syurga bagi ibu.


Begitulah impian di hati.
.
.
.
.
.
"Ibuuu. Ibuu. Fatehah boleh mahu jadi arnab yang comel. Ehh tak lah. Rama-rama yang cantik. Boleh ibu?"


Zainab Norazman
Traveog Hati Seorang Suri


Tiga cinta hati ibu.







Wednesday, August 9, 2017

Mendidik Hati Dalam Mendidik Anak

Teks : Zainab Norazman
Entri #104

Ada suatu hari itu, aku berasa teramat marah pada Kakak Dania. Balik saja daripada sekolah, tanpa membuka pakaian sekolah, terus saja dia mengambil buih sabun yang sudah diadun malam sebelumnya. Mengambil penyedut minuman dan bermain belon sabun di ruang tamu.

Kakak Dania tiup dan buih biuh belon berterbangan. Rayyan dan Fatehah riang cuba menangkap dan memecahkan buih buih belon.

Dalam penat balik dari kerja, perkara begitu betul-betul mengundang perasaan hilang sabar. Sudah awal awal aku berpesan, balik sekolah kita rehat-rehat sebentar. Bersihkan badan. Siap-siap untuk solat maghrib. Ya, sampai rumah saja sudah jam 5.30 petang. Ada masa sejam saja sebelum waktu maghrib.

Sempat juga membebel sebentar. Hampir-hampir rambut mak singa berdiri tegak dan mengeluarkan api amarah.

Sesungguhnya kalimah Allah itu penuh dengan mukjizatnya. Cepat cepat istighfar panjang. Tarik nafas hembus nafas. Sebelum keluar pejabat tadi sudah cakap pada diri. Tiada marah-marah. Yang ada hanya senyum senyum saja pada anak. Teringat lagi ayat ini, "anak anak tidak selamanya kecil, peluk dan belai mereka dengan penuh kasih dan sayang."

Ya itu betul betul ayat pendamai jiwa. Rasa kembali tenang dan damai. Melihat mereka ketawa, bersorak riang, melompat dan menangkap buih buih sabun, hilang segala penat lelah bekerja sehari. Musnah semua amarah yang hampir meracuni diri. Bagai buih-buih yang berterbangan itu, dengan lemah lembut terbang mengikut irama angin petang yang damai.

Damai itu membawa aku mengenang zaman kecilku di Kampung Gudon Menggatal. Saban petang, berlari balik dari Kelas Kafa. Baling saja bahai plastik (bakul plastik pasar) yang berisi buku latihan dan pensil di tepi pintu rumah. Baling tudung. Dan terus berlari mendaki bukit untuk sampai ke kawasan lapang tempat kami bermain. Bermain engkek-engkek (ting-ting), atau bermain galah. Ya, habis comot baju putih kain hijau itu dengan tanah dan lumpur.

Hari ini, kadang panjang memikirkan proses anak-anak yang sedang membesar ini. Kita dahulu mak bapa biar saja bermain pusing satu kampung, sehari suntuk, tanpa perlu risau pun. Apabila kita jadi emak bapa hari ini, balik runah dan biar anak terkurung dalam pagar besi yang sentiasa tertutup. Mungkin ada sesetengah kawasan perumahan yang masih selamat untuk biarkan anak bermain dengan anak jiran sebelah rumah. Tidak bagi perumahan di kawasan bandar besar.

Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu memainkan peranan dalam mencari satu aktiviti yang membantu anak anak menggunakan daya fikir dan perkembangan mental dan emosi anak. Agar dunia mereka boleh diterokai dengan seronok sejajar dengan zamannya.

Mungkin mereka tidak lagi bermain lumpur dan mencari buah masuk hutan. Tidak merasa terjun sungai dan balik rumah kena sebat dengan gayung mandi.

Namun bukan itu alasannya kita mahu memberi lesen kepada anak untuk 'teroka dunia tanpa sempadan' hari ini.

Sabda Rasulullah SAW:  "Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu. Sesungguhnya mereka diciptakan untuk zamannya, sedangkan kalian diciptakan untuk zaman kalian".

Pasakkan anak-anak dengan ilmu agama. Tarbiyah anak dengan ilmu akhirat. Fahamkan anak dengan Al Quran dan Hadis. Hanya dengan berpegang dengan agama, anak-anak akan selamat di dalam dunianya.

Zainab Norazman
Ibu yang berharap mampu tumpahkan kasih sayang itu kerana Allah.

Monday, August 7, 2017

Ulasan Buku - One Way Ticket

Teks & foto : Zainab Norazman
Entri #103



Buku ini ditulis oleh Ustaz Safwatullah Bin Mohd Fadli. Seorang pendakwah bebas yang sangat arif meraihkan orang-orang yang baru kenal apa itu Islam.

