Thursday, April 30, 2015

KEPENTINGAN MEMBEDUNG BAYI




Walaupun membedung bayi nampak macam simple dan remeh, namun ia sebenarnya memberi banyak manfaat yang mungkin kita tidak sedar.

                                       

Antara manfaat dari amalan membedung ini ialah:-
1) Membantu bayi anda agar tidak terganggu dengan gerakan kejut yang biasa dikenal dengan refleks Moro.
2) Membantu bayi anda untuk tetap hangat dan selesa, terutama pada hari-hari pertama dalam kehidupannya. Ia juga membantu menenangkan bayi anda agar tidak mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya
3) Membedung juga dapat mengurangkan resiko terjadinya SIDS atau kematian mendadak pada saat bayi tidur
4) Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.

BAGAIMANA CARA MEMBEDUNG BAYI?
Ada banyak cara untuk membedung bayi, namun 6 langkah seperti gambar diatas adalah yang paling popular dan mudah. Bagi yang 1st time mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakan dengan teknik membedung.Tapi bagi yang dah expert,pejam mata pun boleh...

Perasan tak..Selalunya lepas mandi, bila kita bedungkan baby, "dia" akan sangat comfort,macam kena peluk dengan ibunya. Warm n relaks je. Selamat membedung ya

p/s: Ibu-ibu ada masalah bayi menangis tanpa henti?


Kat sini saya ada menulis bagaimana nak bagi anak yang kerap menangis lebih tenang dan rilex.. klik SINI



KEPENTINGAN MEMBEDUNG BAYI




Walaupun membedung bayi nampak macam simple dan remeh, namun ia sebenarnya memberi banyak manfaat yang mungkin kita tidak sedar.

                                       

Antara manfaat dari amalan membedung ini ialah:-
1) Membantu bayi anda agar tidak terganggu dengan gerakan kejut yang biasa dikenal dengan refleks Moro.
2) Membantu bayi anda untuk tetap hangat dan selesa, terutama pada hari-hari pertama dalam kehidupannya. Ia juga membantu menenangkan bayi anda agar tidak mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya
3) Membedung juga dapat mengurangkan resiko terjadinya SIDS atau kematian mendadak pada saat bayi tidur
4) Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.

BAGAIMANA CARA MEMBEDUNG BAYI?
Ada banyak cara untuk membedung bayi, namun 6 langkah seperti gambar diatas adalah yang paling popular dan mudah. Bagi yang 1st time mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakan dengan teknik membedung.Tapi bagi yang dah expert,pejam mata pun boleh...

Perasan tak..Selalunya lepas mandi, bila kita bedungkan baby, "dia" akan sangat comfort,macam kena peluk dengan ibunya. Warm n relaks je. Selamat membedung ya

p/s: Ibu-ibu ada masalah bayi menangis tanpa henti?


Kat sini saya ada menulis bagaimana nak bagi anak yang kerap menangis lebih tenang dan rilex.. klik SINI



Tuesday, April 21, 2015

KD SPEECHLESS SCENT MENANGANI MASALAH ANAK BERGADUH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدالله على كل نعمة
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Sesiapa saja yang ada anak-anak pasti akan membesarkan anak-anak dengan pelbagai cara. Dan


 pembesaran anak-anak itu juga ada pelbagai watak, pelbagai sikap, pelbagai kelakuan kata orang-orang tua





Kita tidak boleh meletakkan keadaan anak-anak kita seperti anak patung. Di mana disuruh duduk, mereka akan duduk. Disuruh diam, mereka akan diam. Disuruh berguling, mereka akan berguling. Anak-anak kita bukanlah anak-anak patung.

Apabila anak-anak kita bukan anak-anak patung, bukan juga robot, maka kita tidak boleh meletakkan satu expectation yakni satu pengharapan iaitu anak-anak itu akan mengikut apa yang kita telah tetapkan.

Kita juga tidak boleh meletakkan anak-anak itu dalam situasi otak yang telah di programkan seperti robot dimana kita mengatakan macam ni macam ni macam ni dan mereka tidak akan melawan, mereka akan memberi tindak balas, mereka tidak akan membuat apa yang sebaliknya.

Kita faham anak-anak adalah anak-anak yakni anak-anak yang berakal. Iaitu hayawan natiq, iaitu haiwan yang berakal. Manusia itu adalah hayawan natiq.

Apabila manusia itu mempunyai akal, maka kadang-kadang kita mengatakan panjang akal, pendek akal. Kadang-kadang kita mengatakan tidak berakal.

Anak-anak kita sama juga seperti kita masa kecil. Sama juga seperti kita dewasa ini. Iaitu kadang-kadang mereka tidak menggunakan akal. Kadang-kadang mereka panjang akal. Kadang-kadang mereka pendek akal. Dan kita mengharapkan mereka adalah manusia yang berakal kerana adalah amat rugi sekiranya manusia itu tidak berakal.

Jadi bila manusia itu berakal, dia akan melakukan pelbagai cara untuk meluahkan emosi mereka, untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka.

Salah satu situasi dalam keadaan membesarkan anak-anak, pastilah anak itu akan melakukan sesuatu yang kita sebagai ibu bapa tidak suka, yakni bergaduh.

