Saturday, May 13, 2017

Hujan Pergi, Pelangi Pun Datang

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #78

Ketika menjadi penghuni hospital dulu. Masa itu aku jadi penguat semangat Ezzatul Fatehah selepas menjalani pembedahan. Hati ibu mana yang tidak rapuh. Anak kecil baru berusia 5 bulan ditolak masuk dewan bedah.

Selepas proses pembedahan

Waktu itu, surau di tingkat 6 adalah tempat merawat hati. Tempat sujud lama-lama mengharap kasih sayang Allah.

Bukan aku seorang.

Tatkala berlama-lama di dalam surau sambil membaca Al Quran. Tanpa disedari, akan kedengaran sedu sedan jemaah lain. Tangan ditadah. Wajah menunduk ke bawah. Dan kedengaran tangisan-tangisan kecil. Dengan penuh pengharapan, juga berharap bantuan Allah.

Sesekali terlihat juga kehadiran doktor  untuk menunaikan amanah solat sambil merehatkan diri. Mungkin setelah berjam-jam on call. Ternampak jelas keletihan di wajah mereka. Dan diakahir solat mereka, terdengar tangisan kecil di sebalik doa.

Dalam apa jua situasi. Allah adalah tempat bergantung kita. Seorang pesakit berharap kasih sayang Allah untuk sembuhkan penyakit yang tertanggung. Seorang doktor pasti ada doa untuk sang pesakit yang dirawat.

Biar siapa pun kita. Semoga Allah pilih kita untuk melalui ujian kasih sayang Allah dengan penuh sabar dan bertawakkal hanya kepada Allah. Teringat kalimah ini, Allah turunkan hujan. Pasti ada hadiah pelangi selepasnya. Begitulah kasih sayang Allah kepada hambaNya.


Selepas sembuh. Senyumanmu bagai pelangi menerangi hati ibu.


Zainab Norazman
Hanya Insan Kerdil Yang Mengharap Pada Mu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...