Hati saya sangat tertarik dengan buku ini kerana ia seolah jentikan hati daripada Allah swt. Sebagai merawat hati yang terlalu bersenang-senang dengan nikmat yang diberikan. Hati yang merasakan bahagia diberikan nikmat Islam sejaka azali. Namun nikmat itu juga sebenarnya adalah amanah daripada Allah.

Dalam khusyuk membaca buku ini, saya juga jadi malu. Sebagai anak jati Sabah, tugasan berdakwah sebenarnya terletak di atas bahu saya. Menyebarluaskan agama Allah kepada orang-orang di Pedalaman Sabah yang belum kenal apa itu Islam.

Allah Ya Allah. Habis ke lembaran terakhir buku One Way Ticket, saya berdoa untuk diri sendiri. Semoga Allah pilih kita semua menjadi hambaNya yang membantu agama Allah. Pilih kita semua yang berbuat kebaikan dengan membawa nama Islam. Memilih kita semua syahid di jalan agama Allah.

Untuk kekal dalam gerak kerja Islam itu atas pilihan Allah. Kadang semangat kita naik. Kekadang kita tersungkur.

Allah pilih hati hati itu.

Semoga Allah pilih kita dan kita semua untuk jadi pembantu agama.

Zainab Norazman
Bangkit selepas membaca buku One Way Ticket.

Cara Menulis Tugasan Di Blog

Teks : Zainab Norazman
Entri #102

Buat kali keduanya saya memasuki semula kelas di dalam ABDR ini. Kali ini bersama Puan Masayu Ahmad dalam Kelas Penulisan Blog. Kelas ini di'hadiri' dengan tujuan mencari lebih banyak ilmu dalam bidang penulisan. Disamping 'memaksa' diri untuk terus belajar menulis.

Untuk mencapai semua itu, setiap entri yang mahu ditulis perlu dirancang dengan terperinci. Sediakan tajuk entri. Senaraikan ia di dalam satu entri agar penulisan kita boleh dipandu dengan mudah. Dan juga memudahkan pembaca blog untuk mengetahui skop penulisan kita seterusnya.

Atas bantuan Puan Masayu, maka tersenerailah 30 tajuk yang bakal dipersembahkan di dalam entri setiap hari.

Label : Asas Jahitan

+ Jenis jahitan asas.

+ Alatan jahitan

+ Tempat belajar jahitan

+ Apa kemahiran yang perlu ada untuk belajar menjahit?

+ Kumpulan sokongan jahitan

+ Jahitan sebagai sumber pendapatan

+ Belajar menjahit sehingga menjadi pakar

+ Langkah demi langkah jahitan

+ Pusat latihan jahitan

+ Tip-tip jahitan

+ Ikon sukses jahitan

+ Usahawan jahitan sukses

* Apa beza kepakaran sulaman dengan jahitan

* Boleh pilih mahir jahitan atau sulaman

* Kumpulan sokongan kerajaan

* Belajar sehingga mahir

Label : Asas Sulaman

+ Jenis sulaman asas

+ Alatan asas sulaman

+ Tempat belajar sulaman

+ Apa kemahiran yang perlu ada untuk belajar asas sulaman

+ Sulaman sebagai sumber pendapatan

+ Sulaman bidang kemahiran penuh seni

+ Langkah demi langkah sulaman

+ Pusat latihan sulaman

+ Ikon suskes sulaman

+ Tip-tip sulaman

+ Usahawan sukses sulaman

Moga-moga anak murid ini terus gagah menyiapkan tugasan yang diberikan. Dan semoga kalian sudi datang lagi ke blog Kak Nab ini

Zainab Norazman
Jom menulis!

Monday, July 24, 2017

Tip Tanam Minat Membaca

Teks : Zainab Norazman

Entri #98

Soalan : Bagaimana mahu mulakan sikap minat membaca di kalangan anak kecil.
Jawapan : Kita mulakan dengan membaca untuk mereka terlebih dahulu. Waktu mahu tidur, bacakan buku dengan sebutan yang betul. Bukan bahasa bayi. Pilihlah buku yang baik dan punya pengajaran positif.
Zainab Norazman
MenDUNIAkan Buku Dari Rumah
#CeritaDuniaBukuKami

Sunday, July 23, 2017

Membina Ukhuwah

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #97




Kebiasaannya. Akhiri sebuah program dengan potret kenangan begini. Inilah kenangan kami yang tersimpan di dalam memori telefon. Sekeping potret kenangan.

Namun. Jauh di sudut hati setiap daripada kami, ia sebuah kenangan yang menambahkan kasih dan sayang kerana Allah. Kerana ukhuwah ini terjalin atas satu niat yang satu. 

