Saturday, December 31, 2011

yang lama ditinggalkan ( ^__^ )

sekian lama tidak melakar di dalam 'diari' maya ini. ibu agak sibuk kaaa?? ekeke.. tak lah sibuk pon.... menyibokk jer... hehehe.. cuma ibu tak mampu nak manage time lagik.. huhu... rasa macam nak full time buat biz saja. pagi punch in kat ofis. kul 4.30 guduh gadah punch out.., lari gi kedai... sampai rumah kul 7.... sana sinin buat kedai..., bateri plak weak.. uwaaaaa...

macam2 sebenarnya ibu nak coret tapi kuikui... kefala hotak tepu a.k.a full :) sejak akhir tahun hari tu, ingat nak sot set pasal azam 1433 H.. tapi bersangkut di tepi jalan. nak sok sek pasal 2012 pun sama.. at last, biarkan ia tersimpan menjadi kenangan..

2011 melakar 1001 cerita penyusuan bersama Rayyan. 23 November 2011 mencatatkan lagi sejarah kenangan indah genap setahun berBREASTFEEDING PARTNER bersama Rayyan. indah nya tidak dapat ibu gambarkan. lain feel nya bersama Dania dulu. dan lain pula feel nya penyusuan bersama Rayyan. masing2 indah... masing2 ada pahitnya... cuma apa yang dapat ibu simpulkan..., perjalanan menyusukan anak2 adalah satu hadiah yang tidak ternilai buat anak2 ibu. ia adalah rezeki Allah....dan ibu sebagai perantara untuk menyalurkan titisan kasih itu kepada kalian. doa ibu, moga kalian dan 'bakal adik2' kalian, menjadi khalifah Allah yg cemerlang dunia akhirat. kalian adalah pinjaman Allah buat ibu.., semoga dengan 'TITISAN KASIH' ibu dapat menjadi pengikat antara kita di akhirat kelak, nak...

hari ini :12 Januari 2012. genalah puteri sulung ayah & ibu berusia 3 tahun. masih terkenang detik menanti bukaan servik sewaktu melahirkan dania. subhanallah... Allah yang Maha Kuasa.., diberikan ibu kenangan melahirkan dania melalui pembedahan... penyusuan pertama dania hanya berlaku di dalam wad setelah 3 jam kita dipisahkan. pelbahai cabaran ibu lalui demi memberikan air susu ibu kepada dania... hinggakan ibu pernah hilang kekuatan sehinggakan susu formula ibu suakan kepada dania... astagfirullah... betapa tidak kuatnya ibu waktu itu. namun, alhamdulillah..... itu kali pertama dan terakhir.... dania berjaya ibu susukan jua selama 15 bulan :)

Friday, December 2, 2011

BUDAYAKAN PENYUSUAN BAYI DENGAN SUSU BADAN

sumber diperolehi daripada

http://www.bharian.com.my/articles/Budayakanpenyusuanbayidengansusubadan/Article/


******************************************************************************

Budayakan penyusuan bayi dengan susu badan
Oleh Hidayah Mohammad
hid@bharian.com.my
2011/12/01

Bilangan wanita susukan bayi meningkat

PAKAR pemakanan menyifatkan, usia dua tahun pertama bayi adalah 'tempoh kritikal' kerana kualiti nutrien yang diberikan bakal menentukan pertumbuhan dan pembesaran berkekalan sepanjang hayatnya. Dalam tempoh itu, bayi harus diberikan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama sebaik saja dilahirkan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengesahkan kolostrum, iaitu susu ibu berwarna kuning dan lekit yang dihasilkan pada fasa akhir kehamilan adalah bekalan makanan terbaik untuk bayi baru dilahirkan.
Justeru, susu hendaklah dimulakan pada jam pertama selepas bayi dilahirkan. Bagaimanapun, selepas enam bulan, penyusuan badan perlu diteruskan bersama makanan pelengkap yang sesuai sehingga anak berusia dua tahun.

Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan dan ia mempunyai bahan yang tidak ada dalam susu formula bagi membatu mencerna nutrien dengan lebih baik. Nutrien yang diperlukan dalam pemakanan lengkap untuk bayi ialah protin yang mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan.

Susu yang mengandungi sejenis enzim sipanggil lipase membantu bayi menghadamkan lemak dengan baik. Laktosa pula sebagai karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium. Ia membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.

Zat besi pula diperlukan bagi mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran dan kandungan bahan istimewa itu membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Sungguhpun begitu banyak manfaatnya ketika rutin penyusuan si kecil. Namun, bilangan ibu di Malaysia yang melakukannya tidak begitu memuaskan. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ketiga, pada 2006 menunjukkan bilangan ibu yang memberi susu kepada anak mereka semakin meningkat.

Kajian mendapati bilangan wanita yang memberikan susu ibu kepada bayi untuk empat bulan pertama berkurangan sebanyak 9.7 peratus. Malah, Malaysia antara negara di Asia Tenggara paling rendah dari segi penyusuan ibu secara eksklusif. Keputusan itu sangat membimbangkan.