Jika anak-anak lelaki, mereka akan bergaduh dengan cara bertumbuk. Mula-mula mereka akan bermain, berlari, berebut, kemudian mereka akan mulai bertumbuk, berguling-guling sehingga kadang-kdang keadaan menjadi kritikal hingga ada yang patah tangan kerana jatuh dan sebagainya.

Dan kebiasaannya anak-anak lelaki jika bertumbuk dan kita tidak meleraikan akan mengakibatkan mereka akan mengalami luka kerana mereka bertumbuk sungguh-sungguh seolah-olah itu adalah musuh mereka walaupun mereka adalah adik-beradik.

Anak-anak perempuan pula berbeza. Di mana kalau anak-anak itu bergaduh sesama perempuan, mereka mula-mula bermain masak- masak, main anak-anak patung, kemudian mereka akan mulai letih, dah mulai nak bergaduh, mereka akan mula bertekak yang menyakitkan hati dan mulai menarik rambut sesama sendiri. Macam ni kebiasaan anak-anak perempuan.

Yang memeningkan kepala ialah apabila anak lelaki dan anak perempuan bergaduh. Di mana anak perempuan akan mengatakan kepada ayah lelaki itu dan ini yang menyakitkan hati pihak lelaki. Dan pihak lelaki akan menumbuk dan terajang dan sebagainya.

Situasi ini jika kita ibu bapa berada dalam situasi ini, kita akan rasa sakit kepala, kita rasa sesak dada kerana tak habis-habis bergaduh.

Saya teringat sewaktu saya kecil dulu. Masih ingat kesan tu sampai hari ini. Kes kami bergaduh di suatu petang.

Petang itu mak saya sedang membersihkan seekor itik. Di mana petua untuk membersihkan itik adalah kena diam, pantang bercakap. ( iaitu petua orang dulu-dulu ) dan tiada mesin khas untuk mencabut bulu itik.

Jadi apabila itik itu disembelih, maka kita kena mencabut bulu itu satu persatu. Maka mak saya tahu petua untuk mencabut bulu itik ialah tak boleh bercakap. Mula-mula kami adik-beradik melihat mak kami mencabut bulu dan semua tahu kena diam.

Kita tak boleh bercakap kerana bila pencabut bulu itu bercakap, bulu itu akan keluar lagi. Kita pun tak boleh menggunakan logik akal bagaimana seekor itik itu akan keluarkan tajam-tajam bulu tu akan keluar.

Jadi mak saya pun cabut-cabut bulu dan kami yang diam mulai lawan mulut. Lawan mulut itu ini itu ini dan akhirnya bergaduh, bangun dan sebagainya.

Mak saya sedang menahan sabar sebab sedang mencabut bulu itik. Kemudian, akhirnya dia tidak sabar dan terus bercakap cakap dan memarahi kami.

Dan mak tambah marah sebab bulu itik kian banyak keluar.
Bukan bulu itik yang dah putih tapi yang macam duri-duri tu keluar banyak sangat. Dan lagi mak saya lagi pot pet lagi banyak keluar, betapa sakitnya hati mak saya sebab kerana kami bergaduh, bulu-bulu itik itu banyak sekali keluar.

Itu adalah kenangan yang bila saya tengok itik, saya akan teringat. Kesian mak saya, mencabut bulu-bulu itik dalam keadaan menahan geram kerana kami bergaduh adik-beradik.

Dan kini kita tahu, kalau kita balik kerja, anak-anak berebut kadang-kadang dalam kereta masuk saja kereta, kerana satu biji gula-gula, satu sahaja buku yang tak mahu dikongsikan dan kadang dah masing-masing ada masing-masing punya hak, tapi masih lagi bergaduh dan ia adalah satu suasana yang memeningkan kepala.

Alhamdulillah, sekarang kita telah dipinjamkan Allah swt sejenis haruman yakni haruman KD Speechless Scent di mana KD bermaksud Khodeeja's Dakwah. Di mana haruman ini adalah untuk menenangkan.

Jadi bagi ibu bapa yang mengalami situasi anak-anak yang bergaduh, yang sering berebut dan sebagainya, maka gunakan KD Speechless Scent kepada mereka dengan cara mencaletkan di nadi-nadi mereka ataupun jika mereka suka sangat bergaduh, campurkan 3 titik KD dan ramas dalam air bilasan terakhir serta mamdikan mereka dan biarkan air itu kering dengan sendirinya.
InshaAllah paling kurang akan menenanngkan mereka.

Saya akan sentiasa mengamalkan bila anak itu mula nampak bibit-bibit nak bergaduh, nak berebut dan sebagainya, saya akan ambil KD dan terus mencalet di nadi dan juga di hidung mereka. Dan Alhamdulillah, mereka akan jadi lebih tenang. Secara tidak langsung mereka akan berubah watak.

Kebiasaannya juga kadang-kadang, saya sewaktu anak dalam kereta, berebut dan kita pun dalam keadaan jem, mulai bergaduh dan mulai menendang dan sebagainya, saya akan suruh mereka sendiri untuk mencaletkan KD, Dan Alhamdulillah tak sampai beberapa minit, mereka akan diam dan mereka akan membawa haluan mereka sendiri, Alhamdulillah.

****
Apakah itu KD speechless scent?
Sila klik www.kdscent.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...