Dalam taujihat di awal program, jika kita bergerak dalam satu gerakan yang membawa nama Islam. Hatta jadi tukang angkat meja kerusi saja. Moga-moga Allah ganjarkan ia sebagai pahala membantu agama Allah.

Alhamdulillah. Pulang ke rumah tadi, semua pengsan tidak berdaya. Si suami letih kipas kepak bakar. Anak-anak penat bertarung mandi air laut. Dan ibu, letih ambil gambar. Kihkihkih.

Zainab Norazman
Sehari penuh makna walau muka hangus terbakar.

Saturday, July 22, 2017

Ulasan Buku : Saat Berharga Untuk Anak Kita

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman
Entri #96



Buku ini menyentuh hati saya untuk kali ketiganya. Dulu pernah baca dengan tangisan. Kali ini pun sama.

Buku Saat Berharga Untuk Anak Kita ditulis oleh penulis dari seberang, Mohammad Fauzil Adhim.

Dalam buku ini, penulis mengharap agar kita sebagai ibu bapa sentiasa berlapang dada dengan sikap dan tingkah laku anak. Rumah bersepah. Dinding berconteng. Mandi berjam-jam. Gelas pecah. Berlapang dada dan ajarkan mereka dengan apa yang sepatutnya mereka belajar daripada kesalahan itu. Kerana anak-anak tidak selamanya kecil. Mereka dalam proses belajar.

Ketika anak-anak membuat kesalahan, tidak semestinya kita sebagai ibu bapa menambah kesedihan dan emosi mereka. Peluk mereka. Maafkan mereka. Kerana itu adalah saat yang berharga untuk kita dan anak kita.

Saya memetik sedikit perenggan yang sangat saya gemari di dalam buku ini.

"Banyak orangtua yang berhasil mendidik anaknya bukan karena kepandaiannya mendidik anak, tetapi karena doa-doa mereka yang tulus. Banyak orangtua yang cara mendidiknya salah jika ditinjau dari sudut pandang psikologi, tetapi anak-anaknya tumbuh menjadi penyejuk mata yang membawa kebaikan dikarenakan amat besarnya pengharapan orangtua"

Kita sebagai ibu bapalah tunggak kepada keberhasilan seorang anak menjadi sebenarnya anak. Justeru, selagi mereka masih kecil, inilah saat berharga untuk kita.

Zainab Norazman
Ulasan dari rak buku #DuniaBuku
.
.
.
.
Untuk tempahan sulaman tuala secara pukal, hubungi :
Zainab Norazman
Emel : zainabnorazman@gmail.com
HP : 016 849 5982

Tuesday, July 18, 2017

Fatehah Dan Hana

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #95

Fatehah : Ibu buat apa tu?

Ibu : Ibu masaklah.

Fatehah : Alah ibu. Cepatlah Hana dah lapar ni. (Intonasi Omar dan Hana).

Ibu : Olololo. Kejap ya.

Fatehah : Terima kasih, ibu. Hana cayang ibu.

Zainab Norazman
Aduhai anak. Hana pun Hana lah nak.



#CeritaKami
.
.
.
Facebook : Kedai Jahit Ibu By EzzKids
Emel : zainabnorazman@gmail.com
Whatapp : 016 849 5982

Permintaan Sebuah Impian

Teks : Zainab Norazman
Imej : Ihsan Google

Entri #94




Buat permintaan pada suami. Saya tidak mahu perhiasan rumah yang cantik-cantik. Apalagi sofa kulit yang mahal. Saya hanya mahukan rak buku warna putih tempat menyimpan 'harta-benda' paling berharga saya. Huhuhu.

Saya tidak mahu ruang menonton yang besar. Cukuplah pasang tv dengan dekoder MyTV itu saja. Saya hanya mahu satu ruang khas untuk mini perpustakaan.Tempat anak-anak belajar dan beraktiviti. Dan ruang saya 'bercengkerama' dengan buku.

Zainab Norazman
Misi Membina 'Dunia Buku' Di Rumah

Friday, July 14, 2017

Cerita Temtang Kakak

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #93

"Kakak, bangun kakak. Azam kakak kan mau sampai sekolah sebelum jam 6.30. Jom kakak. Mandi". Begitulah skrip aku setiap pagi. Tambah lagi dengan kata-kata memuji dan nasihat daripada pakar motivasi tidak bertauliah.

Lepas Kakak Dania siap mandi. Berlari lari kejutkan Rayyan. Sama  juga skripnya. Kejutkan. Usap-usap muka. Puji memuji.

Usai urusan anak, berlari lagi ke dapur. Siapkan susu segelas, minum berkongsi dua beradik itu.

Ok, siap?! Jom.

Begitulah rutin kesibukan di awal pagi.

Zainab Norazman
#CeritaKami
.
.


