Tuesday, March 21, 2017

Saya Dan Mary Jardin

Teks : Zainab Norazman
Imej : Google

Entri #48

Suatu hari tu, kami berborak-borak sambil gelak-gelak di dalam kereta. Dalam perjalanan mencari hala tuju anak-beranak. Hajat hati mahu membawa anak-anak beriadah dan bergembira. Kami bergurau senda bersama suami, kakak Dania, Rayyan dan Fatehah. Cerita berkisarkan tentang iras wajah anak-anak.
Suami kata, ada kawan dia pernah tegur kata kakak dan Fatehah ni betul-betul ikut muka dia. Rayyan ni sebiji-sebiji ikut muka kaknab.
Dan dan masa tu juga Rayyan cakap, " memanglah rayyan ikut muka ibu. Tapi ibu tu ada banyak jerawat. Yun mana ada jerawat".
Aduhai nak! Mahu saja ibu terkam dia masa tu. Mujurlah dalam kereta viva ala-ala velfire. Huhuhu~
.....
Satu situasi yang lain pula. Ada seorang sahabat suka bercerita tentang satu produk ni di dalam grup whatsapp muslimat. Produk semulajadi, organik dan best sebab diasaskan oleh seorang bekas doktor dermatologi yang memperjuangkan produk kecantikan yang alami. Bahan-bahan semua daripada asas tumbuhan yang baik-baik belaka.
Alah. Kaknab ni beginilah. Bukan ada produk kecantikan sangat. Kononnya mahu 'natural beauty' saja. Tanpa mekap. Tanpa krim muka. Pelembab. Sangat skeptikal dengan produk kecantikan. Tidak pernah ambil bahagian sangat dalam cerita-cerita begini.
Kecuali untuk produk organik. Tapi. Beginilah. Selalu produk yang organik ni agak mahal jika di pasaran. "Pendam perasaan sajalah", dalam hati kaknab.
Nak dijadikan cerita. Hari-harilah sahabat ni ( kakanda Normi Yusof Mie 🐝 ) bercerita pasal produk ni. Mary Jardin namanya. Fuh! Kaknab lagilah rasa, hah!! Melopong mulut. Nama pun orang putih. Tapi sempat juga dalam hati kata, kenapa kakak ni kongsi pasal produk ni? Macam dari barat saja.
Dalam diam kaknab terus baca saja setiap perkongsian sahabat ni. Dan sikit-sikit follow facebook pengasas Mary Jardin. Oohh. Mary ini berasal dari nama pengasasnya. Dr Maryam Al-Batul Azizuddin. Jardin bermaksud garden dalam bahasa france.
Kaknab seronok mengkaji pasal Mary Jardin ni. Bermula daripada bahan asasnya. 100% semulajadi. Tanpa bahan pengawet. Paling seronok ialah bagaimana Mary Jardin ni menyihatkan kulit wajah kita tanpa bahan kimia. Secara semulajadi.
Alhamdulillah. Semakin hari, kaknab semakin yakin mahu mencuba. Bermula cubaan dengan Handcrafted Organic Soap dan Facial Oil. Maka dengan itu, bermula juga proses menyahkan toksin dari dalam kulit wajah. Segala bapa jerawat keluar. Tapi Allah masih izin kaknab untuk istiqomah. Dalam 2 minggu selepas itu, hanya cucu cicit jerawat yang tinggal.
Itu kisah kaknab dan Mary Jardin.
Hari ini, kaknab sudah berdaftar sebagai agen Mary Jardin team bakal Master Stokis Kak Normie Yusuf. InshaAllah boleh dipercayai kihkihkih.
Zainab Norazman yang dahulunya tidak peka dengan produk kecantikan, kini mahu berkongsi dengan kalian tentang bagaimana 'memberi makanan yang sihat' untuk kulit wajah. 'Makanan' wajah yang berasaskan tumbuhan semulajadi dan organik.
Hanya asbab ia semulajadi dan organik. Jangan percaya pada kaknab ya.
InshaAllah. Kita sama-sama sebarkan aura ungu. Sebarkan haruman lavender.
Zainab Norazman
Trusted Agent Mary Jardin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...