Thursday, May 4, 2017

Mak Adalah Madrasah

Teks : Zainab Norazman

Entri #73

Sekitar tahun 90an. Seingat ingat, aku dalam darjah 3 ketika itu. Mak aku mula mengajar mengaji untuk anak-anak di kejiranan. Kawan kawan aku bermain juga.
Selepas maghrib, rumah pasti riuh rendah dengan suara kanak-kanak mengaji. Ada yang bermula dengan muqaddam. Ada yang mak pindahkan naik Al Quran. Mak aku tak rotan. Mak aku tabah saja mengajar mengaji dengan lemah lembut.
Memandangkan aku kira senior juga. Sudah boleh baca Al Quran ketika itu, mak aku amanahkan aku ajar budak-budak yang masih muqaddam. Maka diperturunkanlah ilmu yang tidak seberapa.
Dari dulu, mak aku adalah guru mengaji aku. Dan kini, ada masa terluang. Mak aku pasti jadi reminder setia. Tanya sudah baca Al Quran, belum. Minta baca surah-surah amalan setiap hari. Surah As Sajadah selepas subuh. Al Waqiah selepas solat sunat dhuha. Al Mulk sebelum lena.
Cucu-cucu mak sekarang ni umur 5 tahun, mak aku selalu ingatkan mulakan ajar Iqra waktu usia begini dengan serius. Masa bekerja ni, kalau tidak sempat ajar mengaji, cari guru yang anak anak segan untuk ponteng mengaji. Hehehe. Begitulah selalu ingatan yang mak aku lontarkan.
Ini bulan Ramadhan pula bakal menjelma. Aku tengok mak aku gigih betul nak khatamkan Al Quran lagi. Mak aku kata, 1 Ramadhan nanti kena mula semula Al Baqarah.
Aku mohon daripada kalian. Doakan semoga mak aku diberi kekuatan dan kesihatan agar dipilih Allah teruskan menghayati dan membaca Al quran setiap hari.
Zainab Norazman
Sudah Baca Al Kahfi?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...