Rupanya. Punca kakak Dania 'excited' bersiap pagi tadi. Semangat ada aktiviti membuat binaan hari ini. Ini salah satu projek dalam matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

Punca. Setiap hari, ibu perlu mencari apa punca yang akan menggembirakan hati keluarga. Cari juga punca yang akan menyebabkan hormon adrenalin melonjak. Dari situ, kita akan dapat bahagiakan hati sendiri dan juga hati semua orang.

Zainab Norazman
Hari Ini Jadi Pakar Bahagia Pula.
.
.
Dua status facebook ini saya jadikan cerita berantai tentang Kakak Dania. Menulis di facebook dan rangkumkan di blog.

Mahu belajar menulis? Whatsapp 0168495982

Monday, July 10, 2017

Niche Memandu Penulis Untuk Lebih Fokus Di Dalam Penulisan

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #92



Apa itu niche?

Daripada buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan, niche merupakan positioning seseorang. Saya suka sangat ayat ini. "Setiap dari kita punya lebih dari 20 posisi yang baik yang ada di dalam diri. TONJOLKAN".

Kenapa penting niche dalam penulisan? Penting tidak penting. Ia sebenarnya bertindak untuk memandu aspek apa yang kita mahu tulis. Ia lebih terpandu dengan adanya fokus. Ia juga memudahkan kita untuk menulis dengan hati. Sebab niche kita tentang apa yang ada dalam diri kita.

Saya memilih 3 point ini sebagai fokus menulis di facebook dan juga di dalam blog.

1. Dunia buku dan membaca (Crowd).
2. Dunia penulisan (Crowd).
3. Dunia menjahit kraf dan menyulam (RM)

Zainab Norazman.
Saya baru belajar menulis.
.
.
.
.
.
Dengan adanya Akademi Bekerja Di Rumah, kalian akan dilatih untuk menulis catatan harian dan catatan pengalaman. Ia lebih mudah. Lebih fokus.

Saya Zainab Norazman. Pengurus Online di ABDR. Whatsapp 0168495982 untuk mengetahui lebih lanjut.

Saturday, July 8, 2017

Bimbingan Berpanjangan Bersama Kumpulan Sokongan ABDR

Teks : Zainab Norazman
Imej : Ihsan Google

Entri #91

Selepas solat subuh dan mengaji Al Quran tadi, saya sempat membelek semula ke grup facebook Kelas Asas Blog Fanpage. Grup ini ditubuhkan sebagai kumpulan sokongan kepada tim ABDR. Setiap hari ada nota baru. Ingatan demi ingatan daripada guru online dan juga pengasas ABDR.

Pagi ini, nota begini sungguh menyuntik satu rasa ketagihan mahu menulis lagi dan lagi. Masuk ke dalam jiwa dan terus menulis entri ini.

Tek : Masayu Ahmad

Strategi menulis untuk orang sibuk

1. Tetapkan rutin setiap hari. 5 hingga 10 minit tabiat menulis pantas.

2. Wajib buku nota. Tulis dalam bentuk ringkasan 1,2, 3, 4.. 5  begitulah seterusnya.

3. Menulis setiap hari. Ya setiap hari tanpa gagal waima nota ringkas.

4. Cara terpantas dan berkesan adalah menulis pada dinding fb sendiri. Tulis catatan harian. Lima kali status maknanya lima entri.

Copy paste catatan ringkas di fb, kemudian kembangkan lagi dalam bentuk entri.

5. Mencatat di blog boleh disunting/ edit berkali kali. 

6. Jangan lihat kesempurnaan. Ketika proses asas ini adalah menulis laju. Sangat laju dan ia memberi kesan kepada otak untuk belajar berfikir dan menulis pantas.

7. Sepatutnya apabila melepasi 10 hari ia sudah makin mudah dan lancar.

Update secara konsisten 2 entri setiap hari. 
Mohon selesaikan entri dan tugasan tertunggak secara berperingkat.

Apabila sudah mula wajib selesaikan.

Apabila sudah bermula wajib sampai garis penamat.

Apa sahaja soalan dan kekeliruan lagi masalah boleh lontarkan bertalu talu pun tak apa. Setiap soalan pasti ada jawapan. Melainkan tarikh kematian ;D
(Sumber Kelas Asas Blog Penulisan)


Saya simpan nota ini di sini sebagai panduan dan suntikan setiap hari. Hehehehe.

Ya. Saya semakin seronok dan jatuh cinta bersama Akademi Bekerja Di Rumah. Selain terbimbing dalam menghasilkan blog yang mudah dijejaki google. Secara tidak langsung, tim ABDR di ajar untuk menulis dengan baik. Boleh dikatakan, mahu jadi penulis, di ABDR juga boleh. Hikhikhik.

Yang penting, tulis.

Doakanlah saya agar gigih menulis di entri ini. Saya suka berkongsi dengan pembaca.