Pengerusi Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr Tee E Siong, berkata penting ibu memastikan bayi diberi makanan berkhasiat sejak dilahirkan.

Katanya, teknik penyusuan yang betul dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit berkaitan pemakanan di kalangan anak yang sedang membesar.

Amalan penyusuan berkenaan dapat memupuk tabiat baik untuk pemakanan sihat yang menjadi asas gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Walaupun sesetengah ibu boleh menyusukan bayi, tetapi ada yang tidak melakukannya. Lebih teruk apabila mereka pula tidak mahu mendapatkan nasihat dan panduan yang betul menyusukan bayi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mother’s Smart Choice (MSC) di Sunway Hotel & Spa, baru-baru ini.

Program berkenaan dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar. Hadir sama. Timbalan Pengarah LPPKN; Dr Anji Doshi Gandhi; Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan; wakil NSM, Prof Dr Poh Bee Khoon dan wakil OGSM, Dr Kiren Sidhu.

Terdahulu, program MSC diperkenal selepas menyedari ramai ibu muda mengalami masalah menyusukan bayi dan kurang pengetahuan mengenainya.

MSC dianjurkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dengan kerjasama Persatuan Paediatrik Malaysia (MPS), Persatuan Obstetrikal & Ginaekologikal Malaysia (OGSM) dan LPPKN, selain syarikat pemimpin global yang mengutamakan kesihatan ke arah memperbaiki kehidupan masyarakat, iaitu Philips AVENT.

Sementara itu Pengarah Urusan Philips Malaysia Sdn Bhd, Naeem Shahab Khan, berkata program MSC seiring dengan usaha kerajaan untuk menjana generasi Malaysia sihat bermula daripada peringkat awal usia.

Katanya, masyarakat perlu percaya memberi makanan dan menyusukan bayi adalah amalan terbaik untuk tumbesaran mereka. Menerusi penyusuan itu dapat menjalinkan ikatan antara ibu dan anak dan menyediakan asas yang kukuh bagi amalan pemakanan sihat.

“MSC menjadikan ibu di Malaysia sebagai kumpulan sasar dengan memperkasakan mereka menerusi ilmu pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada si kecil. Program itu dijalankan dalam beberapa peringkat dengan menjadikan fasa pertama penyusuan susu ibu dan makanan pelengkap sebagai fokus utama. Fasa kedua, memberi tumpuan kepada penyusuan susu ibu untuk kanak-kanak-kanak berusia enam hingga 12 bulan.

“Pada fasa ketiga pula, tumpuan diberikan terhadap pemakanan berkhasiat yang betul untuk anak berusia 13 bulan hingga 24 bulan. Ia meliputi penyusuan susu ibu, pilihan makanan pelengkap bayi serta makanan sihat yang disediakan,” katanya.

Sejajar dengan usaha membudayakan amalan pemberian susu ibu, MSC akan menerbitkan buku panduan percuma berjudul “Menyusu dengan Yakin”, di samping menganjurkan beberapa siri ceramah mengenai penyusuan susu ibu secara percuma.

Buku panduan itu akan diedarkan kepada wanita hamil di rangkaian hospital dan klinik, manakala ceramah bertujuan melatih jururawat membantu ibu mengenai cara menyusu susu ibu pada peringkat awal selepas melahirkan bayi.

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai pengenalan buku panduan itu, MSC akan mengedarkan poster mengandungi maklumat cara untuk mendapatkan buku panduan itu sebagai inisiatif untuk mendidik dan menggalakkan ibu Malaysia menyediakan nutrisi yang baik bagi bayi yang baru lahir.

INFO: Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit


  • Ketika dilahirkan, sistem imun bayi belum lagi cukup matang, malah sistem imun mengambil masa tiga tahun atau lebih untuk matang sepenuhnya.
  • Dalam tempoh vulnurabel, susu ibu akan melindungi bayi.
  • Antara bahan yang menjadi pelindung dalam susu ibu
    Antibodi - bahan melawan jangkitan
    Sel darah putih - membunuh kuman
  • Faktor bifidus - menggalakkan pembiakan kuman baik di dalam susu bayi. Menghalang pertumbuhan kuman yang menyebabkan jangkitan
  • Faktor pertumbuhan epidermal - membantu pertumbuhan dinding sel dalam usus bayi, mencegah bahan berbahaya daripada masuk ke dalam saluran darah.

    Pemakanan lengkap untuk bayi:
  • Protein - Protein mudah dihadam dan tidak menyebabkan alahan
  • Lemak - Susu ibu mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase yang membantu bayi menghadamkan lemak dengan lebih baik
  • Karbohidrat - Laktosa, karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium, membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.
  • Zat besi - Mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi.


  • NOTA IBU : untuk membudayakan penyusuan ibu.., ia memerlukan 'resepi' yang berkualiti. 1. Keyakinan & pengorbanan dari seorang ibu. 2. Ilmu penyusuan. 3 Sokongan daripada suami & keluarga.
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...