Tuesday, May 16, 2017

Emak Adalah Guru Ku

Teks : Zainab Norazman
Imej : Zainab Norazman

Entri #79

Pernah sekali dulu saya cerita pasal emak jadi guru Al Quran. Hanya di rumah. Dikelilingi anak-anak jiran. Tanpa bayaran.

Nenek mak (moyang saya) dulu pun sama. Juga sebagai guru Al Quran. Tiada duit dalam tangan. Cumanya anak-anak mengaji datang bawa barang asas sebagai upah.  Beras. Gandum. Gula. Garam. Banyak makanan dalam stok dapur moyang.

Teringat zaman kanak-kanak dulu. Emak ajar mengaji tak pernah marah. Kejut bangun solat subuh pun tak pernah marah-marah. Selepas mak solat. Mak akan duduk di hujung katil. Dekat dengan kaki. Dan baca Al Quran sampai saya terjaga. Kadang-kadang baca surah Yaasin sambil tangan yang sejuk pegang-pegang kaki.

Haih! Rasa macam mayat yang dibacakan Surah Yaasin pula. Cepat-cepat bangkit dan solat subuh.

Begitulah emak. Dia emak. Dialah guru. Dia yang mendidik dari kecil. Sehingga dah meningkat 'remaja' ini. Kasih sayang emak tiada galang gantinya.

Empat generasi dalam satu potret. Ada nenek. Ada emak. KakNab dan anakanda Rayyan dan Fatehah berpangkat cicit. Bertudung hitam itu ialah Kakak Sepupu, cucu nenek.


Selamat Hari Guru buat semua emak yang menjadi guru hebat dalam mendidik anak-anak. Juga tidak dilupakan semua guru yang pernah mendidik diri ini daripada tak pandai. Mendidik hati yang jahil. Jiwa yang kacau.

Semoga kalian semua sentiasa di rahmati Allah swt.

Zainab Norazman
Guru di Madrasah Kecil Saja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...