Kepada yang gemar menulis dan mahu belajar menulis, mulakan menulis di facebook dan blog. Gabungkan dua medium ini sebagai wadah melatih menulis.

Baiklah. Pagi ini kena siapkan sulam tuala bayi untuk tempahan sahabat yang bakal melahirkan sebulan lagi. Itu kegembiraan saya. Suka melihat orang gembira bila dapat tuala comel yang disulam indah. Cewah.
.
.
.
Kedai Jahit Ibu by EzzKids kini menerima tempahan sulam tuala secara pukal. Hubungi saya, Zainab Norazman di talian 0168495982.

Sampai ketemu lagi yaaa.


Wednesday, July 5, 2017

40 Kata Kunci

Teks : Zainab Norazman

Entri #90

Sekian lama daku menyepi. Entah mengapa, terpanggil oleh blog sendiri untuk update entri.

Alahai anak kesayangan ibu ini. Jarang-jarang dapat kasih sayang yang penuh.

Kali ini- saya baru usai mencari 40 kata kunci agar blog mudah dikenali pakcil google. Hehe

  1. Jurnal suri
  2. Surirumah
  3. Bekerja di rumah
  4. Bekerja dari rumah
  5. Akademi bekerja di rumah
  6. ABDR
  7. Suri rumah atau bekerja
  8. Zainab Norazman
  9. Hantu buku
  10. Langkah menanam minat membaca di kalangan kanak-kanak
  11. Memupuk minat membaca
  12. Peranan ibu bapa menanam minat membaca
  13. Bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak
  14. Tip membina kredibiliti di media sosial
  15. Tip memilih nich blog
  16. Cara membuat blog di blogspot
  17. Sulam tuala
  18. Sulam tuala baby
  19. Sulam tuala tunang
  20. Sulam tuala hantaran
  21. Sulam tuala kanak-kanak
  22. Sulam tuala murah
  23. Sulam tuala kahwin
  24. Sulam name tag sekolah
  25. Cara sulam name tag
  26. Digitizer
  27. Tutorial sulaman mesin
  28. Pemilihan fabrik untuk sulaman benang
  29. Tutorial menjahit nursing cover
  30. Tutorial jahit barut bayi
  31. Tutorial sulam applique
  32. Tutorial sulam nama
  33. Tutorial sulam keychain
  34. Cara menyulam untuk yang baru
  35. Perlatan menyulam
  36. Alat-alat menyulam dam fungsinya
  37. Pemilihan mesin jahit
  38. Pemilihan mesin sulam
  39. Embroidery digitizing software
  40. Embroidery digitiving
  41. Embroidery DIY
  42. Langkah demi langkah sulaman mesin
  43. Zainab Norazman
  44. EzzKids
  45. Kedai Jahit Ibu by EzzKids
  46. Sulaman keychain
  47. Mesin sulam NV950
  48. Mesin jahit portable
  49. Mesin jahit industri
  50. Mesin jahit tepi

Monday, July 3, 2017

Sulam Tuala Kanak-kanak - Si Puteri Sofea

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #89




Adakalanya, malam-malam saya terisi dengan aktiviti berdua-duan dengan mesin sulam. Paling seronok apabila mendapat tempahan sulam tuala untuk kanak-kanak. Sudahlah comel. Geram hati melihatnya.

Zainab Norazman
Si Tukang Sulam Yang (Comel)
.
.
.
.
.
+ Tempahan Sulam Tuala Kanak-kanak ini berharga RM40.

+ Tuala disediakan saiz 18x13

+ 1 karakter kartun bersama sulaman nama

FB : Kedai Jahit Ibu by EzzKids
Whatsapp : 0168495982

Sunday, July 2, 2017

Alam Maya Sebagai Medium Pengerat Ukhuwah

Teks : Zainab Norazman
Imej : Ihsan Google

Entri #88

Di alam realiti. Cara kita mengekalkan tali silatulrahim agar tidak terputus ialah dengan bertemu. Ziarah menziarahi. Bertanya khabar. Hantarkan mesej. Menghubungi melalui panggilan telefon.

Di alam maya pula, butang SUKA dan KOMEN diwujudkan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan sahabat maya. Kalau di medium blog, ada juga disediakan butang komen untuk menyapa dan memberikan pandangan terhadap penulisan itu.

Komen sesuatu yang positif agar ukhuwah kekal terjalin dengan baik.

Zainab Norazman
Ibu Penulisan  Di Alam Maya
.


.
Semakin banyak kita menulis di blog, semakin pakcik google mengenali blog kita. Tulislah sekurang-kurang satu entri sehari. Istiqomah itu kuncinya.

Hahahaha. Sebenarnya ingatan untuk diri sendiri.

