Monday, May 22, 2017

Resepi Ayam Bakar Versi Suri Rumah

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #81

Kalian masak apa? Untuk suri di rumah atau suri rumah yang bekerja. Menu begini boleh memudahkan kalian. Menu sekali harung namanya. Ada lauk ayam. Ada sayur-sayuran.

Kak Nab suka buat lauk sekali harung begini untuk masa-masa tertentu. Contohnya hari sibuk yang memerlukan banyak masa di luar rumah. Selalunya Kak Nab praktikkan di hujung minggu.

Untuk lebih mudah, kalian perap ayam siap-siap. Nak masak nanti baru lah potong tambahan sayur yang boleh dibakar bersama.

Untuk perapan :
Ayam (buat perapan banyak-banyak.)
Serbuk kunyit
Sos tiram
Serbuk penambah rasa
Serbuk bawang putih (Nak guna bawang putih pun boleh. Kak Nab guna Serbuk bawang putih agar rasa dia meresap ke dalam ayam)
Oregano leave
Rosemarry
Basil
(Yang ini ikut citarasalah. Herba itali mana yang ada kat rumah, terjunkan sekali)

Sekurang-kurangnya perap 15 minit ke sejam. Mahu perap sehari dua hari atau seminggu, sila bekukan.

Bila masa nak masak nanti, masuk saja dalam pan nonstick atau oven.

Sayur campuran yang boleh digunakan ialah :

Kentang
Brokoli
Bawang merah
Cendawan
Kacang panjang
Tomato
Capsicum
Dan apa saja ikut kesukaan hati. Semua dibelah dua sahaja.

Bakar dalam pan nonstick hingga ranum. Makan dengan senang hati.

Zainab Norazman
Chef Comel Kesayangan Anak-anak
Ayam Bakar Versi Suri Rumah
bersama campuran sayuran

Jika kalian adalah suri rumah, pengurusan masa di dapur sangat penting. Minimakan kerja di dapur. Minimakan kerja-kerja rumah lainnya. 

Kita perlu bergerak pantas. Dalam masa yang sama, urusan suami dan anak-anak terjaga rapi. Amanah program di luar rumah tertunai.

Sementelaah menulis entri ini, Kak Nab memikirkan nasib sebuah cita-cita untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bertahun Kak Nab memasang impian ini. Allah masih belum membuka jalan itu. Namun jauh di sudut hari ini, bahagianya apabila masa cuti di hujung minggu Kak Nab masih mampu memenuhi impian ini. Sebagai suri suami dan anak-anak. Juga sebagai suri ummah di luar sana.

Menyertai Dewan Muslimat Pas Kawasan Putatan, seolah-olah segalanya telah termakbul. Bahagia berprogram membawa anak-anak. Bahagianya apabila anak-anak belajar memahami gerak kerja yang Kak Nab buat. Di sinilah tarbiyah itu sedang diserap. Pendidikan yang sangat pentibg dalam diri anak-anak.

Semoga ia menjadi sesuatu yang boleh Kak Nab wariskan kepada anak-anak selaku ummah Kak Nab dari rumah.

Menulis di blog ini juga Kak Nab jadikan sebagai 'data' menyimpan kenangan bersama anak-anak. Bila mereka besar nanti, ia menjadi 'pencerita' buat mereka.

Jika kalian juga mahu menulis. Belajarlah teknik penulisan yang betul. Kak Nab juga sedang belajar.

Penulisan yang betul menjadikan penulisan kita berkredibiliti. Ia amat penting sebagai pandangan pertama sesebuah penulis.

Baiklah. Kak Nab habiskan entri ini di sini dahulu ya. Mahu bertanya tentang blog atau Akademi Bekerja Di Rumah, boleh saja bertanya kepada Kak Nab ya. Jangan silu. Atau segan.

Zainab Norazman
- Pengurus Online ABDR -
zainabnorazman@gmail.com
0168495982

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...