Blog ini saya gunakan sebagai medium memahamkan kalian tentang fungsi blog dan juga bercerita tentang kecintaan terhadap kerja-kerja menyulam menggunakan mesin sulam digital.

Sertai kami dalam team Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR ).

Zainab Norazman
zainabnorazman@gmail.com
0168495982

Sunday, June 25, 2017

Salam Lebaran 1438H bersamaan Tahun 2017

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #87


Gambar yang diambil senget inilah yang nampak ok-ok sikit. Selebihnya banyak hengot bengot.

Memang agak sukar untuk mendapatkan gambar yang cantik. Nampak sangat tidak fotogenik. Hikhikhik.

Kemeriahan kita menyambut syawal ini, semoga kita dapat menambaheratkan lagi tali silatulrahim sesama kita. Ziarah-menziarah sebagai pengikat ukhuwah.

Zainab Norazman
Memori 1 Syawal

Thursday, June 15, 2017

Merindui Ramadhan Yang Bakal Ditinggalkan

Teks : Zainab Norazman
Foto : Ihsan Google

Entri #86


Hari ini sudah memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan 1438H. Yang pastinya, hati semakin hari menjadi sayu mengenangkan Ramadhan ini bakal meninggallan kita lagi.

Mengambil catatan ini sebagai muhasabah kepada diri yang masih jahil mengejar kepentingan dunia.
.
.
Kehidupan di dunia ini adalah satu perjalanan menuju ke alam akhirat. Umpama seorang musafir di tengah padang pasir gersang menuju ke destinasinya, tiba2 bertemu dengan satu kebun yang begitu subur. Penuh dengan mata air, buah-buahan, sayur-sayuran dan segala macam keperluan yang diperlukan oleh seorang musafir untuk meneruskan perjalanannya.

Kebun ini mempunyai dua pintu; satu di hadapan dan satu di belakang. Di depan pintu masuk, pemiliknya berdiri sambil mengalu-alukan si musafir:

" Silalah masuk... ambillah apa yang kamu nak ambil untuk keperluan kamu. Ini pintu masuk dan di hujung sana pintu keluar ".

Begitulah perumpamaan bulan ramadhan yang mulia ini. Ramadhan ialah kebun pahala kepada manusia yang sedang bermusafir ke alam akhirat yang kekal abadi. Pemilik ramadhan ialah Allah yang mengalu-alukan hamba-hambanya yang beriman untuk merebut kelebihan pahala di bulan yang mulia ini.

Kita sekarang berada 10 hari terakhir daripada bulan Ramadan. Ianya adalah kemuncak kepada umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah mereka kepada Allah. Terdapat padanya satu malam jika dilaksanakan ibadah, maka pahalanya sama dengan seribu bulan atau 83 tahun.

Kadang-kadang kita umat hari ini merasa irihati dengan umat-umat zaman dahulu kerana mereka dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang. Bagi kita umat ini, umurnya sekitar 60 tahun sahaja, bahkan di zaman ini berapa ramai yang mati seawal usia remaja dan muda kerana penyakit, kemalangan dan bencana alam.

Umat zaman dahulu umur mereka panjang, contohnya umat Nabi Nuh a.s yang dikurniakan umur ratusan bahkan ribuan tahun. Kita berfikir alangkah beruntungnya mereka kerana mempunyai masa yang panjang untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Akan tetapi Allah itu Maha Adil khususnya kepada umat Nabi Muhammad SAW yang menjadi semulia-mulia umat yang dikeluarkan kepada manusia. Allah mengurniakan kepada umat ini masa-masa, hari-hari, bulan-bulan dan malam yang dilipat kali gandakan pahalanya di sisi Allah. Sudah tentulah kemuncaknya ialah Malam Qadar yang disebut kelebihannya oleh Allah khusus di dalam surah al-Qadr.

Pada 10 malam yang terakhir ini Rasulullah SAW adalah contoh dan teladan yang terbaik. Baginda adalah manusia yang paling banyak mendekatkan diri kepada Allah pada malam-malam ini walaupun Baginda adalah Nabi yang ma'sum dari segala dosa.

Bermujahadah mencari Malam Qadar bukan bersungguh-sungguh mencari tanda-tanda pelik yang berlaku pada malamnya seperti pokok kelapa tunduk ke bumi sebagaimana difahami oleh segelintir masyarakat. Hanya mencari tanda-tandanya, tetapi tidak menghidupkannya dengan amal ibadah, maka tidak ada guna. Maksud mencarinya ialah dengan dihidupkan amal-ibadah kepada Allah, barulah memperoleh fadhilatnya.

Saya tertarik dengan pesanan Imam Masjid Al-Haram, Syeikh Mahir al-Mu'aiqili kepada umat Islam. Kata beliau, umat Islam paling kurang mestilah melakukan tiga perkara pada setiap malam 10 yang terakhir ini.

Pertama; solat sunat dua rakaat, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti solat 83 tahun.

Kedua; menderma satu Riyal/ringgit, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti menderma 83 tahun.

Dan yang ketiganya ialah membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, pahala membacanya sekali sama seperti membaca satu pertiga Al-Quran, kalau dibaca tiga kali, maka pahalanya sama seperti membaca seluruh Al-Quran.

Ayuh anak muda sekalian kita sama-sama bermujahadah mencari Malam yang mulia untuk memperolehi fadhilatnya yang sangat besar ini.

'Pintu' keluar ramadhan sudah hampir dengan kita. Rebutlah peluang beribadah untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin. Jadikanlah bulan ramadhan pada kali ini ramadhan terakhir yang akan meninggalkan kita selama-lamanya, kerana kita tidak mengetahui adakah kita sempat dengan ramadhan pada tahun akan datang ataupun tidak.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia 2017/19
20 Ramadhan 1438 / 15 Jun 2017
.
.
Semoga kita tergolong di dalam golongan yang Allah pilih untuk mendapat malam Lailatul Qadar.

Tuesday, May 30, 2017

Fatehah Yang Puasa

Teks : Zainab Norazman

Entri #86

Siang tadi, berdua bersama Fatehah di rumah.
Suami pergi ke bengkel kereta untuk membaiki si viva biru.
Kakak dan Rayyan ada program Seronoknya Bersama Al Quran.
Ibu : Fatehah. Ibu goreng nasi untuk tehah ya. Mau?
Fatehah : Tak mamu la ibu. Ahh kan puasa.
Ibu : Ohh Fatehah puasa la ni.
Fatehah : Tapi Ahhh nak susu bah ibu. Boleh bah ibu.

Saturday, May 27, 2017

Projek MOSWA Menyantuni Asnaf

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #85

Hari ini jadi 'penyibuk' dalam Kuliah Fiqh Wanita di Surau Sempelang, Sembulan. Tukang bagi hadiah dan bidan terjun perempuan kamera. Merakam detik pelbagai perasaan.

Dalam senyum mereka, ada airmata mengalir.

Program tadi dimulai dengan Kuliah Fiqh Wanita yang disampaikan oleh Ustazah Roshita. Memetik sedikit intipati takzirah. Kita ini adalah bakal jenazah. Setiap daripada kita pasti akan mati. Semua harta, kereta, rumah, jawatan dan follower di facebook ini pasti akan ditinggalkan. Yang bersama kita ke kubur nanti adalah amalan baik kita. Dan juga syafaat Al Quran.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita perbanyakkan amal ibadah. Kerana Allah swt kata, amalan-amalan lain adalah untuk kalian. Dan amalan puasa ini adalah untuk-Ku. Perbanyak banyakkan dan banyak-banyaklah rebut pahala dengan Al Quran.

Majlis kemuncak tadi adalah penyerahan sumbangan dalam Projek MOSWA. Asnaf miskin, oku, sakit, warga tua dan armalah diraikan. Saat inilah detik meruntun jiwa dan perasaan.

Melihat ada yang berjalan dengan perlahan kerana sudah tua. Ada ibu tunggal yang baharu sahaja kematian suami. Berbelas tahun menyantuni suami yang menghidap kanser. Ada juga yang sudah lama hidup membesarkan anak yang ramai tanpa suami. Tidak kurang juga sayu hati tatkal melihat seorang anak yatim yang mewakili ibunya.

Mereka menangis gembira menerima sekampit beras.

Kepala lutut menjadi lemah berdiri di hadapan. Airmata mengalir tanpa boleh ditahan-tahan lagi. Pagi 1 Ramadhan ini mendidik saya dengan sesuatu yang indah. Mengajar hati untuk mensyukuri perjalanan hiduo anugerah Allah swt.

Ternyata, dalam situasi begini. Allah bukan menguji mereka. Sebaliknya, diri kita yang sedang diuji. Sama ada kalian bersyukur atau kufur nikmat.

Dan. Dengan lafaz bismillah. Sekiranya kalian mahu bersama-sama menyumbang melalui Program MOSWA, ada poster lengkap dengan butiran di ruangan komen. Penyerahan sumbangan akan dilakukan dari masa ke semasa sepanjang bulan Ramadhan ini.

Poster MOSWA



Zainab Norazman
Petugas Sebagai Perempuan Kamera

Friday, May 26, 2017

Nostalgia Ramadhan dengan Iklan "Ayam Segar Desa"

Teks : Zainab Norazman

Entri #84

Waktu rehat tengahari tadi, aku memandu sendirian menuju ke Desa Fresh Mart di Damai Plaza. Viva biru yang comel setia menjadi teman.
Kebiasaannya. Untuk mendapatkan ayam yang segar dan halalnya diyakini, Desa Fresh Mart adalah salah satu kedai yang boleh kalian cari. Ada ayam bulat. Ada juga yang sudah siap potong mengikut bahagian. Semuanya segar-segar belaka.
Mahu beli isi ayam yang sudah hancur juga ada. Menggunakan 100% dada ayam tanpa campuran lemak atau urat. Elok sangat buat inti popiah ayam. Mahupun buat inti untuk kebab.
Bila sebut tentang Desa, pasti ada yang terkenang-kenang laungan iklan Ayam Segar Desa. Terimbas nostalgia zaman kecil dahulu. Dekat-dekat waktu berbuka puasa, hidupkan radio dan cari channel radio Sabah.fm.
Iklan ayam segar desa itu adalah trade mark menandakan lagi beberapa saat waktu berbuka puasa. Gelas besar berisi ABC yang sudah disiapkan sejam yang lalu mula digenggam. Nampak sangat khusyuk menanti azan maghrib. Hikhikhik.
Itu nostalgia dulu. Kini kita tunjukkanlah tauladan yang baik kepada anak-anak pula. Ambil 3 biji kurma. Kunyah dengan perlahan. Baru minum air. Selepas itu, solat maghrib berjemaah dulu. Lebih mudah, sertai iftar jama'ie di surau berhampiran.
Esok kita sudah mula berpuasa. Malam ini bolehlah ajak anak-anak menanti saat terawih pertama di surau atau masjid. Mudah-mudah permulaan Ramadhan tahun ini kita istiqomah sehingga akhir Ramadhan.
Ustaz kata, ramainya orang di masjid-masjid pada awal Ramadhan. Semakin surut di hujung Ramadhan. Walhal, pahala yang hujung Ramadhan itu lebih tinggi makamnya.
Zainab Norazman
Ramadhan Kareem

Wednesday, May 24, 2017

Impian Suri Rumah Sepenih Masa

Teks : Zainab Norazman
Imej : Ihsan Google


Entri #83


Sedang menjamu biskut dipdip dalam koko panas, Kak Nab buka tingkap messenger. Ada mesej daripada seorang adik manis. Kak Nab panggil dengan nama Tika.

"Saya suka baca post Kak Nab. Kak Nab selalu tulis tentang suri di rumah. Saya suka tengok suri-suri yang bekerja di rumah seperti Kak Nab. Boleh uruskan anak-anak. Sambil sambil buat perniagaan."

"Akak bukan suri di rumah 24 jam. Akak suri bekerja juga dik.  Apabila berada di rumah, maka jadilah akak suri rumah sepenuh masa. Dan penuh perasaan. Hikhikhik. Waktu di pejabat, akak tukar topi jadi suri yang bekerja. Walau separuh perasaan masih ada di rumah. Itu normal bagi seorang suri."

Kita ini umpama sekuntum mawar. Apabila di letak di dalam satu bilik, ia mewangi. Di bawa ke satu sudut pula, juga menyebarkan harumannya. Impian kita agar kita disimpan dengan baik di dalam sebuah taman bunga. Bersama bunga-bunga lain yang memekar di pagi hari. Menyebarkan auranya.

Namun, dari satu aspek lain. Kita juga diperlukan diruangan yang lainnya. Mewangi dan menyebarkan haruman.

Impian untuk menjadi suri rumah sepenuh masa itu adalah fitrah seorang suri. Mengurus tadbir kerajaan sendiri dan membina ummah di rumah.

Mungkin bukan hari ini. Mungkin Tuhan menyimpan hasrat itu di satu masa yang sesuai. Saat kita sudah mampu menjadi CEO di dalam rumah. Yang solehah. Memimpin penuh sabar dan kelembutan. Cerdik dalam mengurus tadbir.

Untuk jangka masa ini, kita lalui sahaja jalan-jalan ini. Sambil melakar impian. Menjadi satu jalan cerita yang indah. Kerana suatu masa nanti, Allah pasti makbulkan doa. Doa doa dan terus berdoa.

Diajarkan juga, suri-suri yang berhajat kepada sesuatu, amalkan selawat tafrijiyyah sebanyak 21 kali sehari. Jika bersungguh-sungguh, boleh amalkan 44 kali dengan kekhusyukan.

Memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Ataupun suri rumah bekerjaya. Semua dengan izin Allah. Kita meminta. Semoga Allah kabulkan pada saat yang sangat indah.

Zainab Norazman
Berharap Agar Dipilih Menjadi Suri Pilihan Allah swt

___________________________________________

Ada yang mahu sertai Kelas Asas Blog Online di grup whatsapp?

Kelas Jun 2017 kini dibuka.

Hubungi :

Zainab Norazman. zainabnorazman@gmail.com. 0168495982
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...